12/10/10

Kita Adalah Apa yang kita baca...



Kadangkala, alam ini perlu dilihat dalam dua perspektif yang berbeza. Dua "world view" yang berlainan, agar kita mengerti apa sebenarnya ibrah dari setiap penciptaan Tuhan yang Maha Esa.. Dia merungkai tabir alam, agar kita bisa berzikir dan terus berzikir. Pabila hati ini berzikir, kita bisa mengingatinya dan dengan mengingati Nya, kita bisa terus berfikir dan berfikir... Mungkinkah ada tirai yang perlu disingkap? Ada tabir yang perlu diselak ? Ada rahsia yang perlu dirungkai ? Jawapannya,........ tanyalah pada Al Quran...


Jika dulu kita lihat manusia saling bertelagah, saling bercangah saling bercakaran... adakah mereka itu mengikuti apa yang diajar di dalam Al Quran ? Satu manual lengkap yang penuh dengan makna kehidupan... Manual yang bukan sahaja menjadi pengatur tetapi juga wadah bagi manusia mencari solusi makna kehidupan .


Manusia juga seharusnya sedar, Al Quran ialah kalamullah yang bukan sahaja perlu dibaca, difahami , tetapi juga perlu dihayati maknanya.. Ingatlah duhai manusia, kamu adalah apa yang kamu baca, dan kamu juga, adalah apa yang kamu fikir.....


Kita Adalah apa yang kita Baca....


" Iqra' ".... bacalah...


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang menciptakan" (Al-'Alaq: 1)


Bacalah ! Lihatlah tertib yang sangat indah ini. Semuanya bermula dengan kalimah bacalah ! Dengan bertitik tolakkan bacalah, seseorang akan dibawa melalui proses mengenal , mencintai dan mematuhi Allah. Namun harus diingat, kalimah "Bacalah".. dalam surah al-'Alaq ini diikuti oleh kalimah " Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan ", ertinya dorongan membaca yang diminta oleh Allah itu perlu disertai dengan nama- Nya barulah bacaan itu selamat dan menyelamatkan . Allah tidak hanya mendorong aktiviti membaca tetapi Dia juga mengatur bagaimana aktiviti ini hendak dilaksanakan . Apakah bahan bacaan yang sesuai? Apa yang dibolehkan malah diwajibkan untuk dibaca ? Semuanya telah disusun atur ? Indah bukan ?

Tetapi, seperti mana yang kita ketahui dan juga disebutkan didalam beberapa buku yang saya baca...Orang Melayu Islam, gemar membaca Majalah Picisan? Betul ke ?


Statistik menunjukkan, majalah-majalah picisan berbentuk hiburan se"wajib" nya menjuarai carta jualan majalah setiap bulan. Masyarakat masa kini, terutamanya golongan Melayu gemarkan majalah yang memaparkan kehidupan para artists, kisah-kisah seks, mistik, politik kosong, hiburan luar negara, komik dan sebagainya... Anehnya, majalah-majalah berbentuk agama, seakan tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Di manakah silapnya?


Silapnya pada pendapat saya yang penuh kekhilafan ini mungkin perlu di "point" kan sepenuhnya pada penerbit majalah-majalah tersebut. Mereka seakan sanggup melihat anak bangsa mereka tergadai dengan menerbitkan bahan-bahan bacaan picisan seperti itu. Adakah mereka terlupa bahawa, "kita adalah apa yang kita baca".. Seperkara yang menjadikan penerbit majalah-majalah ini pelik ialah mereka bukan mengurangkan masalah, tetapi menjadi medan kepada timbul tengelamnya masalah. Seperti contoh, kisah seks artist yang bukan mereka "cover" tetapi ditimbulkan kembali isu ini dengan menayangkan gambar-gambar "panas" mereka.. Adakah mereka membeli pembaca dengan kisah-kisah sebegini ?


Bahan bacaan bagaikan makanan kepada akal, santapan kepada jiwa dan pengisi bagi rohani. Jika baik bacaan itu, baiklah akhlak mereka dan jika sebaliknya... sesuatu perlu dilakukan..


Adakah sahabat-sahabat sekalian bersetuju jika saya katakan, tarbiyah itu boleh dikatakan sedikit sebanyak bermula dari pembacaan... Renungi kisah di bawah (^_^)


Sedikit perkongsian, di satu bandar yang permai, ada seorang budak lelaki yang bernama "A". Si "A" ini gemar membeli majalah berupa komik-komik seperti "kreko", "arena" "gempak", "starz" dan bermacam-macam lagi... Boleh dikatakan, setiap minggu, dia rela berlapar demi membeli majalah kesayangannya itu.. Hari demi hari, masa demi masa berlalu, kehidupannya seakan mengikut corak apa yang dibacanya itu. Bukan tidak ada bahan bacaan agama yang dibaca.. Ada, cuma kuantitinya terlalu sedikit.. Dia kemudiaanya berubah menjadi remaja yang separa matang.. Mula meniti usia remaja dengan mengenal "cinta" erti cinta yang dia belajar daripada "komik" dan bukannya dari sudut perspektif islam.. Dia juga peroleh sumber inspirasi dari komik yang dia baca? Logikkah begitu?



Hal ini tersangat logik. Di Jepun, golongan yang terlalu taksub dengan komik, anime dan mangga hingga ke tahap berlebihan dalam kehidupan mereka ini dipanggil otaku.. Anda pernah melihat drama "densha otoko" ? Anda pasti tahu bukan?


