10/30/10

Exam oh Exam...



"Peperiksaan oh peperiksaan"

Checklist sebelum peperiksaan bermula:

1) Telefon ibu dan ayah untuk mohon restu.

2) Pohon keampunan dari semua insan.

3) Jangan tidur lambat.

4)Jangan stresskan diri ( Dari darjah satu bukan kita dah exam.. hehehe) .

5) Kalau sesiapa yang mampu, bolehla berpuasa.. perut yang lapar akan membuatkan minda ligat berfikir ^_^v... cubalah, insyaAllah ada keberkatan di sebaliknya.

6) Jangan takut.. tenangkan diri, banyak berdoa, biar tak cukup baca tapi jangan sampai xcukup tidur..

7) Bertawakal kepada Allah..

Monash University Homepage

Web Enrolment System

To obtain full address details click on the venue for each exam.

Unit CodeReferenceExam dateExam Start timeSeat
Number
Exam Duration
Unit Title
SCI1020PAPER 101/11/201001:30 PM22103:00 hours
STATISTICAL REASONING
ENV1800PAPER 102/11/201008:30 AM51302:00 hours
ENV SC SE ASIA
CHM1011PAPER 110/11/201001:30 PM40203:00 hours
CHEMISTRY
BIO1011PAPER 115/11/201008:30 AM47302:30 hours
BIOLOGY

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mneyukai orang2 yang bertawakal kepadanya"
(Ali Imran :159)
"bitaufiq wannajah fil imtihan"





10/24/10

Lebih Islam daripada Melayu..



"Lebih Islam daripada Melayu"... dengan nada yang agak keras dan berbaur sedikit persoalan, cuba sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, menanyakan sekali lagi persoalan ini, "Lebih Melayu daripada Islam?"... patutkah? rasionalkah? Ataupun sahabat2 sekalian lebih gemarkan akan persoalan yang berbunyi begini,"dengan nada yang sedikit slumber" " sama melayu sama islam la bagus" baru sekular ? baru saksama? erm.. mana satu ye?

Adush,tiba2 satu hentaman yang kuat mendarat tanpa dipinta di celah2 pelipis kepala... Ampun maaf dipinta, jika di permulaan entry pada kali ini, saya sajikan kalian dengan persoalan2 yang begitu merungsingkan kepala. ... (Harapnya tidak menjejaskan mood study kalian) ^_^v..

Lebih Melayu daripada Islam

"Melayu untung mendapat Islam, tetapi Islam rugi mendapat Melayu."

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, hadirnya saya untuk menulis entry pada kali ini lebih bersangkut paut akan kenyataan di atas. Maaf ye akh amir asyraf, bukan untuk me"refute" sepenuhnya kenyataan anta, tetapi hadir untuk menjelaskan hakikat yang sebenar.. Jika kita lihat sejarah pada zaman lampau, kita akan temui dan dapati, masyarakat Melayu itu maju. Untuk lebih specific, masyarakat Melayu Islam itu tersangatlah maju. Pernah saya hadiri ceramah di masjid Al Husna Bandar Sunway kelmarin, si Ustaz dengan penuh bersemangat mengatakan bahawa Melayu itu tidak lemah . Tetapi apakah buktinya ? Buktinya tidak perlu banyak bagi saya. Cukuplah hanya satu... Jika anda semua duduk sejenak dan berfikir.. Agak2 nya, kenapa ye, pihak Eropah Portugis sanggup datang menjajah beribu2 batu nautika jauhnya semata2 untuk, MELAKA?

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian,

Hebat sangat ke Melaka tu ? Jika kita kaji sejarah, Melaka pada masa dahulu, boleh disama ertikan dengan Jepun pada masa sekarang. Dan anda patut sedar, ketika gugurnya kerajaan salib di Constantinople , pihak Kristian telah merencana satu solusi baru untuk mengurangkan kesan kekalahan itu, lalu, mereka memilih Melaka. Adakah anda juga tahu bahawa, kesan penjajahan barat ke atas tanah Melayu telah mengakibatkan penjajahan minda secara total ke atas bangsa Melayu. Jadi terhasillah generasi Melayu seperti yang kita dapat lihat sekarang. Generasi Melayu yang mendapat asuhan dan tunjuk ajar dari Barat.

