3/30/11

Sang Pemimpi..




Berlarilah wahai Sang Pemimpi....
Pelangi benar-benar di hadapanmu.....

(Asyraf Farique ~ 10.26pm, 30 april 2011)
(Di hadapan meja belajar)
(mood : unknown bercampur semangat )


3/24/11

Kek Keju...



Inilah hasil kek keju saya... Cantik bukan ?

Tapi kurang menjadi... kurang beku ? Sebab apa ye ?

Mungkin saya buat sorang diri kot? Mungkin saya kene banyak belajar memasak lagi.

Mungkin saya perlu pergi kelas membuat kek? Seronok memasak ni... Menghilangkan stress disamping melihat betapa bahagianya rakan-rakan menelan / menghirup kek saya.

Afwan rakan2,, InsyaAllah, 2nd attempt nanti , tiada mistake lagi.. Practice make perfect...

Gelatin And Sodium Carbonate kene tahu bezakan....

Peti Ais kene sejuk.... Lagi, niat kena ikhlas.. Bila fikir-fikir kembali, memasak ni macam buat experiment dekat lab :)

Terima kasih Guru ku... walaupun tak menjadi... jzkk banyak-banyak diucapkan.. InsyaAllah balik kampung nanti cuba lagi ye Puan Hasinah dan Puan Lisa, Puan latifah, dan ibu-ibu saudaraku yang lain.....

3/17/11

Ramai Mualim kurang Murobbi

( Tersangat merindui Guru-guru ku, setiap hari adalah Hari memperingati jasa guru )

Saya geram ! saya geram ! dan saya sangat geram !!! Hanya Allah sajalah yang mengetahui betapa geramnya hati ini sejurus keluar daripada kelas Islamic Finance sebentar tadi.. Pertama, saya geram kerana seseorang telah menghina serta memperkecilkan kesyumulan Islam, kedua saya geram kerana saya tidak mampu berkata apa-apa mahupun membantah dengan keras satu pendapat yang sama sekali tidak benar tentang Islam dan kesyumulannya. Dan yang ke tiga, saya tersangat geram dan kecewa kerana ia dilakukan oleh orang Islam itu sendiri... Astagfirullah, pohon kemaafan dari Ilahi andai kegeraman saya ini tidak berasas...

Sahabat-sahabat sekalian, Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi daripada Islam. Segala hukum hakamnya, peraturan-peraturannya, dan aturan-aturannya begitu indah hingga tiada manusia yang berftrah insani mampu mencipta perundangan dan sistem seperti itu. Allah Maha Bijak dan tiada apa yang lebih bijak daripadaNya . Allah juga Maha Mengetahui dan tiada siapa yang lebih mengetahui berbanding Dia.. Jadi, mengapa kita harus memperkecil-kecilkan aturan-aturan Islam itu sendiri. Di manakah silapnya ?

Siapa itu Mualim ? Dan Siapa itu murobbi?

Sebelum saya menghuraikan dengan lebih lanjut perihal lambakan Mualim masa sekarang yang kegersangan nilai-nilai Murobbinya mari kita kenal dulu sapa itu Mualim dan siapa itu Murobbi dalam sistem pendidikan masa kini.

Mualim dalam bahasa ringkasnya boleh disebut sebagai guru, ataupun cikgu dan Murobbi pula adalah seorang guru, ataupun cikgu yang bukan sahaja mendidik dan mengajar untuk tujuan peperiksaan sahaja tetapi mengajar , mendidik serta menyentuh hati anak-anak didik mereka dengan benih-benih tarbiyah yang mekar mewangi.

Sahabat-sahabat sekalian, adakah wajar jika saya katakan Guru itu adalah salah satu wahana atau wacana pengerak perubahan si Anak murid ke arah yang lebih baik ? Jika menurut pandangan peribadi saya, 100% akan saya katakan Ya dan 0% pula tidak. Kenapa agaknya saya berpandangan sedemikian ? Satu analogi yang cukup mudah.Cuba kita rujuk kembali, saban tahun berapa ramaikah pelajar yang memperoleh A+ dalam subjek pendidikan Islam ? Dan cuba kita bertanya sekali lagi ? Dari kalangan pelajar yang ramai memperoleh A+ itu seberapa ramaikah yang betul-betul memahami Islam. Maksud saya yang betul-betul mempraktikkan cara hidup Islam ? Hakikatnya sangat tidak ramai. Kenapa saya berani berkata begitu ?

