5/31/10

Apa ertinya Saya Menganut islam~


Assalamualaikum wbt, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan kurnia Nya, kita mampu lagi terus bernafas, menikmati hari-hari ini, dan berpeluang terus berbakti kepada Kekasih hati tercinta.Semoga juga, dinihari, mengiringi perjalan hidup kita dengan penuh barakah di bawah lembayung rahmat Nya.

Pada entri kali ini, saya rasakan amat tertarik untuk mengulas serba sedikit mengenai modul usrah kami yang bertajuk “Saya mestilah Muslim di sudut akhlak”. Akhlak yang mulia adalah menjadi matlamat asas risalah islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya;

Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”

Akhlak yang mulia adalah tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai dengan akhlak. Inilah yang dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya sewaktu beliau ditanya “Apakah deen itu?”, beliau menjawab dengan sabdanya :

“Deen itu adalah akhlak yang baik.” (Hadith riwayat Muhammad Ibn Nasr al Maruzi secara mursal)

Sehubungan dengan itu jelaslah, dalam islam akhlak merupakan intipati ibadah. Tanpa akhlak, ibadat yang dilakukan dirasa seperti tidak sempurna. Manakan timbulnya keikhlasan dalam beribadat jika hilangnya keikhlasan. Dan dari mana timbulnya keihlasan dari ikhsan. Dan dari mana ikhsan itu timbul jika bukan pada akhlak yang baik.

Sifat2 seorang muslim:

1.Bersifat warak dari melakukan perkara2 syubhah. Seorang muslim hendaklah sentiasa berjaga2 dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara2 yang haram serta bersifat syubhat. Ini dilakukan kerana patuh pada perintah Rasulullah s.a.w:

“Perkara yg halal itu jelas dan perkara yg haram itu pun jelas, tetapi di antara keduanya ada perkara2 yg syubhat yg tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. Barangsiapa yg menjauihi perkara syubhat beerti belia telah membersihkan agama dan kehormatanya, barangsiapa yg tejatuh ke dalam perkara syubhat beerti beliau telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Samalah keadaanya seperti seorang pengembala yang mengembala dalam pagar itu. Ingatlah setiap raja itu mempunyai batas sempadanya dan batas sempadan Allah adalah perkara2 yang diharamkan Nya. Ingatlah dalam setiap jasad itu ada sekeping daging, apabila daging itu baik maka baiklah jasad itu keseluruhanya, apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya. Ingatlah daging itu adalah hati.” ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

Dari hadis di atas jelaslah kita disarankan untuk menjauhi perkara2 syubhat. Apakah perkara itu? Jika kita lihat sendiri, pada zaman yang serba moden ini, perhubungan antara lelaki perempuan yg bukan muhrim seperti tidak terbatas di alam realiti sahaja, tetapi melibatkan alam maya . Ketahuilah “chatting” di ym antara lelaki perempuan yang bukan muhrim hatta di fbook skalipun tanpa urusan, mestilah dijauhi kerana ia merupakan salah satu unsur syubhat. Perkara2 lain seperti menonton tv sehingga menyebabkan kelalaian, ragu2 tentang status halal atau haram sesuatu makanan dan juga lain2.

Peringkat warak yg paling tinggi ialah peringkat yg telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya;

“Seseorang itu tidak akan dapat mencapai peringkat muttakin hinggalah beliau meninggalkan perkara yg tidak menjadi kesalahan jika dilakukan kerana takut terjatuh ke dalam perkara yg tidak boleh dilakukan. ( Hadis riwayat Tarmizi )

InsyaAllah jika ada kesempatan kita akan bersambung pada akhlak muslim yang kedua iaitu, kita mestilah menjaga pandangan.

