2/24/11

Pabila aku berjalan, melihat dan mentafsir..


Berjalan, melihat dan seterusnya mentafsir. Suatu istilah yang biasa kita dengar, tetapi penuh makna dan pengertian yang mendalam. Kawanan perkataan yang jika dihilangkan salah satunya, pasti akan hilang makna keseluruhan kehidupan. Kenapa ye agaknya saya berani berkata demikian?

Manusia, mempunyai indera yang pelbagai. Mereka berfikir melalui minda yang dicernakan dengan pelbagai maklumat. Dari maklumat itu, mereka tahu ke mana arah tuju kehidupan yang mereka sedang lalui. Lalu, dengan berbekalkan lensa semula jadi iaitu indera mata, mereka merakam gambaran kehidupan. Dan, melalui proses itu, terjadilah proses mentafsir.. Di sini kita lihat.. Akal dan hati memainkan peranan yang sangat penting..

Analogi yang sangat mudah.. Seringkali kita dikatakan belajar daripada pengalaman. Bagaimana pengalaman itu kita lalui ? Tidakkah hanya sekadar kebetulan? Adakah ketika itu, minda kita berada dalam keadaan separuh sedar, lalu pengalaman itu terjadi. Sama sekali tidak. Ketika pengalaman itu kita lalui, minda kita sarat berfikir, berfikir di antara dua medium yang jika saya boleh simpulkan di sini, adalah medium "akal yang tidak sihat " dan juga "akal yang sihat ".


Rakan-rakan sekalian, bayangkan jika anda berada dalam situasi saya. Apakah yang anda fikirkan. Ayuh, berlaku jujur pada diri lalu sama-sama kita koreksi diri merubah ke arah yang lebih baik..

Situasi pertama ;

" Bayangkan jika anda berada dalam kawasan universiti yang dipenuhi dengan ramai wanita yang berpakaian seksi.. Apakah yang anda terfikir dan bagaimana rasanya anda boleh mengharungi keadaan seperti itu ? " Perkara ini tidaklah mustahil, kerana anda pasti boleh merasakannya jika belajar di universiti bukan awam ataupun di luar negara "

Perkara pertama yang ingin saya tanya kepada anda.. Apakah yang akan anda rasakan ? Mustahillah jika anda dikatakan sebagai seorang lelaki "biasa" lalu tidak merasakan apa-apa. Di sini, ada satu tips istimewa yang ingin dikongsi. Mungkin pada mulanya agak sukar tetapi, lama kelamaan, perkara ini akan menjadi rutin harian anda. Pertama sekali, biasakan berpuasa.. Berpuasa merupakan satu langkah bijak untuk menurunkan kadar hawa nafsu ke paras yang paling rendah. Dengan kata lain, anda bijak berfikir ketika itu. Jika tidak percaya cubalah..

Langkah ke dua, "jihad mata": Hal ini tidak bermakna anda menundukkan mata 24 jam sehari tanpa memandang mana-mana wanita lalu terhantuk ke dinding. Bukan itu yang sepatutnya dilakukan. Cuba dan cuba untuk menahan pandangan dari melihat "wanita-wanita" seperti itu..

Langkah ke tiga : berlaku biasa, dan anda akan biasa akhirnya.. Apakah maksudnya ? Maksudnya adalah dengan memperkuatkan diri dengan Islam, dan anda pasti mampu mengharunginya..


Situasi ke dua ;

Bagaimana pula jika anda jatuh cinta ? ^_^v

Analogi yang mudah, seperti yang disebutkan oleh Ustaz Zaharudin dalam al-kuliyyah kelmarin. Wanita + (berkahwin) lelaki = anak , wanita + (berzina ) lelaki =anak ... Kedua- duanya merupakan anak. Tetapi yang satu disebut anak dan yang satu lagi disebut anak luar nikah. Sama tetapi berlainan. Yang satu itu sah dan yang satu lagi itu haram.. Begitulah juga dalam situasi cinta.

Cinta itu adalah fitrah. Kata yang seringkali kita ucap dan ungkap. Namun, ramai yang tersalah mentafsirkannya. Mereka terlupa satu ungkapan lagi, Cinta juga boleh menjurus kepada fitnah.. Saya tidak ingin menghuraikan perkara ini dengan panjang lebar kerna saya yakin rakan-rakan sekalian pasti lebih mahir daripada saya tentang isu ini. Cuma, satu sahaja yang saya ingin katakan, jika anda telah jatuh cinta,.. maka, tahanlah perasaan itu.. Bagaimana ?

Langkah pertama adalah dengan jihad hati. Bukan senang tetapi juga tidak terlalu sukar. Hentikan dengan perkara yang asas seperti, berhubung secara kerap melalui ym, skype , chat, coll dan sebagainya. Mulanya pasti pahit, tetapi lama kelamaan anda pasti berjaya mengharunginya..

Langkah kedua : Elakkan urusan dengan wanita/ lelaki, kecuali terdesak. Rakan-rakan sekalian, kelicikan cinta yang dibawa nafsu ini, pasti membuatkan kita berfikir seribu cara untuk mengurat si dia.. Dimulakan dengan bertanya soalan agama, kemudian bertanya pula perihal peribadi, mengajak beribadah di fajar hari, kemudian, bermessage di malam hari.. Erm... Tetapi bagaimana jika saya terpaksa "group" dengan wanita.. Jawapannya adalah, " be profesional" ........

Dalam dunia serba moden ini, anda tidak boleh mengelakkan untuk berurusan dengan wanita secara total. Kerana masing-masing mempunyai kelebihan sendiri.

Langkah ke tiga : Meramaikan sahabat "sejantina". Jika anda tidak percaya, cubalah. Berkawan atas dasar ukhuwah dan cinta inilah yang amat dituntut oleh Islam. Berjinak-jinak dengan ramai kenalan, nescaya hati anda akan merasa manisnya tautan ukhuwah itu. Lalu, "girlfriend" anda itu akan sama sekali dilupakan.. wallhualam.. maaf jika saya silap.

