11/24/10

Abang…. Doktor ke?


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan rahmat kasih sayang dan kurniaNya, mampu lagi bagi saya untuk terus menulis tinta-tinta berupa cebisan nasihat yang saya kira sangat sedikit nilainya buat islam.. Tika saudara-saudara islam kita yang lain mampu berjihad mengharungi rintangan cuaca yang begitu dasyat ditambah pula dengan keadaan negara mereka yang tidak stabil, acap kali dihujani peluru-peluru hidup dan dipayungi dentuman-dentuman bom yang tidak kunjung reda, saya hanya mampu menulis.. Menulis di satu sudut yang begitu selesa tanpa ada sebarang kekacauan dan kesulitan… Harapannya, moga nanti, ada insan yang tersentuh tika membaca entry yang tidak seberapa ini..


“Seorang insan yang peroleh hidayah akan usaha dakwahmu lebih baik dari dunia dan isinya”


Walaupun begitu, saya juga sedar selepas mentadaburi ayat ini bahawa hidayah itu milik Allah..


“ Sesungguhnya engkau tidak bisa memberikan hidayah pada orang-orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah-lah yang memberikan hidayah pada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Qashash:56)


Ok…. Selesai sudah pendahuluan kata yang saya kira begitu panjang luahan hatinya.. Mari pula kita beralih kepada tajuk utama entry pada kali ini..


Abang asyraf… Doktor ke? Doktor ape ? Doktor gigi ea? Dengan wajah yang comel , si kecil Adi Hamzah bertanya pada diri… Dengan spontan, tanpa diduga, jawapan ini keluar dari mulut.. Abang Asyraf, Doktor alam…? Doktor alam ? Ada ke? Si kecil itu bertanya kebingungan… afwan ye adi… hehee


Doktor alam,


Pabila menyelusuri sejarah hidupku, sama sekali profesion ini bukanlah menjadi cita-cita utama dalam hidup.. Sejak dari Darjah 1 hinggalah ke Tingkatan 5, tanpa ada sebarang ragu.. aku telah membulatkan tekad untuk menjadi seorang Doktor perubatan… Inilah yang dikatakan suratan takdir dalam kehidupan..

Seharusnya kita panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana hikmahnya yang terindah pasti ada untuk kita dalam meniti jalan yang masih panjang di hadapan.. teringat pula akan lagu edcoustic (jalan masih panjang).. dengar-dengarkan la ye..


Dan, semenjak pertanyaan si kecil adi itu, membuatkan minda ini ligat berfikir.. Berfikir dan terus berfikir… Rupa-rupanya, teringat kembali rekod cita-cita semasa darjah satu… ada 3 pilihan yang diberikan oleh guru.. Pilihan pertama “superman”, kerjaya pilihan teratas murid-murid darjah satu..hehee kemudian pasti dimarahi guru bukan.. pilihan-pilihannya yang sebenar adalah :


1) Saintis

2) Guru

3) Imam (Hajat arwah datuk.., kurang kesampaian,huhu)


Alangkan terkejut diri ini pabila melihat rekod cita-cita itu.. “Sesungguhnya ketentuan Allah itu begitu indah”… tersangat indah bukan ? Mungkin dengan keindahan ketentuan itulah juga kalian akan dipertemukan jodoh…? Siapa tahu… Cuma apa yang ingin ditekankan di sini, adalah soal niat.. teringat akan pesan Imam masjid sunway dalam ceramahnya.. jangan dirisaukan bidang apa yang kalian belajar sekarang.. tugas kalian hanya belajar dan belajar.. yang penting niat mesti ikhlas kerana Allah taala.. Soal kejayaan pasti akan datang kemudian… wallhualam..


Aktiviti masa cuti..


“Walau siapapun kalian, jika mengangur tanpa ada sebarang pekerjaan di rumah pasti tidak akan terlepas daripada maksiat (Imam Al Ghazali) “


Bagaimana? Saya pasti, setiap daripada kita sudah ada planning-planning yang akan dilakukan waktu cuti ini bukan? 3bulan adalah satu tempoh yang lama, lebih-lebih lagi bagi saya.. Ayuh kita perbanyakkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.. seperti aktiviti kemasyarakatan, kenduri tahlil dan sebagainya, bekerja, tapi bukan di francais-francais Yahudi… berkebun, membaca buku, menghadiri majlis-majlis ilmu dan sebagainya..