Dan adakah anda juga tahu, bahawa sejarah tanah air kita sebenarnya telah dimanipulasikan sepenuhnya oleh barat? Lihat sajalah buku teks Sejarah yang menjadi teman akrab kita tika di bangku sekolah dahulu, berapa banyak fakta dari buku itu yang menyeleweng. Berapa ramaikah hero2 negara yang dianggap sebagai pengkhianat ? Berapa ramaikah hero2 islam yang disebut di dalam buku sejarah itu? Jika ada, mungkin sedikit bukan? Terlalu sedikit untuk para pelajar di bangku sekolah mengenal siapakah itu, Salahuddin al ayubi, Sultan Muhammad Al Fateh, Tariq bin Ziyad ? Siapakah mereka semua?

Dan seperkara lagi anda tahu mengapa Melayu jawa itu hadir ke tanah Melayu. Di dalam buku teks sejarah di sebutkan mereka datang sekadar untuk menanan kelapa? Logik kah? Rasionalkah? Akan saya jawab di akhir entry ini..

Lebih Islam daripada Melayu

Pada saya, perkara sebeginilah yang patut ada dalam diri setiap orang Melayu, "Lebih Islam daripada Melayu nya" Hal ini bukan bermaksud kita menolak adat2 Melayu secara totalnya, tetapi mentaliti dan pemikiran perlu kita ubah. Teringat akan kata2 Ibnul Jauzy, yang saya petik dari buku "From zero to hero"...

" Hari-hari adalah lembaran baru untuk goresan amal perbuatan. Jadikanlah hari-harimu sarat dengan amalan yg terbaik. Kesempatan itu akan segera lenyap secepat perjalanan awan, dan menunda-nunda pekerjaan tanda orang yang merugi. Dan barangsiapa bersampan kemalasan ia akan tenggelam bersamanya"

Subhanallah, indah sungguh kata2 nasihat di atas bukan. Peringatan yang baik buat diri saya dan sahabat2 sekalian yang dirahmati Allah. Apa yang kita mahukan di sini ialah Melayu yang maju tanpa mengabaikan Islam. Melayu yang berakhlak dengan akhlak islam, Melayu yang bermuamalat dengan cara islam, Melayu yang berkerja dengan cara Islam. Sedar lah saudara saudari sekalian. Islam itu syumul. Hadirnya Islam dalam satu bangsa itu tidak lain tidak bukan adalah sebagai satu wasilah atau resipi, bagaimana untuk menjadi bangsa yang maju dan berdaya saing.

Anda semua perlu tahu, ketika Melaka mencapai kemuncak zaman kegemilangannya, hukum Islam di jalankan secara total. Bermula dengan pemerintah yang baik, Sultan Alauddin Riayat Syah , lalu terhasillah rakyat2 yang baik. Sultan sebegini yang seharusnya menjadi ikutan pemerintah pada zaman sekarang.. Indah bukan, jika hukum Islam dijalankan secara total. Tidaklah sakit mata kita melihat kemungkaran sini sana.


Pilihlah wanita yang solehah

"Aku mencintai mu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cinta ku pada mu"

Bahasa di atas ringkas tetapi penuh pengisian. Merupakan salah satu Asas penting pembentukan keluarga Muslim. Teringat akan ceramah yang disampaikan sebentar tadi, ceramah online anjuran Isma Us Canada dengan kerjasama badan2 Isma yang lain seperti di Mesir, Ausie, Korea dan Malaysia. Menurut penceramah. Sudikah anda memilih wanita yang kurang baik akhlaknya? Anda sanggup jika wanita yang anda pilih itu bemesra tanpa batas dengan bukan mahramnya? Iaitu dengan lebih specific, anda? Ataukah mereka yang sosial? Bukan sahaja sosial di dunia realiti tetapi juga di dunia maya. Fbook misalnya, kerap kali post gambar2, statement2 yg kurang sedap didengar, lalu membuka ruang untuk lelaki bukan mahram untuk comment dan sebagainya. Jika kalian mampu para wanita sekalian, cubalah tapis post2 anda yang kurang enak dipandang itu, dari dilihat oleh mana2 lelaki. Hanya anda , keluarga dan rakan2 wanita anda mampu membacanya. Sedikit pengecualian untuk post2 berbentuk dakwah dan pengajaran. Hal ini kerana, jika pengorbanan seperti ini anda tidak mampu lakukan., sanggupkan nanti pabila anda jadi seorang ibu, lalu melepaskan anak anda berjihad di jalan Allah ????? renung2kan

InsyaAllah, sebaik2 perhiasan adalah wanita2 yg solehah. Dan wanita2 ini kecantikannya melebihi cantiknya si bidadari di syurga.

