5/21/11

Jangan Memilih.



"Buatlah baik pada sesiapa sahaja yang kalian temui, hatta pada insan yang memusuhi dirimu sekalipun"

Manusia ini memang fitrahnya begitu, cintakan kebaikkan dan sukakan kebaikkan. Namun dibalik tirai kebaikkan yang mereka impikan, tersemat satu kata-kata yang begitu "sinonim" dalam kamus hidup setiap individu iaitu "keikhlasan".


Adakalanya, manusia yang berfitrah insani ini, terlalu memikirkan sebab, akibat, dan balasan sebelum sesuatu kebaikkan itu mereka lakukan. Mereka terlalu memilih untuk membuat kebaikkan sedangkan "kebaikkan" itu boleh dianalogikan sebagai kereta Ferrari pada masa kini. Anda buat kebaikkan, anda peroleh Ferrari. Siapa yang tidak mahu bukan ? Namun, tidak ramai yang nampak dan perhalusi isu ini. Jangan sesekali memandang remeh, satu kebaikkan yang kita lakukan kerana mungkin dengan hanya sekecil-sekecil kebaikkan iaitu sekadar satu senyuman, ia boleh membahagiakan sejuta jiwa..

Rakan-rakan yang dikasihi Allah sekalian,

Jika anda pernah mendengar Ad Deen itu nasihat, anda pasti pernah mendengar agama itu juga adalah akhlak yang baik. Tetapi, pernahkan anda mendengar, Dakwah itu juga adalah akhlak yang baik ? Kenapa saya mengatakan demikian ? Jika kita selusuri kembali dakwah yang dibawa Rasulullah saw, asas dan tunjang yang paling utama adalah Qudwah Hasanah, iaitu contoh tauladan yang baik. Manusia, pada zahirnya dan pada skeptik pemikiran mereka, akan lebih teruja pada perbuatan lebih pada kata-kata. Tidak percaya ? Anda harus percaya. Jadi, ada apa dengan tajuk entry pada hari ini iaitu jangan memilih ?

Maaf jika saya katakan, mungkin agak kasar dari segi bahasa, namun inilah hakikat. Ikhwah yang dikasihi kerana Allah sekalian. Jangan sesekali kita terlalu memilih untuk berbuat kebaikkan. Kita selalu berbuat kebaikkan pada insan yang kita rasa berpotensi untuk ditajmi' atau di "follow up" tetapi kita tinggalkan mereka-mereka yang kita rasakan tidak berpotensi. Sedarlah, walaupun adakalanya kita perlu memilih dalam berdakwah, tetapi jangan sesekali memilih untuk berbuat kebaikkan.


Mungkin, insan-insan itu tidak terbuka hatinya untuk menerima dakwah yang kita bawa pada hari ini, tetapi, siapa tahu apa yang akan terjadi pada hari esok. Hati manusia ini, dipegang oleh Allah. Dan, hanya kepada Allah, hati ini boleh dibolak-balikkan. Begitu juga dengan kebaikkan-kebaikkan yang kita buat pada masyarakat. Kita menolong orang kurang upaya melintas jalan, kita membuang sampah dijalanan, kita memberikan infak sedekah buat si miskin, kita memberi senyuman buat jiran kita, kita menelefon ayah dan ibu. Kita membersihkan rumah, menyapu rumah, menolong rakan-rakan yang ditimpa kesusahan. Begitu banyak kebaikkan yang sebenarnya boleh kita lakukan.

"Disebutkan satu kisah dimana Saidina Abu Bakar, sebelum beliau dilantik menjadi khalifah, saban minggu akan membersihkan rumah seorang tua di Madinah, namun beliau risau andai selepas menjadi Khalifah, beliau tidak mampu membersihkan rumah orang tua itu tadi"

Subhanallah, betapa mulianya akhlak sahabat Baginda saw ini. Kita seringkali ingin berbuat kebaikkan. Tapi, kita harus tanya pada diri, andai rumah sendiri pun kita malas untuk membersihkannya, inikan pula, rumah orang lain? Tepuk dada. tanya diri.

Jangan sesekali, kita lihat dakwah ini sistemnya seperti perniagaan berantai yang mana kita lebih memikirkan cepatnya hasil, daripada kualitinya hasil itu sendiri. Kita sibuk dakwah di luar sini sana, tapi keluarga di kampung kita lupakan. Kita sibuk mencari "mad'u- mad'u baru" tetapi akhlak dengan masyarakat kita lupakan.