Sumber: Apa ertinya saya menganut islam? Allahyarham Ustaz Fathi yakan

5/29/10

Aku inginkan cinta Mu~



Assalamualaikum wbt, bersyukur rasanya ke hadrat Ilahi, sekali lagi diri ini terus diberi ruang dan peluang dalam menitipkan kata2 hikmah yang ku kira sangat sedikit sumbangan Nya buat islam untuk direnungi bersama... Ya Allah, ikhlaskanlah hati ku ini, luruskan lah ia agar aku bisa mengapai redha Mu...

" Ya Allah, di malam hari yg penuh kesyahduan dan kedamaian ini, ku rasakan diri ini benar2 hina Ya Allah, daku gagal dalam menjadi hamba Mu yang baik..tika sirna malam menampakkan cahayanya, aku terus dimamah bibit2 dosa dan maksiat... aku tidak mampu menahan bicara ku, aku tidak mampu menahan pandangan ku, aku tidak mampu ya Allah... aku tidak mampu....Mana bisa kemudianya aku tega meletakkan diri ku sebaris bersama kekasih2 Mu..??

"Ya Allah, tika aku mula membakar kudratku untuk menuntut ilmu, aku tidak mampu berjuang dengan perasaan malasku... teringat pesan kekasih Mu Ya Allah, " Sifat malas ini perlu dipaksa duhai diri, pujuklah ia,, tika engkau mampu memujuknya,, ia seakan2 memberontak.." mampukah aku menjadi kakasih Mu ya Allah, andai sifat malas ini terus bertakhta di Hati??

"Ya Allah, tika para syuhada' mu sibuk berperang di bumi anbia... apa yang diri ini dapat sumbangkan? Aku terkulai layu dalam ruang duniawi yang penuh hiburan... Aku terus dibuai mesra dibisik kesenangan hidup... "lantas kata2 ini membuatkan hati terusik " Ingatlah duhai si empunya diri,, Sultan Muhammad Al Fateh menakluk Konstantinople pada Usia mu.. dirimu, bagaimana???

"Ya Allah, tika para ilmuan Mu sibuk mencari cebis2 ilmu untuk dikumpulkan menjadi segunung lembaran ilmu, yang dari ilmu itu bisa menerangi masyarakat... apa yang telah aku lakukan.. mereka bergadai harta dan kudrat demi mencari redha Ilmu Mu ya Allah... aku?? apa yang aku lakukan?? Aku hina ya Allah.. Aku sering kali memalitkan arang di hati ku.. lalu ia menjadi tompokan hitam..dan dari tompokan hitam itu lahirlah hati yang kotor... hati yang menjadi nakhoda segala maksiat ...

"Ya Allah, tika remaja2 pilihan Mu bermujahadah menahan nafsu mereka... apa yang telah aku lakukan? Mereka sibuk dalam perebutan menjadi kekasih Mu Ya Allah... mereka menjaga batas2 hubungan, mereka menahan diri dari cinta duniawi... aku? apa yang telah aku lakukan.. aku.. seorang remaja yang lemah..

"Ya Allah, andai kata masih ada lagi ruang dan waktu untukku , Engkau panjangkanlah usia ku.. aku ingin sekali berbakti pada Mu, aku ingin merasai betapa nikmat Nya merasai cinta Mu dengan setulus hati... aku percaya dengan cinta dan redha dari Mu.. aku akan terus berjaya menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat... Engkau jauhilah aku dan sahabat2 yang aku cintai dari gerbang kemaksiatan .. Engkau sinarilah jalan kami dalam mencari Ilmu yg Engkau redhai... " amin ya Allah..

Alhamdulillah, selesai sudah bicara ku pada malam ini, dan ku kira ia bukan menjadi satu titik noktah dalam ku berbicara pada Mu, ttp menjadi titik tolak bagiku dalam mencari redha Mu....

Ribuan maaf ku pinta juga duhai sahabat, andai entriku pada kali ini lebih berbentuk peribadi,, tujuan di hati, ingin menyampaikan.. maafkan atas segala kekhilafan.. jika ada terkesan di hati.. ayuhlah kita bangkit.. demi islam...demi islam sahabat,, tegarkah dikau melihat islam terus ditindas?.... renung2 kan..
Wallahualam...






