5/31/10

Apa ertinya Saya Menganut islam~


Assalamualaikum wbt, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan kurnia Nya, kita mampu lagi terus bernafas, menikmati hari-hari ini, dan berpeluang terus berbakti kepada Kekasih hati tercinta.Semoga juga, dinihari, mengiringi perjalan hidup kita dengan penuh barakah di bawah lembayung rahmat Nya.

Pada entri kali ini, saya rasakan amat tertarik untuk mengulas serba sedikit mengenai modul usrah kami yang bertajuk “Saya mestilah Muslim di sudut akhlak”. Akhlak yang mulia adalah menjadi matlamat asas risalah islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya;

Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”

Akhlak yang mulia adalah tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai dengan akhlak. Inilah yang dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya sewaktu beliau ditanya “Apakah deen itu?”, beliau menjawab dengan sabdanya :

“Deen itu adalah akhlak yang baik.” (Hadith riwayat Muhammad Ibn Nasr al Maruzi secara mursal)

Sehubungan dengan itu jelaslah, dalam islam akhlak merupakan intipati ibadah. Tanpa akhlak, ibadat yang dilakukan dirasa seperti tidak sempurna. Manakan timbulnya keikhlasan dalam beribadat jika hilangnya keikhlasan. Dan dari mana timbulnya keihlasan dari ikhsan. Dan dari mana ikhsan itu timbul jika bukan pada akhlak yang baik.

Sifat2 seorang muslim:

1.Bersifat warak dari melakukan perkara2 syubhah. Seorang muslim hendaklah sentiasa berjaga2 dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara2 yang haram serta bersifat syubhat. Ini dilakukan kerana patuh pada perintah Rasulullah s.a.w:

“Perkara yg halal itu jelas dan perkara yg haram itu pun jelas, tetapi di antara keduanya ada perkara2 yg syubhat yg tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. Barangsiapa yg menjauihi perkara syubhat beerti belia telah membersihkan agama dan kehormatanya, barangsiapa yg tejatuh ke dalam perkara syubhat beerti beliau telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Samalah keadaanya seperti seorang pengembala yang mengembala dalam pagar itu. Ingatlah setiap raja itu mempunyai batas sempadanya dan batas sempadan Allah adalah perkara2 yang diharamkan Nya. Ingatlah dalam setiap jasad itu ada sekeping daging, apabila daging itu baik maka baiklah jasad itu keseluruhanya, apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya. Ingatlah daging itu adalah hati.” ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

Dari hadis di atas jelaslah kita disarankan untuk menjauhi perkara2 syubhat. Apakah perkara itu? Jika kita lihat sendiri, pada zaman yang serba moden ini, perhubungan antara lelaki perempuan yg bukan muhrim seperti tidak terbatas di alam realiti sahaja, tetapi melibatkan alam maya . Ketahuilah “chatting” di ym antara lelaki perempuan yang bukan muhrim hatta di fbook skalipun tanpa urusan, mestilah dijauhi kerana ia merupakan salah satu unsur syubhat. Perkara2 lain seperti menonton tv sehingga menyebabkan kelalaian, ragu2 tentang status halal atau haram sesuatu makanan dan juga lain2.

Peringkat warak yg paling tinggi ialah peringkat yg telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya;

“Seseorang itu tidak akan dapat mencapai peringkat muttakin hinggalah beliau meninggalkan perkara yg tidak menjadi kesalahan jika dilakukan kerana takut terjatuh ke dalam perkara yg tidak boleh dilakukan. ( Hadis riwayat Tarmizi )

InsyaAllah jika ada kesempatan kita akan bersambung pada akhlak muslim yang kedua iaitu, kita mestilah menjaga pandangan.

Sumber: Apa ertinya saya menganut islam? Allahyarham Ustaz Fathi yakan

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...