Adakah pernah anda lihat pelajar perempuan sekolah agama yang dahulunya bertudung litup tetapi kini sudah tidak memakai tudung atau bertudung tidak menutup dada ? Mereka yang tidak pernah bergaul secara bebas kembali mengamalkan cara hidup bebas ? Kenapa jadi begitu ? Jika benar-benar mereka mendapat A+ dalam subjek pendidikan Islam, kenapa mereka perlu sama sekali meninggalkan cara hidup Islam. Jawapannya terletak pada bahu siapa yang mengajar mereka. Hal ini kerana, beza seorang mualim dan murobbi itu terletak pada cara ia mengajar. Seorang mualim akan mengajar supaya hanya mendapat A+ dalam peperiksaan tanpa melalui proses-proses penghayatan ilmu yang sebenar. Ilmu itu akan benar-benar dihayati melalui pengamalan dan aplikasi yang menyeluruh dalam kehidupan. Jika hanya untuk tujuan peperiksaan, maka keberangkalian untuk melupakannya sama sekali adalah tersangat tinggi.

Oleh itu wahai guru, pendidik lecturer dan sebagainya. Marilah kita menyahut seruan ini. Ramaikan lagi mualim berjiwa murobbi, hatta dalam bidang apa anda sekalipun gunakan segala peluang dan kesempatan ini untuk mentarbiyah jiwa anak-anak didik anda ke arah yang lebih baik. Alangkah ruginya jika anda diberi peluang oleh Allah tetapi anda tidak gunakannya. Dan alangkah ruginya jika anda mempunyai pelajar-pelajar bukan islam yang ingin tahu sistem perundangan Islam tetapi anda memburuk-burukkan sistem itu sendiri . Di manakah letaknya jati diri anda sebagai seorang Muslim? Malulah kamu....

Islamic Finance

Sistem perbankan Islam. Kenapa majoriti pelajar di kelas saya majoritinya bukan Islam ? Kenapa lebih 70% pengguna bank Islam adalah terdiri daripada golongan bukan Islam ? Di sini saya menyahut cabaran untuk mempelajari asas-asas perbankan islam dengan lebih terperinci lagi walaupun sama sekali berbeza dengan cabang bidang yang saya ambil. Kenapa ? Hakikatnya adalah ramai orang Islam mengaku tahu tetapi sebenarnya mereka tidak tahu ? Mereka pura-pura banyak ilmu tetapi mereka sebenarnya tidak tahu. Perbankan Islam .. Asas yang mereka tahu hanyalah "no riba' " Tahukah anda bahawa , riba' itu haram dan ditegah secara keras oleh Allah..

Nabi saw bersabda

" Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36kali " Musnad Ahmad. Al- abani mengatakan sahih dalam Ghayat al Maram fi takhrij Hadis al halal wa al haram li al Qaradhawi, halaman 103 .
Rujuk Zaharudin.net

Hakikatnya orang kita pura-pura tahu dengan cuba tidak ambil tahu. Mereka takut akan hakikat kebenaran itu. Rakan -rakan sekalian, jika anda punyai ruang dan peluang, marilah kita pelajari sistem perbankan Islam ini. Ini bukan satu keharusan tetapi satu kewajipan. Tegakah anda lihat, majoriti pelajar-pelajar islamic finance ini majoritinya bukan Islam? Tegakah juga anda bahawa pakar-pakar dalam bidang ini adalah mereka yang bukan Islam ? Mana perginya kita ? Tepuk dada tanyalah diri.... wallahualam ~~



3/16/11

Cabaran Seorang Akhwwat

Mentarbiah akhawwat memang ada kelainannya berbanding dengan ikhwah. Alhamdulillah, aku diberi izin oleh Allah untuk terlibat dalam mendidik kedua-dua gen ini. Walaupun silibus perbincangannya sama, tapi pengkhususan tetap berbeza. Akhawwat akan menjadi isteri kepada seorang ‘pejuang’ yang bukan sahaja memimpin keluarga, bahkan menjadi pemimpin massa. Pastinya tugas mereka seberat ummahatul mukminin dalam memotivasi suami agar terus kukuh dan agresif dalam perjuangan. Kerja sebenarnya kelak adalah menjadi sekolah baru dalam rumahtangga yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan. Mereka bertanggungjawab memastikan kesinambungan perjuangan ini berterusan. Ini tidak menafikan peranan mereka di luar rumah dalam mendidik puteri-puteri sejenisnya.

