5/21/11

Jangan Memilih.



"Buatlah baik pada sesiapa sahaja yang kalian temui, hatta pada insan yang memusuhi dirimu sekalipun"

Manusia ini memang fitrahnya begitu, cintakan kebaikkan dan sukakan kebaikkan. Namun dibalik tirai kebaikkan yang mereka impikan, tersemat satu kata-kata yang begitu "sinonim" dalam kamus hidup setiap individu iaitu "keikhlasan".


Adakalanya, manusia yang berfitrah insani ini, terlalu memikirkan sebab, akibat, dan balasan sebelum sesuatu kebaikkan itu mereka lakukan. Mereka terlalu memilih untuk membuat kebaikkan sedangkan "kebaikkan" itu boleh dianalogikan sebagai kereta Ferrari pada masa kini. Anda buat kebaikkan, anda peroleh Ferrari. Siapa yang tidak mahu bukan ? Namun, tidak ramai yang nampak dan perhalusi isu ini. Jangan sesekali memandang remeh, satu kebaikkan yang kita lakukan kerana mungkin dengan hanya sekecil-sekecil kebaikkan iaitu sekadar satu senyuman, ia boleh membahagiakan sejuta jiwa..

Rakan-rakan yang dikasihi Allah sekalian,

Jika anda pernah mendengar Ad Deen itu nasihat, anda pasti pernah mendengar agama itu juga adalah akhlak yang baik. Tetapi, pernahkan anda mendengar, Dakwah itu juga adalah akhlak yang baik ? Kenapa saya mengatakan demikian ? Jika kita selusuri kembali dakwah yang dibawa Rasulullah saw, asas dan tunjang yang paling utama adalah Qudwah Hasanah, iaitu contoh tauladan yang baik. Manusia, pada zahirnya dan pada skeptik pemikiran mereka, akan lebih teruja pada perbuatan lebih pada kata-kata. Tidak percaya ? Anda harus percaya. Jadi, ada apa dengan tajuk entry pada hari ini iaitu jangan memilih ?

Maaf jika saya katakan, mungkin agak kasar dari segi bahasa, namun inilah hakikat. Ikhwah yang dikasihi kerana Allah sekalian. Jangan sesekali kita terlalu memilih untuk berbuat kebaikkan. Kita selalu berbuat kebaikkan pada insan yang kita rasa berpotensi untuk ditajmi' atau di "follow up" tetapi kita tinggalkan mereka-mereka yang kita rasakan tidak berpotensi. Sedarlah, walaupun adakalanya kita perlu memilih dalam berdakwah, tetapi jangan sesekali memilih untuk berbuat kebaikkan.


Mungkin, insan-insan itu tidak terbuka hatinya untuk menerima dakwah yang kita bawa pada hari ini, tetapi, siapa tahu apa yang akan terjadi pada hari esok. Hati manusia ini, dipegang oleh Allah. Dan, hanya kepada Allah, hati ini boleh dibolak-balikkan. Begitu juga dengan kebaikkan-kebaikkan yang kita buat pada masyarakat. Kita menolong orang kurang upaya melintas jalan, kita membuang sampah dijalanan, kita memberikan infak sedekah buat si miskin, kita memberi senyuman buat jiran kita, kita menelefon ayah dan ibu. Kita membersihkan rumah, menyapu rumah, menolong rakan-rakan yang ditimpa kesusahan. Begitu banyak kebaikkan yang sebenarnya boleh kita lakukan.

"Disebutkan satu kisah dimana Saidina Abu Bakar, sebelum beliau dilantik menjadi khalifah, saban minggu akan membersihkan rumah seorang tua di Madinah, namun beliau risau andai selepas menjadi Khalifah, beliau tidak mampu membersihkan rumah orang tua itu tadi"

Subhanallah, betapa mulianya akhlak sahabat Baginda saw ini. Kita seringkali ingin berbuat kebaikkan. Tapi, kita harus tanya pada diri, andai rumah sendiri pun kita malas untuk membersihkannya, inikan pula, rumah orang lain? Tepuk dada. tanya diri.

Jangan sesekali, kita lihat dakwah ini sistemnya seperti perniagaan berantai yang mana kita lebih memikirkan cepatnya hasil, daripada kualitinya hasil itu sendiri. Kita sibuk dakwah di luar sini sana, tapi keluarga di kampung kita lupakan. Kita sibuk mencari "mad'u- mad'u baru" tetapi akhlak dengan masyarakat kita lupakan.

Satu analogi yang mudah " Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang selepas membeli air batu di kedai runcit, Aiman lihat, satu motor kemalangan, betul-betul di hadapannya" Disebabkan ketika itu waktu hampir berbuka puasa, tanpa mempedulikan mangsa kemalangan tadi, aiman terus memecut laju menuju ke rumah" Anda dapat lihat ? Pada ketika itu siapa yang harus diutamakan?

Rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah sekalian, Jangan sesekali kita memilih untuk berbuat kebaikkan. Kerana kebaikkan itu didasari atas dasar keikhlasan. Keikhlasan itu pula didasari atas sejauh mana kita berlapang dada andai kebaikkan kita itu tidak terbalas. Sedarlah, mungkin kebaikkan yang kita lakukan pada seseorang itu tidak dihargai oleh insan itu, tetapi percayalah mungkin insan lain akan Allah hantarkan untuk membalas kebaikkan anda.

Wallahualam sekadar pendapat dari yang dhaif..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...