5/1/10

Biah Solehah~



Assalamualaikum wbt, alhamdulillah ya Allah, sekali lg daku diberi kesempatan oleh Mu untuk terus menulis dan melakar kata2 hikmah buat renungan diri ini dan juga sahabat2 yg amat aku cintai dan kasihi.... Moga2 setiap titisan hujan yg turun membasahi bumi pada malam ini memberi rahmat buat kite semua... InsyaAllah~

Sahabat,

Tika kaki kiri ku mula melangkah keluar dari pintu surau pada hari ini, hati ku berbisik, "Ya Allah, bisa lagikah aku merasai nikmat seperti ini?" berjemaah bersama2 sahabat yg aku cintai... betapa indahnya perasan pabila aku dapat berdamping dgn Mu ditemani mereka semua...

Teringat ketika mula2 aku melangkah kaki di bumi Sunway ini, jiwa ku seakan2 risau dan berlagu hiba, andai sudah tiba saat Allah menarik nikmat iman dari diri ini... Aku sungguh risau tidak dapat berjemaah lagi di surau, mendengar alunan ayat2 Allah, dan yg paling merisaukan aku, masih ada lagikah sahabat2 yg ingin turut sama berjemaah dgn ku.. solat bersama, membaca Al Quran bersama, puasa bersama, hiba tawa dikongsi bersama, nasihat dijadikan pautan meskipun dalam gurauan...

Ya Allah bersyukur rasanya pada Mu kerna aku dikurniakan sahabat yg baik dan elok akhlaknye, menegur ku ketika salah dan membimbingku tika ak terleka, mengajakku pada yg maaruf dan menegahku pada yg mungkar.. Sahabat, sebenarnya, daku kagum dengan diri kalian, tika kita diletakkan di bumi sunway yg penuh dengan segala macm hiburan dunia ini, kalian bisa meneguhkan diri sebagai persediaan menghadapi badai kemaksiatan yg bakal melanda.. Paling meruntun hati ini, ketika aku terjaga malam, terlihat dirimu sujud menghadap Ilahi, seikhlas hati aku mengatakan aku kagum pada mu..

Lantas, mulai detik dan ketika itu, aku mula merajinkan diri untuk bgn pd pagi hari..Walaupun sukar tetapi aku tetap terus mencuba.. Alhamdulillah, berkat dorongan dari mu dan Hidayah dari Allah kita terus diberi kesempatan untuk "berlumba2" bgn pada awl pagi..
sejujurnya aku mengatakan aku cintakan bi'ah seperti ini... biah solehah yg menjadi idaman setiap masa..

Sahabat,

Andai takdir telah tersurat bahawa kita bakal berpisah selepas ini, jadikan pengalaman kita bersama sbg memori . Andai kita tidak bisa bersolat bersama, jadikanlah ibadah fardhu ini istiqmah sebagai amalan, andai kita tidak dapat berpuasa bersama, jadikanlah ia sebagai benteng penahan nafsumu.....andai kita tidak bisa menghadiri usrah bersama , carilah peganti agar hati ini akan terus segar disirami titisan nasihat....

" Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab R.A. katanya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kerana apa yang dia niatkan."

Moga2 bi'ah solehah yang kita wujudkan ini kerana Allah dan kepada Allah la segala amalan ini disandarkan.. insyaAllah~

5 comments:

  1. IAllah acap..
    moga2 ukhuwah kita semua akan kekal hingga
    ke akhir hayat~
    p/s nk nngis ak bace..:)

    ReplyDelete
  2. salah satu rukun dlm terbiyah adalah biah yg baik.. plg pntg bile kite hidup dlm hiruk-pikuk dunia ni.. ialah kite duduk dlm biah yang baik.. spy hati kite sentiasa inginkn kpd kebaikn..

    semoga kita terus istiqamah dgn amalan kita..
    jadikan sahabat sbg dahan utk kau memaut, biah solehah sbg arus yg kau selarikan bersama dlm kehidupn.. spy terus kuat~

    syukran 'ala tausiatuka~
    (xde piala hati ke?? hehe..)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah,, hehe,, amboi lebih2 ammar.. buat ammar2...moga2 same2 la kite truskn biah solehah ni,, berjaya di dunia, berjaya di akhirat.. ameenn~

    ReplyDelete
  4. Biah solehah ini akan kukenang sampai bila2..
    ukhuwah fillah abadan abada~ (^_^)

    ReplyDelete
  5. terharu+nak nangis...keep it up,bro!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...