5/22/10

Al Quran dan Madu lebah~



Assalamualaikum wbt, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah rahmat dari Nya, di pagi hari yang penuh kedamaian ini, bisa kita jadikan ruang untuk terus beribadahNya~Alhamdulillah Panjatkanlah kesyukuran pada Nya, kerana dengan izin Nya juga, kita masih lagi mampu bernafas dan terus menikmati hari2 ini.....

Tujuan saya menitipkan kata pada kali ini, lebih bersangkut paut pada keadaan persekitaran yang tidak begitu menyihatkan, Almaklumla, musim peperiksaan baru sahaja tiba, apa yang saya dapat lihat, sahabat2 banyak yang ditimpa penyakit.. kenapa ye? Peperiksaan dan demam? istilah yang seakan sinonim? keberangkalian ada kaitan kah? Mungkin ia berkait rapat dengan pemakanan kita? Mari... lihat khasiat madu di bawah ..

Madu Lebah dalam al-Quran

Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan terperincikerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.


Apa yang ingin saya kongsikan di sini apabila lebah memakan buah-buahan yang mempunyai pelbagai zat gula, hasilnya keluar sejenis minuman yang berbeza warnanya iaitu madu. Ini bermakna, madu yang dicernakan oleh lebah adalah hasil daripada cecair gula yang diambil dari pelbagai buah-buahan. Timbul persoalan, kenapa al-Quran menyatakan ”dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya” tanpa disebut dengan bahasa ”pelbagai jenisnya”. Dr Abdul Karim Najib (1994):

  1. Setiap jenis zat gula yang terdapat pada madu lebah menghasilkan warna yang berbeza-beza.
  2. Kajian makmal yang dilakukannya menunjukkan, apabila pancaran cahaya putih melalui prisma kaca yang halus, cahaya putih tersebut akan bercabang menjadi tujuh warna. Kumpulan cahaya itu disebut spektrum.
  3. Setiap warna cahaya tersebut dari madu mempunyai gelombang yang panjangnya berbeza-beza. Sebab itu, jenis zat gula yang wujud di dalam madu berbeza-beza disebabkan warna-warna yang diserap di dalam madu tersebut berbeza-beza.
  4. Demikian juga dengan warna madu itu sendiri yang berlainan seperti putih, kuning dan merah yang mempunyai khasiat berbeza-beza.

Indah sungguh kan kawan2, bagaimana sains dan islam saling berkait rapat.. mari pula lihat bagaimana Rasulullah s.a,w mengamalkan madu.

Amalan Rasulullah s.a.w mengenai madu

Kitab “Zad al-Ma`ad fi huda khair al-ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam ”Sunan Ibn Majah” pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi ” sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”.Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda ”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. Di dalam kitab ”al-Sunan” itu disebutkan juga nabi Muhammad s.a.w. bersabda ” Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat” . Ibn Qayyim menyebutkan bahawa madu yang terbaik ialah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian juga madu yang diambil dari lebah liar (Ibn Qayyim, 1998).

Akhir kata sedikit pesan dari Ibnu Sina, tokoh perubatan islam yang terkenal... Jika beliau pada ribuan dan mungkin ratusan tahun dahulu sudah menemui kelebihan madu, kenapa tidak kita. Yakinlah, duhai saudaraku, apa yang disebutkan dalam Al Quran pasti benar....

ibn sina pernah berkata :
"madu i2 mnguatkan roh"
"madu i2 menambahkan kerajinan dn semangt"
"madu memlihara kemudahan"
"dan madu menolongg melancarkn ucapan

Terima kasih juga pada Ibu Ayah, dan sahabt2 yang banyak membantu saya ketika demam kelmarin. Nasihat dari mu akan ku ingat.. Wassalam~


5/17/10

Renungan buat mu,sahabat



Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat renungan diri...