Anta Jawa ?

Maaf akh, ana Bugis. Teringat akan asal usul diri seperti yang pernah diceritakan oleh Nenek. Dan menurut sejarah, bangsa melayu jawa datang ke tanah Melayu semata2 untuk menanam kelapa? Pada fikiran anda. logikkah? Logikkah mereka datang dari jauh semata2 untuk menanam kelapa. Persoalan inilah yang ingin saya rungkaikan. Menurut satu sumber yang sahih ( Ustaz yang menyampaikan ceramah kelmarin), sebenarnya Melayu Jawa datang ke Tanah Melayu untuk berjihad. Subhanallah, datuk nenek kita sanggup datang daripada jauh semata2 untuk membela saudara mara seakidah mereka dari dijajah oleh pihak Kristian.Dalam tubuh Melayu inilah mengalir darah seorang Mujahid.Tubuh kita sahabat, tubuh kita. Jadi, sahabat2 sekalian, apa yang ditunggu ? Ayuh, lantas kita menyeru semua Melayu untuk berjihad. Allahuakbar!!!!!!..

Jihad melawan hawa nafsu, jihad melawan Zionis , Jihad melawan hiburan kosong dan Jihad dalam menuntut ilmu. Maaf juga dipinta seandainya ada kata2 yang menguris hati dan perasaan..

Wallahualam. jzzk

10/18/10

Antara bulan dan bintang?...



Antara bulan dan bintang? Antara langit dan pelangi? Antara mendung dan cerah? Antara cita dan Cinta? semuanya ada pertengahan dan penyambung bukan? Ada "antara" sebagai permulaan, ada "dan" sebagai penyambung? Indah sungguh bahasa itu... Indah lagi si pencipta bahasa itu.. dan yg paling penting Maha Indah Si Pencipta yg menciptakan insan yg mampu mencipta bahasa dan kemudiaanya dengan bahasa itu mereka bertutur. Subhanallah, keindahan Mu, kecerdikan Mu, tiada tolak taranya Ya Rabbi...

Alhamdulillah, selesai sudah tugas saya... tugas apa ye? Study ke? erm.. semestinya tidak.. walaupun peperiksaan akhir cuma berbaki 13 hari lagi.. selesai sudah saya menonton sebuah filem yang begitu bermotivasi dan memberikan inspirasi buat saya untuk menulis.. hehe.. maaf la ye, sedikit suspens... "3 idiots".. kawan2 sudah menontonnya? kalau belum, jika ada masa2 yang terluang, semangat pun kian menghilang, apa salahnya kita menonton..tetapi, perlu diingat, bukan menonton secara kosong, ambillah ibrah daripadanya..

Filem ini banyak mengajar saya erti persahabatan, semangat yg kuat, kepentingan ilmu, kemantapan akal fikiran, kecerdasan, kebijaksanaan...dan lain2... opps maaf, dah jadi seakan pengulas filem pula.. Berbalik pada persoalan asas..Kadangkala, kita kerap kali disogokkan dengan stigma masyarakat masa kini.. Dari saat kita lahir, kita telah secara tidak sengaja seakan2 mengikut kitaran hidup yang sama...kita pergi ke tadika, ke sekolah rendah, berbekalkan keputusan upsr yg cemerlang kita ke asrama penuh, kemudiannya melangkah ke gerbang universiti, samada di dalam ataupun di luar negara.. Isyh2.. kemudian kita berkahwin, bekerja... dan akhirnya kita akan pergi mengadap Ilahi.. secara ringkasnya begini..

