12/5/10

Lelaki-lelaki subuh...


Waktu subuh ? Solat subuh ? Dan kemudiannya laki-laki subuh ? Apakah itu ? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelik je bunyinya? Saya jamin, jika tidak banyak, pasti rakan-rakan sekalian punyai sedikit kemusykilan... (aish, dia ni ngomong ape ??? ) hehehe.. maaf rakan-rakan..


Sebenarnya, persoalan di atas berkait rapat dengan solat subuh... Untuk lebih specific lagi, persoalan di atas boleh dirumuskan begini.. Adakah anda bersolat subuh secara berjemaah di masjid atau di surau ? Jika ya, syabas diucapkan... Jika tidak, ayuh kita sematkan azam, bulatkan tekad untuk lebih beristiqamah solat subuh secara berjemaah di masjid selepas ini...boleh bukan?


Soalan ke dua pula.. soalan sambungan dari soalan pertama.. Selepas solat subuh.. apa yang anda lakukan ? membaca Al Quran ? bagus jika ye.. selepas itu ? Ops, alamak... saya tertidur...



hehehe....InsyaAllah, hadirnya saya menulis pada malam hari ini, adalah untuk bercerita serba ringkas apa yang saya dapat dari program motivasi sebentar tadi di Melaka.. Rugi rasanya jika saya tidak berkongsi dengan kalian semua, kerna banyak input-input menarik yang boleh kita rungkai dan kupas bersama.. walaupun pada mulanya program ini hanya untuk para peserta, tetapi saya dan fasi-fasi yang lain turut terpaku mendengar satu demi satu fakta yang dikupas secara teliti dan 'mempersonakan'.. jadi.. saya pun turut join sama mendengar ceramah yang disampaikan..

( syukran buat Dr Ariff )..


Rakan-rakan sekalian, ada kalanya kita rasa suram.. kita rasa sedih, kita rasa murung... Bangun-bangun pagi je dah emo, bak kata remaja-remaja sekarang.. Macam ada perasaan serba tidak kena je.. Manakah silapnya ? Silapnya adalah kerana anda tidur selepas solat subuh.. Adush, memang tepat mengena di pelusuk kiri jantung ini.. Penceramah dengan penuh hemat menceritakan bahawa tidur selepas waktu subuh adalah sangat tidak baik untuk emosi dan kesihatan.. Kenapa? Anda akan dikencing jin katanya... lalu disihir..

(rujuk surah Al - Falaq)


" Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar),"


"Dari kejahatan (makhluk yang dia ciptakan ) "


"dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita"


"dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada

buhul-buhul (talinya)."


"dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dengki"


Jadi? mulai saat dan detik ini, mari kita sematkan azam untuk berubah.. memandangkan besok adalah tahun baru Hijrah.. tidak salah, jika kita letakkan "ia" sebagai azam tahun baru kita.. InsyaAllah.. Hal ini kerana, waktu subuh, bukan sahaja waktu yang penuh dengan rezeki, tetapi juga penuh dengan Ilham.. Jika anda tidak percaya.. cubalah anda belajar atau mencari idea-idea pada waktu subuh" pasti akan ada idea dan solusi-solusi bernas yang akan timbul.. jangan tidak percaya pula, Sejam belajar pada waktu subuh lebih berharga dari 4 jam belajar pada waktu-waktu lain..erm..Walaupun begitu, perlu diingat, niat itu yang terutama..


Menyebut pada soal niat pula.. "Setiap perbuatan itu bermula daripada niat" walaupun hadis di atas sudah biasa kita dengar.. sedarkah bahawa.. tersirat seribu satu pengerak kejayaan bahawa, setiap gerak dan kerja menuju kejayaan itu adalah bermula daripada niat.. bagaimana? Kita gambarkan melalui satu analogi, pelajar yang berniat untuk menjadi seorang Doktor yang berjaya di dunia dan di akhirat pasti akan memandang buku anatomy itu sebagai satu kesukaan dan ibadah, berbeza pula dengan pelajar yang mengambil bidang kedoktoran ini secara suka-suka, ikut-ikutan dan kerana inginkan pangkat dan harta kekayaan.. mereka tidak akan lihat belajar itu sebagai satu ibadah dan perkara yang menyeronokkan" alhasilnya, mereka akan mudah stress dan jemu.. pernahkan anda berasa sedemikian? jika ye.. ayuh kita perbetulkan niat..