Saya melihat ini melalui kaca mata saya yang terbatas dalam kelompok komuniti melayu islam yang amat-amat sedikit. Syukur juga saya tidak ditempatkan di kawasan yang mempunyai majoriti pelajar melayu. Pasti sukar untuk saya berjihad hati...

Situasi ke tiga ;

Bayangkan jika kemalangan berada di hadapan mata anda. Lalu, kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu kebetulan membawa emas jutaan ringgit. Mana satu yang anda akan selamatkan dulu ? Mangsa ? Atau emas ?

Erm.. Cuba kita sama-sama berlaku jujur pada diri. Mungkin kita tidak berada dalam situasi itu, dan kita pasti menjawab. "Saya akan selamatkan mangsa" .. Tetapi, lihatlah situasi seperti ini yang bukan mainan tetapi realiti yang berlaku dalam masyarakat kita. Saya sangat terkilan apabila terbaca keratan akbar hari ini. Dalam hati, saya sibuk bermonolog, jika beginilah keadaan nurani manusia masakini, bagaimana Islam itu akan tertegak. Apabila penyakit " Wahn" telah menimpa manusia akhir zaman, "beras" lebih diutamakan dari "keselamatan dan nyawa saudara sendiri" Inilah yang disebut, penyakit cintakan dunia dan takutkan mati..


Situasi ke 4 ;

" Adik, boleh panggil imam tak ? Anak saya ingin belajar sembahyang ? Waa.. terkejut dan gembira bukan main hati ini, pabila diberi peluang untuk mengajar insan bukan islam solat "

Bicara itu kemudian diteruskan lagi,

" Anak saya sakit la, sudah 3 hari dia kene kacau " " Boleh panggil itu imam tolong ubat "

Lar......... mengeluh panjang saya dibuatnya... Nak diubat rupanya.. Auntie India ni buat suspens la.. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, saya bermonolog sendirian..

" Kenapa ye , mak cik tu mintak tolong dengan imam ? Bukan sami ? "

Rakan-rakan sekalian, di sini kita dapat lihat, bahawa insan bukan Islam , sudah terang lagi bersuluh percaya dan yakin akan kekuasaan Allah, cuma mereka degil dan belum diberi hidayah" Persoalan inilah yang menghantui hati saya sejak sekian lama. Akhirnya terjawab juga.. Kalimah " Subhanallah " menjadi penghias malam untuk menunjukkan betapa adilnya Allah taala.. Ayuh, kita teruskan kesinambungan dakwah yang dibawakan oleh Rasulullah saw.

" Dan setiap kali suatu tanda dari tanda-tanda (kebesaran) tuhan datang kepada mereka, mereka selalu berpaling darinya ." ( Yaasin ; 46 )



p/s : Cuti semester bakal berakhir minggu ini. Mohon doa dari rakan-rakan sekalian agar kita sama-sama bersemangat menuntut ilmu.. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.. Sebelum kata di akhiri, mari kita sama-sama jenguk website Pembina Shah Alam. Banyak aktiviti menarik menanti anda.

" I believe i can fly " ^_^v

"Jangan bimbang bunga di taman dipetik orang "

"Komited dengan belajar , komited juga dengan dakwah "

Few words that bring a lot of inspiration to me .. Jzzk


2/18/11

Saya pun Muda


Jiwa yang muda, lahir dari semangat yang kental, keperwiraan yang sejagat serta keinginan yang membuak-buak. Jiwa muda juga adalah jiwa keberanian, jiwa kesatuan dan juga jiwa pengharapan. Rugilah jika anda muda pada "lahirnya" tetapi tua dari segi "semangat" dan "pemikiran". Sahabat... sebelum kita pergi lebih lanjut, suka bagi saya untuk memberikan mafhum sepotong hadis yang menyatakan seorang itu akan ditanyakan di akhirat, tentang apa yang telah dikerjakan semasa mudanya.. Jadi, sebelum kita meniti usia tua, pergunakanlah setiap masa muda yang kita ada dengan sebaik-baiknya. Cuma.. yang menjadi persoalan di sini.. bagaimana untuk menjadi seorang "pemuda yang sejati ? "

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian,

Adakah persoalan umur itu adalah persoalan yang subjektif bagi sesetengah pihak ? Adakalanya, seseorang itu lebih gemar dipanggil "orang lama" kerana mereka ingin dihormati dan disanjungi.. Berbeza pula dengan pandangan seseorang yang lain.. Mereka lebih suka digelar sebagai "orang muda" ... Mungkin pada perkiraan mereka, hal ini akan memudahkan mereka bergaul dengan orang muda.. Atau ingin tampak lebih muda dan sihat.. wallahualam, bergantung pada niat..

Bagaimana itu contoh pemuda di zaman Rasulullah saw.


1. Mu adz bin Amr bin Jamuh (14 tahun) & Mu’awwidz bin Afra’ (13 tahun)

Bagaimana pula kisah 2 orang pemuda ini, lain pula dengan kisah Zaid, mereka berdua berkesempatan untuk turut serta dalam peperangan Badar atas faktor tubuh mereka yang agak besar. Mereka berdua adalah dari golongan Anshar dan berazam untuk membunuh Abu Jahal kerana mereka mendengar bahawa Abu Jahal seringkali mencaci Rasulullah. Oleh itu, mereka yang tidak pernah melihat Abu Jahal sebelum ini, bertanya kepada orang sekeliling tentang perihal Abu Jahal. Ketika perang sedang berkecamuk, Saidina Abdur Rahman bin Auf menunjukkan kepada mereka akan Abu Jahal yang saat itu dikawal rapi oleh para Musyrikin. Tapi, di atas keazaman yang kuat mereka tetap berusaha untuk mencapai Abu Jahal. Malah antara Muadz dan Muawwidz sendiri, mereka bersaing untuk membunuh Abu Jahal. Akhirnya, Muadz sampai dahulu kepada Abu Jahal, dan peluang tersebut beliau gunakan dengan sebaiknya. Muadz terus melibas betis Abu Jahal hingga putus serta merta. Namun, apakah pengorbanannya? Beliau terpaksa membayar dengan satu libasan pedang oleh Ikrimah (anak Abu Jahal yang ketika itu masih belum memeluk Islam) hingga hampir putus lengan itu dan hanya tergantung-gantung di kulitnya sahaja. Subhanallah.