Rutin anda mungkin: bangun, makan, tidur
Ataupun : bangun-makan-studi-solat-makan-rehat-main-tidur
Atau lebih kompleks lagi : Bangun- sarapan- pergi Uni- balik- buat assingment- tidur

Atau nanti pabila anda grad anda hanya perlu gantikan "pergi ke universiti" dengan " ke tempat kerja"

Jika anda ditakdirkan berumur panjang.. adakah rutin harian ini yang anda jangkakan 40 tahun akan datang.. Ohh tidak.. bangkitlah umat islam sekalian, kita perlu bergerak lebih kreatif seperti apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Lihatlah bagaimana baginda Nabi, berdakwah dengan cara yg kreatif? Tidak sehari pun dari hari2 baginda berlalu dengan sia2.. kerana Baginda s.a.w tahu bahawa masa itu emas.. Lalu, mari pula kita lihat bagaimana Khalifah Umar Abd Aziz yg disebut2 sebagai khalifah ke 5 selepas para sahabat bekerja keras siang dan malam. Sehinggakan kita lihat, sudah tiada lagi si peminta sedekah pada zaman beliau, negara bertambah maju dan aman.. Subhanallah.. walaupun pemerintahan beliau hanya selama 2 tahun, jasanya dikenang sampai bila2... Tetapi, adakah kita lihat dari satu sudut yang lain?

Dari satu sudut yang lain,kita perlu melihat bagaimana beliau bekerja. Beliau bekerja bagaikan tiada hari pada hari esok.. Disebutkan di dalam satu peristiwa di mana pada ketika itu, khalifah Umar sedang ingin berehat sejurus selepas mengkebumikan khalifah sebelum beliau. Lalu datanglah seorang pemuda menegurnya, kamu ingin berehat seolah2, kamu yakin bahawa kamu akan hidup selepas waktu zuhur? Subhanallah, anda tahu sape yang menegur beliau? yang menegur beliau adalah putera beliau sendiri..

Jadi Bagaimana?

Hidup kadang-kala mesti dicabar. Kalau tidak, hidup itu akan hilang ‘kebuasannya’, maka makin ‘jinak’lah ia. Jangan segan untuk belajar, walaupun dengan seekor burung.

Burung Hud Hud diutus Allah bukan untuk memeningkan kepala Nabi Allah Sulaiman, ataupun untuk memenuhkan cerita-cerita dalam al-Quran, tetapi untuk mengajar manusia berfikir. Mungkin kali ini tentang rutin hidup.

Jadilah seperti burung Hud Hud yang keluar dari kebiasaan; terbang dan balik ke perbarisan Nabi Allah Sulaiman.
Sebaliknya dia mencabar rutin kehidupannya, sekaligus meng”upgrade” peranannya daripada burung peninjau kepada rijal pengislah. Dengan meninjau kerajaan Balqis, menyedarkan kerajaan Sulaiman tentang kerajaan lain yang tidak mengimani Tuhan.

Dengan mengubah rutin hidupnya dan merombak peranannya, Hud Hud bukan sekadar mengangkat martabat dirinya, bukan sekadar memberi kepuasan peribadi, tetapi satu ummah terselamat dari bahaya api neraka kerana “usahanya”.

Begitulah hebatnya, berkuasanya “Mencabar Rutin” dalam kehidupan.

Maka bermula hari ini, mari kita cabar diri sendiri. Mahukah anda terperangkap dengan rutin harian anda sendiri? Tidak mahu bukan? Jadi ayuh, mari kita merencana satu solusi baru..

"Hidup yang bukan dikongkong oleh satu sistem kehidupan yang diatur oleh sistem barat"

"Hidup yang berlandaskan sistem Islam"

"Hidup yang berteraskan cita2 murni untuk melihat Islam setinggi bintang kejora di langit" yang daripada cahayanya bisa mengkaburi kerlipan2 bintang yang lain..

"Hidup untuk mengapai redha Allah"

Ayuh, jadikanlah cita2 mu satu inspirasi, satu jalan, satu langkah, satu tekad untuk memajukan islam... Jadilah seorang pendakwah, walau apa jua pun profesion mu nanti, hatta anda seorang scientists, engineer, doctor, guru, lawyer, accountant..dan lain2...majulah islam untuk semua wallahualam..

sumber rujukan (isma ausie dan juga filem 3 idiots)


10/16/10

Nak Jadi Imam ke?


Dari Amirul Mu’minin Abu Hafs ‘Umar ibnu Al-Khathab radhiyalallahu ta’ala ’anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Sesungguhnya setiap amalan tergantung niatnya, dan setiap orang akan mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia niatkan’” (HR. Bukhari dan Muslim)

10/13/10

Pesan Saya untuk awak..



