2/24/11

Pabila aku berjalan, melihat dan mentafsir..


Berjalan, melihat dan seterusnya mentafsir. Suatu istilah yang biasa kita dengar, tetapi penuh makna dan pengertian yang mendalam. Kawanan perkataan yang jika dihilangkan salah satunya, pasti akan hilang makna keseluruhan kehidupan. Kenapa ye agaknya saya berani berkata demikian?

Manusia, mempunyai indera yang pelbagai. Mereka berfikir melalui minda yang dicernakan dengan pelbagai maklumat. Dari maklumat itu, mereka tahu ke mana arah tuju kehidupan yang mereka sedang lalui. Lalu, dengan berbekalkan lensa semula jadi iaitu indera mata, mereka merakam gambaran kehidupan. Dan, melalui proses itu, terjadilah proses mentafsir.. Di sini kita lihat.. Akal dan hati memainkan peranan yang sangat penting..

Analogi yang sangat mudah.. Seringkali kita dikatakan belajar daripada pengalaman. Bagaimana pengalaman itu kita lalui ? Tidakkah hanya sekadar kebetulan? Adakah ketika itu, minda kita berada dalam keadaan separuh sedar, lalu pengalaman itu terjadi. Sama sekali tidak. Ketika pengalaman itu kita lalui, minda kita sarat berfikir, berfikir di antara dua medium yang jika saya boleh simpulkan di sini, adalah medium "akal yang tidak sihat " dan juga "akal yang sihat ".


Rakan-rakan sekalian, bayangkan jika anda berada dalam situasi saya. Apakah yang anda fikirkan. Ayuh, berlaku jujur pada diri lalu sama-sama kita koreksi diri merubah ke arah yang lebih baik..

Situasi pertama ;

" Bayangkan jika anda berada dalam kawasan universiti yang dipenuhi dengan ramai wanita yang berpakaian seksi.. Apakah yang anda terfikir dan bagaimana rasanya anda boleh mengharungi keadaan seperti itu ? " Perkara ini tidaklah mustahil, kerana anda pasti boleh merasakannya jika belajar di universiti bukan awam ataupun di luar negara "

Perkara pertama yang ingin saya tanya kepada anda.. Apakah yang akan anda rasakan ? Mustahillah jika anda dikatakan sebagai seorang lelaki "biasa" lalu tidak merasakan apa-apa. Di sini, ada satu tips istimewa yang ingin dikongsi. Mungkin pada mulanya agak sukar tetapi, lama kelamaan, perkara ini akan menjadi rutin harian anda. Pertama sekali, biasakan berpuasa.. Berpuasa merupakan satu langkah bijak untuk menurunkan kadar hawa nafsu ke paras yang paling rendah. Dengan kata lain, anda bijak berfikir ketika itu. Jika tidak percaya cubalah..

Langkah ke dua, "jihad mata": Hal ini tidak bermakna anda menundukkan mata 24 jam sehari tanpa memandang mana-mana wanita lalu terhantuk ke dinding. Bukan itu yang sepatutnya dilakukan. Cuba dan cuba untuk menahan pandangan dari melihat "wanita-wanita" seperti itu..

Langkah ke tiga : berlaku biasa, dan anda akan biasa akhirnya.. Apakah maksudnya ? Maksudnya adalah dengan memperkuatkan diri dengan Islam, dan anda pasti mampu mengharunginya..


Situasi ke dua ;

Bagaimana pula jika anda jatuh cinta ? ^_^v

Analogi yang mudah, seperti yang disebutkan oleh Ustaz Zaharudin dalam al-kuliyyah kelmarin. Wanita + (berkahwin) lelaki = anak , wanita + (berzina ) lelaki =anak ... Kedua- duanya merupakan anak. Tetapi yang satu disebut anak dan yang satu lagi disebut anak luar nikah. Sama tetapi berlainan. Yang satu itu sah dan yang satu lagi itu haram.. Begitulah juga dalam situasi cinta.

Cinta itu adalah fitrah. Kata yang seringkali kita ucap dan ungkap. Namun, ramai yang tersalah mentafsirkannya. Mereka terlupa satu ungkapan lagi, Cinta juga boleh menjurus kepada fitnah.. Saya tidak ingin menghuraikan perkara ini dengan panjang lebar kerna saya yakin rakan-rakan sekalian pasti lebih mahir daripada saya tentang isu ini. Cuma, satu sahaja yang saya ingin katakan, jika anda telah jatuh cinta,.. maka, tahanlah perasaan itu.. Bagaimana ?

