4/27/11

Awak adalah "orang" saya (part 3)



Ragam-ragam Malaysia Episode 3 : "Nilai Seringgit "


Situasi Pertama

Pembeli : "Cik, tak boleh murah sikit ke goreng pisang ni? " Saya pergi kedai Mak Nab kelmarin 2 ringgit boleh dapat 10 biji tau..

Penjual : Maaf le Puan, harga pisang sekarang dah naik. Pisang susah nak tumbuh sekarang ni.Maaf ye..

Situasi Ke dua


Penjual : Puan betul ke nak beli beg tangan ni ? Diskaun memang tiada. Harga ribuan ringgit ni..

Pembeli : Eh, awak ni... Duit saya bukan duit awak pun. Saya tak kesah pun. Mai sini resit dia.. Saya bayar cash..

Rakan-rakan yang dikasihi Allah sekalian,

Beginilah ritma dan ragam yang berlaku dalam masyarakat kita saban hari. Jika difikirkan kembali, apa salahnya jika si pembeli tadi menyumbang sedikit wang kepada mak cik penjual pisang di atas. Secara jelas mak cik ini berniaga secara kecil-kecilan dan punyai pendapatan yang sedikit. Mungkin cukup-cukup buat menyara kehidupan isi keluarganya.

Tetapi, sebaliknya berlaku, si pembeli tadi sanggup berhabisan wang untuk membeli barang yang digemarinya. Walhal barang itu bukanlah satu keperluan hidup, cuma sekadar perhiasan buat pemuas nafsu.. Maaf jika terkasar bahasa.

Seringgit, Sedolar, Satu rupee, 100yen, 100yuen, 1euro, 1 pound sterling nilainya mungkin berbeza-beza. Tetapi memberi erti yang pelbagai bagi sesetengah pihak. Jangankan nanti kita masih terikut-ikut dengan adat kebiasaan masyarakat dalam menderma atau memberi sumbangan dengan nilai satu ringgit. Ops.. Bukan saya ingin mengecam nilai satu ringgit itu.. Cuma apa yang ingin cuba saya sampaikan di sini ialah.. Biasakan untuk memberi. Jika anda berkemampuan cubalah menderma sebanyak dan sekadar yang mungkin. Nilainya mungkin satu ringgit (pelajar sekolah ), 5 ringgit(mahasiswa),10 ringgit (bekerja), 50 ringgit (pekerja senior) dan lain-lain jumlah mengikut kadar keikhlasan masing-masing.

Mulai sekarang. Ayuh, umat Islam yang dikasihi sekalian, Mari kita pupuk budaya memberi. Jika terlihat seorang buta di jalanan, apa salahnya kita hulurkan sedikit duit, jika kita lihat tabung-tabung anak yatim, pihak madrasah dan sebagainya. Hulurlah. Tangan yang memberi itu baik pada sisi Allah. Hilangkan sikap skeptik yang tertanam dalam diri kita bahawa setiap insan yang mengemis dan memohon bantuan itu penipu. Yakinlah bahawa Allah sebaik-baik penolong.. :)

p/s: Sangat terkesan dengan kegigihan seorang mak cik di stesen LRT mengharungi kesusahan hidup. Juga mereka-mereka yang cacat anggota badannya tetapi gigih bekerja. Kita? Kenapa harus asyik mengeluh dan tidak punya hati budi..

"Setiap Muslim Itu Bersaudara bukan?"

"Harta anda tidak akan berkurang sedikit pun jika memberi"

"Iman seseorang itu diukur pabila mana dia sanggup bersedekah ketika dia susah"

(Imam as Syafie)








4/23/11

KEM LEPASAN SPM 2010



(Para Belia SPM sekitar selangor Ayuh sertai program ini sebelum anda melangkah kaki ke gerbang Universiti.. Ketahui cara-cara dan teknik "score" di IPTA, IPTS, Kolej Persediaan, Matrik dan lain-lain, Jumpa di sana )

Awak adalah "orang" saya (part 2)


Ragam-ragam Malaysia bahagian 2 : Orang Melayu Suka Bahan Bacaan Picisan ?


