7/1/10

Jumaat yg barakah..

Salam jumaat yg penuh barakah ini, saya tujukan buat rakan2 yg dirahmati Allah sekalian. Bersyukur ke hadrat Ilahi, dgn limpah rahmat dan kurnia Nya, kita mampu lagi hidup dan terus bernafas di bumi Nya.. Isi lah hari jumaat yg penuh dgn keberkatan ini, dgn memperbanyakkan amalan2 sunat, seperti bersedekah, berzikir dan juga membaca surah Al-kahf... InsyaAllah keberkatannya akan kita temui.
Suka bagi saya , sebelum menyambung entry smlm, untuk menghidangkan sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian dgn sedikit santapan jiwa buat penyejuk nurani.. begini bunyinya..

Jibril a.s datang kepadaku serta berkata, " Ya Muhammad, berapa lama pun kamu hidup di dunia ini, kamu akan mati pada suatu hari nanti, dan kamu mungkin menyintai siapa saja, tetapi kamu harus ingat bahawa pada suatu hari nnt kamu akan berpisah dengannya. sesungguhnya kamu akan menerima balasan atas apa yg kamu kerjakan (baik atau jahat). Tidak dapat dibantah lagi, bahawa kebesaran seseorg mukmin itu adlh dalam tahajjudnya dan kemuliaanyya adlh dlm keredhaannya dan kesabarannya.

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian ,
mari kita lihat sambungan bagaimana syaitan memasuki hati2 manusia dan juga pintu2 nya.

6. Pintu yg ke enam, hasad, lantas aku menghadapinya dgn sifat qanaah (berpuas hati dgn apa yg ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah terhadap makhluknya.
Maksudnyan di sini, kita hendaklah bersyukur dgn apa yg kita ade. Hal ini kerana, apabila kita qanaah, hati kan jadi tenang dan tenteram, kita sentiasa merasa cukup dgn segala pemberian Allah,, dgn ini hati tidak akan menjadi resah. Juga perlu diingat, janganlah terlampau mengejar dunia, pabila dunia di kejar, akhirat kan keciciran,.. Sangupkah anda kaya di dunia, tp papa di akhirat?

7. Pintu yg ke tujuh ialah riya` dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dgn sifat ikhlas. erm.. memang susah bukan nak menghilangkan sifat ini, dan agak susah juga untuk berlaku iklhas. Cubalah untuk memberi dan bukan untuk menerima,, ingatlah setiap apa yg kalian dapat dpd seseorg berbanding apa yg kalian berikan padanya, dgn ini, hati kan bahagia... Cuba kalian bygkan, Allah sentiasa memberi bermacam2 jenis kenikmatan pada hamba Nya, pernahkan sesekali Dia meminta balasan? Tidak pernah bukan. dan Dia tidak akan terjejas sekalipun kita tidak bersyukur. Seharusnya kita patut malu pada Nya, kerana kita tidak pernah merasa cukup dan terus meminta..

8. Pintu yg ke lapan bakhil, lantas aku menghadapinya dgn meyakini bahawa apa yg ada di tangan mahluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal. Oleh itu rakan2, janganlah kita bakhil ye.. Bahkil ni luas maksudnya, bukan bakhil harta je, tapi bakhil ilmu dan juga kudrat. Apa salahnya jika kita menyumbang pad fakir miskin, saudara2 kita di palestin. Infakkanlah harta kita di jalan Allah. I.Allah kebahagiaan kan kita temui.

" Sungguh manusia diciptakan dengan sifat suka mengeluh, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir, kecuali orang-orang yang melaksanakan solat, mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya" (al Ma'arij 19:23 )

9. Pintu yang ke sembilan ialah takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'. Di sini, Ingin saya sampaikan satu kisah.. sebelum saya mulakan kisah ini, mari kita renungkan sepotong hadis riwayat Ahmad dan Bukhari dan muslim

" Sesungguhnya syaitan itu berlari dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah, oleh itu sempitkanlah laluan syaitan itu dengan berlapar"

Disebutkan satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa, syaitan bagi org kafir telah bertemu dgn syaitan bg org mukmin. Tiba2 kedapatan syaitan bagi org kafir itu dalam keadaan gemuk muntel, sedangkan syaitan bagi org mukmin itu kurus kering dan dalam keadaan dukacita, lantas syaitan org kafir itu bertanya pada syaitan org muslim " Kenapa kamu kurus kering dan dukacita ? " Syaitan org mukmin itu menjawab " Aku mendampingi seorang lelaki untuk mengodanya, apabila lelaki itu hendak makan beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus lapar, apabila minum beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus kehausan, apabila beliau memakai pakaian beliau menyebut nama Allah, oleh itu aku terus terlanjang, apabila beliau memakai minyak rambut, beliau menyebut nama Allah, oleh itu rambutku terus kusut. " Syaitan org kafir itu pun menjawab, tetapi aku mendampingi seorang yg tidak melakukan sedikit pun daripada apa yg engkau sebutkan itu, oleh itu aku berkongsi dgnya pada makanannya, minumannya dan pakaiannya...

10. pintu yg kesepuluh ialah sifat tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu pada manusia. Moga2 dengan itu kita akan menyandarkan sepenuh harapan pada Allah dan tidak pada manusia, kerana manusia bersifat dgn sifat kekrgn dan kita akan berakhir dgn kesedihan jika mengharap pada manusia. wallahualam.



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...