4/17/10

Mak Ibu Dan Juga Ummi ~



Assalamualaikum wbt,, bersyukur rasanye ke hadrat Ilahi, jari jemari ku ini bisa kembali diberi kesempatan dan kekuatan untuk terus menulis tinta2 hikmah, yg ku kira sgt kecil sumbanganye terhadap islam.. Moga2 dengan berbekalkan sedikit ilmu di dada, mampu ku jadikan medium untuk terus berdakwah secara 'kecil-kecilan'... Redhai usaha ku Ya Allah~ penuhi piala hati kami dengan kasih syg dan keikhlasan...

Emak,

10 tahun telah berlalu, entah mengapa sejak kebelakangan ini, aku semakin rindu pada mu. Terngiang-ngiang2 suara dan tawa mu yg menjadi pngubat lara ku ketika kecil. Tika aku melabuhkan wajahku sujud pada Ilahi, wajahmu terbayang2 di kelopak mataku.. Aku tidak mampu untuk menahan kesedihan di hati~ Aku sangat menyayangi mu .. mungkin adik2 juga merinduimu . kau pergi saat kami amat memerlukan kasih syg drmu..kau pergi tika anak2 mu mengharapkan doa yg mustajab dr seorg ibu... Moga2 Allah menempatkan mu di kalangan insan2 yg dikasihinNya, para syuhada dan Solehin... tetapi hati ini sentiasa diulit kerisauan,,, siapakah yg bakal mendoakan kami?

Ibu,

Aku teringat tika 'emak' pergi meningalkan kami, kau hadir bagaikan purnama malam yg menjadi penyuluh pada kehidupan. Kau membantu ayah yg brsusah payah menjaga kami, memasak untuk kami. mulanya, hadirmu ku kira menambahkan lara di hati, tapi sebaliknya,menjadi pengubat rindu di kala sepi. Dikau tabah mengajar kami, tabah mngasuh kami, ada kalanya kami sering menguris perasaan mu. dikau tabah melayan kerenah kami. teringat pokok jambu yg menjadi saksi kenakalan ku dulu, sering menjadi tempat sorokkan kala disuruh mengaji, reban ayam yg menjadi mangsa belasahan kami, kambing2 yg menjadi mangsa kejaran kami.. engkau terlalu tabah ibu.. Kini 9 tahun telah berlalu, aku bangga mempunyai ibu sepertimu. Moga2 Allah merahmatimu sentiasa.

Ummi,

Aku gelarkan dikau ummi, kerana engkau banyak menjadi peniup smgt ku untuk terus berjaya, wajahmu persis seperti emakku, nasihat mu bagaikan mutiara di padang pasir. susah untuk di cari. bagiku engkaulah "motivator" yg terbaik di dunia ini. Tika emak sakit, engkau menjaga kami, engkau berikan kami kasih syg. Pabila ku meningkat dewasa, nasihat mu sentiasa menjadi tautan buat diriku untuk terus berjaya... terima kasih... akan ku kenang jasamu...

Sesungguhnye Ya Allah, aku beruntung di kurniakan 3 insan istimewa dalam hidupku, kala engkau mengurniakan Maryam untuk Isa a.s, Siti Aminah untuk Rasulullah s.a.w, Siti Hajar untuk Ismail a.s, aku juga beruntung kerana dikurniakan, Maznah bte Maarof sbg 'emakku', Hasinah bte Hassan sbg Ibuku, Latifah bte Maarof sebagai 'ummiku'... aku dikurniakan 3 orang Ibu dalam satu masa, 3 jenis kasih syg dari insan2 yg berlainan.

Dikaulah "emak, Ibu dan juga Ummiku"....


6 comments:

  1. Salam, semoga diri menjadi lebih tabah dalam mengharung kehidupan.

    ReplyDelete
  2. sangat tersentuh ler... T.T

    ReplyDelete
  3. terima kaseh.. same2 la kite myygi ibu kite ye.. keredhaan Allah terletak pd keredhaan kdua ibu dan bapa kite :)

    ReplyDelete
  4. semoga ur emak sntiasa dirahmati di sana..
    bahagiakan ibu n ummi yg masih ade di sisi.
    berikan yg terbaik buat emak, ibu n ummi yg terbaik.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...