5/12/11

Diari si Budak Kecil...



Sedari kecil, saya gemar berangan di malam hari agar esok, adalah hari yang "tinggi" dan "besar" bagi saya. Pabila meningkat dewasa, angan-angan itu bertukar ragam sedikit demi sedikit, tetapi masih dibawah awanan yang sama, iaitu "tinggi" dan "besar".



Sedari kecil, saya sedar bahawa ada rakan lain yang lebih kecil daripada saya, tetapi pada hakikatnya, saya masih ditenggelami "besarnya" rakan-rakan yang lain. Saya paling benci untuk berbaris tanpa sebab di barisan paling hadapan tika beratur di perhimpunan. Dan saya paling benci untuk mengukur ketinggian setiap kali disuruh oleh guru. Pasti ada jiwa "berontakan" setiap kali berbuat demikian.

Namun, atas keterbatasan dan kekurangan diri, saya cuba untuk menjadi yang lain dari yang lain. Mungkin fitrah si kecil ini merasakan bahawa beliau bakal dibuli ataupun ditenggelami rakan-rakan lain dari pelbagai sudut, nekad di hati hanya satu. Saya mesti menonjol !!!

Sedari sekolah, saya sedar, mungkin sayalah antara yang paling bising, paling suka ke hadapan, paling suka memimpin, paling suka "cabup" bak kata rakan-rakan di asrama. Namun saya sedar walau apa pun yang saya lakukan, saya masih seorang "budak kecil" yang berwajah "kebudak-budakkan". Saya tidak merasakan ini satu masalah ketika di bangku sekolah, tetapi pabila usia meningkat sedikit demi sedikit, berlaku rasa rendah diri yang mendalam tentang kekurangan diri.



Mulai detik itu, mimpi saya bertukar di malam hari dari menjadi tinggi, kepada menjadi matang. Alhamdulillah, perkenalan saya dengan tarbiyah berjaya mewarnai corak pemikiran saya ke arah yang lebih matang dan tidak kebudak-budakkan. Namun, saya sering bertanya. Cukupkah hanya sekadar itu? Matang hanya pada pemikiran, tetapi tidak pada fisikal?

Saya runsing dan ragu. Runsing dan ragu.. Runsing dah sungguh ragu. Rata-rata, akan memanggil saya adik, mahupun peserta kerana wajah dan fisikal saya, saling tidak tumpah seperti seorang remaja di sekolah menengah.

Saya terfikir lagi ? Jika saya memberikan sesuatu nasihat, adakah orang akan mendengar ? Fitrah manusia memang begitu. Mereka akan lebih hormat pada insan yang lebih tua daripada mereka. Wajarkah saya dihormati sedangkan saya hanya tua pada umur tetapi tidak pada fisikalnya?

Persoalan ini begitu merungsingkan saya. Perasan di "underestimate" sangat-sangat saya simpani di satu sudut hati yang begitu jauh sekali. Sedih, marah, kecewa ? Itu perkara biasa.

Saya juga ada terfikir, jika saya berkeinginan untuk berkahwin awal, pasti akan ditolak mentah-mentah oleh ibu-bapa saya. Kenapa? Mungkin saya tidak matang. Kerana wajah saya kebudak-budakkan. Perasaan menjadi anak bongsu di dalam keluarga adalah perkara biasa, meskipun hakikatnya saya adalah anak sulung. Begitulah persepsi manusia..

Namun, sampai bila saya perlu dirundum dengan perasaan ini ? Adakah bila Al Quran dipijak dan dibakar baru akan saya bangkit untuk menyeru kebaikkan ? Adakah sampai separuh umat Islam rosak baru akan saya bangkit dari perasaan ini ? Tidak.. saya perlu berubah dan anda juga perlu berubah. Jika anda masih ada rasa seperti ini. Mulai saat dan ketika ini, mari kita campakkan jauh-jauh perasaan "underestimate" terhadap diri sendiri. Yakin akan hikmah dan bersyukur atas nikmat. Jangan dikesali apa yang tiada, tetapi syukuri apa yang ada. Saya dan kamu, mungkin punyai sedikit kekurangan, namun ada potensi besar yang masih belum kita garap.

" Dengan lafaz Bismillah, saya tutup diari si Budak Kecil Ini " menuju kepada "diari Si pembimbing umat yang pasti tugas lebih besar menanti saya "

Saya kecil, anda pendiam ? Anda kaku, anda gagap ? Anda takut ? Anda ..... Kalau mahu pasti ada seribu cara untuk mengatasi meskipun anda tetap "si kecil" Dan "si budak" seperti saya..


Sangat terkesan dengan sebuah entri di Saifulislam.com
Pencetus Inspirasi untuk menulis.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...