6/30/10

Renungan buat mu,sahabat

3 Kemuliaan Mengingati Mati dan 3 Kecelakaan Tidak Mengingati Mati

Berkata Ad-Daqqaq:

Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan dengan 3 perkara :


1- Segera bertaubat



2- Hati yang qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada)



3- Cergas beribadah



Manakala barangsiapa yang selalu lupa mengingati mati, akan ditimpa dengan 3 perkara,


1- Melambat-lambatkan taubat



2- Tidak pernah merasa cukup



3- Malas beribadah



Dinukil oleh Imam Qurtubi rahimahullah dalam kitab At-Tazkirah
http://karyamatahati.blogspot.com/2010/06/3-kemuliaan-mengingati-mati-dan-3.html

6/29/10

Alhamdulillah..










Alhamdulillah, pagi yg ceria bukan ? Kita bisa melihat pohon menghijau, mampu untuk mendengar burung berkicauan, dan dapat merasai hembusan bayu pagi yg begitu menyegarkan.. Bukankah itu semua, anugerah dari Allah? Ucapkanlah syukur padaNya selagi kalian bisa menghirup udara untuk bernafas, memperoleh tenaga dari proses pencernaan oxygen itu.. Subhanallah, sungguh hebat pengaturan alam Mu Ya Khaliq. Sesungguhnya kehebatan dan kecerdikan Mu tiada tolak taranya.

Alhamdulillah, sekali lagi ku panjatkan kpd Ilahi, dengan bantuan kurnian Nya Yg Maha Hebat, mampu bagi ku merasai sekelumit nikmat kejayaan untuk ku terus berbakti pada Islam tercinta. Kadangkala diri ini terasa malu, hendak meminta pada Sang Pemberi, tapi si empunya diri ini, xmampu menunaikan hak pada Nya.

Renung2kan ayat Quran yg membuatkan hati saya amat tersentuh tika membacanya di dalam ktm.. begini

"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan" (Ash-Shaff:3)

Malu lah wahai si empunya diri, mana kamu hendak letak muka di padang masyar nanti oi..

Seperkara lagi, sudah tiba bagiku untuk membuat sedikit perancangan hidup... Seingat ku dahulu, ada seorang Englishman ni, dia tulis 100 matlamat hidup dia masa dia remaja and almost 80% dia mampu buat ? Kenapa begitu? Menurut kajian, kita akan lebih bermotivasi, jika matlamat itu kita tulis dan kita catatkan. Perlu diingat, kita merancang, Allah merancang, Tapi, Allah adalah sebaik2 perancang... matlamat nya adalah.

1. Saya ingin menghabiskan degree saya dalam bidang Biotechnology, di Monash University selama hampir 3 tahun dengan memperoleh first class degree. jika ada rezeki, + 1 year for Honours. InsyaAllah.

2. Selanjutnya, saya ingin melanjutkan pelajaran di University of Adelaide dalam masters selama 2 tahun. Kemudian menimba sedikit pengalaman bekerja di sana. InsyaAllah. Auntie pernah berkata, di Malaysia, memang agak pelik, jika kita peroleh degree dalam biotech tp berkerja dalam sektor ekonomi misalnya sebagai seorang accountant. Tapi, di US, perkara ini bukan perkara mustahil. Cuma, once kita peroleh peluang untuk bekerja, buatlah sebaiknya. Try to be creative ( Anak Fozi, 2010)

3. Saya juga ingin bergiat aktif dalam aktiviti dakwah dan usrah saya bersama Isma, insyaAllah segala kudrat yg ada akan saya curahkan, apa yg terdaya saya akan bantu. Pepatah ada mengatakan, serigala tidak akan menyerang kambing jika dia berada dalam kelompoknya. Maksudnya disini, pabila kita bergerak dalam jemaah misalnya, kita akan menjadi kuat dan risalah islam kan mudah tersebar.

4. InsyaAllah, dalam tempoh 4 atau 5 tahun dari sekarang saya akan persiapkan diri untuk membina keluarga muslim. Dalam tempoh itu saya akan cuba untuk perbaikki diri sebaik mungkin. Saya ingin mencontohi Rasulullah s.a.w kerana beliau adalah contoh suri teladan yg terbaik. Moga2 saya akan dikurniakan zaujah dan zuriat yg menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati.. (poyo je) huhu.. doakan saya..

