3/17/11

Ramai Mualim kurang Murobbi

( Tersangat merindui Guru-guru ku, setiap hari adalah Hari memperingati jasa guru )

Saya geram ! saya geram ! dan saya sangat geram !!! Hanya Allah sajalah yang mengetahui betapa geramnya hati ini sejurus keluar daripada kelas Islamic Finance sebentar tadi.. Pertama, saya geram kerana seseorang telah menghina serta memperkecilkan kesyumulan Islam, kedua saya geram kerana saya tidak mampu berkata apa-apa mahupun membantah dengan keras satu pendapat yang sama sekali tidak benar tentang Islam dan kesyumulannya. Dan yang ke tiga, saya tersangat geram dan kecewa kerana ia dilakukan oleh orang Islam itu sendiri... Astagfirullah, pohon kemaafan dari Ilahi andai kegeraman saya ini tidak berasas...

Sahabat-sahabat sekalian, Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi daripada Islam. Segala hukum hakamnya, peraturan-peraturannya, dan aturan-aturannya begitu indah hingga tiada manusia yang berftrah insani mampu mencipta perundangan dan sistem seperti itu. Allah Maha Bijak dan tiada apa yang lebih bijak daripadaNya . Allah juga Maha Mengetahui dan tiada siapa yang lebih mengetahui berbanding Dia.. Jadi, mengapa kita harus memperkecil-kecilkan aturan-aturan Islam itu sendiri. Di manakah silapnya ?

Siapa itu Mualim ? Dan Siapa itu murobbi?

Sebelum saya menghuraikan dengan lebih lanjut perihal lambakan Mualim masa sekarang yang kegersangan nilai-nilai Murobbinya mari kita kenal dulu sapa itu Mualim dan siapa itu Murobbi dalam sistem pendidikan masa kini.

Mualim dalam bahasa ringkasnya boleh disebut sebagai guru, ataupun cikgu dan Murobbi pula adalah seorang guru, ataupun cikgu yang bukan sahaja mendidik dan mengajar untuk tujuan peperiksaan sahaja tetapi mengajar , mendidik serta menyentuh hati anak-anak didik mereka dengan benih-benih tarbiyah yang mekar mewangi.

Sahabat-sahabat sekalian, adakah wajar jika saya katakan Guru itu adalah salah satu wahana atau wacana pengerak perubahan si Anak murid ke arah yang lebih baik ? Jika menurut pandangan peribadi saya, 100% akan saya katakan Ya dan 0% pula tidak. Kenapa agaknya saya berpandangan sedemikian ? Satu analogi yang cukup mudah.Cuba kita rujuk kembali, saban tahun berapa ramaikah pelajar yang memperoleh A+ dalam subjek pendidikan Islam ? Dan cuba kita bertanya sekali lagi ? Dari kalangan pelajar yang ramai memperoleh A+ itu seberapa ramaikah yang betul-betul memahami Islam. Maksud saya yang betul-betul mempraktikkan cara hidup Islam ? Hakikatnya sangat tidak ramai. Kenapa saya berani berkata begitu ?

Adakah pernah anda lihat pelajar perempuan sekolah agama yang dahulunya bertudung litup tetapi kini sudah tidak memakai tudung atau bertudung tidak menutup dada ? Mereka yang tidak pernah bergaul secara bebas kembali mengamalkan cara hidup bebas ? Kenapa jadi begitu ? Jika benar-benar mereka mendapat A+ dalam subjek pendidikan Islam, kenapa mereka perlu sama sekali meninggalkan cara hidup Islam. Jawapannya terletak pada bahu siapa yang mengajar mereka. Hal ini kerana, beza seorang mualim dan murobbi itu terletak pada cara ia mengajar. Seorang mualim akan mengajar supaya hanya mendapat A+ dalam peperiksaan tanpa melalui proses-proses penghayatan ilmu yang sebenar. Ilmu itu akan benar-benar dihayati melalui pengamalan dan aplikasi yang menyeluruh dalam kehidupan. Jika hanya untuk tujuan peperiksaan, maka keberangkalian untuk melupakannya sama sekali adalah tersangat tinggi.

Oleh itu wahai guru, pendidik lecturer dan sebagainya. Marilah kita menyahut seruan ini. Ramaikan lagi mualim berjiwa murobbi, hatta dalam bidang apa anda sekalipun gunakan segala peluang dan kesempatan ini untuk mentarbiyah jiwa anak-anak didik anda ke arah yang lebih baik. Alangkah ruginya jika anda diberi peluang oleh Allah tetapi anda tidak gunakannya. Dan alangkah ruginya jika anda mempunyai pelajar-pelajar bukan islam yang ingin tahu sistem perundangan Islam tetapi anda memburuk-burukkan sistem itu sendiri . Di manakah letaknya jati diri anda sebagai seorang Muslim? Malulah kamu....

Islamic Finance

Sistem perbankan Islam. Kenapa majoriti pelajar di kelas saya majoritinya bukan Islam ? Kenapa lebih 70% pengguna bank Islam adalah terdiri daripada golongan bukan Islam ? Di sini saya menyahut cabaran untuk mempelajari asas-asas perbankan islam dengan lebih terperinci lagi walaupun sama sekali berbeza dengan cabang bidang yang saya ambil. Kenapa ? Hakikatnya adalah ramai orang Islam mengaku tahu tetapi sebenarnya mereka tidak tahu ? Mereka pura-pura banyak ilmu tetapi mereka sebenarnya tidak tahu. Perbankan Islam .. Asas yang mereka tahu hanyalah "no riba' " Tahukah anda bahawa , riba' itu haram dan ditegah secara keras oleh Allah..

Nabi saw bersabda

" Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36kali " Musnad Ahmad. Al- abani mengatakan sahih dalam Ghayat al Maram fi takhrij Hadis al halal wa al haram li al Qaradhawi, halaman 103 .
Rujuk Zaharudin.net

Hakikatnya orang kita pura-pura tahu dengan cuba tidak ambil tahu. Mereka takut akan hakikat kebenaran itu. Rakan -rakan sekalian, jika anda punyai ruang dan peluang, marilah kita pelajari sistem perbankan Islam ini. Ini bukan satu keharusan tetapi satu kewajipan. Tegakah anda lihat, majoriti pelajar-pelajar islamic finance ini majoritinya bukan Islam? Tegakah juga anda bahawa pakar-pakar dalam bidang ini adalah mereka yang bukan Islam ? Mana perginya kita ? Tepuk dada tanyalah diri.... wallahualam ~~



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...