10/24/10

Lebih Islam daripada Melayu..



"Lebih Islam daripada Melayu"... dengan nada yang agak keras dan berbaur sedikit persoalan, cuba sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, menanyakan sekali lagi persoalan ini, "Lebih Melayu daripada Islam?"... patutkah? rasionalkah? Ataupun sahabat2 sekalian lebih gemarkan akan persoalan yang berbunyi begini,"dengan nada yang sedikit slumber" " sama melayu sama islam la bagus" baru sekular ? baru saksama? erm.. mana satu ye?

Adush,tiba2 satu hentaman yang kuat mendarat tanpa dipinta di celah2 pelipis kepala... Ampun maaf dipinta, jika di permulaan entry pada kali ini, saya sajikan kalian dengan persoalan2 yang begitu merungsingkan kepala. ... (Harapnya tidak menjejaskan mood study kalian) ^_^v..

Lebih Melayu daripada Islam

"Melayu untung mendapat Islam, tetapi Islam rugi mendapat Melayu."

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, hadirnya saya untuk menulis entry pada kali ini lebih bersangkut paut akan kenyataan di atas. Maaf ye akh amir asyraf, bukan untuk me"refute" sepenuhnya kenyataan anta, tetapi hadir untuk menjelaskan hakikat yang sebenar.. Jika kita lihat sejarah pada zaman lampau, kita akan temui dan dapati, masyarakat Melayu itu maju. Untuk lebih specific, masyarakat Melayu Islam itu tersangatlah maju. Pernah saya hadiri ceramah di masjid Al Husna Bandar Sunway kelmarin, si Ustaz dengan penuh bersemangat mengatakan bahawa Melayu itu tidak lemah . Tetapi apakah buktinya ? Buktinya tidak perlu banyak bagi saya. Cukuplah hanya satu... Jika anda semua duduk sejenak dan berfikir.. Agak2 nya, kenapa ye, pihak Eropah Portugis sanggup datang menjajah beribu2 batu nautika jauhnya semata2 untuk, MELAKA?

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian,

Hebat sangat ke Melaka tu ? Jika kita kaji sejarah, Melaka pada masa dahulu, boleh disama ertikan dengan Jepun pada masa sekarang. Dan anda patut sedar, ketika gugurnya kerajaan salib di Constantinople , pihak Kristian telah merencana satu solusi baru untuk mengurangkan kesan kekalahan itu, lalu, mereka memilih Melaka. Adakah anda juga tahu bahawa, kesan penjajahan barat ke atas tanah Melayu telah mengakibatkan penjajahan minda secara total ke atas bangsa Melayu. Jadi terhasillah generasi Melayu seperti yang kita dapat lihat sekarang. Generasi Melayu yang mendapat asuhan dan tunjuk ajar dari Barat.

Dan adakah anda juga tahu, bahawa sejarah tanah air kita sebenarnya telah dimanipulasikan sepenuhnya oleh barat? Lihat sajalah buku teks Sejarah yang menjadi teman akrab kita tika di bangku sekolah dahulu, berapa banyak fakta dari buku itu yang menyeleweng. Berapa ramaikah hero2 negara yang dianggap sebagai pengkhianat ? Berapa ramaikah hero2 islam yang disebut di dalam buku sejarah itu? Jika ada, mungkin sedikit bukan? Terlalu sedikit untuk para pelajar di bangku sekolah mengenal siapakah itu, Salahuddin al ayubi, Sultan Muhammad Al Fateh, Tariq bin Ziyad ? Siapakah mereka semua?

Dan seperkara lagi anda tahu mengapa Melayu jawa itu hadir ke tanah Melayu. Di dalam buku teks sejarah di sebutkan mereka datang sekadar untuk menanan kelapa? Logik kah? Rasionalkah? Akan saya jawab di akhir entry ini..

Lebih Islam daripada Melayu

Pada saya, perkara sebeginilah yang patut ada dalam diri setiap orang Melayu, "Lebih Islam daripada Melayu nya" Hal ini bukan bermaksud kita menolak adat2 Melayu secara totalnya, tetapi mentaliti dan pemikiran perlu kita ubah. Teringat akan kata2 Ibnul Jauzy, yang saya petik dari buku "From zero to hero"...