5. Akhir sekali, sudah tentulah saya berazam untuk menjejakkan kaki ke bumi palestin. Saya ingin berjihad, walau dalam bentuk apa sekalipun. Kerana puncak segala amalan adalah dengan berjihad di jalan Allah. Tidak kiralah jihad harta, ilmu pengetahuan, mahupun tenaga. Moga2 saya akan menjadi saintis islam yang berguna pada agama dan juga bangsa.

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian,akhir kata mohon jasa baik kalian untuk mendoakan saya tika kalian membaca entry ini. Segala salah silap saya harap ditegur, saya cuma manusia biasa yg banyak kelemahan. Di kesempatan ini juga hendak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada... Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w, guru2, arwah mak, ibu dan ayah,makcik2, keluarga terdekat, sahabat handai sekalian dan juga....kamu. Kalian adalah sumber kejayaan dan 'kegembiraan ku yg satu' Terima kasih banyak2.

Jaras di laman isinya padat

Tempat menyimpan buahnya manggis,

Orang beriman penuh beradat,

Lakunya sopan mukanya manis.

6/28/10

Malu...


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, berkat rahmat dariNya mampu lg diri ini untuk terus menulis tinta2 berupa hikmah dan nasihat.. Pada entry kali ini, suka saya untuk menghuraikan akhlak muslim yg ke 4 merujuk kpd buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"
ditulis oleh allahyarham Ust Fathi Yakan.. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempunyai sifat malu. Like we oways heard b4, malu itu makhota iman.. tp benarkah malu itu makhota jika tiada permata sebagai hiasan..

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian, sebagai seorang muslim/muslimah kita mestilah bersifat malu dalam semua keadaan, tetapi sifat malunya itu tidak menghalang diri dpd mengatakan kebenaran. Termasuk juga pengertian malu itu ialah dengan tidak campur tangan dalam urusan org lain, menahan pandangan, ringan tulang, tidak meninggikan suara, berpada dgn apa yg ada setelah diusahakan dan byk lg sifat2 yg merujuk kpd sifat malu.

Sebagai seorang pelajar, kita perlu tahu, malu perlu bertempat, malu bertanya ketika kuliah, bukan sebenarnya malu, tetapi takut. Malu bertanya sesat jalan. Begitu juga dalam berpakaian, kita perlu besederhana dan yg paling penting perlulah menutup aurat. Tapi? Apa jadi dengan rakan2 seagama kita, tika, mereka yg digelar sebagai akhwat dan ikhwah, baik pengetahuan agamanya, bertudung litup, tp...... bagaimana dgn akhlak mereka? pergaulan mereka? Pernah saya ditegur oleh ummi, tak semua, perempuan bertudung labuh tu baik hatinya, malu perwatakannya.. dan tak semua lelaki, yg mengenakan kopiah sepanjang masa pula baik hatinya, zuhud perwatakannya. Aduhai si empunya diri.. manusia2...

Sahabat2 sekalian, tahukah kita, Rasulullah s.a.w.lebih pemalu dari seorang anak gadis dan baginda bersabda:

"Iman itu lebih dari 70 atau lebih dpd 60 cabang yg paling afdal adalah kalimah Lailahaillallah dan paling rendah ialah membuang sesuatu yg boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang dpd iman" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlu diingat , bahawa tanpa sifat malu, mana mungkin lahirnya ummah yg berakhlak mulia, tanpa sifat malu, Rasulullah pernah berkata, buatlah apa yg kamu suka? Jadi kawan2 marilah kita mempraktikkan sifat ini.. InsyaAllah, bukan sahaja diri kan terjaga, kita juga akan dihormati oleh manusia dan disayangi oleh Allah.. Bukankah redha dari Nya yang kita inginkan?

"Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hambaNya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan,tiada lain ia brtujuan mengarahkannya supaya brjuang & melawan sehingga perjuangan itu akan melahirkan cinta kepada Allah
(Ibn Qayyim)"

6/21/10

DEMI WAKTU

Seputar jarum waktu,
merakam minit ,
saat ,
dan detik .

BERBUNYI setiap gelinciran roda berbentuk,
yang dipegang dengan kukuh dan teguh,
dan setiap insan yang mendengar,
suara-suara halus putaran waktu,
mula berbicara pada ruang hati ,
akan masa yang telah pergi ,
akan masa yang sedia menanti,
akan masa yang bakal dititi .

