6/30/10

Renungan buat mu,sahabat

3 Kemuliaan Mengingati Mati dan 3 Kecelakaan Tidak Mengingati Mati

Berkata Ad-Daqqaq:

Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan dengan 3 perkara :


1- Segera bertaubat



2- Hati yang qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada)



3- Cergas beribadah



Manakala barangsiapa yang selalu lupa mengingati mati, akan ditimpa dengan 3 perkara,


1- Melambat-lambatkan taubat



2- Tidak pernah merasa cukup



3- Malas beribadah



Dinukil oleh Imam Qurtubi rahimahullah dalam kitab At-Tazkirah
http://karyamatahati.blogspot.com/2010/06/3-kemuliaan-mengingati-mati-dan-3.html

6/29/10

Alhamdulillah..










Alhamdulillah, pagi yg ceria bukan ? Kita bisa melihat pohon menghijau, mampu untuk mendengar burung berkicauan, dan dapat merasai hembusan bayu pagi yg begitu menyegarkan.. Bukankah itu semua, anugerah dari Allah? Ucapkanlah syukur padaNya selagi kalian bisa menghirup udara untuk bernafas, memperoleh tenaga dari proses pencernaan oxygen itu.. Subhanallah, sungguh hebat pengaturan alam Mu Ya Khaliq. Sesungguhnya kehebatan dan kecerdikan Mu tiada tolak taranya.

Alhamdulillah, sekali lagi ku panjatkan kpd Ilahi, dengan bantuan kurnian Nya Yg Maha Hebat, mampu bagi ku merasai sekelumit nikmat kejayaan untuk ku terus berbakti pada Islam tercinta. Kadangkala diri ini terasa malu, hendak meminta pada Sang Pemberi, tapi si empunya diri ini, xmampu menunaikan hak pada Nya.

Renung2kan ayat Quran yg membuatkan hati saya amat tersentuh tika membacanya di dalam ktm.. begini

"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan" (Ash-Shaff:3)

Malu lah wahai si empunya diri, mana kamu hendak letak muka di padang masyar nanti oi..

Seperkara lagi, sudah tiba bagiku untuk membuat sedikit perancangan hidup... Seingat ku dahulu, ada seorang Englishman ni, dia tulis 100 matlamat hidup dia masa dia remaja and almost 80% dia mampu buat ? Kenapa begitu? Menurut kajian, kita akan lebih bermotivasi, jika matlamat itu kita tulis dan kita catatkan. Perlu diingat, kita merancang, Allah merancang, Tapi, Allah adalah sebaik2 perancang... matlamat nya adalah.

1. Saya ingin menghabiskan degree saya dalam bidang Biotechnology, di Monash University selama hampir 3 tahun dengan memperoleh first class degree. jika ada rezeki, + 1 year for Honours. InsyaAllah.

2. Selanjutnya, saya ingin melanjutkan pelajaran di University of Adelaide dalam masters selama 2 tahun. Kemudian menimba sedikit pengalaman bekerja di sana. InsyaAllah. Auntie pernah berkata, di Malaysia, memang agak pelik, jika kita peroleh degree dalam biotech tp berkerja dalam sektor ekonomi misalnya sebagai seorang accountant. Tapi, di US, perkara ini bukan perkara mustahil. Cuma, once kita peroleh peluang untuk bekerja, buatlah sebaiknya. Try to be creative ( Anak Fozi, 2010)

3. Saya juga ingin bergiat aktif dalam aktiviti dakwah dan usrah saya bersama Isma, insyaAllah segala kudrat yg ada akan saya curahkan, apa yg terdaya saya akan bantu. Pepatah ada mengatakan, serigala tidak akan menyerang kambing jika dia berada dalam kelompoknya. Maksudnya disini, pabila kita bergerak dalam jemaah misalnya, kita akan menjadi kuat dan risalah islam kan mudah tersebar.

4. InsyaAllah, dalam tempoh 4 atau 5 tahun dari sekarang saya akan persiapkan diri untuk membina keluarga muslim. Dalam tempoh itu saya akan cuba untuk perbaikki diri sebaik mungkin. Saya ingin mencontohi Rasulullah s.a.w kerana beliau adalah contoh suri teladan yg terbaik. Moga2 saya akan dikurniakan zaujah dan zuriat yg menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati.. (poyo je) huhu.. doakan saya..

5. Akhir sekali, sudah tentulah saya berazam untuk menjejakkan kaki ke bumi palestin. Saya ingin berjihad, walau dalam bentuk apa sekalipun. Kerana puncak segala amalan adalah dengan berjihad di jalan Allah. Tidak kiralah jihad harta, ilmu pengetahuan, mahupun tenaga. Moga2 saya akan menjadi saintis islam yang berguna pada agama dan juga bangsa.

