8/31/10

Ini Jalan Ku...


Ini jalanku..

Tika kamu bertanya, jalan apa yang kamu pilih ini duhai kawan?

Kamu tidak lagi berhubung denganku,

Kamu tidak lagi hadir, untuk mengejutkan aku dari lena?

Tiada kata2 nasihat lagi untuk diri ku?

Kawan apakah ini?

Kamu menyakiti hati ku….

Mungkin itu yang kamu rasa…

Lalu… ini jawapanku

Ini adalah jalan yg aku pilih... dan aku bersyukur berada di landasannya... mungkin kadangkala aku tersimpang siur menongkah arus, namun, benih tarbiah, menyemai kembali, iman2 yg semakin tersisih...

Mungkin dulu, tika, aku berada dalam kejahilan, aku tidak terlalu menghargai cinta Ilahi, aku trlalu asyik mengejar cinta manusia, hingga aku lupa tujuan sebenar aku diciptakan di dunia ini adalah hanya untuk beribdah pada Allah..

Mungkin dulu, aku hanya mengerti bahawa Ibadah hanya pada solat, tapi kini, aku sedari bahawa, ibadah itu meluas,, alangkah bertuahnya aku menjadi hamba Allah ini... tika aku bermujahadah dalam melawan hawa nafsu diri Mu sentiasa ada sebagai penolong..

Mungkin dulu, tanpa segan , aku mampu berbicara pada wanita tanpa hijab, sehadirnya benih tarbiah didalam diri, aku menguatkan azam untuk bermujahadah menjaga batas pergaulan. dikala aku tersimpang, ada sahabt menegur .. di kala aku tersungkur, ada Kamu Ya Allah, menjadi penghibur...

Namun, aku hanya manusia biasa, dalam usaha aku mengingatkan manusia, aku seringkali terlupa dan alpa.. alpa dipupuk badai, alpa dibuai arus, alpa dek kemanisan wajah seorang insan bernama wanita... Aku cuba, dan seringkali mencuba.. agar nanti bila tiba satu masa, aku mampu Ya Allah, aku mampu, .. mampu untuk mengatakan tidak pada yg batil dan benar pada yg hak.. Imam Syafie pernah berpesan.. ada 3 tanda, pabila seseorang itu, memperoleh darjat ketakwaan yg tinggi di sisi Allah...

1) Dia mampu bersedekah dalam keadaan dirinya sendiri tidak mampu

2) Dia berani menyatakan yg benar pada perkara yg hak dan salah pada perkara yg batil

3) Dia, mewarisi sifat warak, dengan meninggalkan perkara2 syubhah...

Sedikit pesanan buat diri ini dan dirimu sahabat.... andai kami para ikhwah mampu bermujahadah menahan perasaan kami, apa kiranya kamu para akhwat membantu kami, dengan tidak menjadi fitnah bagi hati dan perasaan kami....

Sahabat maafkan diri ini, andai ini jalan yg aku pilih, jalan ini adalah jalan yg terbaik ditetapkan Ilahi, hidupku, matiku, dan ibadahku hanya untuk kekasih kita Yang Esa.. aku pohon agar pabila sampai masanya nanti aku dikembalikan tika aku berada dalam satu jalan iaitu "Jalan DakwahMu" wassalam..

p/s: entry ini tiada kene mengena pada yang hidup mahupun yg telah tiada.. hanya rekaan semata2 (^_^v)..namun, mampukah kita mengatakan ini pada sahabat kita yg berlainan jantina? jika kalian mampu syabas diucapkan...kepahitan yg kalian rasakan akibat perpisahan sementara ini akan lebih manis di masa hadapan.. InsyaAllah.. Entry ini juga ku tujukan khas buat irfan fozi, sempena hari kelahirannya, juga buat rakan2 ku di monash ,usrah, sunway, saser, sedar, sksj, dan tadika juga mgkin... Salam Ramadhan salam mujahadah

8/25/10

Interest Itu Minat..