Namun, adakah ia menangis? Sesekali tidak. Namun apa yang dikisahkan beliau ketika saat itu,

“Pada hari itu saya benar-benar berperang seharian penuh. Tangan saya yang hampir putus itu hanya bergelantungan di belakang. Dan ketika ia menyulitkan saya, saya pun menginjaknya dengan kaki, lalu saya menariknya hingga tangan saya terputus.”

MashaAllah, apakah ada remaja 14 tahun yang sanggup berbuat demikian? Muadz sanggup memisahkan tangan dari jasadnya agar bisa bebas mengobarkan jihad buat agama.

Bagaimana pula halnya Mu’awwidz, kata Muadz,

“Lalu Mu’awwidz bin Afra melintas di hadapan Abu Jahal yang sedang terluka parah, kemudian ia pun menebasnya dengan pedang. Kemudian membiarkannya dalam keadaan tersengal-sengal dengan nafas terakhirnya.”

Dan akhirnya Mu’awwidz mendapat bayaran mati syahid atas usahanya itu. Subhanallah. Itulah kisah pemuda 13 dan 14 tahun yang jarang sekali kita dengar.


Sahabat-sahabat sekalian, beginilah contoh akhlak dan keperwiraan pemuda pada zaman Rasulullah saw.. Mungkin tidak terikutnya kita, cuma ? Yang menjadi persoalan sekarang... Sejauh mana peranan muda pada zaman sekarang, dalam menentukan jatuh bangunnya Islam?

Pemuda masa dulu vs Pemuda masa kini ?

Pemuda pada masa dulu, bahkan pada masa "ayah-ayah" kita, sememangnya seorang pemuda yang sangat-sangat berdikari. Pengalaman telah mematangkan mereka lebih daripada usia. Mereka mengharungi kehidupan yang sukar menuju kejayaan yang gemilang... Sebagai contoh, remaja pada zaman dahulu, seawal tujuh atau lapan tahun telah mula bekerja membantu keluarga. Ada yang menoreh getah, berkebun, mengembala lembu dan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah, mereka lebih berjiwa kental dan "cepat" matang daripada usia.. Pabila disuruh bekerja, mereka mampu berdikari, pabila disuruh berperang, mereka mampu menjadi "panglima" (Usamah b. Zaid ) , pabila disuruh memimpin mereka mampu menjadi pemimpin umat ( Sultan Muhammad Al Fateh )... Mungkin ada segelintir daripada kita akan berfikiran skeptikal dengan membandingkan dinamika kehidupan yang sama sekali berbeza pada waktu dahulu dan sekarang.. lalu, lihatlah pemuda masa kini, mereka juga tidak kurang hebatnya..

Pemuda masa kini, mungkin sedikit manja dan tiada daya tahan pemikiran yang utuh. Saya mengakuinya, saya juga begitu. Ada yang sanggup menangis demi cinta, ada yang tak tertahan untuk berdikari berseorangan, ada juga yang menangis tika berjauhan dengan ibu bapa.. Tika susah sahaja mereka menelefon ayah dan ibu.. tika senang... buah hati sepanjang masa..

Ramai juga, pemuda masa kini, yang tidak tahu tujuan hidup. Saya bersyukur atas kurniaan Ilahi, kerana terpilih dan dipilih oleh Nya, meniti arus kehidupan remaja yang disuluhkan dengan cahaya-cahaya tarbiyah.. Tetapi, bagaimana jika saya tidak mendapat tarbiyah ? Sebenarnya saya juga sama seperti anda. Tidak bermakna, remaja yang ikut usrah itu baik-baik sahaja, dan tidak bermakna juga remaja yang tidak ikut usrah itu buruk-buruk sahaja. Setiap individu ada kelebihan masing-masing dan kepribadian yang mulia. Anda tahu, pencetus Revolusi Mesir adalah seorang pemuda yang bernama "Wael Ghonim" yang merupakan seorang eksekutif google.. Dia bukanlah seorang lelaki yang ditarbiyah. Cuma pemuda-pemuda biasa yang inginkan kebebasan.. Mereka biasa-biasa tetapi berjaya mendidik jiwa mereka menjadi luar biasa..

Kisah menyayat hati

" Kenapa Pak Cik menangis ? Tanya seorang pemuda kepada seorang tua di masjid berhampiran rumahnya... Pak Cik menangis kerana melihat anak muda seperti kamu datang ke masjid setiap waktu.. Alangkah baiknya jika hati pak cik tertarik pada Masjid, seusia kamu dahulu... Ruginya masa muda pak cik kelmarin... "


Kisah ke dua ...

Teringat akan panggilan telefon seorang wanita di radio kelmarin, dia mengatakan andai diberi peluang dan ruang, dia ingin kembali semula ke zaman persekolahan.. Dia ingin belajar bersungguh-sungguh dan mengelakkan untuk bercintan-cintun.. Seingat akak tersebut, tidak ada satu cintanya berjaya.. Dia hanya menghabiskan masa mudanya
begitu sahaja.. Alangkah ruginya..

Jadi bagaimana untuk menjadi muda sejati ?

