2/18/11

Saya pun Muda


Jiwa yang muda, lahir dari semangat yang kental, keperwiraan yang sejagat serta keinginan yang membuak-buak. Jiwa muda juga adalah jiwa keberanian, jiwa kesatuan dan juga jiwa pengharapan. Rugilah jika anda muda pada "lahirnya" tetapi tua dari segi "semangat" dan "pemikiran". Sahabat... sebelum kita pergi lebih lanjut, suka bagi saya untuk memberikan mafhum sepotong hadis yang menyatakan seorang itu akan ditanyakan di akhirat, tentang apa yang telah dikerjakan semasa mudanya.. Jadi, sebelum kita meniti usia tua, pergunakanlah setiap masa muda yang kita ada dengan sebaik-baiknya. Cuma.. yang menjadi persoalan di sini.. bagaimana untuk menjadi seorang "pemuda yang sejati ? "

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian,

Adakah persoalan umur itu adalah persoalan yang subjektif bagi sesetengah pihak ? Adakalanya, seseorang itu lebih gemar dipanggil "orang lama" kerana mereka ingin dihormati dan disanjungi.. Berbeza pula dengan pandangan seseorang yang lain.. Mereka lebih suka digelar sebagai "orang muda" ... Mungkin pada perkiraan mereka, hal ini akan memudahkan mereka bergaul dengan orang muda.. Atau ingin tampak lebih muda dan sihat.. wallahualam, bergantung pada niat..

Bagaimana itu contoh pemuda di zaman Rasulullah saw.


1. Mu adz bin Amr bin Jamuh (14 tahun) & Mu’awwidz bin Afra’ (13 tahun)

Bagaimana pula kisah 2 orang pemuda ini, lain pula dengan kisah Zaid, mereka berdua berkesempatan untuk turut serta dalam peperangan Badar atas faktor tubuh mereka yang agak besar. Mereka berdua adalah dari golongan Anshar dan berazam untuk membunuh Abu Jahal kerana mereka mendengar bahawa Abu Jahal seringkali mencaci Rasulullah. Oleh itu, mereka yang tidak pernah melihat Abu Jahal sebelum ini, bertanya kepada orang sekeliling tentang perihal Abu Jahal. Ketika perang sedang berkecamuk, Saidina Abdur Rahman bin Auf menunjukkan kepada mereka akan Abu Jahal yang saat itu dikawal rapi oleh para Musyrikin. Tapi, di atas keazaman yang kuat mereka tetap berusaha untuk mencapai Abu Jahal. Malah antara Muadz dan Muawwidz sendiri, mereka bersaing untuk membunuh Abu Jahal. Akhirnya, Muadz sampai dahulu kepada Abu Jahal, dan peluang tersebut beliau gunakan dengan sebaiknya. Muadz terus melibas betis Abu Jahal hingga putus serta merta. Namun, apakah pengorbanannya? Beliau terpaksa membayar dengan satu libasan pedang oleh Ikrimah (anak Abu Jahal yang ketika itu masih belum memeluk Islam) hingga hampir putus lengan itu dan hanya tergantung-gantung di kulitnya sahaja. Subhanallah.

Namun, adakah ia menangis? Sesekali tidak. Namun apa yang dikisahkan beliau ketika saat itu,

“Pada hari itu saya benar-benar berperang seharian penuh. Tangan saya yang hampir putus itu hanya bergelantungan di belakang. Dan ketika ia menyulitkan saya, saya pun menginjaknya dengan kaki, lalu saya menariknya hingga tangan saya terputus.”

MashaAllah, apakah ada remaja 14 tahun yang sanggup berbuat demikian? Muadz sanggup memisahkan tangan dari jasadnya agar bisa bebas mengobarkan jihad buat agama.

Bagaimana pula halnya Mu’awwidz, kata Muadz,

“Lalu Mu’awwidz bin Afra melintas di hadapan Abu Jahal yang sedang terluka parah, kemudian ia pun menebasnya dengan pedang. Kemudian membiarkannya dalam keadaan tersengal-sengal dengan nafas terakhirnya.”

Dan akhirnya Mu’awwidz mendapat bayaran mati syahid atas usahanya itu. Subhanallah. Itulah kisah pemuda 13 dan 14 tahun yang jarang sekali kita dengar.


Sahabat-sahabat sekalian, beginilah contoh akhlak dan keperwiraan pemuda pada zaman Rasulullah saw.. Mungkin tidak terikutnya kita, cuma ? Yang menjadi persoalan sekarang... Sejauh mana peranan muda pada zaman sekarang, dalam menentukan jatuh bangunnya Islam?

Pemuda masa dulu vs Pemuda masa kini ?