Satu analogi yang mudah " Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang selepas membeli air batu di kedai runcit, Aiman lihat, satu motor kemalangan, betul-betul di hadapannya" Disebabkan ketika itu waktu hampir berbuka puasa, tanpa mempedulikan mangsa kemalangan tadi, aiman terus memecut laju menuju ke rumah" Anda dapat lihat ? Pada ketika itu siapa yang harus diutamakan?

Rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah sekalian, Jangan sesekali kita memilih untuk berbuat kebaikkan. Kerana kebaikkan itu didasari atas dasar keikhlasan. Keikhlasan itu pula didasari atas sejauh mana kita berlapang dada andai kebaikkan kita itu tidak terbalas. Sedarlah, mungkin kebaikkan yang kita lakukan pada seseorang itu tidak dihargai oleh insan itu, tetapi percayalah mungkin insan lain akan Allah hantarkan untuk membalas kebaikkan anda.

Wallahualam sekadar pendapat dari yang dhaif..




5/19/11

Lelaki Sejati..


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah, Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Hidupku, solatku dan matiku hanya untukmu Ya Allah...

p/s : Khas untuk para duat dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.


5/12/11

Diari si Budak Kecil...



Sedari kecil, saya gemar berangan di malam hari agar esok, adalah hari yang "tinggi" dan "besar" bagi saya. Pabila meningkat dewasa, angan-angan itu bertukar ragam sedikit demi sedikit, tetapi masih dibawah awanan yang sama, iaitu "tinggi" dan "besar".



Sedari kecil, saya sedar bahawa ada rakan lain yang lebih kecil daripada saya, tetapi pada hakikatnya, saya masih ditenggelami "besarnya" rakan-rakan yang lain. Saya paling benci untuk berbaris tanpa sebab di barisan paling hadapan tika beratur di perhimpunan. Dan saya paling benci untuk mengukur ketinggian setiap kali disuruh oleh guru. Pasti ada jiwa "berontakan" setiap kali berbuat demikian.

Namun, atas keterbatasan dan kekurangan diri, saya cuba untuk menjadi yang lain dari yang lain. Mungkin fitrah si kecil ini merasakan bahawa beliau bakal dibuli ataupun ditenggelami rakan-rakan lain dari pelbagai sudut, nekad di hati hanya satu. Saya mesti menonjol !!!

Sedari sekolah, saya sedar, mungkin sayalah antara yang paling bising, paling suka ke hadapan, paling suka memimpin, paling suka "cabup" bak kata rakan-rakan di asrama. Namun saya sedar walau apa pun yang saya lakukan, saya masih seorang "budak kecil" yang berwajah "kebudak-budakkan". Saya tidak merasakan ini satu masalah ketika di bangku sekolah, tetapi pabila usia meningkat sedikit demi sedikit, berlaku rasa rendah diri yang mendalam tentang kekurangan diri.



Mulai detik itu, mimpi saya bertukar di malam hari dari menjadi tinggi, kepada menjadi matang. Alhamdulillah, perkenalan saya dengan tarbiyah berjaya mewarnai corak pemikiran saya ke arah yang lebih matang dan tidak kebudak-budakkan. Namun, saya sering bertanya. Cukupkah hanya sekadar itu? Matang hanya pada pemikiran, tetapi tidak pada fisikal?

Saya runsing dan ragu. Runsing dan ragu.. Runsing dah sungguh ragu. Rata-rata, akan memanggil saya adik, mahupun peserta kerana wajah dan fisikal saya, saling tidak tumpah seperti seorang remaja di sekolah menengah.

Saya terfikir lagi ? Jika saya memberikan sesuatu nasihat, adakah orang akan mendengar ? Fitrah manusia memang begitu. Mereka akan lebih hormat pada insan yang lebih tua daripada mereka. Wajarkah saya dihormati sedangkan saya hanya tua pada umur tetapi tidak pada fisikalnya?

Persoalan ini begitu merungsingkan saya. Perasan di "underestimate" sangat-sangat saya simpani di satu sudut hati yang begitu jauh sekali. Sedih, marah, kecewa ? Itu perkara biasa.

Saya juga ada terfikir, jika saya berkeinginan untuk berkahwin awal, pasti akan ditolak mentah-mentah oleh ibu-bapa saya. Kenapa? Mungkin saya tidak matang. Kerana wajah saya kebudak-budakkan. Perasaan menjadi anak bongsu di dalam keluarga adalah perkara biasa, meskipun hakikatnya saya adalah anak sulung. Begitulah persepsi manusia..