Aku teringat mutiara yang pernah ditutur,
oleh cendekiawan yang jasanya tidak pernah luntur,
walau zaman dan abadnya telah lama berlalu,
tetapi pesannya kekal tersisip rapi,
pada manusia yang sentiasa berhati-hati dan teliti,
agar masa kurniaan tuhan dijaga dan dihargai,
sebelum waktu dalam diri,
takkan lagi mampu dipanjangkan Yang Ilahi.

Mereka seusia denganku,
terus melintasi jalur-jalur hidup,
dengan dua as-sirat berbeza;
terbahagi kepada jalan an-nur dan hidayah,
serta jalan kufur dan mazmumah

Maka aku turut dihimpit dilema yang sama,
moga Allah membimbing hati dan nuraniku,
pada waktu pancaindera dikelabui tipu dan ragu,

Ya ALLAH
Ya HADI~

(nukilan saudara Fahmi; sepupuku )
gdLuck bro at KmB...may Allah bless U..

6/20/10

Bila Hati Berbicara~


Bila Hati ini Berbicara....

Jemari meringankan kata...

Bahasa tersusun indah...

Sighah ku susun atur....,

Munajatku .. Hanya pada Mu..

Ya Tuhan,

Aku tidak bimbang andai aku tidak mempunyai pasangan tetapi aku bimbang andai iman yang Engkau berikan kepadaku semakin berkurang, Aku tidak bimbang jika aku tidak hartawan kerana aku bimbang jika aku bukan seorang dermawan, Aku tidak bimbang jika aku tidak dapat cinta pada wanita yang aku idamkan, kerana aku bimbang cintaku padaMu akan berkurang : tetap melangkah, menyusuri jalan sambil melihat dan belajar mengambil hikmah ...

Ingatlah wahai si empunya diri.. andai kamu naik k puncak gunung... lihatlah ke puncak janganlah lihat ke bawah.. hindarilah dari melihat batu2 yg berserakan di sekitar kamu.. Naiklah dengan langkah yg pasti.. Jangan melompat.. Kerana kamu pasti terjatuh... Melangkah lah dgn penuh pasti disulami keyakinan yg jitu.. InsyaAllah kamu kan berjaya...

Ya Allah... kau hilanglah keresahan aku tentang kerjaya ku, masa hadapan ku... sumbangan ku untuk islam... Daku takut Ya Allah, andai tiba satu masa, aku tidak mampu menjadi muslim yg bermanfaat buat agama ku..dan menjadi ketua keluarga yg tidak mampu membina asas keluarga muslim yg kukuh...

p/s: Pohon doa dari semua... moga2 rehlah kami k langkawi dirahmati Allah sentiasa.. sebagai medan bagi kami mgeratkan ukhuwah di samping dapat melihat kebesaran Allah melalui mata hati...




6/15/10

Huraian Hadis..



Assalamualaikum wbt,, sahabat2 sekalian.. soalan Mu`az bin Jabal membuktikan keprihatinan beliau yg kuat terhadap amal soleh yg merupakan pintu kebajikan dan merupakan satu jalan daripada jalan2 hidayat. Dalam bertanya.. Mu`az menunjukkan kesungguhan yg mendalam serta, penggunaan bahasa yg indah dan bertanya pertanyaan yg sgt2 bernas.. Inilah sepatutnya adab yg perlu kita ada dalam bertanya..

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian,

Hadis di atas menerangkan kpd kita secara jelas bahawa, seseorang itu tdk berhak masuk ke syurga semata2 kerana amal itu sendiri. Tetapi, amal itu mestilah diterima oleh Allah. Apakah syarat2 amal seseorang untuk diterima? Sudah semestinya amal yg ikhlas dan amal yg dinaungi rahmat dpd Allah s.w.t . Selain itu, nabi s.a.w juga menjawab pertanyaan Mu`az dgn menyuruhnya mentauhidkan Allah Yang Esa dan mendirikan lima rukun fardhu seperti yg ktia ketahui. Disebutkan juga oleh Rasulullah s.a.w "Pintu2 Kebajikan :

a) Puasa itu perisai
Puasa yg disebutkan disini ialah puasa sunat bukan puasa bulan Ramadhan. Puasa adalah perisai dalam seseorang menahan nafsyu syahwatnya, menjaga pandangannya dan juga melindungi dirinya dalam dunia yg penuh maksiat. Ketahuilah dgn berpuasa jiwa kan jadi tenang, hati kan menjadi bersih, level nafsu kan dapat diturunkan. Jiwa seorang yg brpuasa turut menjadi jernih sejernih dasar takwa yg cuba dicerminkannya. Jadi, ayuh rakan2 marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan rejab ini.

