4/21/10

Khusyuk~



Khusyuk~
Berkata Huzaifah al-Yamani r.a. : Perkara pertama yang akan hilang daripada kalian dalam agama kalian adalah sikap khusyu'. Dan terakhir yang hilang daripada kalian adalah solat. Berapa ramai orang yang solat tetapi tidak ada kebaikan dalam dirinya. Kelak kalian akan memasuki masjid besar tetapi kalian tidak menyaksikan di dalamnya orang yang beribadah dengan khusyu'.




*Dipetik daripada majalah Hiwar, bilangan 4 tahun 1999.


4/17/10

Mak Ibu Dan Juga Ummi ~



Assalamualaikum wbt,, bersyukur rasanye ke hadrat Ilahi, jari jemari ku ini bisa kembali diberi kesempatan dan kekuatan untuk terus menulis tinta2 hikmah, yg ku kira sgt kecil sumbanganye terhadap islam.. Moga2 dengan berbekalkan sedikit ilmu di dada, mampu ku jadikan medium untuk terus berdakwah secara 'kecil-kecilan'... Redhai usaha ku Ya Allah~ penuhi piala hati kami dengan kasih syg dan keikhlasan...

Emak,

10 tahun telah berlalu, entah mengapa sejak kebelakangan ini, aku semakin rindu pada mu. Terngiang-ngiang2 suara dan tawa mu yg menjadi pngubat lara ku ketika kecil. Tika aku melabuhkan wajahku sujud pada Ilahi, wajahmu terbayang2 di kelopak mataku.. Aku tidak mampu untuk menahan kesedihan di hati~ Aku sangat menyayangi mu .. mungkin adik2 juga merinduimu . kau pergi saat kami amat memerlukan kasih syg drmu..kau pergi tika anak2 mu mengharapkan doa yg mustajab dr seorg ibu... Moga2 Allah menempatkan mu di kalangan insan2 yg dikasihinNya, para syuhada dan Solehin... tetapi hati ini sentiasa diulit kerisauan,,, siapakah yg bakal mendoakan kami?

Ibu,

Aku teringat tika 'emak' pergi meningalkan kami, kau hadir bagaikan purnama malam yg menjadi penyuluh pada kehidupan. Kau membantu ayah yg brsusah payah menjaga kami, memasak untuk kami. mulanya, hadirmu ku kira menambahkan lara di hati, tapi sebaliknya,menjadi pengubat rindu di kala sepi. Dikau tabah mengajar kami, tabah mngasuh kami, ada kalanya kami sering menguris perasaan mu. dikau tabah melayan kerenah kami. teringat pokok jambu yg menjadi saksi kenakalan ku dulu, sering menjadi tempat sorokkan kala disuruh mengaji, reban ayam yg menjadi mangsa belasahan kami, kambing2 yg menjadi mangsa kejaran kami.. engkau terlalu tabah ibu.. Kini 9 tahun telah berlalu, aku bangga mempunyai ibu sepertimu. Moga2 Allah merahmatimu sentiasa.

Ummi,

Aku gelarkan dikau ummi, kerana engkau banyak menjadi peniup smgt ku untuk terus berjaya, wajahmu persis seperti emakku, nasihat mu bagaikan mutiara di padang pasir. susah untuk di cari. bagiku engkaulah "motivator" yg terbaik di dunia ini. Tika emak sakit, engkau menjaga kami, engkau berikan kami kasih syg. Pabila ku meningkat dewasa, nasihat mu sentiasa menjadi tautan buat diriku untuk terus berjaya... terima kasih... akan ku kenang jasamu...

Sesungguhnye Ya Allah, aku beruntung di kurniakan 3 insan istimewa dalam hidupku, kala engkau mengurniakan Maryam untuk Isa a.s, Siti Aminah untuk Rasulullah s.a.w, Siti Hajar untuk Ismail a.s, aku juga beruntung kerana dikurniakan, Maznah bte Maarof sbg 'emakku', Hasinah bte Hassan sbg Ibuku, Latifah bte Maarof sebagai 'ummiku'... aku dikurniakan 3 orang Ibu dalam satu masa, 3 jenis kasih syg dari insan2 yg berlainan.

Dikaulah "emak, Ibu dan juga Ummiku"....