Pada suatu petang Ahad yang hening di sebuah sekolah berasrama penuh di Seremban...

"Auntie datang wei, auntie datang .... Cepat-cepat, nanti habis pulak...." (Auntie jual komik dan surat khabar)

"Poji, aku after kau ea ? "

" Eh, bow aku after dulu la, Dari semalam aku dah cakap dengan poji"
Kan Poji? "

Fauzi : Ye la.. tapi, pastikan kreko ada bawah meja aku sebelum prep malam ni..

Khairy : erm... awalnye.. tak sempat la aku nak habis ni...

Fauzi : Nasib kau la "bu".. ada duit, pergi la beli sendiri..

Khairy : Pergh poji.. cam ni kau ea.. touching r... tak nak belanja kau "choki-choki" lagi.. sob3..


Situasi ke dua :


Aiman sedang menunggu bas di "terminal selatan" untuk pulang ke kampung halamannya. Matanya acap kali menjeling gelagat dua orang pemudi Melayu di sebelahnya..

"Cuba u tengok ni, hot kan dis guy... serius hot... macam justin bieber "..

"Ouch my god..." boleh luluh jantung i taw... rugi i tak beli Galaxy tadi...

"erm Su, btw u dah baca novel "cecilia ahen" tu.. P.S i love you"

"Belum la............

Dengan kadar keluhan yang lebih panjang daripada biasa... Aiman beristigfar banyak di dalam hati. Saat itu, dia pulang ke kampung halaman berbekalkan kerisauan yang mendalam tentang nasib bangsanya..

Situasi ke tiga :



Dialog antara seorang ibu yang bijak dengan anak kecilnya..

lutfi : Ummi... ummi.. boleh tak belikan lutfi buku superman ni.. dia boleh terbang taw umi ^_^v

Ummi : Erm... boleh.. tapi.. Ummi ada satu hadiah untuk lutfi.. Lutfi habiskan dulu baca buku ni.. nanti.. Ummi belikan lutfi buku superman tu.. Nak tak?

Lutfi : Nak-nak.. sayang Ummi...

Selang seminggu,

Ummi : Lutfi...lutfi....,, jom ikut ummi pergi kedai.. Minggu lepas kan ummi janji dengan lutfi nak beli buku superman...

Lutfi : erm.. tak nak la ummi.. Superman tu penipu tau.. Ada ke dia pakai seluar dalam dekat luar.. Tak sopan langsung.. Ustazah lutfi yang beritahu..

Ummi : erm......

Lutfi : Lutfi nak jadi macam "Usamah b. Zaid" dalam buku yang ummi beri tu... . Dia kan ummi.. muda, bijak, gagah.."power rangers" pun tak macam tu..

Dalam hati ibu muda itu, tiada ucapan syukur yang terungkap melainkan lafaz alhamdulillah meniti di bibir...


p/s : Semoga kita peroleh sedikit ibrah dari kisah di atas. Mulai saat dan detik ini.. ayuh kita berubah ke arah menjadi Muslim yang lebih baik.. Sihat tubuh badannya, baik ibadahnya dan juga cergas pemikirannya.. Mari kita elakkan daripada membaca bahan bacaan picisan.

p/s : Entry berkenaan "Kita adalah apa yang kita baca"




4/16/11

Awak adalah "orang" saya (part 1)


Ragam-ragam Malaysia :- Bersihnya Malaysia

Irfan dan Nu'man berjalan pulang ke rumah seusai selesai perarakan maulidur rasul di stadium Paroi Negeri Sembilan.... Mereka baru tamat pengajian di Monash Cape town..

Irfan : Man,, kau nampak ke apa yang aku nampak?

Nu'man : Hang nampak ape pang oii ? Jangan duk kalut, tengah-tengah hari buta ni.. uishh dok nyusah orang je keje....

Irfan : Lar kau ni man, suruh tengok sikit je pun.. Tak letih mana pun mata memandang..

Nu'man : Ye-ye la.. tengok kat mana tu ?

Irfan : Cuba tengok bawah...