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian,akhir kata mohon jasa baik kalian untuk mendoakan saya tika kalian membaca entry ini. Segala salah silap saya harap ditegur, saya cuma manusia biasa yg banyak kelemahan. Di kesempatan ini juga hendak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada... Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w, guru2, arwah mak, ibu dan ayah,makcik2, keluarga terdekat, sahabat handai sekalian dan juga....kamu. Kalian adalah sumber kejayaan dan 'kegembiraan ku yg satu' Terima kasih banyak2.

Jaras di laman isinya padat

Tempat menyimpan buahnya manggis,

Orang beriman penuh beradat,

Lakunya sopan mukanya manis.

6/28/10

Malu...


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, berkat rahmat dariNya mampu lg diri ini untuk terus menulis tinta2 berupa hikmah dan nasihat.. Pada entry kali ini, suka saya untuk menghuraikan akhlak muslim yg ke 4 merujuk kpd buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"
ditulis oleh allahyarham Ust Fathi Yakan.. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempunyai sifat malu. Like we oways heard b4, malu itu makhota iman.. tp benarkah malu itu makhota jika tiada permata sebagai hiasan..

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian, sebagai seorang muslim/muslimah kita mestilah bersifat malu dalam semua keadaan, tetapi sifat malunya itu tidak menghalang diri dpd mengatakan kebenaran. Termasuk juga pengertian malu itu ialah dengan tidak campur tangan dalam urusan org lain, menahan pandangan, ringan tulang, tidak meninggikan suara, berpada dgn apa yg ada setelah diusahakan dan byk lg sifat2 yg merujuk kpd sifat malu.

Sebagai seorang pelajar, kita perlu tahu, malu perlu bertempat, malu bertanya ketika kuliah, bukan sebenarnya malu, tetapi takut. Malu bertanya sesat jalan. Begitu juga dalam berpakaian, kita perlu besederhana dan yg paling penting perlulah menutup aurat. Tapi? Apa jadi dengan rakan2 seagama kita, tika, mereka yg digelar sebagai akhwat dan ikhwah, baik pengetahuan agamanya, bertudung litup, tp...... bagaimana dgn akhlak mereka? pergaulan mereka? Pernah saya ditegur oleh ummi, tak semua, perempuan bertudung labuh tu baik hatinya, malu perwatakannya.. dan tak semua lelaki, yg mengenakan kopiah sepanjang masa pula baik hatinya, zuhud perwatakannya. Aduhai si empunya diri.. manusia2...

Sahabat2 sekalian, tahukah kita, Rasulullah s.a.w.lebih pemalu dari seorang anak gadis dan baginda bersabda:

"Iman itu lebih dari 70 atau lebih dpd 60 cabang yg paling afdal adalah kalimah Lailahaillallah dan paling rendah ialah membuang sesuatu yg boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang dpd iman" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlu diingat , bahawa tanpa sifat malu, mana mungkin lahirnya ummah yg berakhlak mulia, tanpa sifat malu, Rasulullah pernah berkata, buatlah apa yg kamu suka? Jadi kawan2 marilah kita mempraktikkan sifat ini.. InsyaAllah, bukan sahaja diri kan terjaga, kita juga akan dihormati oleh manusia dan disayangi oleh Allah.. Bukankah redha dari Nya yang kita inginkan?

"Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hambaNya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan,tiada lain ia brtujuan mengarahkannya supaya brjuang & melawan sehingga perjuangan itu akan melahirkan cinta kepada Allah
(Ibn Qayyim)"

6/21/10

DEMI WAKTU

Seputar jarum waktu,
merakam minit ,
saat ,
dan detik .

BERBUNYI setiap gelinciran roda berbentuk,
yang dipegang dengan kukuh dan teguh,
dan setiap insan yang mendengar,
suara-suara halus putaran waktu,
mula berbicara pada ruang hati ,
akan masa yang telah pergi ,
akan masa yang sedia menanti,
akan masa yang bakal dititi .

Aku teringat mutiara yang pernah ditutur,
oleh cendekiawan yang jasanya tidak pernah luntur,
walau zaman dan abadnya telah lama berlalu,
tetapi pesannya kekal tersisip rapi,
pada manusia yang sentiasa berhati-hati dan teliti,
agar masa kurniaan tuhan dijaga dan dihargai,
sebelum waktu dalam diri,
takkan lagi mampu dipanjangkan Yang Ilahi.