4/14/10

Berkasih Sayang



Assalamualaikum wbt, bersyukur rasenye ke hadrat Ilahi, berkesempatan jua mendegar kicauan burung2 yg petah brzikir memuji Tuhan di segenap ruangan angkasa, perhiasan pg diserikan lg dgn kedamaian alam yg menghijau.. Subhanallah~ moga diri ini yg diberi kesempatan untuk menulis berbekalkan pena berupa papan kekunci, menulis setiap tinta2 hikmah dgn pnuh ikhlas.. Moga2 piala hati kami dipenuhi dgn keikhlasan dan kasih syg...

Berkasih Sayang? Nampak Mudah... tp mendalam mksdnye.. Kadang2.. tidak ramai yg mngerti erti kasih syg sebenar, tp sudah berbanga dengan kasih syg yg dicurahkanye.. pd nye mungkin byk.. tp bg kite yg menilai, hanya sekelumit saje.. apetah lagi jika Allah yg menilai..berkumit saje la ye.. hehee..

Kasih Sayang sering di takrifkan sebagai lembah hati yg meluas.. pe mksdnye? Mari saya huraikan melalui sedikit kisah.. Pada satu hari, Pak mat dan anaknya pergi ke pasar, lalu terjumpe si anak kucing yg sangat kurus dan sakit, mereka membuat keputusan untuk mngambil anak kucing itu pulang ke rumah.. dalam perjalanan ke tempt kereta,mereka terlihat pula kelompok kucing yg lain,, lalu anak pak mat berkate "abi, ini ibu kucing tu? " pak mat menjawab " xpe, kite bawa pulang anak kucing yg ini kerana ia tampak tenat dan sakit, dekat sini xckup mkanan"

2 minggu kemudian, walaupun diberi suntikan ubat2 tan, makanan yg cukup, jagaan yg rapi, tp si anak kucing itu tetap pergi (mati).. Pada minggu yg berikutnya, pak mat dan anknye pergi ke pasar, dan alangkah terkejutnya mereka apabila melihat, adik beradik ank kcg yg mati itu bertambah2 sihat dan gemuk?? mengapa jd begitu? Lalu pak mat pun sedar walaupun diberi ubat2 ubatan, makanan yg ckup, tp.. kucing itu kekurangan sesuatu.. iaitu 'kasih sayang' dr seorang ibu... renung2 kan.. inilah yang dimaksudkan 'berkasih sayang' itu adalah lembah hati yg meluas.. maksdunye, ia tidak tertakluk pd Kasih Sayang sesama manusia sahaja, tetapi, pd haiwan, tumbuh2 tumbuhan dan yg plg pntg pd Pencipta kite...

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: “Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja

Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)

renung2 kan~




4/13/10

Memberi bukan untuk menerima



Assalamualaikum wbt, sisipan salam di pagi hari yang indah ini buat semua makhluk2 Allah.. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, tika fajar mula mnyinsing, sang mentari bercahaya penuh keriangan, rembulan pula seakan akan pudar menanti giliran di malam hari. Alhamdulillah, Di balik siratan kehebatan ciptaan Allah ini, kite masih lagi mampu bernafas di bumi Nya~

erm.. pastinye ramai yang tertanya2 apakah maksud di balik ungkapan ' Memberi bukan untuk Menerima' . Sebenarnya, ia bersangkut paut pada keikhlasan. Keikhlasan dalam memberi, keikhlasan dalam menyampaikan dan juga keikhlasan dalam segala aspek kehidupan. Ada kalanya, walaupun lisan sudah mengatakan kita ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara, tp.. di manakah ukurannya.? Ukuranye di lihat dlm soal hati.. Mungkin sesetengah insan tidak sedar, dalam mereka memberi, mereka sbrnye tlh menerima? tetapi dlm mereka menerima mereka sbrnye telah kehilangan 'title' si pemberi itu...

pujangga ade mengatakan, ramai insan menderita, kerana mereka sibuk menerima dpd mmberi~ renung2 kan..

'Apabila kite sendiri di uji dengan apa yg sering kite dakwahkan,
itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yg kita perkatakan, Bersyukurlah kerana Allah sudi mengigatkan kita dalam usaha kita mngingatkan manusia'

Akhir kalam, janganlah meminta walaupun sekadar ungkapan 'terima kaseh' kerana ia bisa menyakitkan.. tetapi, mintalah agar hati ini diluruskan agar stiap pekerjaan yang ikhlas itu dipanggil ibadah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...