Namun, sampai bila saya perlu dirundum dengan perasaan ini ? Adakah bila Al Quran dipijak dan dibakar baru akan saya bangkit untuk menyeru kebaikkan ? Adakah sampai separuh umat Islam rosak baru akan saya bangkit dari perasaan ini ? Tidak.. saya perlu berubah dan anda juga perlu berubah. Jika anda masih ada rasa seperti ini. Mulai saat dan ketika ini, mari kita campakkan jauh-jauh perasaan "underestimate" terhadap diri sendiri. Yakin akan hikmah dan bersyukur atas nikmat. Jangan dikesali apa yang tiada, tetapi syukuri apa yang ada. Saya dan kamu, mungkin punyai sedikit kekurangan, namun ada potensi besar yang masih belum kita garap.

" Dengan lafaz Bismillah, saya tutup diari si Budak Kecil Ini " menuju kepada "diari Si pembimbing umat yang pasti tugas lebih besar menanti saya "

Saya kecil, anda pendiam ? Anda kaku, anda gagap ? Anda takut ? Anda ..... Kalau mahu pasti ada seribu cara untuk mengatasi meskipun anda tetap "si kecil" Dan "si budak" seperti saya..


Sangat terkesan dengan sebuah entri di Saifulislam.com
Pencetus Inspirasi untuk menulis.


5/6/11

Awak adalah Orang Saya .. Part 0


" Aku ke barat dan aku lihat di sana tanpa Islam, Aku ke Timur dan aku lihat di sana, Islam tanpa Muslim" (Syed Qutb)

Hati ini terasa benar-benar ingin menulis. Jujur dari lubuk hati. Ada sesuatu yang perlu disampaikan. Keperitan melihat dunia ini semakin jahil, sudah tidak tertahan dek batin yang mencengkam. Hari-hari yang diri ini lalui, begitu menyedihkan acap kali melihat rakan sebangsa dan seagama yang semakin jauh ditiup bayu angin yang sayup-sayup menerbangkan jiwa dan pemikiran mereka.

Ada sahaja, berita-berita baru yang didengar, baik dari politiknya, sosialnya, hubungan luar negaranya. Islam kini benar-benar ditindas. Diri ini pula, tidak mampu walaupun sekali membangkitkan mereka. Aduh lemahnya............. !!!

Adab dan ketemadunan negara-negara Islam semakin meruncing dari hari ke hari. Mereka sama sekali tidak mencerminkan sebuah negara Islam. Sampah dibuang merata-rata, sampah dibuang sana sini, sampah dicampakkan ke kanan dan ke kiri, sampah dan sampah dan sampah.. (maaf saya sangat-sangat dan sangat prihatin isu kebersihan ini). Secara jujur saya sangat-sangat geram melihat sampah bertaburan di kaki-kaki jalan. Lebih-lebih lagi pabila melihat seorang muslim membuang sampah dengan muka "selamber" di kaki-kaki jalan.


"Kebersihan itu separuh daripada Iman"

Anda lupa?

Apa yang anda ingin contohkan pada non-muslim ?

Anda pembersih?

Faillllll sama sekali!!!!!!!

Hilang seorang ingin peluk islam melihat perlakuan anda.

Sapa yang tanggung nanti di akhirat?

Anda yang tanggung..


(Bencana di Jepun Masih mampu beratur)


Wahai diri yang membaca,

Saya bukanlah ingin mengagungkan bangsa Barat. Tetapi nilai-nilai seperti inilah yang tiada dalam diri. Benarlah seperti apa yang dikatakan Syed Qutb di atas. "Di barat, aku lihat Islam tanpa Muslim, di Timur aku lihat Muslim tanpa Islam" Kenapa Syed Qutb mengatakan demikian?

Kita umat islam tidak punya semangat untuk menuntut ilmu dengan lebih gigih, kita tidak beratur ketika hendak menaikki pengankutan awam, kita tidak menjaga kebersihan awam, kita tidak menghormati orang tua,kita tidak menepati waktu, kita saling memfitnah, kita tidak berlaku baik hatta kepada binatang, kita lemah budaya tolong menolong, tiada sapaan, tiada teguran dan lebih teruk daripada itu, tiada senyuman.

"Bersyukur aku diperkenalkan oleh Islam dahulu, sebelum aku mengenal penganutnya"

Mengapa rakan Yusof al Qardhawi mengatakan demikian?

Anda pasti tahu jawapanya bukan...

"Akhlak anda mencerminkan Islam"

Anda lupa?

Apa yang anda ingin contohkan pada non-muslim ?

Anda berbahasa kasar?

Anda ber"dating" berdua-duan?

Anda tidak menepati waktu?

Faillllll sama sekali!!!!!!!

Hilang seorang ingin peluk islam melihat perlakuan anda.

Sapa yang tanggung nanti di akhirat?

Anda yang tanggung..


Entri akan datang "Awak adalah orang Saya" Part 4 : "Waktu"






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...