Mereka seusia denganku,
terus melintasi jalur-jalur hidup,
dengan dua as-sirat berbeza;
terbahagi kepada jalan an-nur dan hidayah,
serta jalan kufur dan mazmumah

Maka aku turut dihimpit dilema yang sama,
moga Allah membimbing hati dan nuraniku,
pada waktu pancaindera dikelabui tipu dan ragu,

Ya ALLAH
Ya HADI~

(nukilan saudara Fahmi; sepupuku )
gdLuck bro at KmB...may Allah bless U..

6/20/10

Bila Hati Berbicara~


Bila Hati ini Berbicara....

Jemari meringankan kata...

Bahasa tersusun indah...

Sighah ku susun atur....,

Munajatku .. Hanya pada Mu..

Ya Tuhan,

Aku tidak bimbang andai aku tidak mempunyai pasangan tetapi aku bimbang andai iman yang Engkau berikan kepadaku semakin berkurang, Aku tidak bimbang jika aku tidak hartawan kerana aku bimbang jika aku bukan seorang dermawan, Aku tidak bimbang jika aku tidak dapat cinta pada wanita yang aku idamkan, kerana aku bimbang cintaku padaMu akan berkurang : tetap melangkah, menyusuri jalan sambil melihat dan belajar mengambil hikmah ...

Ingatlah wahai si empunya diri.. andai kamu naik k puncak gunung... lihatlah ke puncak janganlah lihat ke bawah.. hindarilah dari melihat batu2 yg berserakan di sekitar kamu.. Naiklah dengan langkah yg pasti.. Jangan melompat.. Kerana kamu pasti terjatuh... Melangkah lah dgn penuh pasti disulami keyakinan yg jitu.. InsyaAllah kamu kan berjaya...

Ya Allah... kau hilanglah keresahan aku tentang kerjaya ku, masa hadapan ku... sumbangan ku untuk islam... Daku takut Ya Allah, andai tiba satu masa, aku tidak mampu menjadi muslim yg bermanfaat buat agama ku..dan menjadi ketua keluarga yg tidak mampu membina asas keluarga muslim yg kukuh...

p/s: Pohon doa dari semua... moga2 rehlah kami k langkawi dirahmati Allah sentiasa.. sebagai medan bagi kami mgeratkan ukhuwah di samping dapat melihat kebesaran Allah melalui mata hati...




6/15/10

Huraian Hadis..



Assalamualaikum wbt,, sahabat2 sekalian.. soalan Mu`az bin Jabal membuktikan keprihatinan beliau yg kuat terhadap amal soleh yg merupakan pintu kebajikan dan merupakan satu jalan daripada jalan2 hidayat. Dalam bertanya.. Mu`az menunjukkan kesungguhan yg mendalam serta, penggunaan bahasa yg indah dan bertanya pertanyaan yg sgt2 bernas.. Inilah sepatutnya adab yg perlu kita ada dalam bertanya..

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian,

Hadis di atas menerangkan kpd kita secara jelas bahawa, seseorang itu tdk berhak masuk ke syurga semata2 kerana amal itu sendiri. Tetapi, amal itu mestilah diterima oleh Allah. Apakah syarat2 amal seseorang untuk diterima? Sudah semestinya amal yg ikhlas dan amal yg dinaungi rahmat dpd Allah s.w.t . Selain itu, nabi s.a.w juga menjawab pertanyaan Mu`az dgn menyuruhnya mentauhidkan Allah Yang Esa dan mendirikan lima rukun fardhu seperti yg ktia ketahui. Disebutkan juga oleh Rasulullah s.a.w "Pintu2 Kebajikan :

a) Puasa itu perisai
Puasa yg disebutkan disini ialah puasa sunat bukan puasa bulan Ramadhan. Puasa adalah perisai dalam seseorang menahan nafsyu syahwatnya, menjaga pandangannya dan juga melindungi dirinya dalam dunia yg penuh maksiat. Ketahuilah dgn berpuasa jiwa kan jadi tenang, hati kan menjadi bersih, level nafsu kan dapat diturunkan. Jiwa seorang yg brpuasa turut menjadi jernih sejernih dasar takwa yg cuba dicerminkannya. Jadi, ayuh rakan2 marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan rejab ini.

b) Sedekah
Sedekah di sini bukanlah zakat.. tetapi sedekah sunat.Seperti wang atau keperluan yg kita dermakan kpd surau, masjid, fakir miskin, mangsa perang di Palestin dan lain2 lagi. Ketahuilah rakan2 yg dikasihi sekalian, dgn bersedakah dosa2 kecil dpt dicairkan tetapi perlu diingat, dosa2 besar pula memerlukan kita bertaubat kpd Allah dgn taubat nasuha manakala dosa kpd anak adam memerlukan kita memohon maaf dari tuan empunya diri.

c) Solat tahajud.