Kata Hasan al-Banna: “Islam berpandangan wanita mempunyai tugas yang sesuai dengan semulajadi mereka iaitu di rumah dan bersama anak-anak. Sebagai anak gadis dia perlu mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab keluarga di masa depan. Sebagai isteri dia perlu memberikan seluruh tumpuannya kepada rumah dan suaminya. Sebagai ibu dia perlu berkhidmat untuk suami dan anak-anaknya. Dia perlu memberi tumpuan kepada rumahnya. Dia adalah surirumah dan pengurus rumahtangga. Apakah dengan segala urusan rumahtangga ini wanita ada masa lapang untuk melakukan perkara-perkara lain…?” (Risalah Wanita Islam)

Akhawwat, walaupun terkenal amat berminat dengan program-program tarbiah, tapi cabaran yang perlu mereka hadapi untuk terus istiqamah juga sangat hebat. Tatkala serangan musuh banyak tertumpu kepada mereka, potensi untuk gugur sangat tinggi. Lihat saja cara berpakaian dan gaya hidup wanita masa kini. Tidak mustahil memikat hati mereka yang memang sukakan keindahan dan kecantikan.

Lantaran itulah Rasulullah SAW memotivasi umatnya agar berbuat baik dengan anak-anak perempuan dan memberi penghormatan yang tinggi kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, maka ia bersabar dengan kesusahan, kesedihan dan kegembiraan mereka, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya atas (syafaat) anak-anak perempuannya.” Berkata seorang lelaki: “Kalau dua orang sahaja wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ataupun dua orang”. Maka berkata lagi lelaki itu: “Kalau seorang wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Walau pun seorang”. (Riwayat Imam Ahmad. Musnad Imam Ahmad. Jil. 17 Hal. 113 No. 8071)

Cabaran kedua yang akan mereka hadapi ialah apabila berumahtangga. Tatkala semakin ramai lelaki yang hilang kelayakannya untuk memimpin rumahtangga, peluang untuk mendapatkan yang terbaik menjadi satu masalah besar. Mencari orang yang memahami apa yang ia faham, meyakini apa yang ia yakini dan memperjuangkan apa yang ia perjuangkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ia perlu berusaha mendapatkannya. Ini kerana, suaminya kelak akan banyak menentukan halatuju perjuangannya. Suami itu pemimpin keluarga. Suami ketua yang membentuk budaya rumahtangga. Isteri kebiasaannya akan terikut-ikut dengan sikap dan cara suami. Mungkin di peringkat awal wujud unsur bertolak ansur, tapi bila perkahwinan semakin panjang, pengaruh suami pastinya lebih dominan.

Akhawwat perlu berusaha mencari calon suami dalam komuniti fikrahnya sebelum menyerahkan jodohnya pada ketentuan takdir.

Kesilapan besar dalam mentarbiah akhawwat apabila tumpuan sekadar diberikan pada pembentukan peribadi dan membiarkan ia terkial-kial menentukan halatuju perjuangannya dalam rumahtangga. Sedangkan rumahtangga adalah medan sebenar mereka. Bahkan marhalah kedua dalam perjuangan mengembalikan ketuanan Islam di atas mukabumi (Ustaziatul Alam). Kecualilah kita deletekan sahaja peranan rumahtangga dalam agenda perubahan (manhaj tagyir) yang disepakati bersama.

Cabaran ketiga yang sering memfuturkan akhawwat ialah kerjayanya. Pastinya ia ingin menjadi pekerja yang terbaik di pejabat dan surirumah terbaik di rumah. Dua posisi dan tugasan yang sangat memenatkan. Ini akhirnya menyebabkan akhawwat hilang pedoman dalam menentukan priority. Ramai yang tidak sedar bahawa ia telah futur lantaran berpegang pada prinsip semua itu adalah ‘ibadah juga’. Tapi ia terlupa peranan sebenarnya dalam menyuntik kefahaman perjuangan pada akan-anak dan mewariskan kefahaman tersebut dalam diri mereka. Waktu ini kewujudan ‘suami mithali’ yang terus memberinya kekuatan, suntikan semangat dan meringankan bebannya ketika di rumah.

Lantaran itulah dalam mentarbiah ikhwah, murabbi perlu memberi fikrah yang sama kepada lelaki. Memahamkan tugas dan peranannya setelah berumahtangga, di samping tanggungjawab terhadap ummahnya. Keseimbangan pentarbiahan kedua-dua gen ini akan menentukan bentuk, warna dan corak rumahtangga yang mereka bina.

