4/6/11

Alhamdulillah ~



Sangat bersyukur, lega dan mungkin juga sedikit ketenangan.. Bersyukur kerana diri ini masih dipanjangkan usia oleh Ilahi, perasaan lega dan tenang mungkin kerana masalah yang menghantui diri sejak hampir 2 minggu lamanya akhirnya selesai.. Alhamdulillah Ya Allah...

Sedikit coretan nasihat diri ini nukilkan buat pengajaran kita bersama ~~~

"Asyraf apa yang anta azamkan untuk tingkatkan akhlak diri ? " err..
"ana nak selalu ingat mati, ingat mati kan tandanya orang yang bijak " Dengan yakin diri ini menjawab pabila ditanya oleh naqib usrah kami, Abg Hazwan...

Rakan-rakan sekalian... Seusai selesai sesi usrah saya tertanya-tanya ke dalam diri..

"Mungkin jika kita hanya berazam begitu nilainya tidak sama dengan azam yang disertai dengan pengalaman" Pengalaman seperti apa ye ? Pengalaman hampir maut ...

Walaupun pada dasarnya saya selalu berdoa agar dihindari perkara-perkara sebegitu, namun Allah Maha Mengetahui dan lebih bijak ketetapannya berbanding apa yang dirancang oleh manusia biasa..

Pada hari Isnin lepas , kejadian ini benar-benar berlaku ke atas diri saya.. Tidak terkata dan seperti mimpi apabila saya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas. Saya tergamam.... Alhamdulillah Allah masih panjangkan lagi usia saya.. Hanya kecederaan ringan yang saya hadapi. Mujurlah saya sempat dan diberi peluang oleh Allah untuk mengawal motor dengan baik daripada terjatuh ke jalan raya... Alhamdulillah sekali lagi Ya Allah..

Ujian ini seterusnya hadir bertalu-talu... Saya diminta untuk membayar ganti rugi kereta berkenaan sebanyak Rm 4-5 ribu. Pada waktu itu, saya tidak mampu berkata-kata. Jauh niat di hati ingin memberitahu ayah mahupun ibu .. Saya tidak mahu menyusahkan mereka.. Mujurlah rakan-rakan dan saudara mara terdekat banyak membantu dari segi moral dan fizikal..

Alhamdulillah , hari ini segala-galanya selesai... Pengajaran buat diri dan rakan-rakan.. ketika kita dilanda masalah Allah jangan dilupa. Begitu juga ketika kita peroleh kesenangan. Hadirkan Allah setiap saat dalam diri. InsyaAllah dia akan sentiasa ada untuk kita. Meskipun kita selalu membuat perkara yang ditegahnya.. Ingat, jangan putus asa daripada rahmat Allah...

Masalah yang kita hadapi ini hanya kecil berbanding ujian-ujian yang dihadapi sahabat-sahabat kita di Palestin , libya dan lain-lain. Kita tidur beratapkan bumbung, mereka juga tidur beratapkan bumbung. Tetapi bumbung tetap satu fungsinya, tiada yang kalis peluru dan tiada yang kalis bom.. Itulah mereka... kesusahan ini mengajar mereka untuk lebih tabah.. Bukan seperti kita yang lemah ini , lembik dan tidak berani.. Didatangi satu masalah, terkulai seluruh badan, cinta terputus, hancur hati.. Tetapi tidak mereka, hati mereka hancur.. kerana bom, badan mereka terkulai kerana peluru.. Renung-renungkan sahabatku..

p/s : teringat cerita laskar pelangi, sanggup mengharungi buaya demi untuk sampai ke sekolah :) kita ?? assingment banyak bukan alasan untuk terus berjaya ...

" Belajar susah untuk kita merasai erti hidup "




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...