Alhamdulillah, diri ini sekali lagi diberi ruang dan kesempatan untuk terus menulis... walaupun dihimpit beban kerja yang mengunung, ini tidak mengapa... diharap agar masa yang berlalu, dapat diri ini harungi dengan sebijak yang mungkin...

erm.. Interesti itu minat? menarik bukan kata2 di atas.. pada pandangan pertama, apa yang agak2 nya rakan2 fikir? Mungkin, sekadar pemberitahuan maksud kata2 di atas.. Interest itu maksudnya minat... hehee.. bukan begitu.. Tujuan saya menulis Interest itu minat, adalah untuk sama2 mengajak rakan2 berfikir... pentingkah minat dalam kehidupan seharian kita? Bagi saya, menuntu ilmu itu juga perlukan minat? Bagaimana pula dengan, melukis? Menulis? Memasak? semua itu perlukan minat... Hatta ingin bernikah sekalipun perlukan minat.. Minat untuk mengejar redha Ilahi... dari minat ini, timbullah semangat... Bukan begitu?

Berkelana Menuntut ilmu..

Sedikit perkongsian,

Gaya ustaz yang menyampaikan ceramah tafsir pada hari Ahad yang lalu, begitu meninggalkan kesan ke atas diri saya.. Secara tidak langsung, meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri saya.. Saya jadi minat pada Al Quran...dari minat ini, kemudian lahirlah semangat, yang saya sematkan dalam hati, moga2 satu hari nanti, saya mampu untuk membaca, memahami, menghafal, beramal dan menyampaikan setiap ayat dari Ayat2 Allah ini... ayuh rakan2.. mari kita bina minat pada Al Quran melalui 2 pendekatan...

1) Ainul Yakin
2) Hakkul yakin..

Lalu, mari pula kita ambil Naskah Al ~ Quran, kita tadabbur sama2... cuba lihat surah Al- Baqarah ayat 18 (2:18) dan maksudnya...

" Mereka tuli, bisu dan buta sehingga mereka tidak dapat kembali"

Subhanallah, kemudian Allah sekali lagi mengulangi kata2 Nya... cuba lihat (2:171). dan maksudnya...

"Dan perumpamaan bagi (penyeru) orang kafir adalah seperti (pengembala) yang meneriaki (binatang) yang tidak mendengar selain panggilan dan teriakan. (Mereka) tuli, bisu dan buta, maka mereka tidak mengerti.

Kemudian Allah sekali lagi mengulangi kata2 Nya dalam surah Al Isra' (17:97)

"Dan barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang mendapat petunujuk, dan barangsiapa Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong-penolong bagi mereka selain Dia. Dan kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat dengan wajah tersungkur, dalam keadaan buta, bisu dan tuli. Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam. Setiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi nyalaanya bagi mereka"

Alhamdulillah, sudah bertambah bukan Ainul Yakin kita.. sesungguhnya rakan2.. ilmu Allah itu tersangatlah luas...

Ramadhan itu bulan minat

" Ramadhan tiba, ramadhan tiba, ramadhan tiba. Marhaban ya Ramadhan..." teringat satu lagu yang dinyayikan opick kalau saya tidak silap.. Begitu girangnya hati2 mereka ini menyambut Ramadhan, kerana mereka tahu bulan Ramadhan ini adalah bulan kelebihan..

Rasulullah bersabda " Sekiranya umatku tahu apa yang terkandung di dalam bulan Ramadhan, pasti mereka mahukan sepanjang tahun sebagai bulan Ramadhan."

Waa.. begitu besar bukan fadhilat bulan ramadhan.. Silaplah jika kita kata bulan Ramadhan ini, ialah bulan lemah.. tapi kita perlu cakap begini, bulan Ramadhan adalah bulan pemangkin minat pencetus semangat.. Kita seharusnya menjadikan Ramadhan ini, sebagai bulan yang paling kita ingati, bak kata seorang ilmuwan dari mesir yg pernah saya hadiri ceramahnya, " Our greatest achievement in life should come during Ramadhan" sbg contoh...kita boleh menghabiskan hafalan Al Quran kita pada bulan Ramadhan, khatam Al Quran pada bulan Ramadhan, memahami subject yang paling sukar (chem) juga pada bulan ramdhan, bagi bakal2 scientist dan scientist2 islam yang lain, kebanyakkan kejayaan mereka adalah pada bulan Ramadhan... Jadi ayuh kita jadikan ramadhan ini titik tolak dalam kita membina minat dan mencetuskan ilham...

http://genta-rasa.com/ (mari baca link ini)


Bagi saya pula, bulan Ramadhan ini, bulan saya belajar memasak... credit to akh emir, yang sangup datang dari jauh untuk turut sama berkongsi resipi memasak... makanan2 western ini.. juga buat rakan2 serumah.. yang sangat2 rajin membantu.. next time boleh la buat lagi..

