1/24/11

Bila hati direndahkan InsyaAllah martabat kan dijulang..



Dikala mendengar seseorang rendah hati atau tawaduk, apa yang harus kamu rasakan ? Apa yang terlintas di benakmu ? Apa yang kamu mengerti tentangnya ? Seharusnya kamu harus benar-benar tahu akan makna tawaduk itu...

Adakalanya juga, hati ini terasa begitu sombong. Sombong untuk mendengar pendapat insan-insan yang lebih muda, insan-insan yang tidak berpangkat lagi berharta, insan-insan yang miskin dan lemah. Insan-insan yang tidak berpendidikan tinggi. Kenapa harus begitu ? Hal ini kerana, kita tidak mengerti akan maksud sebenar tawaduk itu. Tawaduk secara ringkas boleh dibahagikan kepada dua erti, Pertama ; tunduk dan menerima kebenaran dari sesiapapun, Kedua ; merendahkan sayap dan darjat sesama manusia ; bergaul dengan mereka secara ramah dan baik.

Keutamaan tawaduk

Orang yang tawaduk kepada Allah pasti dimuliakan

Nabi saw. bersabda " orang yang tawaduk kepada Allah, pasti dimuliakan Allah " HR muslim
(hadis no 6535 ). Mahasuci Allah hadis yang jika kita teliti dan perhati, begitu nyata dalam kehidupan kita. Saat ini jijka kita lihat, semakin tawaduk seseorang semakin ia disukai dan dicintai masyarakat. Lalu, tanyalah kondisi ini terhadap dirimu duhai sahabat ? Di manakah kedudukanmu ? Apa pun jawabpannya ayuh kita sama-sama mengkoreksi diri.. Bermula dari sekarang mari kita lihat contoh-contoh kepribadian yang sungguh-sungguh tawaduk sepanjang zaman..

Beberapa contoh yang layak ditiru

Tawaduk adalah akhlak rasul

Para sahabat bercerita bahawa Nabi saw, pabila bersalaman tidak pernah melepaskan tangan dahulu hingga orang yang disalami itu melepaskannya, beliau juga pabila bersalam menghadapkan tubuh dan pandangan mata benar-benar pada insan yang disalam itu. Baginda juga sentiasa ceria dan peramah.. Tidak pernah sahabat kelihatan baginda saw bermasam muka..

Ya Allah, betapa jauhnya perilaku Baginda saw jika hendak dibandingkan dengan kita. Pabila bersalam, kita tidak pernah memandang wajah insan yang kita salam itu, lalu dengan sekadar adat, kita segera melepaskan tangan. Adakah kita "sesibuk" Baginda saw untuk berperilaku seperti itu. Dikala berjumpa sahabat handai pula kita bermasam muka. Dengan wajah yang tidak ceria, masihkah ada insan yang ingin menyukai mu.. Ayuk kita renung-renungkan..

Biasa-biasa saja !

Lihatlah satu kisah ketika mana seseorang pergi berjumpa dengan Rasulullah saw, tubuhnya gementar kerana takut (ia menyangka akan berjumpa seorang raja ). Melihat hal itu Nabi saw berkata. " Aku ini biasa-biasa saja, aku bukan raja. Aku hanyalah anak dari wanita yang makan daging kering di madinah ( Hadis riwayat Ibn majah ( no 3312) "

Lihatlah sahabat-sahabat sekalian, bagaimana mulianya akhlak Baginda nabi saw. Berbeza dengan kita. Kebiasaanya orang-orang yang berpangkat besar akan merasa bangga pabila orang tunduk hormat kepadanya. Pernahkah dari mereka berkata demikian " aku hanyalah anak petani biasa" Tidak pernah bukan.. Tetapi situasi ini sungguh berlainan sekarang. Sebagai contoh, ketika ditemuduga atau berjumpa dengan menteri-menteri besar, kita akan berasa takut dan gentar.. Kenapa ye ? Satu persoalan pemikiran yang perlu kita sama-sama fikiri. Kerana saya juga berasa gementar ketika menjalani temuduga..