Bersambung kembali... Pabila meningkat dewasa, remaja ini mula belajar menghayati erti islam sebenar.. Dia sedikit demi sedikit meninggalkan bahan bacaan picisan dan beralih kepada majalah bercorak keagamaan.. Sesuatu yang ditemuinya.. kepuasan dan ketenangan dalam pembacaan. Setiap apa yang dibaca itu terkandung ibrah yang tersembunyi. Lantas ia dalam tidak sedar meninggalkan sama sekali bahan bacaan picisan itu.. Lalu alhamdulillah dengan izin Allah, akhlaknya berjaya dirubah sedikit demi sedikit.. Di situ, tarbiyah bermula.


Disebutkkan juga dalam satu buku, jika tidak silap saya, "Cinta di rumah Hassan Al - Banna".. bagaimana ketika Hassan Al- Banna melihat anak-anaknya khusyuk membaca komik ? beliau tidak marah, tetapi dalam tidak sedar, dia membelikan anak-anaknya cerita kisah-kisah nabi s.a.w dan para sahabat.. Anak-anaknya kemudian tertarik lalu meninggalkan sama sekali komik yang menjadi kegemaran mereka.. Di situ kita dapat lihat, bunga tarbiyah sedang mekar mewangi dalam hati anak-anak kecil itu..


Berbalik kepada kisah Remaja "A" , mana pergi agak-agaknya komik-komik yang dia beli itu? Jawapannya tersimpan di bilik tempat dia tidur.. Berkotak-kotak majalah dan komik yang sama sekali tidak disentuh.. Jika difikir kembali, alangkan membazirnya wang-wang yang jika dihitung boleh mencecah ratusan malah ke ribuan ringgit juga.. Sahabat-sahabat sekalian, bagaimana jika remaja " A " itu ditarbiyah seawal usia remaja seperti anak-anak Imam Hassan Al- Banna? Sudah pasti bukan, setiap "pitih" (duit) yang keluar itu adalah di jalan Allah..? Jika tidak pun, dia akan berhabis membeli buku bercorak keagamaan.


Buku Agama boring la..


Boring ke buku agama? Mungkin benar bagi sesetengah pihak..Tetapi dengan perkembangan arus semasa, buku agama atau majalah agama semakin menarik dari hari ke hari. Seperti contoh majalah "solusi". majalah yang bercorak keagamaan tetapi dipenuhi dengan info-info yang padat serta warna dan corak yang ilustratif.. Di sini kita boleh lihat, bagaimana penulis dan "designer" ini berkolaborasi bersama dalam berdakwah.. Lalu terhasillah satu effect yang luar biasa...


Pada zaman yang serba moden ini, para pendakwah seharusnya peka dengan persekitaran... tahu golongan yang ingin didakwahi dan maju bersama seiring dengan zaman tanpa meninggalkan pegangan-pegangan agama yang menjadi teras terbentuknya akidah.. Selogiknya, jika digambarkan dalam satu stigma masyarakat, para remaja yang sedang melepak mungkin akan lari jika didatangi golongan berserban putih dan berjubah putih.. Bagaimana pula jika mereka didatangi golongan berpakaian seperti mereka (menutup aurat) dalam masa yang sama juga merupakan seorang pendakwah.. ? Renung-renungkan..


"nafsu…atribut kita sebagai manusia, ia mutlak adanya.

kadar iman bisa dilihat dari sejauh mana dia mengendalikan nafsunya, bukan dari banyaknya dia beribadah. yakinkan pada diri kita bahwa Allah maha melihat setiap waktu dan kejadian yang kita lalui..insyallah akan mencegah kita dari bermaksiat. ibnu qoyyim aljauzi mengatakan ” boleh jadi org yang mampu mengekang hawa nafsu tapi lbh sedikit amal ..ibadah lebih berhak masuk surga dari pada orang yang byk beribadah namun banyak pula maksiatnya”..dia juga berkata..mengendalikan hawa nafsu lebih mudah dari pada meliarkannya.. jd, latihlah mengekang hawa nafsu..kita akan merasakan betapa manisnya iman.


wallahu’alam."


p/s: Buat wanita-wanita yang gemar menonton drama korea ? Bagaimana situasinya? Anda perlu ingat, anda juga, apa yang anda tonton...wallhualam. jzzk

4 comments:

  1. kenapa wanita sahaja menonton drama korea? STF.
    saya tak faham.

    ReplyDelete
  2. bukan semua wanita, tapi lebih pada kebanyakkan remaja wanita skrg, gemarkan menonton crte korea.. kalau tanye sbb ape? mungkin sbb pelakon lelaki dia yg "cute' mgkin.. bukan sahaja laki perlu menjaga mata,, wanita juga perlu..

    ReplyDelete
  3. remaja wanita ada kecenderungannya, remaja lelaki juga ada kecenderungannya. mungkin ke arah perkara/objek yg berbeza-beza.
    contoh: wanita suka menonton drama atau novel cinta
    contoh: lelaki suka menonton bola/sukan atau membaca komik

    contoh sahaja....

    tapi, kalau tgok2 balik, kesannya sama sahaja. dan puncanya pun sama juga. nafsu la.

    mungkin boleh perkemas sedikit tulisan, letakkan perkataan "contoh" di depan contoh yang diberikan.
    tidaklah saudari anasakinah tertanya-tanya. hehehehe....

    sangat setuju: kita adalah apa yg kita baca!
    menjaga mata langsung menjaga hati. kerana dari mata itu kan turunnya ke hati!

    ReplyDelete
  4. Sebarang kekhilafan hanya sekadar buah idea.. insyaAllah kan lebih diperbaikki dari hari ke hari..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...