"Sebaik2 solat selepas solat fardhu adalah qiamullail (Muslim)"

Melalui hadis di atas tidak dapat disangkal lagi kelebihan solat malam (rujuk post kelebihan solat malam)

Ketahuilah rakan2 yg dikasihi sekalian, kepala urusan adalah islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad.

Di akhir hadis ini ditambah bahawa penguasa segala urusan ialah menjaga lidah.Imam Ahmad at tirmizi meriwayatkan dpd Abu Hurairah r.a dpd Rasulullah s.a.w bersabda:

"Perkara yg paling banyak memasukkan (manusia) ke dalam neraka adalah dua rongga; mulut dan kemaluan"

Melalui hadis di atas banyak yg boleh dihuraiakan. InsyaAllah akan dihuraikan dgn lebih lanjut pada sambungan akhlak muslim yg ke 3 iaitu.. menjaga lidah.. Selamat beramal..


6/14/10

Aku ingin bertanya Ya Rasulullah...

Muaz bin Jabal (ingat tak kawan2 siapa muaz ni..ya..beliau adalah sahabat yang diutus Rasulullah ke Yaman..dan peristiwa yang berlaku dalam hadis tu jadi dalil harus berijtihad dengan aqal..) bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

"Wahai Rasulullah! Beritahulah kepada saya suatu amalan yang boleh memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari api neraka"

Nabi bersabda:

"Kamu telah bertanya tentang perkara yang besar. (Nabi memuji soalannya dan mengagumi kefasihannya). Ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah. iaitu dengan menyembah Allah, tidak menyekutuinya dengan sesuatu, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dan menunaikan haji ke Baitullah"

Nabi kemudian bersabda lagi:

"Mahukah engkau aku tunjukkan pintu2 kebajikan?(cara pendidikan yang berjaya dan menarik minat penuntut)..Puasa adalah perisai. Sedekah boleh memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. Begitu juga solat di tengah malam"

Nabi pun membaca: ayat sajadah 16-17
تتجافى جنوبهم hingga habis ayat 17.
(Ayat ini pasti membuatkan setiap jiwa terasa.. empunya diri lagi la terase..)

Nabi bersabda lagi:

"Mahukah kamu aku tunjukkan kepala segala urusan, tiang dan kemuncaknya?"

Muaz menjawab:
"sudah tentu mahu, wahai Rasulullah!"

Nabi bersabda:

"Kepala segala urusan ialah Islam. Tiangnya adalah solat. kemuncaknya adalah jihad."

Nabi bertanya lagi:

"Mahukah engkau aku beritahu penguasa segala perkara? dan jawapannya, Nabi memegang lidahnya seraya bersabda:
"Kamu mesti menahan ini (lidah)".

Muaz berkata:

"Wahai Nabi Allah! Adakah kami akan diambil kira dan dihukum kerana apa yang kami ucapkan?"
Baginda menjawab:

"Moga ibu kamu kehilangan kamu (ungkapan ini lahirkan rasa hairan terhadap kelalaian Muaz tentang perkara seumpama ini). Bukankah manusia dihumban ke dalam api neraka di atas muka mereka melainkan kerana tuaian lidah mereka?"

InsyaAllah, huraian hadis pada next entry... (^_^v)

6/13/10

Asthma bila kamu muncul...


Pabila malam mula menjelma... ofcuzlah selesama ku makin menjadi2.. ditambah pula dada ku yg begitu sesak ini.. tandanya musuh no 1 ku sejak kecil datang kembali... Teringat ketika kali pertama aku diserang asma pada usia ku seawal 5 tahun.. Hal ini membuatkan aku berfikir sejenak, lantas meringankan jari jemari menekan papan kekunci laptop ku, bagi menghuraikan persoalan yg timbul. Seringkali aku diingatkan untuk menjaga kesihatan diri kerana ianya adalah salah satu anugerah Ilahi yg amat berharga... Tanpanya, badan akan jadi lemah longlai, tidak bermaya, diri pun akan bertambah2 susah untuk mengerjakan amal ibadah.. Kesihatan oh kesihatan.. hadir mu tersangatlah penting dalam hidupku...

"Akan tetapi ada manusia yg alpa dan leka dek kesihatan yg menyerikan hidupnya hinggakan dia tidak menghargai betapa mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupannya. Dia tidak sedar dan insaf betapa sihat itu adalah sebahagian dari detik kehidupan yg dilaluinya.