Sahabat-sahabat sekalian, ayuh kita bangkit, bangkit dari kealpaan lalu menuju kejayaan yang gemilang... Gunakan setiap peluang dan ruang pada usia muda ini untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya.. Lihat sahajalah Imam Al Ghazali, bagaimana dia memaksimumkan potensi dirninya untuk ilmu, sehingga dia tidak sempat untuk berkahwin.. Lalu, lihat pula, Imam Hassan Al Banna, bagaiman pemikiran mudanya mampu untuk merevolusi pemikiran umat. Mereka semua tidak perlu menunggu usia tua untuk membentuk keajaiban. Mereka juga tidak perlu umur yang panjang untuk meninggalkan kesan ke dalam sejarah peradaban manusia. Kedua-dua contoh di atas, meninggal dunia, seawal usia 40 an. Usia di mana, kehidupan seorang lelaki itu bermula menurut istilah barat. Tetapi kita orang islam, mari memulakan diri sebagai seorang lelaki pada usia ini.. " MEN's life start at 20's.." insyaAllah..


p/s : Pesan saya untuk rakan-rakan dan diri sendiri , mari kita kurangkan hiburan kosong (main game), menonton movie2, tidur terlalu lama..., rehat-rehat sahaja, tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu, bercinta, ... lalu tukarlah kepada membentuk satu kemahiran baru seorang anak muda.. Kerna kita adalah muslim super.. Seorang wanita juga, jangan mengangap tugas di dapur, menjaga adik sebagai membebankan, kerana itu adalah sebahagian tarbiyah sebelum berkeluarga..







2/6/11

Riba' ; Keingkaran Menempah Ancaman


Tahukah anda bahawa situasi ini adalah salah satu contoh riba' yang kerap kali berlaku dalam masyarakat kita :

" Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf dengan syarat Yusuf perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak yang berisi penuh. Padahal, ketika bermula proses pinjaman dilakukan tangki itu tidak penuh "

Dalam contoh ini, riba' berlaku juga kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman beserta pulangan lebih daripada yang disyaratkan ( manfaat berbalas manfaat yang lebih )

Contoh ke dua ;

" Apabila peminjam buku di perpustakaan gagal memulangkan buku pada waktunya, pihak perpustakaan mengenakan denda sebanyak RM 5 untuk sehari yang lewat., Ini juga berbentuk Riba"

Contoh ke tiga ;

" Bagi mereka yang dikenakan saman atas kesalahan memandu, pihak pemandu diberi nilai saman mengikut minggu. Jika dalam tempoh 14 hari, nilainya adalah RM 15, jika melebihi 30 hari nilai saman meningkat kepada RM 40 dan begitulah sebaliknya. Kesemua cara kiraan ini tergolong di dalam riba' al- jahiliah "

Banyak lagi contoh-contoh menarik yang pada dasarnya dilihat seperti betul dan halal, kemudiannya pabila dikaji adalah HARAM... Justeru, saya mengajak semua untuk sama-sama kita meluangkan sedikit masa membaca buku karya Ustz Zaharudin yang bertajuk : RIBA dan isu kewangan semasa..


p/s : Sangat berguna buat orang awam seperti kita untuk memahami sistem ekonomi yang dihalalkan oleh islam.. Hal ini kerana, Riba' ini sangat besar dosanya..

" Satu dirham riba' yang dimakan seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali "

Musnad Ahmad, 2/225 ; al- Daruqutni, hlmn 295 ; al- Albani mengatakan sahih dalam Ghayat al- maram fi Takhrij Hadis al- Halal wa al- Haram li al- Qaradhawi, hlmn 103..
( Riba' dan isu kewangan semasa : ms 34 )

1/30/11

Kenapa Engkau Masih lagi tidak Punya Sayang...



Di Antara Bentuk Kasih Sayang- Nya, Dia membuatkan dunia ini terasa sulit

Hari ini, hari yang penuh dengan berkah dan kasih Sayang dari Ilahi. Saat mata ini masih menatap buku pintar akhlak karya Dr Amr Khaled, hati ini sekali lagi tersentuh.. Justeru, jika rakan-rakan sudi, ingin sekali saya kongsikan isinya yang begitu bermanfaat bagi kita.. InsyaAllah, sebelum memulakan pembacaan entry pada kali ini, mari kita sama-sama merendahkan diri di hadapan Allah dengan merenung kembali, satu demi satu kasih sayang Nya yang ternyata tidak terhingga . Sehingga pada satu detik, kalian pasti akan mengalirkan butiran-butiran air mata...


Alangkah baik jika kita memahaminya

Maha Suci Allah, apabila Allah mengasihi kita sedemikian rupa, kenapa perlu ada insan yang tersiksa. Si dia bercerai berai, anak kak timah meninggal dunia, anak pak Abu hisap dadah.. Si dia tidak mendapat pekerjaan. Si dia gagal dalam peperiksaan. Si dia.......

Kalau Allah mengasihi kita , mengapa semua ini terjadi pada diri kita di dunia ?

Di sini, ada jawabannya yang diketengahkan oleh penulis. Katanya ;

" Berikut ini kuketengahkan jawabannya padamu agar menjadi jelas. Kasih Sayang Tuhan mengharuskan tercapainya manfaat dan tertolaknya bahaya. Namun kadangkala kita tidak mengetahui mana yang manfaat dan mana yang bahaya. Bisa jadi tercapainya manfaat bagimu tersebut adalah tidak wajar. Engkau tidak menyukainya sepertimana seorang anak yang menolak untuk meminum ubat yang pahit. Jangkauan akalnya masih pendek, ia tidak mengerti di balik kepahitan ubat itu adanya kesembuhan. Akan tetapi si ayah tetap memaksa anaknya untuk meminum ubat itu. Si anak menatap si ayah seolah-olah mulutnya mengomel mengatakan " Mengapa Engkau menyiksaku !! "

Jadi, melalui penceritaan di atas, kasih sayang yang hakiki hadir meskipun kita tidak menyukainya. Begitu indah bukan.. Setiap apa yang diaturkan Allah ada hikmahnya yang tersirat. Ada kalanya kita seringkali tertanya, mengapa harus aku yang gagal dalam peperiksaan, kenapa harus aku yang menganggur, mengapa harus aku yang belajar di dalam negara.. kenapa? Hal ini kerana, setiap itu ada kesembuhan dan hikmah. Percayalah Allah Sayang Kamu !!!


