6/14/10

Aku ingin bertanya Ya Rasulullah...

Muaz bin Jabal (ingat tak kawan2 siapa muaz ni..ya..beliau adalah sahabat yang diutus Rasulullah ke Yaman..dan peristiwa yang berlaku dalam hadis tu jadi dalil harus berijtihad dengan aqal..) bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

"Wahai Rasulullah! Beritahulah kepada saya suatu amalan yang boleh memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari api neraka"

Nabi bersabda:

"Kamu telah bertanya tentang perkara yang besar. (Nabi memuji soalannya dan mengagumi kefasihannya). Ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah. iaitu dengan menyembah Allah, tidak menyekutuinya dengan sesuatu, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dan menunaikan haji ke Baitullah"

Nabi kemudian bersabda lagi:

"Mahukah engkau aku tunjukkan pintu2 kebajikan?(cara pendidikan yang berjaya dan menarik minat penuntut)..Puasa adalah perisai. Sedekah boleh memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. Begitu juga solat di tengah malam"

Nabi pun membaca: ayat sajadah 16-17
تتجافى جنوبهم hingga habis ayat 17.
(Ayat ini pasti membuatkan setiap jiwa terasa.. empunya diri lagi la terase..)

Nabi bersabda lagi:

"Mahukah kamu aku tunjukkan kepala segala urusan, tiang dan kemuncaknya?"

Muaz menjawab:
"sudah tentu mahu, wahai Rasulullah!"

Nabi bersabda:

"Kepala segala urusan ialah Islam. Tiangnya adalah solat. kemuncaknya adalah jihad."

Nabi bertanya lagi:

"Mahukah engkau aku beritahu penguasa segala perkara? dan jawapannya, Nabi memegang lidahnya seraya bersabda:
"Kamu mesti menahan ini (lidah)".

Muaz berkata:

"Wahai Nabi Allah! Adakah kami akan diambil kira dan dihukum kerana apa yang kami ucapkan?"
Baginda menjawab:

"Moga ibu kamu kehilangan kamu (ungkapan ini lahirkan rasa hairan terhadap kelalaian Muaz tentang perkara seumpama ini). Bukankah manusia dihumban ke dalam api neraka di atas muka mereka melainkan kerana tuaian lidah mereka?"

InsyaAllah, huraian hadis pada next entry... (^_^v)

2 comments:

  1. wahhh..tulis byk2 sket.. hoho.
    nice one.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah kalau ada kesempatan masa dan tenaga... terima kaseh... (^_^v)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...