Dalam hal ini, Rasulullah ada memberi peringatan tentang kesihatan ini di mana baginda bersabda yang bermaksud: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari)


Mengimbau kembali memori lama, ketika kecil juga aku kerap berulang alik ke clinic Malaya di muar.. Terasa macam org dewasa pula ketika itu. Maklumla, kiri kanan ku, nenek2 yg sudah berumur.. Pabila aku meningkat dewasa, penyakit ini semakin hilang. Ubat yg paling mujarab ialah dgn aktif bersukan. Cuma, sekali sekala, asthma akan datang menyerang ku pabila cuti menjelma. Maklumla, masa inilah lemak dibina dengan banyak sekali... Seperkara lagi, aku cuba menjadikan inhaler sebagai musuh utama ku.. Kalian tahu apa yg ada pada inhaler tu.. sejenis dadah, morphine kalau saya xsilap. tujuannya adalah untuk membesarkan laluan udara yg tersekat pada ruang pernafasan. Mucus adalah penyebab utama masalah ini.. Saya tidak mahu terlalu mengharap pada inhaler..setakat ini baru 4x saya mengunakannya.. itupun terdesak.. kurang udara ketika bermain bola.. huuhu


Akhir kata.. hargailah nikmat kesihatan ini sementara masih muda.. hal ini kerana, muslim yg bermanfaat ialah muslim yg sihat tubuh badannya, cerdas pemikirannya.. dan juga baik akhlaknya..

Amalkan gaya hidup sihat..




6/12/10

Solat Malam Menggamit Kedamaian~



Assalamualaikum, terasa di hati, buku ini tersirat seribu makna kehidupan di sebalik cinta Yang paling Agung.. tanpa perlu ada rasa jemu mahupun cemburu tatkala cinta di kejar. Tidak perlu ada rasa iri hati tatkala bahana menimpa kerana apa yang mahu dicoretkan di sini... tika hati sudah mengapai cinta Nya.. jiwa akan gementar pabila mendengar nama sang Kekasih... Ingin sekali aku nukilankan perasan hati, bahawa aku malu pada Mu.

Sebahagian org soleh berkata; Orang yang paling menyedihkan di dunia ini ialah mereka yg meninggalkan dunia, tanpa sempat merasakan kebaikan yg ada di dalamnya. " Lalu ada yg bertanya: " Apakah gerangan yg terbaik di dunia ini?" Kemudian dijawab : "Mengenal dan cinta kpd Allah, sentiasa mengingat-Nya dan mengagung-Nya melalui Solat Malam."

Salah seorang ulama tabi'in bercerita: " Saya telah bermimpi bertemu dgn seorang wanita yg cantik jelita. Saya bertanya kpdnya: 'Siapakah kamu?' Dia menjawab: 'Saya bidadari syurga.' Kemudian saya bertanya lg kpdnya: 'Apakah kamu mahu berkahwin dgn saya?' Dia menjawab lamarlah aku dahulu. 'Saya bertanya lg: 'Apakah mas Kahwinmu. 'Dia menjawab: 'Solat pada sepanjang malam'."

Wahai saudara ku, saya khuatir tatkala anda bangun pada malam hari cuma sekadar untuk membuang air kecil atau besar kemudianya tidur, ataupun anda cuma bangun malam untuk menonton perlawanan bola sepak ? Ataupun mimpi ngeri menghantui anda?

Saudara2ku yg dicintai, saya yakin dan percaya... anda mampu lakukanya ! Anda mampu untuk bangun pada waktu malam, mengambil wuduk, menghamparkan sejadah..kemudian sujudlah pada Ilahi. cukuplah sekadar 2 rakaat tahajud buat permulaan.. Anda akan temui kemanisannya di situ.. Biar sedikit pada permulaan, tp istiqamah dan ikhlas.

"Hendaklah kamu lebih memerhatikan cara amalan itu diterima berbanding banyak beramal, kerana terlalu sedikit amalan yg disertai dgn takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima? ~Ali bin Abi Talib r.a~

p/s: Sempena musim world cup ni.. sama2 lah kita menonton bola sambil bertahajud... (^_^v)
glory2 palestin.. huhu.. Sebelum game start tu, solat dulu ye.. Mohon kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Aminn..




6/10/10

Malas atau Rajin



Assalamualaikum wbt... alhamdulillah sekali lagi diri ini terus diberi ruang dan kesempatan untuk menitipkan sedikit tinta2 hikmah berupa nasihat buat tatapan bersama. Syukur juga ku panjatkan ke hadrat Ilahi, dengan berkat kasih syg serta limpah barakah Nya, kita mampu lagi menghirup udara segar dan merasai nikmat iman di dalam diri. Alhamdulillah..