Sekarang Waktu Untuk Mempraktikkannya

Pertama ; Mengasihi Orang tua

Bentuk kasih sayang pertama yang ingin kita praktikkan adalah mengasihi orang tua. Cuba kita renungkan sejenak. Adakah orang yang membuat ayah dan ibunya menangis adalah anak-anak yang soleh ? Seorang gadis yang membuatkan ibu bapanya risau, apakah ia mengasihi kedua ibu bapanya ? Seorang anak gadis yang bercinta dengan seorang jejaka lalu bergaul secara bebas, adakah dia mengasihi kedua ibu bapanya ? Apakah yang akan terjadi jika si ayah tahu bagaimana perangai sebenar si anak ? renungkan sebentar..

Kemudian saat anak itu pulang ke rumah, bukan kucupan mesra yang menjadi penebar salam, tetapi wajah yang masam mewarnai kekecewaan si ayah dan ibu. Tidakkah si anak takut, saat mereka keluar rumah lalu menghempas pintu dengan kuat, ibu dan ayah mereka meninggal dunia? renung-renungkan. Bagaimana hidup mereka nanti ?

Rakan-rakan sekalian, contohilah akhlak baginda Nabi Ibrahim a.s. Walaupun ayahnya belum beriman kepada Allah, ia tetap memulai bicaranya dengan "Ya abati" "Wahai ayahanda"...


Kedua ; Mengasihi anak-anak

Anak-anak kecil adalah anugerah Allah. Bagaimana kita mencorakkan kehidupan meraka, seperti itulah mereka pabila meningkat dewasa nanti. Jika anda inginkan anak-anak anda hebat dan penyayang, jadilah penyayang dahulu. Saya lihat, remaja-remaja sekarang alhamdulillah "seakan-akan" mereka mencintai kanak-kanak . Aik ? Kenapa "seakan-akan" pula. Cuba rakan-rakan bertanyakan ke dalam diri. Seberapa ramaikah remaja yang benar-benar mengasihi anak-anak kecil. Hakikat ini tidak ramai sebenarnya. Ramai daripada kita yang berpura-pura mengasihi anak-anak kecil. Hal ini terbukti di hadapan teman istimewa masing-masing. Si lelaki ingin menunjukkan sifat ke "bapaan" manakala si wanita pula tidak kalah ingin menunjukkan "sifat keibuan". Adakah kita sedar, bahawa sifat "kepura-puraan" inilah yang mendorongnya peningkatan gejala buang bayi . Tidak hairanlah jika mereka mengatakan "comelnya baby ni" tapi pada masa yang sama bayi sendiri dibuang.. renung-renungkan..

Contohi Akhlak Rasulullah saw.

Pada suatu hari Nabi saw sedang duduk bersama al-aqra' ibn habis. Lalu cucu baginda husien datang. Seketika Nabi saw diri, tersenyum dan menyambut cucunya dengan wajah yang penuh ceria. Kemudian belia memeluk husien dan menciumnya. Melihat hal itu, al- Aqra' ibn Habis berkata, " aku mempunyai sepuluh orang anak. Tidak satu pun dari mereka yang kucium". Nabi pun menatapnya seraya berkata " Siapa yang tidak mengasihi, ia tidak dikasihi "

Disebutkan juga, ketika Nabi saw sedang mengimamkan solat, Baginda saw terdengar suara bayi menangis, lalu Baginda mempercepatkan solatnya. ( HR Bukhari no 709). Perilaku baginda ini bukan sahaja memudahkan jemaah tetapi secara tidak langsung mahu masjid-masjid ini dipenuhi anak-anak. Adakah situasi ini sama seperti sekarang ? Jawabanya lihat sajalah di masjid-masjid. Siak dengan wajah yang garang, bukan sahaja memarahi si anak kecil, tetapi juga para remaja. Erm.. mana pergi kepribadian Baginda saw ke dalam pengunjung tetap rumah Allah ini..

Ada satu kisah lagi, Seorang anak kecil di Kota Madinah bernama Umair selalu bermain dengan burung pipit peliharaanya. Nabi saw menamakan burung itu al-nughair (anak burung pipit). Setiap kali melihat umair, Nabi berkata " Wahai Umair apa yang dilakukan oleh al-nughair ?. Suatu hari baginda Nabi saw melihat Umair menangis. Beliau pun bertanya, " Mengapa engkau menangis Umair ? " Ya Rasulullah, al-nughair telah mati, jawab Umair.

Nabi saw pun duduk sejenak dan bermain dengan Umair. Para sahabat yang terlihat Rasulullah pun bertanya, lalu Baginda saw menjawab " al nughair telah mati" karenanya aku ingin menghiburkan Umair. (HR Bukhari no 6203)

Subhanallah, jadi rakan-rakan yang bakal menjadi para ibu dan bapa ayuh kita contohi kepribadian baginda Nabi saw.

Keempat ; Kasihi wanita

Rasulullah saw mengibaratkan wanita laksana kaca. Kaca yang harus dijaga dengan berhati-hati agar tidak pecah. Kita seharusnya mencontohi peribadi Baginda saw terhadap wanita. Wasiat Nabi saw sebelum wafat juga ada menyebutkan supaya berbuat baik pada wanita.

Cuma ? Ada sedikit pesan untukmu wahai para lelaki.. (nukilan Amr Khaled)

" Nasihatku untuk mu para pemuda, di antara bentuk kasih sayang mu terhadap wanita adalah jangan berpacaran dengannya demi untuk menjaga kalbunya yang sangat halus. Sebab biasanya pabila kamu berjanji untuk sehidup semati denganya, kamu tidak bisa menikahinya. Haram bagimu melukakan perasaanya"

" Saudaraku jangan pula kamu berani menyentuh meraka dan menghubungi meraka secara sesuka hati, jika kamu mengasihi meraka, jangan sesekali menyentuh meraka, melainkan dengan cara bernikah yang sah "

Sudah jelas bukan, apa yang dinyatakan Dr Amr Khaled.. Jika anda ingin mengasihi wanita jangan berpacaran ( bercinta ) dengannya.. Anda dan saya mungkin tidak sedar, dalam ketermanisan anda menabur janji, ada banyak hati yang dilukai.. Lalu, pilihlah jalan selamat untuk segera bernikah bagi yang berkemampuan.

p/s : Sangat tersentuh melihat seorang wanita yang bisu@pekak di KTM beberapa hari lepas, tetapi begitu menjaga pemakaianya (berjilbab labuh). Jika dia boleh ? Kenapa tidak kamu?

p/s : Bagi mereka yang masih ragu-ragu lagi cara berkomunikasi yang sebenarnya antara lelaki dan wanita boleh menghadiri seminar ini.. ( Terbuka untuk ipt sekitar Shah Alam )


1/24/11

Bila hati direndahkan InsyaAllah martabat kan dijulang..