" Hari-hari adalah lembaran baru untuk goresan amal perbuatan. Jadikanlah hari-harimu sarat dengan amalan yg terbaik. Kesempatan itu akan segera lenyap secepat perjalanan awan, dan menunda-nunda pekerjaan tanda orang yang merugi. Dan barangsiapa bersampan kemalasan ia akan tenggelam bersamanya"

Subhanallah, indah sungguh kata2 nasihat di atas bukan. Peringatan yang baik buat diri saya dan sahabat2 sekalian yang dirahmati Allah. Apa yang kita mahukan di sini ialah Melayu yang maju tanpa mengabaikan Islam. Melayu yang berakhlak dengan akhlak islam, Melayu yang bermuamalat dengan cara islam, Melayu yang berkerja dengan cara Islam. Sedar lah saudara saudari sekalian. Islam itu syumul. Hadirnya Islam dalam satu bangsa itu tidak lain tidak bukan adalah sebagai satu wasilah atau resipi, bagaimana untuk menjadi bangsa yang maju dan berdaya saing.

Anda semua perlu tahu, ketika Melaka mencapai kemuncak zaman kegemilangannya, hukum Islam di jalankan secara total. Bermula dengan pemerintah yang baik, Sultan Alauddin Riayat Syah , lalu terhasillah rakyat2 yang baik. Sultan sebegini yang seharusnya menjadi ikutan pemerintah pada zaman sekarang.. Indah bukan, jika hukum Islam dijalankan secara total. Tidaklah sakit mata kita melihat kemungkaran sini sana.


Pilihlah wanita yang solehah

"Aku mencintai mu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cinta ku pada mu"

Bahasa di atas ringkas tetapi penuh pengisian. Merupakan salah satu Asas penting pembentukan keluarga Muslim. Teringat akan ceramah yang disampaikan sebentar tadi, ceramah online anjuran Isma Us Canada dengan kerjasama badan2 Isma yang lain seperti di Mesir, Ausie, Korea dan Malaysia. Menurut penceramah. Sudikah anda memilih wanita yang kurang baik akhlaknya? Anda sanggup jika wanita yang anda pilih itu bemesra tanpa batas dengan bukan mahramnya? Iaitu dengan lebih specific, anda? Ataukah mereka yang sosial? Bukan sahaja sosial di dunia realiti tetapi juga di dunia maya. Fbook misalnya, kerap kali post gambar2, statement2 yg kurang sedap didengar, lalu membuka ruang untuk lelaki bukan mahram untuk comment dan sebagainya. Jika kalian mampu para wanita sekalian, cubalah tapis post2 anda yang kurang enak dipandang itu, dari dilihat oleh mana2 lelaki. Hanya anda , keluarga dan rakan2 wanita anda mampu membacanya. Sedikit pengecualian untuk post2 berbentuk dakwah dan pengajaran. Hal ini kerana, jika pengorbanan seperti ini anda tidak mampu lakukan., sanggupkan nanti pabila anda jadi seorang ibu, lalu melepaskan anak anda berjihad di jalan Allah ????? renung2kan

InsyaAllah, sebaik2 perhiasan adalah wanita2 yg solehah. Dan wanita2 ini kecantikannya melebihi cantiknya si bidadari di syurga.

Anta Jawa ?

Maaf akh, ana Bugis. Teringat akan asal usul diri seperti yang pernah diceritakan oleh Nenek. Dan menurut sejarah, bangsa melayu jawa datang ke tanah Melayu semata2 untuk menanam kelapa? Pada fikiran anda. logikkah? Logikkah mereka datang dari jauh semata2 untuk menanam kelapa. Persoalan inilah yang ingin saya rungkaikan. Menurut satu sumber yang sahih ( Ustaz yang menyampaikan ceramah kelmarin), sebenarnya Melayu Jawa datang ke Tanah Melayu untuk berjihad. Subhanallah, datuk nenek kita sanggup datang daripada jauh semata2 untuk membela saudara mara seakidah mereka dari dijajah oleh pihak Kristian.Dalam tubuh Melayu inilah mengalir darah seorang Mujahid.Tubuh kita sahabat, tubuh kita. Jadi, sahabat2 sekalian, apa yang ditunggu ? Ayuh, lantas kita menyeru semua Melayu untuk berjihad. Allahuakbar!!!!!!..