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, sedar x sedar.. kita semakin menghampiri Ramadhan.. Bulan Rejab baru sahaja kunjung tiba, oleh itu, jangan lupa ye selalu amalkan doa ini..

"Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan" (Riwayat al-baihaqi).

Moga2 kita terus diberi kesempatan umur untuk mengecapi bulan yang paling dinanti nantikan saban tahun.. Sebelum itu, persiapkan diri dalam bulan Rejab dan Syaaban ini, bak kata2 org2 muda.. Bulan Rejab dan Syaaban ni ibarat pra U la.. Sebelum masuk ke U sebenar pada bulan Ramadhan nanti.. Tapi perlu diingat, itu tak bermakna kita hanya perbanyakkan amal pada bulan Ramadhan sahaja, amalan2 sunat seperti puasa sunat, solat malam, zikrullah, tadarus Al Quran ini perlulah sentiasa istiqamah, nabi s.a.w pernah berpesan biar sedikit asalkan istiqamah.

"Lakukanlah kerja atau amal yg kamu mampu, seseungguhnya sebaik-baik pekerjaan atau amal adalah istiqamah walaupun sedikit" (Dpd Abu Hurairah)

So, sahabat2 sekalian, apa lagi? mari cube? hehee... Tetapi dalam kita beramal ni, mesti sifat malas sentiasa menghantui diri kan, ade jew halangan dan cubaan.. Tahukah juga kita yang sifat malas ni, tak kira la semasa hendak belajar ke atau melakukan apa2 pekerjaan adalah kesan dpd sikap tidak ikhlas dalam apa yg diamanahkan.. renung2kan..

Sementara sifat rajin pula ialah buah kpd sifat ikhlas.. Dari mana datangnya sifat ikhlas ni? Sifat ini datang dari minat yg tinggi dan minat ini pula datang dari iman yg tinggi.. tetapi perlu sentiasa beringat salah satu ciri2 sifat malas ini ialah rajin bekerja ketika ramai tetapi malas ketika sendirian..

"Org yg riak memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin ghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin kurang jika dicela" (Saidina Ali r.a)

Erm.. sungguh terasa hati bukan? Mari kita lihat apa sabda nabi Muhammad s.a.w yg bakal membuatkan kita lebih terasa hati, berdouble2 bak kata interviewer ielts..

"Aku takut apa yg menakutkan bakal berlaku kpd umatku, besar perut ( Kuat makan) , banyak tidur (malas) dan lemah keyakinan." (Riwayat al- Daruqutni dan ad-Dailami).

Akhir kata, ambil lah sedikit pengajaran dpd sekelumit nasihat di atas. Moga2 kita sama2 kan menjadi muslim yg bakal menjadi tonggak pengerak kemajuan Ummah. Majulah Islam untuk semua... Jangan malas2..


6/7/10

Bertudung labuh atau bertudung Yuna?



Bertudung labuh atau bertudung Yuna? Mana satu menjadi idaman kalbu? Persoalan yang perlu dirungkai dan dihuraikan.. Meskipun saya tidaklah seberapa arif tentang permasalahan ini, sikap ingin menyampaikan membuatkan saya hadir untuk memberi sedikit pendapat.. Berdasarkan pemerhatian saya , remaja2 wanita sekarang lebih mengutamakan fesyen dan trend2 semasa dalam etika pemakaian tudung. Mereka berangapan ia sebagai fesyen, apabila cantik dilihat dan dipandang, maka eloklah.. Sebenarnya mereka lupa, tujuan memakai tudung atau jilbab adalah untuk menutup aurat dan bukannya sebagai satu fesyen yang menjadi ikut2 tan..

Permasalahan yg sama juga turut melanda remaja2 lelaki, mereka lebih gemar memakai "short" kerana bagi mereka, trend ini lebih sempoi dan up to date. Apa salahnya memakai seluar yang menutup aurat. Bukankah ia tampak lebih mudah dan indah pabila dipandang. Sedarlah wahai saudara2 ku, islam mengariskan etika pemakaian yg mudah bagi lelaki. Aurat bagi kita kaum lelaki, dari pusat hinggalah ke lutut. Amat mudah untuk diikut dan dipatuhi. Berbanding pula dengan wanita, terdapat banyak aurat2 yg perlu mereka jaga dan batasi. Pernah sekali saya bertanya pada ibu, " Ibu, rase susah tak kalau pakai tudung labuh? " Susah juga, panas, xselesa, tapi kalau kita memakainya ikhlas kerana Allah dengan satu niat, iaitu untuk menutup aurat, maka, segalanya akan dipermudahkan. InsyaAllah..