Dikala mendengar seseorang rendah hati atau tawaduk, apa yang harus kamu rasakan ? Apa yang terlintas di benakmu ? Apa yang kamu mengerti tentangnya ? Seharusnya kamu harus benar-benar tahu akan makna tawaduk itu...

Adakalanya juga, hati ini terasa begitu sombong. Sombong untuk mendengar pendapat insan-insan yang lebih muda, insan-insan yang tidak berpangkat lagi berharta, insan-insan yang miskin dan lemah. Insan-insan yang tidak berpendidikan tinggi. Kenapa harus begitu ? Hal ini kerana, kita tidak mengerti akan maksud sebenar tawaduk itu. Tawaduk secara ringkas boleh dibahagikan kepada dua erti, Pertama ; tunduk dan menerima kebenaran dari sesiapapun, Kedua ; merendahkan sayap dan darjat sesama manusia ; bergaul dengan mereka secara ramah dan baik.

Keutamaan tawaduk

Orang yang tawaduk kepada Allah pasti dimuliakan

Nabi saw. bersabda " orang yang tawaduk kepada Allah, pasti dimuliakan Allah " HR muslim
(hadis no 6535 ). Mahasuci Allah hadis yang jika kita teliti dan perhati, begitu nyata dalam kehidupan kita. Saat ini jijka kita lihat, semakin tawaduk seseorang semakin ia disukai dan dicintai masyarakat. Lalu, tanyalah kondisi ini terhadap dirimu duhai sahabat ? Di manakah kedudukanmu ? Apa pun jawabpannya ayuh kita sama-sama mengkoreksi diri.. Bermula dari sekarang mari kita lihat contoh-contoh kepribadian yang sungguh-sungguh tawaduk sepanjang zaman..

Beberapa contoh yang layak ditiru

Tawaduk adalah akhlak rasul

Para sahabat bercerita bahawa Nabi saw, pabila bersalaman tidak pernah melepaskan tangan dahulu hingga orang yang disalami itu melepaskannya, beliau juga pabila bersalam menghadapkan tubuh dan pandangan mata benar-benar pada insan yang disalam itu. Baginda juga sentiasa ceria dan peramah.. Tidak pernah sahabat kelihatan baginda saw bermasam muka..

Ya Allah, betapa jauhnya perilaku Baginda saw jika hendak dibandingkan dengan kita. Pabila bersalam, kita tidak pernah memandang wajah insan yang kita salam itu, lalu dengan sekadar adat, kita segera melepaskan tangan. Adakah kita "sesibuk" Baginda saw untuk berperilaku seperti itu. Dikala berjumpa sahabat handai pula kita bermasam muka. Dengan wajah yang tidak ceria, masihkah ada insan yang ingin menyukai mu.. Ayuk kita renung-renungkan..

Biasa-biasa saja !

Lihatlah satu kisah ketika mana seseorang pergi berjumpa dengan Rasulullah saw, tubuhnya gementar kerana takut (ia menyangka akan berjumpa seorang raja ). Melihat hal itu Nabi saw berkata. " Aku ini biasa-biasa saja, aku bukan raja. Aku hanyalah anak dari wanita yang makan daging kering di madinah ( Hadis riwayat Ibn majah ( no 3312) "

Lihatlah sahabat-sahabat sekalian, bagaimana mulianya akhlak Baginda nabi saw. Berbeza dengan kita. Kebiasaanya orang-orang yang berpangkat besar akan merasa bangga pabila orang tunduk hormat kepadanya. Pernahkah dari mereka berkata demikian " aku hanyalah anak petani biasa" Tidak pernah bukan.. Tetapi situasi ini sungguh berlainan sekarang. Sebagai contoh, ketika ditemuduga atau berjumpa dengan menteri-menteri besar, kita akan berasa takut dan gentar.. Kenapa ye ? Satu persoalan pemikiran yang perlu kita sama-sama fikiri. Kerana saya juga berasa gementar ketika menjalani temuduga..

Oh tuhan tubuh Nabi saw tertutup tanah

Perhatikan sifat tawaduk Nabi saw saat perang Khandak. Di antara sahabt ada yang mengali lubang dan ada juga yang memecahkan batu. Seperti yang diketahui, kerja-kerja di atas secara zahirnya tidaklah terlalu berat dan mengotorkan. Tetapi anda tahu apa yang Baginda Nabi saw lakukan ? Adakah Baginda Nabi saw hanya duduk sekadar mengarah dan memerhatikan ? Sama sekali silap.. Baginda Saw sanggup mengangkat tanah-tanah yang digali sedalam lebih 3 meter di belakangnya hingga seluruh tubuh Baginda saw tertutup oleh tanah.

Nampaknya, kita pasti tertanya-tertanya mengapa Baginda nabi saw memilih pekerjaan tersulit itu. Hal ini kerana Baginda saw memiliki sifat tawaduk yang agung. Berbeza dengan kita yang masih lagi bermalas-malasan untuk mengemas rumah, menolong ibu mencuci pinggan , membersihkan lantai dan sebagainya.

Tawaduk yang mengagumkan

Tahukah engkau bagimana Nabi saw memasuki Makkah saat fathu makkah dan pada saat memperoleh kemenangan ? Belia memasuki makkah dengan menundukkan kepala.

" Diriwayatkan " bahkan kami melihat kening Nabi menyentuh unta ".. Ya Allah, padahal pada ketika sebelum fath makkah, orang kafir menyiksa para sahabat, mencaci dan menghina mereka serta memerangi Nabi saw.. Lalu kita lihat bagaimana reaksi Baginda Nabi saw yang timbul ?