~menyalin satu sketsa:

"pukul 12am;
A: ukhti,nanti kejutkan ana untuk qiam malam ni..
B: akhi,insyaALLAH..

pukul 4am;
B: akhi,dah bangun ke?
A: alhamdulillah baru je bangun. Btw,jazakillah kerana membantu ana..
B: afwan, ok doakan ana sekali ye. SALAM MUJAHADAH!!

p/s: tiada kena mengena dengan sesiapa, renung-renungkan pro-contra nya.. "

~Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci... (nasihat untuk diri juga)
: (

Pesan saya ini, memang ikhlas saya tujukan untuk awak..

teringt satu kate2 yg sy bace dlm mjlh ni, " Tuhan sering mnggtkn manusia dgn "melontar" batu2 kecil, tetapi jika peringatan itu diabaikn. Tuhan mula melontar dgn batu2 yg besar. Dan jgan tungu hinga kite dihempap gunung tk brhijrah.. moga2 jd peringatan kite brsame...

erm, sbrnye,, ade sesuatu jga yg sy rase mnrik tk dkgc dgn awk.. menarik artikelnye, menarik jga tuk dbace, tp sy simpulkn ye. maafkn jika entry kali ni berjela2 pjgnye..

begini, Baikki hubungn kite dgn Allah tajuknye,, semstinye, seringkali, kite selalu trfikir, kenpe kadangkala hubungan kite sesama manusia tidak dpt djga.. mgkn kerana ade salah silap kite pd mereka, sbrnye,, seprkara lg yang kite hmpir trlupe, kite alpa dlm mnjaga hubungn kite dgn Allah...

ape i2 hubungn dgn Allah ? hubgn i2 adlh hubngn yg dibina ats dasar ksh syg, tp bagaimana boleh tmbulnye syg jika kite tdk mngl org yg ingin kite sygi.. kenali Allah dlu, mlalui, ayt2 Al Quran, dn bykkn brzikir.. algkh mudah prkataan zikir i2, tp amatlah berat bg kite tk mnyebutnye,, knpe ye~ renung2 kn..

Awak,

sebelum memulakn sebarang pekerjaan kite dinasihatkn tk mluruskn niat kite hnya pd Allah, redhanye adalah misi utama tk kite raih... niat adalah prkare pentig tk mncpi cinta Allah, jika Allah telah mncntai seseorg , maka Dia akn mmbuat smua hmba2 Nya, mencntai org itu. drwytkn dlm sbuah hadis " Jika Allah telah mncntai seseorg hmba, Jibril menyeru d lngt~ sesunguhnye Allah telah mnctai dia , maka cintailah dia," lalu pnghuni lgt smua mncntainye...

seperkara lagi, niat tu yg trutma, kdgkala, timbul perasn di hati riak, ujub dn jga takabur, smua itu, kite tidak dapat lari dari fitrah sbg manusia, perhalusi niat kite, bribadahla kalu boleh jauh dr pndgn mnusia, dgn kate lain scare smbnyi..

Ibn aslam, prnh berkata, "jika ak diberi pluang, seandainye, ak boleh mlalkukn ibdhku tnpa dilihat oleh kedua2 malaikatku, maka, nescaya aku akan melakukanye kerana takut akan sifat riyak.

Subhanallah~ pesan saya tuk awak, dan juga diri saya sendiri, mari kita same2 perbaikki diri ini, biarla sedikit2 tetapi istiqamah dan lebih penting semoga ia berkekalan menjadi penyuluh buat kita saat kegelapan..

p/s: sedikit kiasan... anggaplah sesiapa yang membaca ini adalah watak yg saya cipta sebagai "awak",hal ini kerana, imam Hassan Al Banna pernah berkata, "Berkenalanlah dgn setiap insan yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas ukhuwah kita adalah berkasih sayang dan saling kenal mengenal...,

Bersyukur juga ke hadrat Ilahi, kerana dipertemukan dan dapat saling kenal mengenal sesama ikwah semasa program siram (Sirah Musikal) tempoh hari.. Moga2 dengan tautan ukhuwah yang kita bina, kan lebih memperkukuhkan usaha dakwah ini.. insyaAllah... selamat membaca dengan hati yg lapang..




10/6/10

Setiap Umat Islam itu adalah Pendakwah...


