5/22/10

Al Quran dan Madu lebah~



Assalamualaikum wbt, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah rahmat dari Nya, di pagi hari yang penuh kedamaian ini, bisa kita jadikan ruang untuk terus beribadahNya~Alhamdulillah Panjatkanlah kesyukuran pada Nya, kerana dengan izin Nya juga, kita masih lagi mampu bernafas dan terus menikmati hari2 ini.....

Tujuan saya menitipkan kata pada kali ini, lebih bersangkut paut pada keadaan persekitaran yang tidak begitu menyihatkan, Almaklumla, musim peperiksaan baru sahaja tiba, apa yang saya dapat lihat, sahabat2 banyak yang ditimpa penyakit.. kenapa ye? Peperiksaan dan demam? istilah yang seakan sinonim? keberangkalian ada kaitan kah? Mungkin ia berkait rapat dengan pemakanan kita? Mari... lihat khasiat madu di bawah ..

Madu Lebah dalam al-Quran

Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan terperincikerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.


Apa yang ingin saya kongsikan di sini apabila lebah memakan buah-buahan yang mempunyai pelbagai zat gula, hasilnya keluar sejenis minuman yang berbeza warnanya iaitu madu. Ini bermakna, madu yang dicernakan oleh lebah adalah hasil daripada cecair gula yang diambil dari pelbagai buah-buahan. Timbul persoalan, kenapa al-Quran menyatakan ”dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya” tanpa disebut dengan bahasa ”pelbagai jenisnya”. Dr Abdul Karim Najib (1994):

  1. Setiap jenis zat gula yang terdapat pada madu lebah menghasilkan warna yang berbeza-beza.
  2. Kajian makmal yang dilakukannya menunjukkan, apabila pancaran cahaya putih melalui prisma kaca yang halus, cahaya putih tersebut akan bercabang menjadi tujuh warna. Kumpulan cahaya itu disebut spektrum.
  3. Setiap warna cahaya tersebut dari madu mempunyai gelombang yang panjangnya berbeza-beza. Sebab itu, jenis zat gula yang wujud di dalam madu berbeza-beza disebabkan warna-warna yang diserap di dalam madu tersebut berbeza-beza.
  4. Demikian juga dengan warna madu itu sendiri yang berlainan seperti putih, kuning dan merah yang mempunyai khasiat berbeza-beza.

Indah sungguh kan kawan2, bagaimana sains dan islam saling berkait rapat.. mari pula lihat bagaimana Rasulullah s.a,w mengamalkan madu.

Amalan Rasulullah s.a.w mengenai madu

Kitab “Zad al-Ma`ad fi huda khair al-ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam ”Sunan Ibn Majah” pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi ” sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”.Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda ”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. Di dalam kitab ”al-Sunan” itu disebutkan juga nabi Muhammad s.a.w. bersabda ” Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat” . Ibn Qayyim menyebutkan bahawa madu yang terbaik ialah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian juga madu yang diambil dari lebah liar (Ibn Qayyim, 1998).

Akhir kata sedikit pesan dari Ibnu Sina, tokoh perubatan islam yang terkenal... Jika beliau pada ribuan dan mungkin ratusan tahun dahulu sudah menemui kelebihan madu, kenapa tidak kita. Yakinlah, duhai saudaraku, apa yang disebutkan dalam Al Quran pasti benar....

ibn sina pernah berkata :
"madu i2 mnguatkan roh"
"madu i2 menambahkan kerajinan dn semangt"
"madu memlihara kemudahan"
"dan madu menolongg melancarkn ucapan

Terima kasih juga pada Ibu Ayah, dan sahabt2 yang banyak membantu saya ketika demam kelmarin. Nasihat dari mu akan ku ingat.. Wassalam~


5 comments:

  1. huhu..tingat kat madu yg tertinggl kat bus stop mse ade progrm kt masjid al-husna..

    ReplyDelete
  2. mahal harga madu sekarang nie yep.. T_T

    ReplyDelete
  3. syukran bg kt aq madu tualang ko tu semalam.. lega skit la ari ni..

    ReplyDelete
  4. madu murah jew fahmi berbanding "bermadu" huhuu.. tp berbaloi la kot dgn khasiat dan harga dia.. smbil menjaga ksihatan dpt phala jga kn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...