( Mushroom Chicken donburi Style)


(Greek Salad)



(Green curry beef)

p/s: Maaf dipinta, saya xseberapa ingat bahan2 untuk memasak.. jadi hanya gambar je la jadi tatapan.. seperkara lagi.. buat sahabat2 saya di luar sana, seharusnya kita perlu belajar memasak, hatta nabi s.a.w sekalipun kerap kali menolong isteri2 nya di dapur, mulianya akhlak junjungan kita.. untuk permulaan, kita mulakan dengan berjinak2 menolong ibu di dapur..

Akhir kata, sama2 lah kita "memeriahkan" malam ke 17 Ramadhan pada hari ini, kerana pada hari inilah berlaku dua peristiwa besar iaitu, Badar Kubra, dan juga Nuzul (penurunan) Quran....
InsyaAllah rahmat dan kasih sayangnya amat meluas buat hamba2 Nya yg ingin mendekatkan diri pada Nya... seperkara lagi hari esok adalah hari Jumaat... hari jumaat adalah hari silaturahim dan pernikahan.. hal ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri bernikah dengan Aisyah dan Siti Khadijah pada hari jumaat ( Hadis diriwayatkan oleh anas bin Malik pabila Rasulullah ditanya tentang hari jumaat).. wallahualam.






8/19/10

Diari Ramadhan Ibn Farique...Fasa 2


Saat doa dibacakan sebentar tadi... oleh imam di masjid Al Husna.. hati ku bergetar.. lidahku kelu,, benang kelopak air mata membasahi hatiku " Ya Allah Ya tuhan ku, ampunilah IBU bapa ku, PASANGAN hidup ku" IBU BAPA KU? PASANGAN HIDUP KU? persoalan bermain dalam benak fikiranku... adakah aku telah menjadi seorang anak yang baik kepada kedua IBU dan ayah ku? Dan adakah juga jodohku dikalangan wanita2 yang soleh? Hanya Allah yg mengetahui...... semoga diri ini dapat mempertahankan apa yg diprinsipkan sehingga tiba waktunya, bak kata seorang teman ‎"Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis"

ohh tidak, hampir menyimpang dari tujuan asal diri ini menulis.... diharap sedikit wacana buat renungan kita bersama dapat diri ini singkap, meskipun tidak banyak dan hanya satu ayat dari ayat2 Allah.

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian, Walaupun rasanya ada sedikit perkara yang perlu diselesaikan , suka bagi diri ini untuk meng"update" Diari Ramadhan ibn Farique yang kini memasuki fasa ke dua.. fasa Magfirah, atau lebih dikenali sebagai fasa pengampunan... Sejauh manakah pengampunan Allah kawan2? Pengampunan Allah sangat besar....meskipun anda datang kepada Allah dengan dosa seberat bumi, nescaya Allah akan ampunkan...
Subhanallah.... di sini saya sediakan borang mutabaah diri yang saya petik dari buku "Diari Ramadhan" karya Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Aziz....

Catatan amal

Anda lakukan?

1. Bangun sepertiga malam dan berdoa

2.Bersuci berwuduk dan berdoa

3. Solat sunat taubat tahajud dan hajat.

4. Membaca Al Quran

5. Berpuasa dan berniat Sahur

6.Solat Sunat di rumah

7. Menjawab azan subuh

8.Solat sunat sebelum subuh

9. Solat subuh berjemaah

10. Membaca Al Quran

11. Pergi berkerja/belajar sambil berzikir kpd Allah

12. Solat Sunat Duha

13. Menjawab azan zuhur

14. Solat sunat sebelum zuhur

15. Solat zuhur berjemaah

16. Membaca Al Quran

17. Meneruskan kerja2/ pelajaran

18. Solat sunat sebelum asar

19. Solat asar secara berjemaah

20. Membuat persediaan berbuka puasa

21. Mendengar tazkirah ringkas

22. Berbuka dahulu dengan tamar dan air

22. Solat maghrib secara berjemaah

23. Solat sunat selepas maghrib

24. Solat sunat sebelum isyak

25. Solat isyak secara berjemaah

26.Solat sunat selepas isyak

27. Solat tarawikh berjemaah.

28. Tadarus Al Quran

29. Muhasabah diri

30. Membaca doa sebelum tidur

31. Tidur dengan wuduk

32. Telefon kedua ibu bapa.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...