Maha suci Allah, di sinilah sifat tawaduk kesan dan hasil kejayaan tarbiyah yang besar.. Semoga Allah senantiasa merahmati Nabi Muhammad saw.


Aku yang mengumpulkan kayu bakar

Dalam sebuah perjalan Nabi saw meyuruh sahabat-sahabat memasak kambing. Lalu mereka beramai-ramai sukarela menawarkan diri. " Biar aku yang menyembelih", " Biar aku yang mengulitinya ", " Biar aku yang memasakny " Lalu Rasulullah saw menjawab, biar aku yang mengumpulkan kayu bakar. Mereka kemudiannya menjawab, "tidak mengapa Rasulullah, biar kami sahaja yang melakukannya" Mendengar hal itu Baginda saw menjawab, aku tahu kalian tidak membenarkan aku, tetapi aku tidak suka diperlakukan istiwewa, Kerana Allah membenci seorang hamba yang ingin tampak istimewa dalam kalangan sahabatnya.


Tawaduknya Abu Bakar dan Umar

Tawaduknya Abu Bakar pada ketika itu adalah beliau sanggup membersihakn rumah seorang tua, padahal pada waktu dan ketika itu beliau adalah seorang Khalifah. Subhannallah..

Lalu siapa kita ? Kita tidak mahu membersihkan rumah, tidak mahu membantu ibu kita, juga tidak mahu membantu isteri kita ( insyaAllah ^_^v), kenapa harus begitu. Seorang anak gadis berkata pada ibunya " Aku sedang sibuk belajar", bila adanya masa bagiku untuk membersihkan rumah.. Ya Allah, jika sekarang pun kamu tidak ada masa untuk membersihkan rumahmu sendiri, bagaimana nanti ingin berperilaku seperti Abu Bakar yang rela membersihkan rumah seorang tua.

Tawaduknya umar pula , beliau sanggup membersihkan untanya sendiri sedangkan pada ketika itu beliau juga seorang khalifah. Pernahkah pada ketika ini, ada pemimpin besar yang rela membasuh keretanya sendiiri ? Ketika ditanya, kenapa Umar tidak menyerahkan tugas itu pada hambanya.. Lalu, apa yang dijawab " Adakah yang lebih hamba dari ku ? "

Ya Allah, seorang raja membersihkan untanya sendiri.. Seolah-olah kita sedang membaca cerita dongeng.. Tetapi bukalah mata wahai sahabat-sahabt sekalian. Ukurlah dimana tahap tawaduk kita..


Jalan Menuju tawaduk

Tawaduk dalam berpakaian

Suatu ketika Nabi saw didatangi seseorang, " Ya Rasulullah, aku senang memakai pakaian yang bagus dan sandal yang bagus. Adakah ini termasuk sombong ? Beliau menjawab tidak, Allah Maha Indah dan dia sukakan keindahan" Hr Muslim ( no 261)..

Hadis diatas membawa maksud, bukan kita tidak boleh bergaya, tetapi berpada-pada. Cara hendaklah kena pada niat. Dan tempat haruslah sesuai dengan keadaan. Anda perlu ingat orang yang taat pakaian nya bagus dan baik. Hal ini sahabat-sahabat sekalian perlu kita pandang serius, kerana, umat Islam bukanlah umat yang selekeh dan tiada bercita rasa. Cuma, jangan sombong. Kita akan dinilai masyarakat di sekeliling.

Nabi saw juga bersabda " Sesiapa yang meninggalkan pakaian kerana tawaduk kepada Allah padahal dia mampu memakainya, Allah akan memanggilnya di hari kiamat di hadapan Makhluk hingga ia diberi pilihan, pakaian iman mana yang ingin ia pakai" ( HR Tirmidzi ( no 2481)

Renung-renungkan hadis ini sahabat-sahabat sekalian. Anda mampu memakai tudung ala-ala Yuna, tetapi disebakan tawaduk kepada Allah anda memilih untuk bertudung labuh.. Anda bisa rakan-rakan sekalian, bermain bola memakai seluar pendek, tetapi disebabkan tawaduk kepada Allah, anda memilih untuk berseluar panjang.

Tawaduk dalam membina mahligai bahagia

Lihatlah bagaimana Saidina Ali dan Fatimah membina keluarga mereka. Mereka hidup serba ringkas dan serba cukup tetapi bahagia. Janganlah kalian hanya mengejar harta keduniaan sedangkan pasangan kalian tidak mampu untuk begitu. Di sini ditekankan juga, supaya ihsan dalam menikah. Kalian bukan sahaja menikah si empunya diri, tetapi keluarganya, akhlak serta keperibadiannya. Jangankan disebabkan kecantikan anda lupa akan syarat yang lebih penting iaitu agamanya.. Oleh itu, risiklah dan pilihlah calon yang terbaik buat dirimu .. moga kalian dan si dia bersama-sama akan bercinta di syurga nanti .. ( ^_^v) fuhh.. jiwang.. hehe..

Tawaduk kepada keluarga terdekat terutama ibu bapa..

Anak-anak perlu ingat, walau siapa pun kamu, belajar tinggi mana sekalipun kamu, tawaduklah terhadapa kedua orang tuamu. Mereka membesarkanmu sejak dari kecil hingga besar. Jadi mengapa harus kita angkuh terhadap mereka. Jika tiada mereka? Siapakah kita ? Tawaduklah..
Ciumi mereka dan sayangi mereka..

Kita juga disarankan tawaduk terhadap saudara-saudara terdekat. Jangan pula jika mereka miskin, kita semakim menjauhkan diri dari mereka. Kita lebih senang bergaul dengan saudara mara kita yang kaya sahaja.. Di situ kita lihat? Mana itu tawaduk?