Oh tuhan tubuh Nabi saw tertutup tanah

Perhatikan sifat tawaduk Nabi saw saat perang Khandak. Di antara sahabt ada yang mengali lubang dan ada juga yang memecahkan batu. Seperti yang diketahui, kerja-kerja di atas secara zahirnya tidaklah terlalu berat dan mengotorkan. Tetapi anda tahu apa yang Baginda Nabi saw lakukan ? Adakah Baginda Nabi saw hanya duduk sekadar mengarah dan memerhatikan ? Sama sekali silap.. Baginda Saw sanggup mengangkat tanah-tanah yang digali sedalam lebih 3 meter di belakangnya hingga seluruh tubuh Baginda saw tertutup oleh tanah.

Nampaknya, kita pasti tertanya-tertanya mengapa Baginda nabi saw memilih pekerjaan tersulit itu. Hal ini kerana Baginda saw memiliki sifat tawaduk yang agung. Berbeza dengan kita yang masih lagi bermalas-malasan untuk mengemas rumah, menolong ibu mencuci pinggan , membersihkan lantai dan sebagainya.

Tawaduk yang mengagumkan

Tahukah engkau bagimana Nabi saw memasuki Makkah saat fathu makkah dan pada saat memperoleh kemenangan ? Belia memasuki makkah dengan menundukkan kepala.

" Diriwayatkan " bahkan kami melihat kening Nabi menyentuh unta ".. Ya Allah, padahal pada ketika sebelum fath makkah, orang kafir menyiksa para sahabat, mencaci dan menghina mereka serta memerangi Nabi saw.. Lalu kita lihat bagaimana reaksi Baginda Nabi saw yang timbul ?

Maha suci Allah, di sinilah sifat tawaduk kesan dan hasil kejayaan tarbiyah yang besar.. Semoga Allah senantiasa merahmati Nabi Muhammad saw.


Aku yang mengumpulkan kayu bakar

Dalam sebuah perjalan Nabi saw meyuruh sahabat-sahabat memasak kambing. Lalu mereka beramai-ramai sukarela menawarkan diri. " Biar aku yang menyembelih", " Biar aku yang mengulitinya ", " Biar aku yang memasakny " Lalu Rasulullah saw menjawab, biar aku yang mengumpulkan kayu bakar. Mereka kemudiannya menjawab, "tidak mengapa Rasulullah, biar kami sahaja yang melakukannya" Mendengar hal itu Baginda saw menjawab, aku tahu kalian tidak membenarkan aku, tetapi aku tidak suka diperlakukan istiwewa, Kerana Allah membenci seorang hamba yang ingin tampak istimewa dalam kalangan sahabatnya.


Tawaduknya Abu Bakar dan Umar

Tawaduknya Abu Bakar pada ketika itu adalah beliau sanggup membersihakn rumah seorang tua, padahal pada waktu dan ketika itu beliau adalah seorang Khalifah. Subhannallah..

Lalu siapa kita ? Kita tidak mahu membersihkan rumah, tidak mahu membantu ibu kita, juga tidak mahu membantu isteri kita ( insyaAllah ^_^v), kenapa harus begitu. Seorang anak gadis berkata pada ibunya " Aku sedang sibuk belajar", bila adanya masa bagiku untuk membersihkan rumah.. Ya Allah, jika sekarang pun kamu tidak ada masa untuk membersihkan rumahmu sendiri, bagaimana nanti ingin berperilaku seperti Abu Bakar yang rela membersihkan rumah seorang tua.

Tawaduknya umar pula , beliau sanggup membersihkan untanya sendiri sedangkan pada ketika itu beliau juga seorang khalifah. Pernahkah pada ketika ini, ada pemimpin besar yang rela membasuh keretanya sendiiri ? Ketika ditanya, kenapa Umar tidak menyerahkan tugas itu pada hambanya.. Lalu, apa yang dijawab " Adakah yang lebih hamba dari ku ? "

Ya Allah, seorang raja membersihkan untanya sendiri.. Seolah-olah kita sedang membaca cerita dongeng.. Tetapi bukalah mata wahai sahabat-sahabt sekalian. Ukurlah dimana tahap tawaduk kita..


Jalan Menuju tawaduk

Tawaduk dalam berpakaian

Suatu ketika Nabi saw didatangi seseorang, " Ya Rasulullah, aku senang memakai pakaian yang bagus dan sandal yang bagus. Adakah ini termasuk sombong ? Beliau menjawab tidak, Allah Maha Indah dan dia sukakan keindahan" Hr Muslim ( no 261)..

