12/21/10

Obat Hati


Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo Sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng engkang luwe
Kaping limo dzikir wengi engkang suwe
Salah sakwijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani

Anda mengerti sari kata di atas ? Agak-agaknya ini bahasa apa ye ? hehee.. Maaf rakan-rakan, jika buat anda semua tertanya-tanya. Sebenarnya, ini adalah salah satu daripada lirik lagu nyayian opick. Obat hati tajuknya.. Sebuah lagu yang sarat dengan mesej dakwah dan nasihat yang sungguh berguna buat diri "insan" yang bergelar manusia.. Manusia yang seringkali alpa dan lalai tika badai "ombak" melanda.. Manusia yang seringkali dalam kegelisahan tika "petir" berbicara... Dan juga mungkin manusia yang seringkali dirundum kesedihan dan kegelisahan tika "mentari" dilanda kemurungan....

Sudah pasti bukan mereka yang bergelar manusia ini akan tercari-cari, malah, tertanya-tanya juga..

Adakah .....

masih punya ubat untuk semua masalah ini ?

Ubat bagi masalah yang tidak dapat dizahiri mata ?

Masalah yang tidak mungkin hanya dapat di obati dengan sebiji panadol..

Apakah masalah itu ?

InsyaAllah, hadirnya saya di malam hari yang penuh kedamaian dan ketenangan ini adalah untuk merungkai serba sedikit tentang permasalahan hati yang begitu kompleks dan penuh dengan keajaiban..

Obat hati

1."Kaping pisan moco Qur'an lan maknane"

Yang pertama baca Quran dan maknanya

" Wahai manusia! Sungguh telah datang petunjuk kepadamu pelajaran (al-quran) dari Tuhan-mu,penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang beriman" (Yunus : 57)

Jika kita menghayati dan mentadaburi isi kandungan ayat di atas, kita akan dapati bahawa secara terang lagi bersuluh Allah mengatakan bahawa membaca Al Quran itu adalah sebagai penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada.. Penyakit yang dipanggil sebagai penyakit hati.. Tetapi perlu diingat rakan-rakan sekalian.. Al Quran merupakan kalamullah yang wajib di baca secara tartil serta difahami dan dihayati maksudnya.. Jika berkemampuan, hafali la ayat-ayat Allah itu.. InsyaAllah ketenangan yang luar biasa akan anda temui..


2. "Kaping pindo Sholat wengi lakonono"

Yang kedua sholat malam dirikanlah

Solat malam ? Berapa ramai yang istiqamah melakukannya?
[termasuk si empunya diri :( ]Anda tidak akan tahu kenikmatan bertemu sang Kekasih selagi anda belum melakukannya.. Solat malam umpama "blind date" kita dengan Allah. Hanya ada Allah sebagai tempat untuk kita mengadu, merintih kasih, mengharapkan keampunan dan memuji diri Nya.. Dengan kata lain... Solat malam adalah obat Hati yang paling mujarab... Tak percaya ? Cubalah.. Anda akan merasai kelainannya (klik di sana)..


3. Kaping telu wong kang sholeh kumpulono

Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh...

Anda pasti bukan pernah merasai ketenangan, kebahagian ketika menghadiri majlis-majlis Ilmu yang "isi" nya terdiri daripada Insan-insan yang soleh.. Para Ulama, Ustaz cendekiawan dan sebagainya.. Mereka adalah golongan insan-insan soleh yang memiliki akhlak serta kepribadian yang terpuji.. Jika anda tidak percaya, cubalah.. Tika anda dirundum kedukaan cthnye (putus cinta, huhu).. almaklumla, jiwa anak muda.. Pelbagai ragam dan depresi seakan sebati dalam diri.. Ada yang sedih kerana cinta, ada yang sedih kerana pelajaran, dan mungkin ada yang sedih kerana dakwah... Malah ramai yang juga tidak tahu sebabnya, aleh-aleh, tiba-tiba je sedih.. Mungkin masalah hormon kot.. huhu..

Nasihat dari pengalaman saya yang lalu, bergaullah dengan orang soleh, kerana itu adalah salah satu ubat hati yg paling mujarab.. Hadiri usrah, kerapkan diri menghadiri majlis ilmu.. ziarah ke rumah insan-insan yang soleh.. Dapatkan nasihat daripada mereka, kerana itu adalah ibrah dan pengalaman yang sangat berharga.


4.Kaping papat kudu weteng engkang luwe

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Kenapa perlu berpuasa ? Puasa itu perisai nafsu... Kenapa perlu berpuasa lagi ?
Puasa itu adalah obat hati.. Kenapa perlu berpuasa lagi ? Puasa itu menyihatkan tubuh badan.. Kenapa perlu berpuasa lagi ? Puasa itu kerehatan bagi perut.. Dan, kenapa perlu berpuasa lagi ? Puasa itu mencegah daripada KEMUNGKARAN...

Ingin saya tekankan sekali dan sekali lagi, seperti mana yang disarankan oleh Baginda Nabi s.aw, bagi orang muda yang tidak mampu berkahwin maka, berpuasalah.. Anda perlu kasihan pada perut, bagilah ruang untuknya berehat.. Kelak insyaAllah jika anda ikhlas, si perut akan menjadi saksi buat kita di akhirat nanti daripada menjamah makanan-makanan ahli neraka..


5. Kaping limo dzikir wengi engkang suwe

Yang kelima dzikir malam perpanjanglah

Teringat saya akan satu peristiwa beberapa hari yang lepas, tika saya mengunjungi satu ceramah ilmu di kampung saya.. Ustaz dengan nada yang sinis, menyarankan kita agar memperbanyakkan dzikir dengan memberikan analogi yang cukup mudah " tuan-tuan, katanya, anda beli 10 lagi tasbih macam ni, kita sambung satu-satu sampai panjang" huhuu... Dalam nada yang sinis sebenarnya ustaz itu mengajar kita agar memperbanyakkan dzikir.. Tetapi, alangkah beratnya hati ini untuk kita berdzikir mengigati Allah..

Rakan-rakan, cuba kita bayangkan, bukan saya hendak mengata sape-sape, angaplah sebagai satu pelajaran buat kita. Kadangkala, bila hati dilamun cinta, jiwa sentiasa teringat akan si dia, makan xkenyang mandi xbasah, hati bergetar tika nama si dia di sebut.. Malahan ada yang rela berpanas telinga berjam-jam hanya semata-mata ingin bertanya kabar pada si dia.. Tetapi ? Adakah kita sanggup berjam-jam menyejukkan hati dengan mengingati Allah ? Tuhan yang memberikan segalanya buat kita dalam melayari bahtera kehidupan ini? renung-renungkan duhai insan..

p/s : Pohon doa dari rakan-rakan agar usaha dakwah ini akan lebih diberkati Ilahi, InsyaAllah jika tiada halangan pada jumaat ini 24hb saya akan menghadirkan diri sebagai seorang fasi di Jambori Islam Nasional anjuran KRIM (kelab remaja Isma) di hulu selangor , semoga segalanya dipermudahkan.. Begitu juga urusan-urusan lain seperti pertunangan dan sebagainye., hehe gurau saje.. bertunang dengan dakwah.. Moga-moga saya dapat mengaplikasikan kaedah dakwah yang paling berkesan dalam mentarbiyah diri dan umat..
Akhir sekali, semoga "summer holiday" yang sangat panjang dapat diri ini gunakan sebaiknya dengan bekerja untuk Islam dan diri.. InsyaAllah..

1 comment:

  1. pandey sek terjemah maknane~~~
    alhamdulillah.
    ayat yg ikhlas dr hati~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...