Moga setiap langkah dalam hidup dan setiap nafas yang disedut sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah s.w.t. Moga bakal bertemu dengan DIA yang satu di hari yang dijanjikan bilamana itulah kemuncak kebahagiaan seorang insan kerdil yang bernama, hamba. Amin....

p/s: moga menjadi renungan kite bersame...

5/5/10

Tamparan Seorang Kyai~



Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air.

Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab pertanyaannya.Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya ?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan banyak orang yang pintar, bahkan para ustadz serta ulama tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemudi tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?

Kyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 perrtanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!

Kyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu.
Pemuda : Saya tidak bisa.

Kyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak

Kyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.

Kyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

ehmm...pelajaran berharga! Semoga bermanfaat tuk kita semua...Amiin.

Wassalam.

by Abu Bakar Alhabsyi

5/1/10

Biah Solehah~



Assalamualaikum wbt, alhamdulillah ya Allah, sekali lg daku diberi kesempatan oleh Mu untuk terus menulis dan melakar kata2 hikmah buat renungan diri ini dan juga sahabat2 yg amat aku cintai dan kasihi.... Moga2 setiap titisan hujan yg turun membasahi bumi pada malam ini memberi rahmat buat kite semua... InsyaAllah~

Sahabat,

Tika kaki kiri ku mula melangkah keluar dari pintu surau pada hari ini, hati ku berbisik, "Ya Allah, bisa lagikah aku merasai nikmat seperti ini?" berjemaah bersama2 sahabat yg aku cintai... betapa indahnya perasan pabila aku dapat berdamping dgn Mu ditemani mereka semua...

Teringat ketika mula2 aku melangkah kaki di bumi Sunway ini, jiwa ku seakan2 risau dan berlagu hiba, andai sudah tiba saat Allah menarik nikmat iman dari diri ini... Aku sungguh risau tidak dapat berjemaah lagi di surau, mendengar alunan ayat2 Allah, dan yg paling merisaukan aku, masih ada lagikah sahabat2 yg ingin turut sama berjemaah dgn ku.. solat bersama, membaca Al Quran bersama, puasa bersama, hiba tawa dikongsi bersama, nasihat dijadikan pautan meskipun dalam gurauan...

Ya Allah bersyukur rasanya pada Mu kerna aku dikurniakan sahabat yg baik dan elok akhlaknye, menegur ku ketika salah dan membimbingku tika ak terleka, mengajakku pada yg maaruf dan menegahku pada yg mungkar.. Sahabat, sebenarnya, daku kagum dengan diri kalian, tika kita diletakkan di bumi sunway yg penuh dengan segala macm hiburan dunia ini, kalian bisa meneguhkan diri sebagai persediaan menghadapi badai kemaksiatan yg bakal melanda.. Paling meruntun hati ini, ketika aku terjaga malam, terlihat dirimu sujud menghadap Ilahi, seikhlas hati aku mengatakan aku kagum pada mu..

Lantas, mulai detik dan ketika itu, aku mula merajinkan diri untuk bgn pd pagi hari..Walaupun sukar tetapi aku tetap terus mencuba.. Alhamdulillah, berkat dorongan dari mu dan Hidayah dari Allah kita terus diberi kesempatan untuk "berlumba2" bgn pada awl pagi..
sejujurnya aku mengatakan aku cintakan bi'ah seperti ini... biah solehah yg menjadi idaman setiap masa..

Sahabat,

Andai takdir telah tersurat bahawa kita bakal berpisah selepas ini, jadikan pengalaman kita bersama sbg memori . Andai kita tidak bisa bersolat bersama, jadikanlah ibadah fardhu ini istiqmah sebagai amalan, andai kita tidak dapat berpuasa bersama, jadikanlah ia sebagai benteng penahan nafsumu.....andai kita tidak bisa menghadiri usrah bersama , carilah peganti agar hati ini akan terus segar disirami titisan nasihat....

" Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab R.A. katanya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kerana apa yang dia niatkan."

Moga2 bi'ah solehah yang kita wujudkan ini kerana Allah dan kepada Allah la segala amalan ini disandarkan.. insyaAllah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...