“ Sebaik-baik kesibukan adalah dengan membaca Al-Quran, Sebaik-baik teman duduk adalah buku, Sebaik-baik tempat hiburan adalah perpustakaan , sebaik-baik majlis ialah majlis ilmu dan zikir, sebaik-baik pengawal adalah amal dan sebaik-baik sahabat adalah yang mengingatmu untuk taat kepada Allah, bahkan melihat kepadanya sahaja boleh membuatkan kamu lebih berfikir kepada ketaatan kepada Allah”


Wallahualam..


p/s: Doakan segalanya berjalan lancar untuk aktiviti anjuran KRim Johor pada esok hari di Batu Pahat,, sebuah bandaraya maju.. hehe

11/21/10

Kaulah Bidadari hatiku...




"Bidadari itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat malu"


Kaulah Bidadari hatiku


Hehehe, jangan tertawa dulu dan cepat-cepat membuat kesimpulan... ambil masa, tarik nafas sedalam-dalamnya.. mulakan bacaan entry pada kali ini dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani... ok? Sudah siap ? kalau begitu, mari kita teruskan...


Kalian kenal Umar ibn. Khathtab ? Sudah pasti kenal bukan.. Kalau tidak kenal... itu agak keterlaluan..hehe.. Tapi, ada apa dengan Umar? Apa pula kaitan Umar dengan bidadari di atas? Begini ceritanya.. Rasulullah s.a.w mendidik sahabat-sahabatnya banyak melalui penceritaan, pengisahan, tingkah laku serta akhlak yang sopan dan bermacam-macam cara lagi.. Disebutkan pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w dimi'rajkan menghadap Allah, Malaikat Jibril 'alayhissalam memperlihatkan kepada Beliau s.a.w taman-taman syurga yang begitu indah serta harum mewangi. Tiba-tiba, baginda s.a.w terlihat ada sekumpulan bidadari syurga yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak begitu malu..


Lalu Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibril, "wahai Jibril 'alayhissalam bidadari siapakah itu" ? Malaikat Jibril menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan untuk sahabatmu Umar radhiyallahu'anhu. Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya..


"Bidadari itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat malu"


Subhanallah, begitulah Bidadari edisi special yang diperuntukkan khas untuk Umar r.a.. Kita bagaimana? Tidak teringin ke memiliki bidadari seperti itu? Lalu, ayuh kita belajar daripada Umar r.a..


Belajar daripada Umar r.a


Siapa sesungguhnya Umar yang bisa mendapatkan bidadari edisi special khusus untuk dirinya sendiri itu? Umar r.a adalah sahabat Nabi s.a.w yang memiliki perwatakan serta kekuatan yang sangat besar dalam menyebarkan risalah islam. Ini merupakan berkat doa Baginda Nabi s.a.w "Ya Allah muliakanlah islam dengan masuknya salah seorang dari dua Umar" (Umar ibn khattab atau Amr Bin Hisyam@ Abu Jahal).


Sejak dari saat itulah kaum Muslimin yang baru sedikit berani untuk solat dan thawaf di Kaabah secara terang-terangan. Dakwah yang pada mulanya secara sembunyi-sembunyi berubah berani memunculkan diri... Begitulah sosok peribadi Umar r.a sehingga digelar al-faruq, pemisah antara yang hak dan juga batil...


Sahabat-sahabat sekalian, begitu banyak kisah-kisah menarik yang menceritakan peribadi Umar ibn khattab.. Beliau bukan sahaja seorang pemikir yang hebat tetapi juga pemimpin yang berjiwa kental.. Oleh itu, tidak hairanlah, peribadi yang istimewa sepertinya mendapat hadiah istimewa daripada Allah s.w.t...


At the first you make Habbits, at the last Habbits make you...



10 muwasafat tarbiyah..

1) Aqidah yg sejahtera

2) Ibadah yg shahih

3) Akhlak yg mulia

4) Luas pengetahuan

5) Sihat tubuh badan

6) Mampu berdikari

7) Melawan nafsu

8) Sangat menjaga masa

9) Tersusun urusannya

10) Bermanfaat pada insan lain



Dalam 10 muwasafat tarbiyah di atas.. seberapa banyakkah telah berjaya kita penuhi ? Adakah kita telah berjaya memiliki aqidah yang sejahtera ? Pengetahuan yang luas ? Akhlak yang mulia ? Jika belum semua, sudahkan kita penuhi satu daripadanya? Sukar bukan ? Sangat-sangatlah sukar bagi diri yang berfitrah insani ini... tika nafsu masih lagi mengepalai diri, mampukah muwasafat tarbiyah ini kita ikuti ?

Lalu terhasilah pepatah di atas,


"At the first you make Habbits, at the last Habbits make you..."