Pesan ayah..


"Ayah tengok budak-budak muda sekarang yang masuk dakwah ni bukan xbagus.. diorang ni bagus.. tapi tengoklah macam mana diorang kerja? Time mengajar baca paper, datang sekolah lambat ... akhlak macam inikah contoh seorang pendakwah? "


Tersentak saya seketika.. lalu saya menyoal kembali kepada diri.. di manakah silapnya.. saya tidak mahu soal ini menjadi fitnah bagi dakwah...


Kembali berbalik kepada persoalan di atas, Alhamdulillah, tika persoalan di atas diajukan, saya sedang membaca buku terbaru karya Ustz Pahrol Mohamad Juoi, "Dilema Melayu- islam, kurang fikir atau kurang zikir" Dalam bab 21 iaitu "Salah faham tentang islam", beliau banyak mengulas sikap sesetengah golongan melayu-islam yang bukan sahaja salah tafsir tentang islam tetapi menyempitkan sudut pandangan mereka tentang islam.


"Mereka cenderung melihat Islam pada aspek rohaniah semata-mata dengan membelakangkan aspek material, ataupun hanya melihat aspek material dengan meminggirkan soal rohaniah"


Adakah mereka lupa bahawa dunia ini adalah ladang bagi tanaman akhirat?


Kekeliruan seperti inilah yang harus kita bendung ,hal ini kerana, akibat kelemahan sistem penyampaian islam oleh para pendakwah mereka sebenarnya secara tidak sedar bahawa akhlak dan sikap mereka menimbulkan fitnah bagi dakwah Islamiah itu sendiri..

(subhanallah, muhasabah bagi diri saya juga).....


Diceritakan juga oleh Dr Yusuf Al Qadrawi, beliau menceritakan kembali dengan memetik kata-kata seorang sarjana barat yang terbuka hatinya untuk memeluk islam "Subhanallah yang mengenalkan aku islam sebelum aku mengenal orang islam" Ertinya, mungkin jika sarjana tersebut mengenal umat Islam terlebih dahulu hatinya akan tawar memeluk islam " jadi ayuh, kita ambil sarana-sarana di atas menjadi buah motivasi buat kita untuk menjadi seorang pelajar dan pendakwah yang baik.. Hiasilah jiwa kita dengan akhlak dan sifat-sifat seorang pelajar yang cemerlang.. Bukan kecemerlangan duniawi sahaja yang ingin dicari tetapi kecemerlangan akhirat juga harus ditampilkan dengan Qudwah Hasanah yang mungkin boleh mencairkan hati insan-insan yang ingin kita dakwahkan itu...


Pesan Imam Hassan Al Banna


Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini.. Resipi mujarab buat pengubat umat... Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini.. Mari kita prioritaskan dan amalkan ( ala-ala filem sang Murobbi .. hehe )


1) Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.


2) Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.


3) Bersungguh-sungguh untuk bisa dan berbicara dalam bahasa arab yang fasih.

(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dulu, kerana ingat medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia, umat islam melayu. tetapi bahasa arab juga penting.. itu bahasa Al Quran)



4) Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.


5) Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi ( berzikir ) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.


6) Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.


7) Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.


8) Jauhilah ghibah (mengunjing) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.


9) Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.


10) Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan..


Alhamdulillah, sebelum entry ini diakhiri, suka saya berpesan untuk ingatan diri saya sendiri dan rakan-rakan... jika kita punyai masalah, jika kita berduka, usahlah mengadu kepada manusia... mengadulah hanya pada Allah, kerana "kita" adalah apa yang kita niatkan dan fikiri tentang Allah.. Jadi, ayuh bertawakal dan beprasangka baik dengan Allah..


p/s: Hampir terlupa, mulakan dengan yang kanan ye, itu sunnah dan pahala berterusan, pakai jam di tangan kanan dan masuk kereta juga mulakan kaki kanan? Bagaimana tu? Labuhkan punggung dulu baru masuki kaki... InsyaAllah, anda akan selamat.. dan kereta anda juga akan selamat dari terlangar tembok.. hehe..






2 comments:

  1. wahh.. menarik bow.. thanx.. info yang bernas.. dah berapa kali xtidow lepas subuh nih? kt umah sush nk tgk nih..

    ReplyDelete
  2. bape kali.. cume sekali dua je.. huhuhu.. tu pun kalau ade program @ p kebun.. kalau x,, hancus.. insyaAllah, sama2 kita try ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...