Hadis diatas membawa maksud, bukan kita tidak boleh bergaya, tetapi berpada-pada. Cara hendaklah kena pada niat. Dan tempat haruslah sesuai dengan keadaan. Anda perlu ingat orang yang taat pakaian nya bagus dan baik. Hal ini sahabat-sahabat sekalian perlu kita pandang serius, kerana, umat Islam bukanlah umat yang selekeh dan tiada bercita rasa. Cuma, jangan sombong. Kita akan dinilai masyarakat di sekeliling.

Nabi saw juga bersabda " Sesiapa yang meninggalkan pakaian kerana tawaduk kepada Allah padahal dia mampu memakainya, Allah akan memanggilnya di hari kiamat di hadapan Makhluk hingga ia diberi pilihan, pakaian iman mana yang ingin ia pakai" ( HR Tirmidzi ( no 2481)

Renung-renungkan hadis ini sahabat-sahabat sekalian. Anda mampu memakai tudung ala-ala Yuna, tetapi disebakan tawaduk kepada Allah anda memilih untuk bertudung labuh.. Anda bisa rakan-rakan sekalian, bermain bola memakai seluar pendek, tetapi disebabkan tawaduk kepada Allah, anda memilih untuk berseluar panjang.

Tawaduk dalam membina mahligai bahagia

Lihatlah bagaimana Saidina Ali dan Fatimah membina keluarga mereka. Mereka hidup serba ringkas dan serba cukup tetapi bahagia. Janganlah kalian hanya mengejar harta keduniaan sedangkan pasangan kalian tidak mampu untuk begitu. Di sini ditekankan juga, supaya ihsan dalam menikah. Kalian bukan sahaja menikah si empunya diri, tetapi keluarganya, akhlak serta keperibadiannya. Jangankan disebabkan kecantikan anda lupa akan syarat yang lebih penting iaitu agamanya.. Oleh itu, risiklah dan pilihlah calon yang terbaik buat dirimu .. moga kalian dan si dia bersama-sama akan bercinta di syurga nanti .. ( ^_^v) fuhh.. jiwang.. hehe..

Tawaduk kepada keluarga terdekat terutama ibu bapa..

Anak-anak perlu ingat, walau siapa pun kamu, belajar tinggi mana sekalipun kamu, tawaduklah terhadapa kedua orang tuamu. Mereka membesarkanmu sejak dari kecil hingga besar. Jadi mengapa harus kita angkuh terhadap mereka. Jika tiada mereka? Siapakah kita ? Tawaduklah..
Ciumi mereka dan sayangi mereka..

Kita juga disarankan tawaduk terhadap saudara-saudara terdekat. Jangan pula jika mereka miskin, kita semakim menjauhkan diri dari mereka. Kita lebih senang bergaul dengan saudara mara kita yang kaya sahaja.. Di situ kita lihat? Mana itu tawaduk?

Jangan mengungkit-ungkit lalu menyangka telah berbuat banyak

Sikap tawaduk yang paling indah adalah merendah dan menundukkan diri di hadapan Allah. Janganlah mengunkit-ungkit amalan kebajikan kita, solat, puasa , qiam. bersedekah. menolong membersihkan rumah dan sebagainya.. Hal ini kerana, bukan dengan amalan yang bisa membuatkan kita ke syurga, tetapi Rahmat dari Allah. InsyaAllah.. Sebelum terlupa seperkara lagi.. Tawaduk pada gadjet-gadjet terbaru. Khususnya remaja Abad ke 21 ini. termasuk saya. Semoga kita termasuk dalam kalangan insan yang tawaduk dan zuhud terhadap harta dunia.

p/s: Tahniah buat rakan-rakan yang berjaya mengapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan A level tempoh hari. moga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Moga-moga dingat, walau tinggi manapun kita belajar. Cubalah bersifat seperti ini " Saya belajar biasa-biasa je" meskipun anda menuntut di universiti-universit berprestij. Wallahualam

Sumber rujukan : Buku pintar Akhlak: Dr Amr Khaled.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...