Mudah-mudahan kedua-dua gen yang sempurna pentarbiahan ini mampu disatukan dalam rumahtangga dakwah. Rumahtangga yang fikrah, kefahaman, halatuju hidup dan perjuangan adalah sama. Mudah-mudahan rumahtangga itu mampu menjadi bahtera dalam lautan perjuangan yang kukuh kesatuan ahli-ahlinya dan sama arah kompasnya. Kalaupun ada cabaran bukanlah pada perkara pokok (fikrah, objektif dan manhaj) tapi pada perkara cabang… ini kerana tidak akan ada rumahtangga yang langsung tidak ada masalah.

Mungkin impian ini terlalu ideal, tapi itulah tabiat dakwah ini. Itulah objektif sebenar pentarbiahan individu seperti kata Hasan al-Banna: “Pengislahan individu ini sudah tentu membawa kesan kepada keluarga kerana sebuah keluarga dibina oleh sekumpulan individu. Apabila lelaki dan wanita yang merupakan struktur asas sebuah keluarga menjadi baik, mereka berdua akan mampu membina sebuah keluarga contoh yang selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam”.

Buat puteri-puteriku, abi doakan moga kalian terus thabat di atas jalan yang lurus. Dipertemukan ‘rijal’ yang rujulahnya mampu memimpin rumahtangga kalian dan sekelilingnya dengan fikrahnya. Amin.

Photobucket

Oleh: Ustaz Sarip Adul
Sumber: Blog Abu Syifa’

3/7/11

Ini Hari ku


SASER (2002-2011)

Malam yang hening menjanjikan seribu satu erti ketenangan yang begitu mendamaikan.. Alhamdulillah, program halaqah kami di Baitul Syabab berjalan lancar, penuh dengan pengisian dan input-input menarik. Tampak ringkas, tetapi serba padat dan memberikan banyak pengajaran-pengajaran berguna.. Pengajaran yang mencoretkan makna kehidupan sebagai konklusi hari yang sarat dengan segala macam rona dan ranjau-ranjau kehidupan. Namun di balik kepayahan dan kesusahan inilah yang memberi warna pada sebuah kehidupan..

Sahabat-sahabat sekalian,,

Antara perkara yang disentuh adalah mengenai komitmen kita terhadap dakwah ini. Sejauh mana kita berani tampil untuk merubah diri dan merubah masyarakat. Adakah kita sanggup mengikis sisa-sisa karat jahiliyah yang masih bertakhta dalam diri ? Adakah juga kita sanggup menghentikan kepura-puraan yang masih menguasai isi hati ? Tepuk dada.. tanyalah diri..

Hari ini, saya belajar begitu banyak perkara yang boleh dibawa ibrah bersama. Mungkin tampak remeh.. tetapi perkara inilah yang bakal mencorakkan siapa saya 10 atau 20 tahun akan datang.

Contohnya ringkas.. tetapi mudah.. Begini...saya berasa sedikit gementar apabila mendapat tahu, kelas-kelas yang akan saya lalui pada sem ini memerlukan saya untuk lebih bersendirian. Kembali berjauhan dengan rakan -rakan. Tetapi, jika dilihat dalam sudut yang positif, ketakutan saya pada suatu perkara yang tidak diketahui pada masa hadapan.. menyebabkan saya lebih bersedia.. Bersedia dari segi lecture notes nya, jadualnya, tempat kelas dan sebagainya. Jika selama ini saya banyak bergantung pada orang lain.. Mungkin hari ini adalah turning point untuk saya lebih berdikari.

Perkara yang sama juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Contohnya, kita takut mati ? Apakah persediaan awal kita dalam menghadapi dunia akhirat yang penuh dengan segala macam perkara yang berada di luar jangkauan pemikiran kita? erm.. Bagaimana pula jika kita takut exam? Kita akan study dengan lebih rajin bukan? Beginilah sebenar maksud kehidupan...

Hari ini, saya juga bertemu dengan perkara yang begitu ingin saya elakkan sekali. Tetapi apa boleh buat. Perkara seperti ini akan kita lalui juga ketika berada dalam alam pekerjaan. Perkaranya adalah urusan bermuamalah dengan wanita. Saya sedar.. dalam batas-batas yang perlu saya jaga ketika berurusan dengan wanita, Ikhtilat itu tersangatlah penting. Namun, mungkin kerana selama ini saya bersekolah lelaki, urusan itu tampak lebih kekok. Kekok bagaimana ? Saya kurang tahu bagaimana untuk berurusan secara profesional dengan wanita..