Jihad melawan hawa nafsu, jihad melawan Zionis , Jihad melawan hiburan kosong dan Jihad dalam menuntut ilmu. Maaf juga dipinta seandainya ada kata2 yang menguris hati dan perasaan..

Wallahualam. jzzk

8 comments:

  1. Bangsa JAWA bangsa jihad! Demi Pangeran kuaso! Allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. melayu kuat kerana islam.. dan islam bakal kuat dengan melayu insyaallah.. manusia diciptakan dengan berbangsa2, berlainan bahasa, dan berlainan warna kulit.. berbangglah dgn bangsa kita sperti bangganya salahuddin yang berbangsa kurdish..

    ReplyDelete
  3. bersamalah kita mendaulatkan islam di bumi malaysia ini, dengan kembalikan umat melayu terutamanya kepada islam yang syumul..

    ReplyDelete
  4. Terkesan yang post di fb..Bukan apa, abg sy pun ada ckp..kalau boleh,jgn aktif ber'fb'..yg penting ja boleh guna..manfaatkan sebiknya..makin hari,fb tu jadi kurg..sy punya la..dulu aktif,skang low ckit..jadi malas and nak jaga diri... n_n

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, moga islam kan bangkit di seluruh pelusuk nusantara ini..

    ReplyDelete
  6. Hidup pemuda baitul syabab...!!! Allahuakbar

    ReplyDelete
  7. sekadar ingin berkongsi~

    ada apa pada melayu jika hilang ISLAMnya..melayu itu gah satu ketika dulu pabila katanya2,tindakannya adalah ISLAM..hinanya melayu dek kerana ia telah membuang ISLAM..maka kembali lah melayu pada ISLAM akan ia letakkan kembali nama melayu se gah tamadun lampau...seharum nama Sultan Muzaffar Syah

    ada apa pada cina jika hilang ISLAMnya...cina itu gah satu ketika dulu pabila katanya2,tindakannya adalah ISLAM..hinanya cina dek kerana ia telah membuang ISLAM..maka kembali lah cina pada ISLAM akan ia letakkan kembali nama cina se gah tamadun lampau...seharum nama LAksamana Cheng HO

    ada apa pada india jika hilang ISLAMnya...india itu gah satu ketika dulu pabila katanya2,tindakannya adalah ISLAM..hinanya india dek kerana ia telah membuang ISLAM..maka kembali lah india pada ISLAM akan ia letakkan kembali nama india se gah tamadun lampau...seharum nama Bendahara Seri Maharaja.

    ada apa pada arab jika hilang ISLAMnya...arab itu gah satu ketika dulu pabila katanya2,tindakannya adalah ISLAM..hinanya arab dek kerana ia telah membuang ISLAM..maka kembali lah arab pada ISLAM akan ia letakkan kembali nama arab se gah tamadun lampau...seharum nama Muhammad Bin Abdullah

    ada apa pada parsi jika hilang ISLAMnya...parsi itu gah satu ketika dulu pabila katanya2,tindakannya adalah ISLAM..hinanya parsi dek kerana ia telah membuang ISLAM..maka kembali lah parsi pada ISLAM akan ia letakkan kembali nama parsi se gah tamadun lampau...seharum nama Salman AlFarisi RA

    ada apa pada negro jika hilang ISLAMnya...negro itu gah satu ketika dulu pabila katanya2,tindakannya adalah ISLAM..hinanya negro dek kerana ia telah membuang ISLAM..maka kembali lah negro pada ISLAM akan ia letakkan kembali nama negro se gah tamadun lampau...seharum nama Bilal bin Rabah..


    ada apa pada manusia jika hilang ISLAMnya...manusia itu gah satu ketika dulu pabila katanya2,tindakannya adalah ISLAM..hinanya manusia dek kerana ia telah membuang ISLAM..maka kembali lah manusia pada ISLAM akan ia letakkan kembali nama manusia se gah tamadun lampau...seharum nama KHALIFAH..

    ReplyDelete
  8. syukran, satu perkongsian yang menarik... analogi dan perbandingan yang ringkas tapi amat menyeluruh... mabruk buat kamu kegirangan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...