Jangan mengungkit-ungkit lalu menyangka telah berbuat banyak

Sikap tawaduk yang paling indah adalah merendah dan menundukkan diri di hadapan Allah. Janganlah mengunkit-ungkit amalan kebajikan kita, solat, puasa , qiam. bersedekah. menolong membersihkan rumah dan sebagainya.. Hal ini kerana, bukan dengan amalan yang bisa membuatkan kita ke syurga, tetapi Rahmat dari Allah. InsyaAllah.. Sebelum terlupa seperkara lagi.. Tawaduk pada gadjet-gadjet terbaru. Khususnya remaja Abad ke 21 ini. termasuk saya. Semoga kita termasuk dalam kalangan insan yang tawaduk dan zuhud terhadap harta dunia.

p/s: Tahniah buat rakan-rakan yang berjaya mengapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan A level tempoh hari. moga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Moga-moga dingat, walau tinggi manapun kita belajar. Cubalah bersifat seperti ini " Saya belajar biasa-biasa je" meskipun anda menuntut di universiti-universit berprestij. Wallahualam

Sumber rujukan : Buku pintar Akhlak: Dr Amr Khaled.






1/17/11

Kenapa bukan saya?



"Kenapa mesti abang yang kene buat ? adik kan boleh ... rungut si abang di dalam hati " Bukan si abang tidak biasa membuat kerja dapur, memotong cili, berkebun, angkat baju, mengemas rumah dan sebagainya.... cuma, dia selalu mempersoalkan pada diri.. " Kenapa mesti aku ? " ..

Sketsa di atas merupakan satu persoalan hidup yang biasa kita lalui.. Dalam menyelusuri hari-hari yang beraneka ritma kehidupan, kita tidak lari dari persoalan-persoalan seperti ini.. Sebagai contoh, di universiti, kita ditugaskan oleh pensyarah untuk membuat assingment yang paling sukar dan melecehkan.. Lantas, secara fitrah, kita mesti bertanya ke dalam diri masing-masing.. " Kenapa mesti aku ? " bukan dia ? ataupun si dia dan dia? Juga "Kenapa mesti aku yang membela masjidi aqsa? " Kenapa mesti aku bersedekah ? Kenapa mesti aku je yang p dakwah?InsyaAllah hadirnya saya pada malam hari ini adalah untuk kita bermuhasabah bersama supaya pemikiran dan mentaliti seperti ini dapat diubah..

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian "Kenapa mesti saya ? " satu pemikiran dan mentaliti yang jika tidak diubah dan diperbetulkan pasti ia akan memakan diri. Bermula dengan sekadar benih-benih ketidakpuas hatian dan kemudiannya pasti berakhir dengan sikap ketidak ikhlasan di dalam diri.. Jadi ? Apakah solusinya ?

Solusinya adalah...
Kenapa kita tidak mengubah perkataan "Mesti" kepada "Bukan" ... satu perkataan yang ringkas tetapi membawa makna yang berbeza.. " Kenapa bukan saya ? " .. jika direnungkan kembali pasti ayat ini akan membawa impak yang besar terhadap kejayaan seseorang individu.. Sebagai contoh, saya ingin membawa rakan-rakan sekalian melihat satu cerita yang ringkas lagi mudah tetapi memberi makna yang mendalam.. Begini kisahnya..

Di Sunway, alhamdulillah saya lihat perkembangan aktiviti dakwah semakin pesat dijalankan baik di surau-surau kecil mahupun di masjid-masjid besar. Setiap hari, pasti ada saja kuliah-kuliah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang cukup dikenali di negara kita.. Cuma persoalannya, daya tarikan masjid di Sunway tidak sekuat daya tarikan "masjid" di seberang yang berbentuk kepala singa? Di manakah silapnya ?.... Saya sering tertanya-tertanya mengenai hal ini hinggalah ke hari ini, dan alhamdulillah dengan izin Allah persoalan ini terjawab juga melalui satu pemerhatian yang menyayatkan hati.. Jika anda pergi ke masjid sunway, anda pasti akan terlihat kelibat dua orang pemuda sangat rajin ke masjid.. Mereka sanggup berjalan ber kilometer jauhnya semata-mata ingin pergi ke masjid.. Cuma, yang membezakan mereka dengan kita adalah mereka tidak sempurna.. Akal mereka tidak sesempurna kita rakan-rakan.. Dari jauh, sayu saya melihat mereka.. Sering tersenyum sendiri,, ketawa sendiri.. tetapi, adakah mereka solat sendiri ? Tidak sama sekali.. mereka solat secara berjemaah... Mereka sangat-sangat gigih.. Jadi persoalannya jika mereka boleh.. "kenapa tidak kita ? "

Alhamdulillah, hari ini saya juga dapat bersama-sama jemaah masjid di masjid al-amin membersihkan kawasan masjid.. Di sini, ada satu kisah yang begitu membuatkan saya tersentuh..Begini, dalam ketersibukkan kami membersihkan kawasan surau, langit tidak selalunya cerah, pasti ada malang yang akan berbau.. mangsanya adalah saya... akibat kecuaian saya, jari saya terluka terkena kaca..

kemudian dengan tidak semena-mena, hadir jemaah yang berasal dari pakistan mencari kain dan membalutkan luka saya.. Hati mana yang tidak tersentuh.. melihat seseorang yang anda tidak kenali, begitu mengambil berat tentang diri anda.. Di rumah, saya berfikir.. alangkah manisnya ukhuwah kerana Allah.. kasih dan sayang sesama muslim tanpa mengira bangsa dan keturunan.. Subhanallah.. Jadi, persoalannya "Kenapa bukan kita ? " kenapa bukan kita yang menolong saudara sesama muslim saat saudaranya ditimpa kesusahan.. Ingatlah seorang muslim yang meringankan urusan sahabatnya, Allah akan memudahkan urusannya di akhirat kelak.. Wallahualam..

p/s : moga-moga perkongsian di atas sedikit sebanyak memberi manfaat yang besar dalam diri kita.. Doakan juga saya selamat pergi dan kembali dalam program musafir yang agak panjang bermula besok hari.. Jzzk

"Don’t ever let somebody tell you, you can’t do something, you got a dream, you gotta protect it. People can’t do something themselves they’re gonna tell you, you can’t do it. If you want something, go and get it.” insyaAllah
-Chris Gardner-"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...