Pada mulanya sukar, di akhirnya? Pasti mudah bukan... beginilah maksud pepatah di atas.. Jangan bersedih dan beduka andai kita tidak istiqamah melakukan amalan-amalan sunat dan solat berjemaah d masjid, tetapi bersedihla andai kita tidak punyai niat dan keazaman untuk berubah.. Percayalah, alangkan batu yang keras juga mampu dibentuk oleh air yang sifatnya lembut.. inikan pula hati kita.. InsyaAllah, walau sekeras mana pun hati kita atau hati insan-insan yang ingin kita dakwahkan itu, akan tiba pada suatu masa dan ketika ia akan terbentuk. Terbentuk dek siraman nasihat-nasihat yang berguna...


Belajar solat berjemaah di masjid..


Jika mengimbau kembali kenangan lama, hati ini pasti akan tergelak kecil.. Pepatah ada mengatakan, pengalaman itu mematangkan usia... Pernah suatu ketika, seingat saya ketika itu saya baru menginjakkan kaki ke sekolah menengah dan mula untuk berjinak-jinak ke surau. Alkisahnya, pada suatu hari, di subuh yang hening ketika hendak pergi ke surau, basikal saya rosak, rantainya tercabut. Panik dibuatnya, manakan tidak, tanah perkuburan pada waktu itu, betul-betul berada di hadapan mata.. Lalu terjadilah kekalutan yang tidak terhingga. Hehe.. membayangkan lembaga putih di hadapan saya, lalu saya cuba memecut 100km per hour menuju ke surau. Peristiwa itu tidak akan dapat saya lupakan.. Imaginasi vs realiti..

Ibrah dari kisah di atas, bukan mudah untuk berubah dan perubahan itu memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan yang bagaimana... pengorbanan melawan hawa nafsu...


"Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hambaNya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan,tiada lain ia brtujuan mengarahkannya supaya brjuang & melawan sehingga perjuangan itu akan melahirkan cinta kepada Allah "


Jika kita inginkan bidadari edisi spesial di syurga nanti, siap siagalah untuk berkorban di Jalan Allah..


Jika kita inginkan syurga Ilahi, bersiap siagalah juga untuk mewakafkan diri di jalan dakwah ini,


Berkorban, terkorban, dikorban, pilihan di tangan kita.. renung-renungkan.




11/16/10

Kerana terlalu sayang dan sayang...



Kerana terlalu sayang dan sayang, kita jadi takut....takut untuk menegur, takut untuk membetulkan dan juga takut untuk membicarakan yang hak.

Kerana terlalu sayang juga, malu jadi taruhan, bicara menjadi kelu, kata menjadi lembut.. Yang salah seakan-akan benar dan yang benar seakan-akan ditenggelami nista kebatilan.. Di situ, bila kita renung kembali di manakah letak silapnya ? Silap pada diri ataupun...... ???
InsyaAllah, hadirnya saya pada malam ini adalah untuk merungkaikan serba sedikit tentang permasalahan ini...

Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian... tika kalian pertama kali membaca pendahuluan kata di atas... mesti kalian rasakan di dalam hati.. erm, dia ni, x lain x bukan in mood of "jiwang" la kan ? hehe, sebenarnya bukan begitu.. Saya lihat permasalahan di atas agak berat juga jika kita tak memahami apa istilah sebenar sayang itu. Seharusnya, kerana sayang, kita mampu untuk menegur, kerana sayang kita mampu untuk membetulkan, dan kerana sayang dan terlalu sayang kita mampu untuk menyatakan yang hak dan menegakkan yang batil... Bagaimana tu? Binggung bukan.. saya pun sedikit binggung... InsyaAllah, dengan sedikit ilmu yang ada mari kita sama2 menerokai dunia yang penuh kasih sayang ini...

Stigma pertama : Sayang ibu bapa

Sayang ibu bapa? Begini... kerana terlalu sayangkan seorang anak.. terkadang, si ibu atau bapa, keberatan untuk menegur anak mereka sendiri.. Mungkin kerana mereka takut anak mereka kecil hati ataupun semakin menjauhkan diri dari mereka.. Ish2... anak oh anak...

Terkadang juga, kerana terlalu sayangkan anak2, si ibu atau si bapa tidak sampai hati untuk mengejutkan anak mereka bangkit dari kedinginan pagi untuk menunaikan solat subuh.. Mereka kasihan jika anak mereka nanti tidak cukup tidur... Si anak ini juga tidak ditegur jika mereka tidak berpuasa.. Si ibu kasihan melihat anak mereka yang kelaparan....

Erm.. dan kadang-kadang juga... ada si ibu atau bapa seakan-akan merestui tingkah laku anak mereka yang pada hakikatnya bercanggah daripada hukum syarak.. Mereka merestui anak-anak mereka ber"Couple" ??.. tetapi pada masa yang sama mereka tidak pula merestui anak-anak mereka ber"nikah" secara halal dan sah.. Saya lihat pada konteks remaja masa sekarang, mereka memang berani untuk memperkenalkan pasangan masing-masing kepada ayah dan ibu mereka dgn tujuan untuk memperoleh "lesen" yang "halal" membawa pasangan mereka ke hulu dan ke hilir.. Adakah ini kerana terlalu sayang ?