Nu'man : Bawah mana pang ? bawah tanah..

Irfan : Ye la mana lagi... Hang nampak tak, apa yang aku nampak..

Nu'man : Uish, biar benar... banyaknye.... banyaknye... banyaknye.... !!!

Irfan : Ha'a la.. Kan aku dah cakap. Malaysia Is One of the wonderful places to live.. kan2...
( sambil menengyit-ngeyitkan matanya ^_^ )

Nu'man : Lol la hang ni.. Wonderful apa macam ni.. Sampah merata-rata... Cuba hang fikir pang. Kita ni, baru je lepas sambut Maulidur Rasul..

Irfan : So what ? Bagusla sambut maulidur rasul..

Sambil mengeluh panjang.. Nu'man menyusun kata agar rakannya itu mengerti dan faham akan maksud yang cuba disampaikannya itu..

Nu'man : Bayangkan sejenak pang.. Macam mana semangat hang masa berarak tadi?
Mesti semangat kan.. Macam tu jugak aku rasa dekat orang-orang yang datang
ke perarakan tadi..


Irfan : Hmmm,, betul jugak kan.. Semangat betul diorang tu.. Lebih-lebih lagi budak Saser.
Uish kalah yang lain.. Kalau "p" lawan Israel.. Boleh menang tu...

Nu'man : Hehehe.. jauh lagi pang oi.. Tapi yang aku terkilan tu.. Semangat-semangat selawat atas Rasulullah s.a.w, dengar ceramah tentang baginda, disarankan berkali-kali ikut sunah dia.. Tapi... kau tengok la apa jadi sekarang..

Irfan : jadi apa bro ?

Nu'man : Sampah ...

Irfan : Ha? Sampah ? Hang biar betul man.. Tobat-tobat.. Pahala banyak tu.. Yang hang dok panggil sampah wat pa.. dosa tau..

Nu'man : Bukan diorang yang jadi sampah la irfan oii.... Tengok la stadium ni.. Penuh dengan sampah..

Irfan : Betul jugak kan.. Kata nak ikut sunah nabi saw.. tapi.. sampah pun buang bersepah- sepah. Bukankah kebersihan itu sebahagian dari iman...

Nu'man : Macam tu la pang.. Nampak simple je.. tapi itu adalah 'attitude'.. "attitude" yang boleh mencerminkan ketemadunan pemikiran satu-satu bangsa tu..

Irfan : ohoii.. berfalsafah man.. takpe2.. aku sedia mendengar.. hehehe

Nu'man : Ye-ye la.. Banyak lagi perlu kita buat. Supaya negera kita ini adalah Malaysia negara Islam yang bersih..
(Bersihnya rumah Ibadah kita ~_~)

p/s : Begitulah sedikit analogi buat renungan kita bersama. Maaf jika ada kesilapan fakta dan kekasaran bahasa.Watak di atas adalah rekaan semata-mata.. Walaupun begitu, contoh di atas adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.

Mereka mengaku seorang Muslim tapi,, buang sampah merata-rata.. Lebih teruk lagi jika kita adalah seorang dai. Oleh itu, ayuh rakan-rakan.. mari kita didik rakan-rakan kita, ahli keluarga kita, anak-anak kecil kita dan lain-lain supaya membuang sampah pada tempatnya. Kebersihan amat-amatlah dianjurkan oleh islam. Tidak gunalah jika kita sibuk ke hulu ke hilir berkempen untuk membina negara Islam, sedangkan asas yang paling penting kita lupakan.

"Ayuh jadikan akhlak baik sebagai penyeri hidup kita "
"Jadikan bumi ini senantiasa tersenyum"...

Sumber ispirasi : Ruangan "beduk diketuk" solusi..




Awak adalah "orang" saya (intro)

(Tentera soviet meninggalkan Rusia)

Jika dahulu ketika Afghanistan diserang oleh tentera soviet union awal tahun 1980 an (1979 tak silap saya) para mujahidin Islam dari serata dunia bersatu dibawah satu panji membela ketuanan dan kedaulatan Islam itu sendiri. Namun, seusai perang (dimenangi tentera Islam) , apa yang dapat kita lihat ? Perpecahan demi perpecahan terjadi kepada umat islam.. Hingga lahirlah negara Islam Afganistan seperti mana yang kita lihat sekarang.. fitnahnya lebih banyak daripada kebaikkan yang mencerminkan insituisi keislaman itu berfungsi..