Langkah pertama adalah dengan jihad hati. Bukan senang tetapi juga tidak terlalu sukar. Hentikan dengan perkara yang asas seperti, berhubung secara kerap melalui ym, skype , chat, coll dan sebagainya. Mulanya pasti pahit, tetapi lama kelamaan anda pasti berjaya mengharunginya..

Langkah kedua : Elakkan urusan dengan wanita/ lelaki, kecuali terdesak. Rakan-rakan sekalian, kelicikan cinta yang dibawa nafsu ini, pasti membuatkan kita berfikir seribu cara untuk mengurat si dia.. Dimulakan dengan bertanya soalan agama, kemudian bertanya pula perihal peribadi, mengajak beribadah di fajar hari, kemudian, bermessage di malam hari.. Erm... Tetapi bagaimana jika saya terpaksa "group" dengan wanita.. Jawapannya adalah, " be profesional" ........

Dalam dunia serba moden ini, anda tidak boleh mengelakkan untuk berurusan dengan wanita secara total. Kerana masing-masing mempunyai kelebihan sendiri.

Langkah ke tiga : Meramaikan sahabat "sejantina". Jika anda tidak percaya, cubalah. Berkawan atas dasar ukhuwah dan cinta inilah yang amat dituntut oleh Islam. Berjinak-jinak dengan ramai kenalan, nescaya hati anda akan merasa manisnya tautan ukhuwah itu. Lalu, "girlfriend" anda itu akan sama sekali dilupakan.. wallhualam.. maaf jika saya silap.

Saya melihat ini melalui kaca mata saya yang terbatas dalam kelompok komuniti melayu islam yang amat-amat sedikit. Syukur juga saya tidak ditempatkan di kawasan yang mempunyai majoriti pelajar melayu. Pasti sukar untuk saya berjihad hati...

Situasi ke tiga ;

Bayangkan jika kemalangan berada di hadapan mata anda. Lalu, kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu kebetulan membawa emas jutaan ringgit. Mana satu yang anda akan selamatkan dulu ? Mangsa ? Atau emas ?

Erm.. Cuba kita sama-sama berlaku jujur pada diri. Mungkin kita tidak berada dalam situasi itu, dan kita pasti menjawab. "Saya akan selamatkan mangsa" .. Tetapi, lihatlah situasi seperti ini yang bukan mainan tetapi realiti yang berlaku dalam masyarakat kita. Saya sangat terkilan apabila terbaca keratan akbar hari ini. Dalam hati, saya sibuk bermonolog, jika beginilah keadaan nurani manusia masakini, bagaimana Islam itu akan tertegak. Apabila penyakit " Wahn" telah menimpa manusia akhir zaman, "beras" lebih diutamakan dari "keselamatan dan nyawa saudara sendiri" Inilah yang disebut, penyakit cintakan dunia dan takutkan mati..


Situasi ke 4 ;

" Adik, boleh panggil imam tak ? Anak saya ingin belajar sembahyang ? Waa.. terkejut dan gembira bukan main hati ini, pabila diberi peluang untuk mengajar insan bukan islam solat "

Bicara itu kemudian diteruskan lagi,

" Anak saya sakit la, sudah 3 hari dia kene kacau " " Boleh panggil itu imam tolong ubat "

Lar......... mengeluh panjang saya dibuatnya... Nak diubat rupanya.. Auntie India ni buat suspens la.. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, saya bermonolog sendirian..

" Kenapa ye , mak cik tu mintak tolong dengan imam ? Bukan sami ? "

Rakan-rakan sekalian, di sini kita dapat lihat, bahawa insan bukan Islam , sudah terang lagi bersuluh percaya dan yakin akan kekuasaan Allah, cuma mereka degil dan belum diberi hidayah" Persoalan inilah yang menghantui hati saya sejak sekian lama. Akhirnya terjawab juga.. Kalimah " Subhanallah " menjadi penghias malam untuk menunjukkan betapa adilnya Allah taala.. Ayuh, kita teruskan kesinambungan dakwah yang dibawakan oleh Rasulullah saw.

" Dan setiap kali suatu tanda dari tanda-tanda (kebesaran) tuhan datang kepada mereka, mereka selalu berpaling darinya ." ( Yaasin ; 46 )



p/s : Cuti semester bakal berakhir minggu ini. Mohon doa dari rakan-rakan sekalian agar kita sama-sama bersemangat menuntut ilmu.. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.. Sebelum kata di akhiri, mari kita sama-sama jenguk website Pembina Shah Alam. Banyak aktiviti menarik menanti anda.

" I believe i can fly " ^_^v

"Jangan bimbang bunga di taman dipetik orang "

"Komited dengan belajar , komited juga dengan dakwah "

Few words that bring a lot of inspiration to me .. Jzzk


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...