10/18/10

Antara bulan dan bintang?...



Antara bulan dan bintang? Antara langit dan pelangi? Antara mendung dan cerah? Antara cita dan Cinta? semuanya ada pertengahan dan penyambung bukan? Ada "antara" sebagai permulaan, ada "dan" sebagai penyambung? Indah sungguh bahasa itu... Indah lagi si pencipta bahasa itu.. dan yg paling penting Maha Indah Si Pencipta yg menciptakan insan yg mampu mencipta bahasa dan kemudiaanya dengan bahasa itu mereka bertutur. Subhanallah, keindahan Mu, kecerdikan Mu, tiada tolak taranya Ya Rabbi...

Alhamdulillah, selesai sudah tugas saya... tugas apa ye? Study ke? erm.. semestinya tidak.. walaupun peperiksaan akhir cuma berbaki 13 hari lagi.. selesai sudah saya menonton sebuah filem yang begitu bermotivasi dan memberikan inspirasi buat saya untuk menulis.. hehe.. maaf la ye, sedikit suspens... "3 idiots".. kawan2 sudah menontonnya? kalau belum, jika ada masa2 yang terluang, semangat pun kian menghilang, apa salahnya kita menonton..tetapi, perlu diingat, bukan menonton secara kosong, ambillah ibrah daripadanya..

Filem ini banyak mengajar saya erti persahabatan, semangat yg kuat, kepentingan ilmu, kemantapan akal fikiran, kecerdasan, kebijaksanaan...dan lain2... opps maaf, dah jadi seakan pengulas filem pula.. Berbalik pada persoalan asas..Kadangkala, kita kerap kali disogokkan dengan stigma masyarakat masa kini.. Dari saat kita lahir, kita telah secara tidak sengaja seakan2 mengikut kitaran hidup yang sama...kita pergi ke tadika, ke sekolah rendah, berbekalkan keputusan upsr yg cemerlang kita ke asrama penuh, kemudiannya melangkah ke gerbang universiti, samada di dalam ataupun di luar negara.. Isyh2.. kemudian kita berkahwin, bekerja... dan akhirnya kita akan pergi mengadap Ilahi.. secara ringkasnya begini..

Rutin anda mungkin: bangun, makan, tidur
Ataupun : bangun-makan-studi-solat-makan-rehat-main-tidur
Atau lebih kompleks lagi : Bangun- sarapan- pergi Uni- balik- buat assingment- tidur

Atau nanti pabila anda grad anda hanya perlu gantikan "pergi ke universiti" dengan " ke tempat kerja"

Jika anda ditakdirkan berumur panjang.. adakah rutin harian ini yang anda jangkakan 40 tahun akan datang.. Ohh tidak.. bangkitlah umat islam sekalian, kita perlu bergerak lebih kreatif seperti apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Lihatlah bagaimana baginda Nabi, berdakwah dengan cara yg kreatif? Tidak sehari pun dari hari2 baginda berlalu dengan sia2.. kerana Baginda s.a.w tahu bahawa masa itu emas.. Lalu, mari pula kita lihat bagaimana Khalifah Umar Abd Aziz yg disebut2 sebagai khalifah ke 5 selepas para sahabat bekerja keras siang dan malam. Sehinggakan kita lihat, sudah tiada lagi si peminta sedekah pada zaman beliau, negara bertambah maju dan aman.. Subhanallah.. walaupun pemerintahan beliau hanya selama 2 tahun, jasanya dikenang sampai bila2... Tetapi, adakah kita lihat dari satu sudut yang lain?

Dari satu sudut yang lain,kita perlu melihat bagaimana beliau bekerja. Beliau bekerja bagaikan tiada hari pada hari esok.. Disebutkan di dalam satu peristiwa di mana pada ketika itu, khalifah Umar sedang ingin berehat sejurus selepas mengkebumikan khalifah sebelum beliau. Lalu datanglah seorang pemuda menegurnya, kamu ingin berehat seolah2, kamu yakin bahawa kamu akan hidup selepas waktu zuhur? Subhanallah, anda tahu sape yang menegur beliau? yang menegur beliau adalah putera beliau sendiri..

Jadi Bagaimana?

Hidup kadang-kala mesti dicabar. Kalau tidak, hidup itu akan hilang ‘kebuasannya’, maka makin ‘jinak’lah ia. Jangan segan untuk belajar, walaupun dengan seekor burung.

Burung Hud Hud diutus Allah bukan untuk memeningkan kepala Nabi Allah Sulaiman, ataupun untuk memenuhkan cerita-cerita dalam al-Quran, tetapi untuk mengajar manusia berfikir. Mungkin kali ini tentang rutin hidup.

Jadilah seperti burung Hud Hud yang keluar dari kebiasaan; terbang dan balik ke perbarisan Nabi Allah Sulaiman.
Sebaliknya dia mencabar rutin kehidupannya, sekaligus meng”upgrade” peranannya daripada burung peninjau kepada rijal pengislah. Dengan meninjau kerajaan Balqis, menyedarkan kerajaan Sulaiman tentang kerajaan lain yang tidak mengimani Tuhan.

Dengan mengubah rutin hidupnya dan merombak peranannya, Hud Hud bukan sekadar mengangkat martabat dirinya, bukan sekadar memberi kepuasan peribadi, tetapi satu ummah terselamat dari bahaya api neraka kerana “usahanya”.

Begitulah hebatnya, berkuasanya “Mencabar Rutin” dalam kehidupan.

Maka bermula hari ini, mari kita cabar diri sendiri. Mahukah anda terperangkap dengan rutin harian anda sendiri? Tidak mahu bukan? Jadi ayuh, mari kita merencana satu solusi baru..

"Hidup yang bukan dikongkong oleh satu sistem kehidupan yang diatur oleh sistem barat"

"Hidup yang berlandaskan sistem Islam"

"Hidup yang berteraskan cita2 murni untuk melihat Islam setinggi bintang kejora di langit" yang daripada cahayanya bisa mengkaburi kerlipan2 bintang yang lain..

"Hidup untuk mengapai redha Allah"

Ayuh, jadikanlah cita2 mu satu inspirasi, satu jalan, satu langkah, satu tekad untuk memajukan islam... Jadilah seorang pendakwah, walau apa jua pun profesion mu nanti, hatta anda seorang scientists, engineer, doctor, guru, lawyer, accountant..dan lain2...majulah islam untuk semua wallahualam..

sumber rujukan (isma ausie dan juga filem 3 idiots)


3 comments:

  1. Mabrukkk... boleh bawa untuk usrah adik2 di sek nanti.:-)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, silakan,, moga islam terus segar di negeri di bawah bayu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...