(Tentera Israel meratap kemenangan meraka)


Begitu juga pada tahun 1967, perang selama 6 hari antara bangsa Arab dan Yahudi. Pakar sejarah dan umat Islam sepakatnya mengatakan bahawa bangsa Arab itu berperang bukan atas dasar Islam tetapi lebih kepada atas dasar bangsa dan isu nasionalis. Lalu apa yang terjadi ? Kekalahan memihak kepada tentera Arab meskipun mereka telah bergabung untuk mengalahkan Israel.. Israel kemudiannya jadi "naik kepala" dan memijak sehina-hinanya kedaulatan dan ketuanan Islam itu sendiri.. Mana perginya bangsa Arab ? Mereka lari dan menyorok di bawah "bonzer" besar mereka iaitu Israel dan Amerika Syarikat..

Rakan-rakan sekalian,

Saya tidak ingin mengulas panjang akan isu sejarah ini...ditambah lagi saya bukanlah seorang yang ahli dalam bidangnya.. Cuma apa yang ingin saya tekankan di sini, tentang bagaimana sejarah bangsa itu sendiri mencorakkan pemikiran dan suasana masyarakat di suatu-suatu kawasan. Rujuk blog sahabat saya saudara Fahmi. Seorang yang tinggi pengetahuan sejarahnya.. ~_~

Masyarakat dan Pemikiran..

Masyarakat dan pemikiran. Satu ungkapan yang begitu asing jika digabung jalin bersama. Kenapa saya berani berkata begitu ? Mari kita perhati dan selusuri ragam masyarakat Melayu khususnya di Malaysia yang pelbagai. Saban hari, ada saja ragam yang mencuit hati mahupun yang menimbulkan kepelikkan setiap kali mata memandangnya. Ragam seperti apa agak-agaknya ye ? Sebelum saya menghuraikan bentuk pemikiran ini.. Mari kita lihat satu lagi contoh masyarakat...

Masyarakat Melayu di Indonesia? Mereka juga Melayu bukan? Cuba tonton filem-filem indonesia seperti Laskar Pelangi. Dialek masyarakat Riau di sana seakan sama dengan dialek masyarakat Melayu di Malaysia. Tetapi kenapa keadaan mereka masih lagi mundur ? Adakah mereka kurang semangat ? Tidak mungkin, kerana mereka berjaya menumbangkan penjajahan Belanda melalui gerakan tentera dan keberanian rakyat.. Tetapi ? Jika saya katakan masalah pemikiran ? Adakah anda setuju?

Barat selama hampir ratusan tahun ini berjaya menjadi kuasa besar dunia dengan ciptaan dan ideologi yang pelbagai. Lalu Timur khususnya negara-negara Islam "berbangga" menjadi "consumer" yang paling setia . Segala ilmu dan ideologi barat dicedok begitu saja tanpa ada tapisan dan sekatan yang terancang..


(Reformasi Mesir)


Lihatlah bagaimana tokoh-tokoh Islam masa kini seperti Dr. Yusof Qardhawi memperjuangkan "pemikiran Islam yang mendahalui zaman" di dalam kitabnya fiqhul al awaliyat, Dr Asri dengan pemikiran tajdidnya, Imam Hassan al banna dengan gerak kerja ikhwannya , gerakan-gerakan Islam yang lain khususnya di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam isu memperjuangkan agenda masing-masing baik agenda muslim dan bangsa mahupun agenda bangsa saja..

Oleh itu rasanya saya di sini terpanggil untuk kita sama-sama selusuri ragam Masyarakat Melayu di Malaysia.. Dalam episod yang akan datang.. "Awak adalah orang saya part 1" ..