Pemuda pada masa dulu, bahkan pada masa "ayah-ayah" kita, sememangnya seorang pemuda yang sangat-sangat berdikari. Pengalaman telah mematangkan mereka lebih daripada usia. Mereka mengharungi kehidupan yang sukar menuju kejayaan yang gemilang... Sebagai contoh, remaja pada zaman dahulu, seawal tujuh atau lapan tahun telah mula bekerja membantu keluarga. Ada yang menoreh getah, berkebun, mengembala lembu dan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah, mereka lebih berjiwa kental dan "cepat" matang daripada usia.. Pabila disuruh bekerja, mereka mampu berdikari, pabila disuruh berperang, mereka mampu menjadi "panglima" (Usamah b. Zaid ) , pabila disuruh memimpin mereka mampu menjadi pemimpin umat ( Sultan Muhammad Al Fateh )... Mungkin ada segelintir daripada kita akan berfikiran skeptikal dengan membandingkan dinamika kehidupan yang sama sekali berbeza pada waktu dahulu dan sekarang.. lalu, lihatlah pemuda masa kini, mereka juga tidak kurang hebatnya..

Pemuda masa kini, mungkin sedikit manja dan tiada daya tahan pemikiran yang utuh. Saya mengakuinya, saya juga begitu. Ada yang sanggup menangis demi cinta, ada yang tak tertahan untuk berdikari berseorangan, ada juga yang menangis tika berjauhan dengan ibu bapa.. Tika susah sahaja mereka menelefon ayah dan ibu.. tika senang... buah hati sepanjang masa..

Ramai juga, pemuda masa kini, yang tidak tahu tujuan hidup. Saya bersyukur atas kurniaan Ilahi, kerana terpilih dan dipilih oleh Nya, meniti arus kehidupan remaja yang disuluhkan dengan cahaya-cahaya tarbiyah.. Tetapi, bagaimana jika saya tidak mendapat tarbiyah ? Sebenarnya saya juga sama seperti anda. Tidak bermakna, remaja yang ikut usrah itu baik-baik sahaja, dan tidak bermakna juga remaja yang tidak ikut usrah itu buruk-buruk sahaja. Setiap individu ada kelebihan masing-masing dan kepribadian yang mulia. Anda tahu, pencetus Revolusi Mesir adalah seorang pemuda yang bernama "Wael Ghonim" yang merupakan seorang eksekutif google.. Dia bukanlah seorang lelaki yang ditarbiyah. Cuma pemuda-pemuda biasa yang inginkan kebebasan.. Mereka biasa-biasa tetapi berjaya mendidik jiwa mereka menjadi luar biasa..

Kisah menyayat hati

" Kenapa Pak Cik menangis ? Tanya seorang pemuda kepada seorang tua di masjid berhampiran rumahnya... Pak Cik menangis kerana melihat anak muda seperti kamu datang ke masjid setiap waktu.. Alangkah baiknya jika hati pak cik tertarik pada Masjid, seusia kamu dahulu... Ruginya masa muda pak cik kelmarin... "


Kisah ke dua ...

Teringat akan panggilan telefon seorang wanita di radio kelmarin, dia mengatakan andai diberi peluang dan ruang, dia ingin kembali semula ke zaman persekolahan.. Dia ingin belajar bersungguh-sungguh dan mengelakkan untuk bercintan-cintun.. Seingat akak tersebut, tidak ada satu cintanya berjaya.. Dia hanya menghabiskan masa mudanya
begitu sahaja.. Alangkah ruginya..

Jadi bagaimana untuk menjadi muda sejati ?

Sahabat-sahabat sekalian, ayuh kita bangkit, bangkit dari kealpaan lalu menuju kejayaan yang gemilang... Gunakan setiap peluang dan ruang pada usia muda ini untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya.. Lihat sahajalah Imam Al Ghazali, bagaimana dia memaksimumkan potensi dirninya untuk ilmu, sehingga dia tidak sempat untuk berkahwin.. Lalu, lihat pula, Imam Hassan Al Banna, bagaiman pemikiran mudanya mampu untuk merevolusi pemikiran umat. Mereka semua tidak perlu menunggu usia tua untuk membentuk keajaiban. Mereka juga tidak perlu umur yang panjang untuk meninggalkan kesan ke dalam sejarah peradaban manusia. Kedua-dua contoh di atas, meninggal dunia, seawal usia 40 an. Usia di mana, kehidupan seorang lelaki itu bermula menurut istilah barat. Tetapi kita orang islam, mari memulakan diri sebagai seorang lelaki pada usia ini.. " MEN's life start at 20's.." insyaAllah..


p/s : Pesan saya untuk rakan-rakan dan diri sendiri , mari kita kurangkan hiburan kosong (main game), menonton movie2, tidur terlalu lama..., rehat-rehat sahaja, tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu, bercinta, ... lalu tukarlah kepada membentuk satu kemahiran baru seorang anak muda.. Kerna kita adalah muslim super.. Seorang wanita juga, jangan mengangap tugas di dapur, menjaga adik sebagai membebankan, kerana itu adalah sebahagian tarbiyah sebelum berkeluarga..







2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...