Ku mulakan entry pada kali ini, dengan bingkisan kalimat yg menjadi tanda hati serta nurani berpadu. Berpadu dalam satu paksi. Merontakkan jiwa lalu mengarahkan minda. Dari minda itu, lalu berjuta2 reaksi saraf terhasil, pantas berderup laju..... menuju kepada angota tubuh yg ditargeti.. Mulut lalu berbicara, Alhamdulillah.... Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekalian alam...




Pertama2 kali, moga niatku menulis pada kali ini, setulus ikhlas kerana Allah... tiada noda riak dan pesimis takbur dalam hati.. Daku takut Ya Allah, andai apa yang aku rencanakan ini, tidak dapat ku laksanakan.. Kata2 terhambur berapi.. namun tiada hasil yg dibuktikan... Astagfirullah,, ku pohon ampun pada Mu dari banyaknya khilaf berbanding taubat..



~ “Aku suka kepada orang-orang soleh, padahal aku bukan termasuk golongan mereka. Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat, kelak bila bersama mereka. Dan aku benci orang-orang yang menjadikan maksiat sebagai perniagaan mereka dalam hidup ini, walaupun aku sendiri mungkin seperti mereka yang melakukan maksiat tersebut.” – Imam As-Syafi'ie


Tika malam mula hampir melabuhkan tirainya, hati ini masih dalam kekusutan yang nyata.. lalu dilihat begitu banyak buku2 bacaan di sekeliling, dari bahan2 bacaan ilmiah, hinngalah kepada Novel2 yg ku pasti, bukan jiwang pada isi, tapi jika tajuk.. mungkin ia kot... "Bumi Cinta" "Quantum Tarbiyah" "From Zero to Hero", "Air mata khusyuk".... banyak bukan buku2nya... dan ku kira juga... banyak pula buku2 seperti, Biology, Environment, Chemistry, Statistic yg perlu ku habiskan bagi mempersiapkan diri untuk peperiksaan final pada bulan hadapan .. InsyaAllah, final exam akan bermula pada 1.11.2010.. pohon doa dari semua ye,,



"Bumi Cinta"... sama sekali indah kabar dari rupa.. maksud ku, bukan buku ini tidak bagus, cuma tidaklah sijiwang tajukknya.. Inilah yang ku inginkan.. Alhamdulillah bahan bacaan yang begitu bermutu,, Bagaimana ku rasakan, watak utama, begitu hadir dalam diri, tika saat pertama membaca.. Walaupun mungkin, cabaran di Sunway ini tidakklah sehebat di Moscow, tapi.. mujahadah yang dilalui Ayyas (watak utama), seakan2 sama dengan apa yang diri ini dan rakan2 rasai.. Mujahadah melawan kedasayatan indahnya wajah wanita, disulami dengan aurat yg tidak ditutupi rapi.. terus terang ku katakan, iman mana yang tidak tergugat,, hanya doa dan ibadah puasalah yg menjadi penahan diri... Allahuakbar.. Ku Pohon dari mu agar diri ini diperkuatkan dalam menghadapi fitnah wanita yg ku kira cabaran paling besar pada mana2 lelaki...


( jika ikwah, pasti pada akhwatnya kn?.. hehe) topic ini akan kita bincangkn satu hari nanti, insyaAllah..


Usaha Dakwah


Tapi, apa yg ingin ditekankan di sini tidak lain dan tidak bukan, semestinya usaha dakwah.. Mesti ada timbul persoalan dalam diri kalian semua bukan? Kenapa Harus dakwah? Penting sangat ke dakwah ini? Seharusnya pada diri setiap orang islam patut ade sentiment ini “aku mewakafkan keseluruhan jiwa raga ku untuk tujuan dakwah” lalu dia perlu senantiasa bersedia untuk bangkit dan menunjukkan qudwah (contoh) yg baik kepada masyarakat. Menurut Daurah perbincangkan gerak kerja Ikhwanul Muslimin yg di wacanakan oleh Imam Hassan Al Banna yg diri ini hadiri tempoh hari…amat penting bagi kita umat islam mengetahui tahapan2 dakwah itu? Pada sapa kita hendak dakwah? Ke mana arah tuju dakwah kita dan sebagainya… Jika kalian semua ingin tahu dengan lebih lanjut , bolehlah rujuk kepada buku yg bertajuk “Himpunan Risalah Imam Hassan Al Banna.”

