4/27/11

Awak adalah "orang" saya (part 3)



Ragam-ragam Malaysia Episode 3 : "Nilai Seringgit "


Situasi Pertama

Pembeli : "Cik, tak boleh murah sikit ke goreng pisang ni? " Saya pergi kedai Mak Nab kelmarin 2 ringgit boleh dapat 10 biji tau..

Penjual : Maaf le Puan, harga pisang sekarang dah naik. Pisang susah nak tumbuh sekarang ni.Maaf ye..

Situasi Ke dua


Penjual : Puan betul ke nak beli beg tangan ni ? Diskaun memang tiada. Harga ribuan ringgit ni..

Pembeli : Eh, awak ni... Duit saya bukan duit awak pun. Saya tak kesah pun. Mai sini resit dia.. Saya bayar cash..

Rakan-rakan yang dikasihi Allah sekalian,

Beginilah ritma dan ragam yang berlaku dalam masyarakat kita saban hari. Jika difikirkan kembali, apa salahnya jika si pembeli tadi menyumbang sedikit wang kepada mak cik penjual pisang di atas. Secara jelas mak cik ini berniaga secara kecil-kecilan dan punyai pendapatan yang sedikit. Mungkin cukup-cukup buat menyara kehidupan isi keluarganya.

Tetapi, sebaliknya berlaku, si pembeli tadi sanggup berhabisan wang untuk membeli barang yang digemarinya. Walhal barang itu bukanlah satu keperluan hidup, cuma sekadar perhiasan buat pemuas nafsu.. Maaf jika terkasar bahasa.

Seringgit, Sedolar, Satu rupee, 100yen, 100yuen, 1euro, 1 pound sterling nilainya mungkin berbeza-beza. Tetapi memberi erti yang pelbagai bagi sesetengah pihak. Jangankan nanti kita masih terikut-ikut dengan adat kebiasaan masyarakat dalam menderma atau memberi sumbangan dengan nilai satu ringgit. Ops.. Bukan saya ingin mengecam nilai satu ringgit itu.. Cuma apa yang ingin cuba saya sampaikan di sini ialah.. Biasakan untuk memberi. Jika anda berkemampuan cubalah menderma sebanyak dan sekadar yang mungkin. Nilainya mungkin satu ringgit (pelajar sekolah ), 5 ringgit(mahasiswa),10 ringgit (bekerja), 50 ringgit (pekerja senior) dan lain-lain jumlah mengikut kadar keikhlasan masing-masing.

Mulai sekarang. Ayuh, umat Islam yang dikasihi sekalian, Mari kita pupuk budaya memberi. Jika terlihat seorang buta di jalanan, apa salahnya kita hulurkan sedikit duit, jika kita lihat tabung-tabung anak yatim, pihak madrasah dan sebagainya. Hulurlah. Tangan yang memberi itu baik pada sisi Allah. Hilangkan sikap skeptik yang tertanam dalam diri kita bahawa setiap insan yang mengemis dan memohon bantuan itu penipu. Yakinlah bahawa Allah sebaik-baik penolong.. :)

p/s: Sangat terkesan dengan kegigihan seorang mak cik di stesen LRT mengharungi kesusahan hidup. Juga mereka-mereka yang cacat anggota badannya tetapi gigih bekerja. Kita? Kenapa harus asyik mengeluh dan tidak punya hati budi..

"Setiap Muslim Itu Bersaudara bukan?"

"Harta anda tidak akan berkurang sedikit pun jika memberi"

"Iman seseorang itu diukur pabila mana dia sanggup bersedekah ketika dia susah"

(Imam as Syafie)








2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...