b) Sedekah
Sedekah di sini bukanlah zakat.. tetapi sedekah sunat.Seperti wang atau keperluan yg kita dermakan kpd surau, masjid, fakir miskin, mangsa perang di Palestin dan lain2 lagi. Ketahuilah rakan2 yg dikasihi sekalian, dgn bersedakah dosa2 kecil dpt dicairkan tetapi perlu diingat, dosa2 besar pula memerlukan kita bertaubat kpd Allah dgn taubat nasuha manakala dosa kpd anak adam memerlukan kita memohon maaf dari tuan empunya diri.

c) Solat tahajud.

"Sebaik2 solat selepas solat fardhu adalah qiamullail (Muslim)"

Melalui hadis di atas tidak dapat disangkal lagi kelebihan solat malam (rujuk post kelebihan solat malam)

Ketahuilah rakan2 yg dikasihi sekalian, kepala urusan adalah islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad.

Di akhir hadis ini ditambah bahawa penguasa segala urusan ialah menjaga lidah.Imam Ahmad at tirmizi meriwayatkan dpd Abu Hurairah r.a dpd Rasulullah s.a.w bersabda:

"Perkara yg paling banyak memasukkan (manusia) ke dalam neraka adalah dua rongga; mulut dan kemaluan"

Melalui hadis di atas banyak yg boleh dihuraiakan. InsyaAllah akan dihuraikan dgn lebih lanjut pada sambungan akhlak muslim yg ke 3 iaitu.. menjaga lidah.. Selamat beramal..


6/14/10

Aku ingin bertanya Ya Rasulullah...

Muaz bin Jabal (ingat tak kawan2 siapa muaz ni..ya..beliau adalah sahabat yang diutus Rasulullah ke Yaman..dan peristiwa yang berlaku dalam hadis tu jadi dalil harus berijtihad dengan aqal..) bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

"Wahai Rasulullah! Beritahulah kepada saya suatu amalan yang boleh memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari api neraka"

Nabi bersabda:

"Kamu telah bertanya tentang perkara yang besar. (Nabi memuji soalannya dan mengagumi kefasihannya). Ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah. iaitu dengan menyembah Allah, tidak menyekutuinya dengan sesuatu, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dan menunaikan haji ke Baitullah"

Nabi kemudian bersabda lagi:

"Mahukah engkau aku tunjukkan pintu2 kebajikan?(cara pendidikan yang berjaya dan menarik minat penuntut)..Puasa adalah perisai. Sedekah boleh memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. Begitu juga solat di tengah malam"

Nabi pun membaca: ayat sajadah 16-17
تتجافى جنوبهم hingga habis ayat 17.
(Ayat ini pasti membuatkan setiap jiwa terasa.. empunya diri lagi la terase..)

Nabi bersabda lagi:

"Mahukah kamu aku tunjukkan kepala segala urusan, tiang dan kemuncaknya?"

Muaz menjawab:
"sudah tentu mahu, wahai Rasulullah!"

Nabi bersabda:

"Kepala segala urusan ialah Islam. Tiangnya adalah solat. kemuncaknya adalah jihad."

Nabi bertanya lagi:

"Mahukah engkau aku beritahu penguasa segala perkara? dan jawapannya, Nabi memegang lidahnya seraya bersabda:
"Kamu mesti menahan ini (lidah)".

Muaz berkata:

"Wahai Nabi Allah! Adakah kami akan diambil kira dan dihukum kerana apa yang kami ucapkan?"
Baginda menjawab:

"Moga ibu kamu kehilangan kamu (ungkapan ini lahirkan rasa hairan terhadap kelalaian Muaz tentang perkara seumpama ini). Bukankah manusia dihumban ke dalam api neraka di atas muka mereka melainkan kerana tuaian lidah mereka?"

InsyaAllah, huraian hadis pada next entry... (^_^v)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...