Di sini, apa yang termampu, Cuma sedikit tahapan dakwah untuk dikupas bersama. Secara ringkasnya dakwah kita ini terbahagi kepada 3 peringkat. Menjelaskan (taarif), Membina ( takwin) dan juga Melaksana (tanfiz). Tahapan yang pertama, taarif.. Bagi diri ini, taarif adalah wasilah yang difikiri bahawa kesemua pelajar khususnya pelajar2 universiti ini ada. Medium yang paling mudah dan sesuai, adalah melalui penulisan. Jika kita berkemampuan sedikit, apa salahnya berceramah dan juga lain2.. Takwin pula lebih kepada katibah (pembinaan rohani) melalui, majlis2 ilmu, daurah, usrah dan sebagainya. Taarif pula adalah pelaksanaan. Bagaimana kita harus lihat dalam usaha ini, seorang pendakwah perlu peka kepada persekitaran, peka terhadap budaya, masalah masyarakat, cara meng approach mereka… dan yang paling penting bagaimana untuk mentarbiah masyarakat masa kini….



Disebutkan juga satu kisah daripada Ustaz Halim ( Naib Prisiden Isma Pusat), pabila beliau dihadiri oleh sekumpulan engineer petronas yang menceritakan bahwa, dalam Petronas kini mempunyai grading system, 1 untuk yg committed, 2 untuk yg rajin..3 dan juga


4 (probability untuk dibuang adalah sangat tingi).. Mereka bertnya, bagaimana kami ingin berdakwah sedangkan kami sangat2 la sibuk.. Dengan spontan ustaz Halim pun menjawab, dakwah pun mempunyai grading system yang tersendiri..



· Grade 4 – Orang yang hanya ikut usrah dan program2 dakwah.. kemudian mereka balik ke rumah tanpa ada pelaksanaan


· Grade 3- Mengamalkan apa yang diperoleh daripada usrah dan program2 dakwah itu..


· Grade 2 – Orang yang mentalitinya senantiasa ada untuk projek2 dakwah ini, baik untuk masyarakat desa mahupun di Bandar.


· Grade 1 – Orang yang mempunyai seribu orang di belakangnya ..




Begitulah rakan2, tetapi, dalam mengejar cita2 duniawi ini, carilah cita2 yang paling simple sekali, dan letakkan cita2 yg terbesar pada dakwah kita. Adakalanya kita futur, jadi ayuh, bangkitlah semula.. Kadang2 kita dihina, tapi itu tidak mengapa.. Kadang2 kita dicaci… aduh, kita mengeluh… lalu, kita lebih rela menghadap buku pelajaran setiap masa…daripada menyisihkan sedikit masa untuk tujuan dakwah.. Di sinilah letaknya pilihan, mana satu pilihan hati, cita2 yang paling mencabar iaitu cita2 fardhu ain, ataupun cita2 yang paling simple, cita2 fardhu kifayah? Once kita dah peroleh ijazah.. letakkan satu target pada cita2 dakwah kita.. Alangkan Ustaz Halim sekalipun (bukan nk memuji, tapi kagum), setamatnya pengajian beliau di Australia, beliau bingkas bangun untuk menyambung pengajiannya ke mesir. Lalu beliau memilih untuk lebih focus pada jalan dakwah ini…

Jadi bagaimana rakan2… ada kalanya kita boleh berjaya kedua2 bidang.. tapi ada kalanya kita harus memilih. Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan belajar bersungguh2 ,supaya kelak menjadi muslim yg boleh menyumbang sesuatu untuk islam.. Wallahualam…. Ops sebelum terlupa.. Akhwat juga perlu bergerak sama dalam usaha ini.. ? bergerak dengan lebih gigih sebenarnya, memandangkan jumlah wanita yg lebih ramai dari lelaki abad ini… bukan begitu?




p/s: Sebelum entry ini diakhiri, marilah kita tadabbur ayat yang bisa membuatkan Iman Al Banna, bergerak bangun untuk mentarbiahkan umat… (al hajj 77-78), ambil wuduk, lalu pegang dan buka mushaf itu, lapangkan dada, kosongkan hati.. renungkanlah sejenak… Dari ayat itu, kita akan disoal jika kita mengabaikan tugas sebagai seorang islam iaitu “Dakwah” Dakwah kerana Allah dalam mencari Redhanya. Jazakumullahu khairan katsiira.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...