4/13/10

Memberi bukan untuk menerima



Assalamualaikum wbt, sisipan salam di pagi hari yang indah ini buat semua makhluk2 Allah.. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, tika fajar mula mnyinsing, sang mentari bercahaya penuh keriangan, rembulan pula seakan akan pudar menanti giliran di malam hari. Alhamdulillah, Di balik siratan kehebatan ciptaan Allah ini, kite masih lagi mampu bernafas di bumi Nya~

erm.. pastinye ramai yang tertanya2 apakah maksud di balik ungkapan ' Memberi bukan untuk Menerima' . Sebenarnya, ia bersangkut paut pada keikhlasan. Keikhlasan dalam memberi, keikhlasan dalam menyampaikan dan juga keikhlasan dalam segala aspek kehidupan. Ada kalanya, walaupun lisan sudah mengatakan kita ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara, tp.. di manakah ukurannya.? Ukuranye di lihat dlm soal hati.. Mungkin sesetengah insan tidak sedar, dalam mereka memberi, mereka sbrnye tlh menerima? tetapi dlm mereka menerima mereka sbrnye telah kehilangan 'title' si pemberi itu...

pujangga ade mengatakan, ramai insan menderita, kerana mereka sibuk menerima dpd mmberi~ renung2 kan..

'Apabila kite sendiri di uji dengan apa yg sering kite dakwahkan,
itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yg kita perkatakan, Bersyukurlah kerana Allah sudi mengigatkan kita dalam usaha kita mngingatkan manusia'

Akhir kalam, janganlah meminta walaupun sekadar ungkapan 'terima kaseh' kerana ia bisa menyakitkan.. tetapi, mintalah agar hati ini diluruskan agar stiap pekerjaan yang ikhlas itu dipanggil ibadah~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...