Kerap sekali saya tekankan dalam hati.. "malu, malu dan malu " namun kadangkala saya tersilap juga.. Mungkin inilah antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh orang "peramah" seperti saya.. Bertegur hanya bila perlu dan memerlukan. Contohi bagaimana Puteri Nabi Syuaib (maaf jika tersilap ) meminta bantuan daripada Nabi Musa as. Tidak sedikit pun terselit soal peribadi. Tetapi jelas terpancar bagaimana malu itu memupuk pergaulan mereka.

Teringat juga ketika membersihkan hati ayam pada petang hari tadi.. Hati sebersih ini, boleh jadi sehitam ini ? Hanya dengan titikan hitam dosa dan palitan noda maksiat, sudah cukup untuk membuatkan hati kotor. Jadi ayuh rakan-rakan, mari kita sama-sama cuba dan cuba dan terus mencuba, mengikis karat-karat jahiliah yang masih terpalit di dalam hati. Bukan senang, dan bukan juga mustahil. Setiap insan ada kisah jahiliah lama. Lupakan.. dan open a new book :)

p/s : English day is very fun and useful. I make lot of benefits today.. jzzk BaitulSyababians..

p/s : Gud bye SASER ( Sekolah Menengah Sains Seremban ) your name will never fade from our heart :) (2002-2011) ~~~~~~ School of excellence and School of tarbiyah ....




3/3/11

Mungkin ini cita-citaku



Mungkin post entriku pada kali ini pendek-pendek saja...
Namun dalam kependekkan itu ada maksud tersirat yang amat mendalam...

Mungkin bukan resmi diriku berbicara dengan tulisan...
Namun dalam ku berbicara, mungkin juga tulisan adalah medium terbaik untuk mengutarakan pendapat....

Sahabat-sahabat sekalian...

Mendung mungkin tidak selamanya mendung jika mentari muncul,
Cerah bukan selamanya cerah jika hujan berbicara,
Hati bukan selamanya gundah jika cinta hilang,,
Cinta bukan selamanya seksa jika cinta itu hanya Cinta Dia..

Harapan mungkin sekadar harapan jika tanpa angan-angan...
Angan-angan mungkin sekadar angan-angan tanpa cita-cita...

Lalu apa kita harus lakukan ?

Kita sibuk mengejar duniawi hingga lupa ukhrawi...
Lupakah kita , akhirat itu tempat kekal abadi...

Ada juga segelintir kita sibuk mengejar ukhrawi...
Hingga lupa duniawi..

Sedarkah kita bahawa dunia adalah ladang bagi tanam-tanaman akhirat ?

Ayuh bangkit rakan-rakan, jangan kita bazirkan cebisan masa yang ada..
Jangan sibuk mencari cinta, sedangkan kamu tidak layak untukknya...
Sabarlah wahai hati, tika kamu sibuk bersabar.. InsyaAllah akan hadir bidadari syurga yang akan mengetuk pintu hidupmu..

Dialah peneman mu dalam perjuangan ini nanti...

Ingat !!! Jangan bercinta bertahun,, tetapi berkahwin hanya sehari...

wallahualam

p/s : nukilan Insan yang kesibukkan... Dia punya cita-cita untuk membuka taska satu hari nanti.. Mungkin juga panti asuhan.. Dia gemarkan kanak-kanak. Dan dia sedar, dakwah itu pasti lebih mudah jika dimulai pada usia kanak-kanak lagi . Untuk para kakak, para ibu, para abang, dan para bapa yang punyai anak kecil.. Hadirkan benih tarbiyah dalam diri anak-anak kecil kamu agar mereka akan lahir sebagai mujahid pabila besar nanti :)

Nadi Asybal Wa zahrawat (kelab simba dan jasmin Malaysia)

Asybal bererti anak singa, simbolik kepada kegagahan, ketangkasan juga keberanian yang sesuai bagi anak-anak laki-laki. Manakala zahrawat ialah kuntuman bunga-bunga yang mekar di taman yang sejuk mata memadang untuk diumpamakan kepada anak-anak perempuan yang sifatnya lembut, kemas dan ceria.

Visi -Melahirkan Generasi Pelapis Untuk Mendokong Dakwah Islam Di Malaysia.
Misi -Membina Syahsiah anak-anak yang seimbang merangkumi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

Kelab ini terbuka kepada anak-anak berumur 6 -12 tahun .

Aktiviti - indoor - tilawah & hafazan, public speaking, kem solat, kembara ruhi, kraftangan, pengurusan diri, pertahanan diri, bumi hijau dan bercerita.

outdoor - berenang, rehlah, motivasi, kem jati diri, sukan dan eksplorace.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...