1/10/11

Lelaki di awang-awangan..


Bayu malam dirasakan begitu halus menyapa diri, suasana yang tenang sebegini di desa tercinta pasti membuatkan setiap jiwa yang terlena bingkas bangkit menuju kesedaran. Kesedaran yang ada kalanya memerlukan daya fikir yang lebih serta berlainan.. Sama sekali perlukan sedikit kelainan.. Kelainan yang daripadanya bisa mencorakkan umat dan jalan yang bakal dituju selepas ini.. Adakalanya hati ini sering tertanya, masih punyakah jalan bagi diri ini merealisasikan apa yang dihajati ? Pasti teman-teman juga berfikir begitu.. InsyaAllah, dengan berbekalkan sedikit buah pandangan dan pengalaman peribadi, persoalan inilah yang akan kita bincangkan bersama..

Hajat ? Impian ? Cita-cita ? Perkataan yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama.. Maksud yang sama tetapi memberi erti yang berbeza pada setiap individu.. Ada insan bercita-cita tinggi, ada insan pula bercita-cita rendah.. Ada insan yang mengapai impian, ada insan pula yang hanya mampu mengimpikan apa yang dihajati... Rakan-rakan sekalian.. Mari kita lihat dalam ruang lingkup yang lebih besar lagi... Teman-teman kita di Palestin mengimpikan secebis makanan, kita pula mengimpikan hidangan makanan yang sedap-sedap.. Mereka di Palestin sanggup menanam rumput untuk dijadikan makanan, walhal kita pula sangup membeli makanan hanya sekadar dijadikan perhiasan.. lalu dibazirkan dan dibuang.. di sinilah letaknya dua impian yang berbeza tapi dengan satu tujuan.. untuk memenuhi fitrah sebagai manusia yang perlukan makanan untuk hidup..

Manusia, kadang kalanya begitu memberikan saya satu subjek motivasi yang cukup tinggi.. Saya gemar melihat manusia dan memerhatikan tingkah laku mereka.. Bagaimana budaya dan pemikiran mencorakkan manusia di satu-satu populasi dan kawasan. Penduduk di kawasan A, sudah semestinya berbeza daripada penduduk di kawasan B, dan begitulah sebaliknya.. Saya juga gemar memerhatikan kemajuan pemikiran penduduk di sesebuah kariah dan melihat cara bagaimana mereka mengimarahkan masjid.. Mungkin, atas jurang umur yang "jauh" di kalangan majoriti jemaah masjid kini, masjid di sesetengah kariah seakan lesu dan suram tanpa sebarang aktiviti.. Anak-anak muda terlihat begitu kurang sekali dan semakin mejauhi masjid.. Di manakah silapnya? Begitu juga adab-adab di dalam masjid.. Sebuah analogi yang cukup mudah ,kita seringkali melihat tanda "Dilarang merokok di pasar-pasar raya" ini bermakna kita dilarang merokok di situ.. Tetapi, pernahkah kita terlihat tanda "dilarang merokok" di masjid2? Persoalannya, adakah masjid itu tarafnya lebih rendah daripada pasar-pasar raya ? renung2kan..

"musafir itu hatinya suci tulus dan murni"

Kata-kata ini yang didengari beberapa hari lepas membuat semangat untuk bermusafir begitu membuak-buak di dalam diri, manakan tidak bermusafir di rantauan ini seakan-akan bisa membuka kepompong minda ke arah yang lebih maju . Bebas dari zon keselesaan yang dirasakan majoriti mahasiswa di Malaysia.. maaf jika saya katakan begitu.. Alhamdulillah, perkenalan saya dengan seorang akh yang pernah menuntut di bumi asing dan sekarang bekerja sebagai Dental Oficer di Muar menjelaskan segala-segalanya.. Ada betul juga katanya, pelajar-pelajar kita di Malaysia seakan tidak dapat lari dari kepompong kemanjaan . Mereka masih mengharapkan belas ihsan ibu-bapa dalam apa-apa juga perkara.. Berbeza dengan anak Malaysia yang belajar di rantauan. Mereka bukan sahaja perlu membiasakan diri dengan budaya setempat tetapi ada kalanya dengan corak kehidupan serba baru yang memerlukan self dependent yang amat-amat tinggi.. Walaupun diri ini juga masih belum berkesempatan melanjutkan pelajaran di bumi asing, cerita-cerita dari rakan taulan pasti membuatkan hati sedikit cemburu .. Cemburu yang pasti diri ini manfaatkan sepenuhnya untuk meraih kejayaan yang lebih besar.. InsyaAllah..

p/s : Semoga rakan-rakan yang bakal melanjutkan pelajaran di bumi kangaroo dan kiwi selamat tiba di destinasi masing-masing.. Semoga berjaya menjadi muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat.. aminn ^_^v

" Jika anda ada perkara yang dihajati dan ingin dibuat, laksanakan sekarang, kerna, mungkin hari esok bukan milik anda "

"Dan, jika ingin berubah, jangan tunggu hingga esok, kerna mungkin semangat itu sudah tidak sama seperti sekarang,, berazam ingin belajar bersungguh-sungguh ?.. ayuh kita laksanakan sekarang "




2 comments:

  1. orang mana merokok dalam masjid..klu buat gak mmg minx pelempang la 2..haha

    ReplyDelete
  2. perkarangan masjid ada je.. dah memasuki kawasan masjid kirenye.. bau semerbak harum.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...