7/4/10

Alkisah di kampung ataupun di bandar..














Alhamdulillah,, syukur pada Mu ku panjatkan atas segala nikmat yg telah engkau curahkan.. Engkau taburi alam ciptaan Mu ini, dengan titisan rahmat dan anugerah kasih sayang Mu yg tidak ternilai. Engkau jadikan setiap makhluk mampu berkasih syg dalam mengejar cinta dan redha dari Mu...

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian...

Sedar tak sedar, hampir berakhir cuti kita bukan, baik yg sudah memulakan sesi orientasi di Universiti masing2, mahupun yg sdg menunggu surat cinta di rumah dengan penuh debar.. almaklumla, menantikan surat dari yg tersayang, lagi di tunggu lagi menderita... hehe,, maaf, sedikit kiasan.. Juga buat rakan2 yang bakal meninggalkan tanah air ini.. mesti sibuk bukan, menguruskan visa, rumah dan sebagainya. Moga2 urusan anda dirahmati Allah hendaknya..

Baiklah, berbalik pada tajuk di atas,.. di sini saya ingin memberikan sedikit pandangan tentang kehidupan di kampung ataupun di bandar ? Mesti anda sibuk bertanya bukan? Ada beza kah? Jawapan saya.. semesti ada .. dan yang pasti bukan sedikit2 beza nya, besar jurang perbezaan yang perlu kita rapatkan kembali..

Sebelum saya memberikan pendapat.. ingin saya bertanya pada sahabat2 sekalian ? Contohnya la kan.. anda bersembahyang di masjid2 atau di surau2... Mana lagi ramai jemaahnya ? di kampung ataupun di bandar ? Soalan ke dua pula ? Mana lagi banyak program keagamaanya ? di kampung atau di bandar ? jawapanya... jeng3... semestinyalah di bandar.. Beruntung bukan masyarakat di bandar.. Dalam arus kemodenan yang pesat, mereka di hidangkan pula dgn ilmu keagamaan yg benar cukup.. Fasiliti2 keagamaan yg benar2 bagus.. Tenaga2 pengajar , ustaz2 yg benar2 berkaliber.. Lulusan al azhar katakan.. muda dan bertenaga.. tidak hairanlah sekarang, jemaah2 di masjid2 mahupun surau2 di bandar2 besar di penuhi umat islam.. mahupun yang tua ataupun muda..

Berbeza pula keadaanya di desa.. anda jangan terkejut, saat anda melangkah masuk untuk menunaikan solat, anda akan lihat hanya ada imam dan tok bilal saja...pelik bukan.. adat lah org melayu katakan, selagi xpencen, umur pun masih muda, hati mereka semestinya belum terbuka untuk memakmurkan rumah Allah ini.... kesannya yg tinggal hanyalah golongan2 tua sahaja. Mana perginya golongan2 muda.. golongan2 yg bakal menjadi tonggak kemajuan ummah. Mereka hanyut sahabat, mereka hanyut.. Mereka hanyut tika mencari identiti yg sebenar.. Dalam permasalahan ini.. sapa yg hendak dipersalahkan ? Ibu bapa ? Guru2 ? tok imam ?...Renung2kan dan mari kita fikir masalah ini bersama.

"Siapa yang melapangkan seorang muslim dpd satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dpd satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yg memberi kemudahan kepada org yg berkepayahan Allah akan memberikannya kemudahan di dunia dan di akhirat. Siapa yang menjaga rahsia seorang muslim di dunia, Allah akan menjaga rahsianya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong hamba- Nya selagi hamba-Nya itu menolong saudaranya (riwayat muslim, Abu Daud, Nasa'i, Tirmizi dan Ibn Majah)

Di desa, tersangatlah kurang ustaz2 ataupun golongan cerdik pandai agama yg mampu mentarbiah umat. Kalau ada pun golongan2 tua, yg seperti kita tahu.. keringat mereka tidaklah sekuat golongan2 muda.. Program2 keagamaan yg dianjurkan di desa2 teramat2 lah sedikit.. Kalau di tempat saya, hanya ada satu ceramah mingguan, berkaitan tentang permasalahan fikah.. Justeru itu saya seru, buat ustaz2 muda, gerakan2 islam di Malaysia khususnya, dan juga umat2 islam semua, marilah kita jadikan masyarakat di desa pula sebagai "sasaran" kita seterusnya.. Janganlah kita terlepas pandang akan isu ini,.... Marilah sama2 kita merencana solusi dalam mengurai permasalahan ini... Majulah islam untuk ummah.. wallahualam..

p/s: sebenarnya seronok juga kawan ngn pkck2 ni.. old skool katekan.. hehe..
maaf juga atas keterlanjuran kata2 dalam menegur.. Moga2 kita sama2 peroleh rahmat dari Nya.
InsyaAllah. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...