4/6/11

Alhamdulillah ~



Sangat bersyukur, lega dan mungkin juga sedikit ketenangan.. Bersyukur kerana diri ini masih dipanjangkan usia oleh Ilahi, perasaan lega dan tenang mungkin kerana masalah yang menghantui diri sejak hampir 2 minggu lamanya akhirnya selesai.. Alhamdulillah Ya Allah...

Sedikit coretan nasihat diri ini nukilkan buat pengajaran kita bersama ~~~

"Asyraf apa yang anta azamkan untuk tingkatkan akhlak diri ? " err..
"ana nak selalu ingat mati, ingat mati kan tandanya orang yang bijak " Dengan yakin diri ini menjawab pabila ditanya oleh naqib usrah kami, Abg Hazwan...

Rakan-rakan sekalian... Seusai selesai sesi usrah saya tertanya-tanya ke dalam diri..

"Mungkin jika kita hanya berazam begitu nilainya tidak sama dengan azam yang disertai dengan pengalaman" Pengalaman seperti apa ye ? Pengalaman hampir maut ...

Walaupun pada dasarnya saya selalu berdoa agar dihindari perkara-perkara sebegitu, namun Allah Maha Mengetahui dan lebih bijak ketetapannya berbanding apa yang dirancang oleh manusia biasa..

Pada hari Isnin lepas , kejadian ini benar-benar berlaku ke atas diri saya.. Tidak terkata dan seperti mimpi apabila saya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas. Saya tergamam.... Alhamdulillah Allah masih panjangkan lagi usia saya.. Hanya kecederaan ringan yang saya hadapi. Mujurlah saya sempat dan diberi peluang oleh Allah untuk mengawal motor dengan baik daripada terjatuh ke jalan raya... Alhamdulillah sekali lagi Ya Allah..

Ujian ini seterusnya hadir bertalu-talu... Saya diminta untuk membayar ganti rugi kereta berkenaan sebanyak Rm 4-5 ribu. Pada waktu itu, saya tidak mampu berkata-kata. Jauh niat di hati ingin memberitahu ayah mahupun ibu .. Saya tidak mahu menyusahkan mereka.. Mujurlah rakan-rakan dan saudara mara terdekat banyak membantu dari segi moral dan fizikal..

Alhamdulillah , hari ini segala-galanya selesai... Pengajaran buat diri dan rakan-rakan.. ketika kita dilanda masalah Allah jangan dilupa. Begitu juga ketika kita peroleh kesenangan. Hadirkan Allah setiap saat dalam diri. InsyaAllah dia akan sentiasa ada untuk kita. Meskipun kita selalu membuat perkara yang ditegahnya.. Ingat, jangan putus asa daripada rahmat Allah...

Masalah yang kita hadapi ini hanya kecil berbanding ujian-ujian yang dihadapi sahabat-sahabat kita di Palestin , libya dan lain-lain. Kita tidur beratapkan bumbung, mereka juga tidur beratapkan bumbung. Tetapi bumbung tetap satu fungsinya, tiada yang kalis peluru dan tiada yang kalis bom.. Itulah mereka... kesusahan ini mengajar mereka untuk lebih tabah.. Bukan seperti kita yang lemah ini , lembik dan tidak berani.. Didatangi satu masalah, terkulai seluruh badan, cinta terputus, hancur hati.. Tetapi tidak mereka, hati mereka hancur.. kerana bom, badan mereka terkulai kerana peluru.. Renung-renungkan sahabatku..

p/s : teringat cerita laskar pelangi, sanggup mengharungi buaya demi untuk sampai ke sekolah :) kita ?? assingment banyak bukan alasan untuk terus berjaya ...

" Belajar susah untuk kita merasai erti hidup "




Kenapa Aku ?


KENAPA AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUSTASI?

Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-
orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung

Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!

Surah Yusuf ayat 87
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa’ ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

Pesan Hasan Al-Banna:
“Sesungguhnya amanah yang ada itu lebih banyak dari waktu yang tersedia, untuk itu bantulah
saudaramu dalam menyelesaikannya serta sederhanakanlah apa yang bisa disederhanakan”

Dipetik dari blog ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...