Berbalik pada persoalan sama ada bertudung labuh ataupun bertudung Yuna.. Mana satu menjadi pilihan hati.. Saya bukanlah tidak menyukai insan2 yang memakai tudung2 seperti ini, cuma etika pemakaian tudung seperti itu tidak menghalalalkan cara. Ramai juga sahabat2 saya yang mengatakan demikian. Tudung seperti itu hanyalah sebagai satu fesyen dan bukanlah satu medium yang menghalalkan cara untuk menutup aurat. Pendapat saya, berbalik lah pada cara pemakaian tudung biasa. Ia tampak molek 50x ganda berbanding tudung Yuna. Tetapi perlu diingat tudung yang dipakai perlu menutup dada dan tidak nipis. Semoga Allah merahmati dalam usaha anda mencari redha Nya.

Bagi akhwat yg memakai tudung labuh pula, alhamdulillah.. saya mengerti kepayahan anda semua dalam mengekalkan etika pemakaian seperti ini. Jika anda ikhlas kerana Allah dalam menjaga agamaNya, insyaAllah hidup kalian akan sentiasa diberkati. Tetapi, kalian semua perlu ingat besar tanggungjawabnya tika kalian memakai tudung seperti ini. Kalian perlu menjaga batas2 yang ditetapkan agama. Kalian perlu bijak berinteraksi sama ada sesama akhwat mahupun ikhwah. Jika kalian tidak menjaga batas2 ini, akan timbul satu fitnah yg besar dalam agama kita. Peliharalah agama yang mulia ini.

Akhir kata, maafkan diri andai ada kekhilafan yang menguris perasaan tika menyampaikan pendapat. Ketahuilah, niat di hati hanya sekadar ingin menegur, saya adalah hamba Allah yang sangat2 cetek ilmunya. Moga2 saya juga akan turut beringat dalam usaha saya mengingatkan sahabat sekalian.

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Wallahu ‘alam bi sawab.

6/6/10

Menjaga Pandangan

Alhamdulillah, bersyukur kepada hadrat Ilahi, berkesempatan juga untuk kita melihat pada akhlak muslim yang kedua iaitu.. menjaga pandangan. Pada entri kali ini saya temui satu artikel yg mengandungi hujah yang agak menarik serta padat mengenai permasalahan ini.. mari renung2 kan..

Imam Ibnul Qayyim menyebutkan empat macam pintu masuknya syetan untuk menjerumuskan manusia. Empat pintu tersebut adalah; lahazhat (pandangan mata), khatharat (angan-angan), lafzhat (ucapan lisan), dan khuthuwat (langkah kaki). Beliau rahimahullah telah menjelaskan betapa bahayanya jika kita meremeh kan dan tidak waspada terhadap empat hal ini. Selain itu, beliau juga menjelaskan bagaimana cara untuk menjaga diri darinya agar seseorang selamat dari tipu daya dan gangguan syetan.

Di antaranya beliau mengatakan, "Karena sumber kemaksiatan itu dimulai dari pandangan, maka Allah subhanahu wata’ala mendahulukan perintah menundukkan pandangan daripada perintah menjaga kemaluan. Karena berbagai kejadian buruk itu dimulai dari padangan, sebagaimana api yang besar berasal dari percikan yang kecil. Maka dimulai dari pandangan, lalu menjadi angan-angan, lalu langkah kaki dan terakhir melakukan dosa. Berikut ini penjelasan ringkas tentang empat hal di atas, semoga bermanfaat.

Lahazhat (Pandangan Mata)

Yang dimaksudkan lahazhat adalah mengikuti hawa nafsu dan memberi kebebasan kepadanya. Padahal menjaganya adalah pangkal terjaganya kemaluan. Maka siapa yang dengan bebas melemparkan pandangan dan mengikuti hawa nafsunya, berarti dia telah menjerumuskan dirinya dalam kehancuran.

Oleh karena itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassallam telah mengingatkan kita, sebagaimana sabdanya,
"Janganlah engkau ikuti padangan dengan padangan berikutnya, karena untukmu adalah padangan yang pertama, sedangkan selanjutnya bukan untukmu." (HR. Ahmad)

Beliau juga melarang duduk-duduk di pinggir jalan. Maka para shahabat bertanya, "Bagaimana jika kondisi mengharuskan untuk itu (duduk di pinggir jalan)?” Maka beliau menjawab, "Jika engkau memang harus melakukan itu, maka berikanlah hak jalan." Para shahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu?” Beliau menjawab, "Menahan pandangan, tidak mengganggu orang dan menjawab salam." (Muttafaq 'alaih)

Pandangan adalah sumber berbagai bencana yang banyak menimpa manusia, karena pandangan akan melahirkan angan-angan, lalu angan-angan melahirkan pemikiran, pemikiran melahirkan syahwat, dan syahwat memunculkan keinginan, lalu keinginan itu makin menguat hingga menjadi azam (tekad), akhirnya terjadilah perbuatan, jika tidak ada yang menghalangi. Maka dikatakan bahwa bersabar untuk menahan pandangan lebih ringan dibanding bersabar menahan derita setelahnya.