Stigma ke dua : Sayang adik beradik

Saya akui dan membenarkan kata bahawa untuk menegur orang kebanyakkan seribu kali lebih mudah untuk menegur ahli keluarga sendiri. Bersyukurlah sahabat2 sekalian jika ada ahli keluarga anda yang tampil tika anda membuat silap.. Hal ini kerana satu iaitu mereka terlalu sayang dan sayang akan anda. Aik? Bagaimana pula yang terlau sayang dan sayang sehingga tidak mampu menegur?

Dalam konteks ini kita boleh lihat... sebagai seorang remaja yang semakin meningkat dewasa, kecenderungan mereka akan secara total berubah kepada kasih seorang teman, sama ada yang sejenis mahupun yang berlainan jantina.. Secara fitrahnya keluarga seakan menjadi insan yang terlalu asing dalam hidup mereka.. Sebagai contoh, saya juga mengalami situasi yang sama.. Ketika saya membesar bersama dengan adik-adik (sebelum masuk ke asrama) saya dapat lihat kasih sayang kami begitu akrab sekali. Amat mudah untuk menegur jika mereka membuat silap dan mengajak mereka ke surau atau ceramah2 agama.. Hal ini semakin berbeza setelah saya masuk ke asrama dan hingga saat ini.. saya masih lagi mencari solusi yang tepat, bagaimana caranya untuk mentarbiah ahli keluarga saya..

Langkah langkah yang dicuba adalah :

1) Menjadi teman yang rapat
2) Menghormati mereka
3) tidak memarahi mereka (remaja akan memberontak jika dimarahi)
4) menegur dengan nada yang sopan
5) Mengajak mereka berdiskusi secara profesional (maksudnya di sini pilih la masa yg sesuai, seperti selepas solat, selepas riadah bersama, makan bersama, main game dan sebagainya)

Stigma ke tiga : Kasih seorang teman

Kasih seorang teman ? menarik bukan tajuknya? Semestinya apa yang saya ingin huraikan di sini ialah kasih teman sejenis.. Lelaki dan lelaki dan wanita dan wanita. Dalam menjaga adab pergaulan, seorang lelaki amat-amat tidak digalakkan berkawan secara terlalu rapat dengan wanita yang bukan muhrimnya. Kenapa? Kerana manusia itu fitrahnya meyayangi.. Walaupun pada asalnya niat untuk berkawan, tapi pada akhirnya? Segala masalah dan luahan akan dijadikan tempat untuk dicurahkan pada "sahabat" kita ni. Tidak kah kita sedar role model meraka telah berubah daripada seorang sahabat kepada seorang kekasih ataupun mungkin lebih lagi?

ok.. berbalik pada persoalan di atas.. Kadangkala, kerana terlalu sayangkan sahabat kita, kita jadi takut untuk menegur.. walhal apa yang mereka buat itu terus terang memang satu kesalahan.. Saya akui, saya juga begitu.. tika saat ini, belum ada lagi kekuatan untuk menegur mereka secara direct.. Tetapi.... bukan bermaksud tiada caranya.. Seorang teman mampu menegur temannya secara indirect.. Seperti dengan apa? Kiasan dan juga contoh yang baik merupakan langkah terbaik.. Pastikan juga menegur secara berhikmah dan sopan.. InsyaAllah hati mereka akan terbuka untuk menerima kesalahan..

Konklusi

Akhir sekali, panjatkanlah doa pada Ilahi.. Hati manusia ini ataupun "liver", adalah milik Ilahi, walaupun seberapa kompleksnya "heart" kita ataupun dengan nama lain "jantung" ...ia tetap diciptakan dengan pelbagai fungsi.. Satu fungsi yang bersifat "lahiriah" dalam satu sudut iaitu biology, mahupun satu sudut lain yang bersifat "batiniah" iaitu sudut kerohanian.. Allah sahajalah yang membolak balikkan hati manusia dan semoga hati kita senantiasa segar dalam bimbingannya.. amin... wallahualam..

p/s: Salam Eidul Adha juga diucapkan buat rakan-rakan yang mengenali diri ini. Ingin saya petik kata-kata imam Hassan Al Banna dalam rakaman kata-kata hikmah beliau..

"Berkenalanlah dengan setiap insan yang saudara ketemu meskipun saudara tidak diminta untuk berkenalan dengannya, ini kerana asas dakwah kita adalah saling kenal mengenal dan berkasih sayang "




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...