Pandangan seperti anak panah yang meluncur terus dan tidak akan sampai pada sasaran sebelum orang yang memandang menyediakan tempat untuknya di dalam hati. Kemudian setelah itu pandangan tersebut menggoreskan luka dalam hati, lalu disusul lagi dengan luka yang lain sebagai tambahan atas luka yang sebelumnya. Akhirnya pedihnya luka pun tak dapat terhindarkan lagi karena pandangan yang terulang terus menerus tiada henti.


6/4/10

Sebiru Hari Ini~

Sebiru Hari Ini

Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

p/s: lagu ini saya tujukan buat sahabat2 perjuangan sekalian... Moga2 sentiasa berada dalam rahmat dan barakah Ilahi...InsyaAllah, hayatilah lirik dia, jadikan ia memori pautan bersama.. cewahh... huhu.. wassalam

6/2/10

Hari Ini dan Semalam~



Alhamdulillah, tika siang berganti malam , hari ini seakan pergi meninggalkan kita. Pabila sirna mentari menjelmakan diri, episod baru kehidupan kita bermula. Seharusnya syukur pada Ilahi diwajibkan menjadi tatapan bibir setiap masa. Mana bisa kita terus diberi ruang dan kesempatan untuk terus hidup di alam fana ini tanpa rahmat dari Nya.

Semalam, syukur ke hadrat Ilahi ku panjatkan doa. Akhirnya diri ini diberi kesempatan untuk berjumpa bekas classmate ku di saser. Kehadiran kamu semua memang terbaik la.. hehe.. setahun nak jumpe kalian semua,, walaupun tak semua. najmi, mizan , bakau n haziq menjadi pengubat rindu di kala sepi.. cewah.. hehe.. walaupun kalian semua memang tip top la mngusikku.. abg blog and usrah la.. tp kene terima juga.. Ini hijrahku,, syukur kalian semua faham.. Mungkin dulu di saser diri ini sgt2 nakal.. hehe.. maaf dipinta buat cikgu2 dan semua..

Alhamdulillah, juga, tika ku di ktm, sempat juga aku berukhwah dgn seorang akh ni, juga, beliau seorang pensyarah di uia dan pernah memberikan ceramah di surau casa. Walaupun tidak pernah ku temu akh ini, tapi inilah yang disebutkan islam itu indah. Islam itu bersaudara. Ingin ku pesan buat sahabat2 sekalian, tebarkan salam di bumi Allah ini, nabi s.a.w sendiri pun berpesan. Teringat kisah khalifah umar abd aziz, seingat saya beliau gemar berjumpe org ramai dan ke pasar. Apa tujuanya? membeli sayur ke? tidak.. jawapanya ialah beliau akan memberikan salam pada setiap insan yang beliau temui di pasar hatta tidak mengenali mereka sekalipun.. Indah bukan akhlak mereka, ayuh contohi.. Jika kalian merasa sukar, cukuplah dengan sekadar tersenyum. "Smile is da easiest sedekah in the world"... renung3kan...

HAri ini, dengan ketergesaan ku dari rumah mak cik kembali ke college , akhirnya berbaloi. Sempat juga berbBq bersama2 rakan2 tercinta. Dalam sibuk bersenda gurau tu, xlupe juga isu palestin yg memang sudah sebati dalam diri setiap Islam. Teringat ceramah yg sempat ku dengar di dalam kereta td, "Yahudi itu hebat, tapi jumlah merka tidak sampai 14 juta org seluruh dunia", Walhal, org islam itu sendiri 1.5 bilion di seluruh dunia, untuk lebih specific, setengah bilion di middle east sahaja. Dan nisbah mereka kalau kalian semua ingin tahu, 1yahudi=107 muslim ... besar jumlah itu saudara2 sekalian.. Jika islam ini bangkit bersatu, pasti mudah kita tawan kembali masjidil Aqsa, dan pasti lebih mudah bagi kita mengalahkan Yahudi..

Bangkitlah saudara ku, setiap jiwa ini haruslah dididik dgn tarbiah agar hati ini terus segar di sirami kata2 nasihat.. terus basah di titisi zikir, dan terus terang di suluhi nur Allah... Mari kita bangkit menjadi umat islam yang terbaik sepanjang zaman.. wallahualam..

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...