7/19/10

Belajarlah daripada Alam...


Assalamualaikum wbt, bersyukur rasanya ke hadrat Ilahi, pabila diri ini, terus diberi ruang waktu dan kesempatan untuk mengungkapkan sedikit kata2 buat renungan kita bersama..

Alhamdulillah, dengan rahmat dan pertolongan dari Ilahi, hari2 yg tampak sukar, berlalu dgn mudah.. syukur ku panjatkan pada Mu Ya Allah.. tanpa bantuan dari Mu, siapalah diri ini untuk terus cekal mengharungi hari2 yg sarat dengan cabaran...

Sedar x sedar, masa terus meninggalkan kita, kita seakan2 keciciran dilemasi ruang2 waktu yg telah kita bazirkan. cuba kita renungkan sejenak, berapa banyak masa yg telah kita manfaatkan sepenuhnya.. apa yg kita isi dengannya, berapa helaikah naskah suci Al Quran berjaya kita baca? Cukupkah amalan2 sunat kita, beserta dengan inisiatif diri mencari ilmu2 tambahan melalui pembacaan ataupun menghadiri kelas2 mahupun aktiviti keagamaan?

Bagi saya pula, hampir 2minggu saya menetap di rumah sewa baru kami yg terletak di pjs 10.. walaupun jumlah penghuninya agak ramai iaitu 9 org, ini tidak menghalang keselesaan kami di sini. Alhamdulillah, rumahnya agak besar, jiran2 sekitarnya juga ramah2 belaka.. Maklumla kami ni, anak2 bujang2.. hehe.. gurau2..

Seperkara lagi, apa yg membuatkan saya tertarik di sini ialah cara penerimaan golongan tua di masjid terhadap golongan muda seperti kami,, mereka begitu mengalu2kan kedatangan kami.. ini menguatkan lagi semangat kami, untuk terus memakmurkan rumah Allah ini.. InsyaAllah, apa yg terdaya kami akan terus membantu hatta memenuhi undangan2 kenduri kahwin di kawasan kejiranan kami.. Almaklumla, boleh makan free..,hehehe

HIdup di MOnash...

Di monash uni pula, persekitarannya seakan2 sama dgn sunway college.. jadi saya tidaklah menghadapi terlampau bnyak masalah untuk berkomunikasi.. cuma, apa yg merungsingkan saya ialah corak kehidupan dan pembelajaran di uni.. system yang diguna pakai di sini, slightly different dgn Malaysia.. jadi, saya mesti cpt2 menyesuaikan diri..

subject2 yg diambil untuk sem ini ialah..

Biology 1001
Chemistry
Science 2010
Enviromental management..

Cuba anda lihat subject di atas ? Bukankah subject2 ini.. jika kita teliti dan kita perhatikan secara detail, adalah ilmu2 yg bisa mendekatkan diri kita pada Allah? Melaluinya.. kita bisa melihat alam melalui mata hati kita,, kita boleh mengenal Penciptanya dengan lebih dkt lagi.. kita akan mula menyoal diri.. kenapa , bagaimana, dan untuk apa ia diciptakan? Mungkian ada hikmah di sebalik penciptanya...

Jadi, sebelum saya mengakhiri entry pada kali ini, mari kita bertafakur sejenak.. gunakan waktu dan ruang yg ada, untuk kita sama2 menghayati kebesaran alam ciptaan si Pencipta Yang Maha Hebat...
Jika kita berada pada malam hari.. cubalah lihat langit yg terbentang luas... bintang2 yg berkerlipan menemani sang rembulan memancarkan sirnanya yg tidak kunjung malap..

Jika kita berada pada pagi hari pula,.. cuba kita hayati detik2 indah fajar mula menyinsing, bunyi burung berkicauan yg asyik mengalunkan zikir2 memuji Allah, deruan sungai yg begitu indah mengalunkan melodi2 penenang jiwa buat pengubat hati.. dan pohon2 hijau yg tidak jemu memayungi bumi ini daripada kepanasan.. Subhanallah..
Semoga denganya Iman kita akan bertambah.. belajarlah daripada Alam... Anda tidak akan memperoleh segumpal ijazah berbentuk kertas yg kosong,, tetapi segumpal ijazah berbentuk ibrah dan ilmu yg lahir dari ibdah tafakur anda yg sejenak.. wallahualam...

p/s: http://www.keajaibanalquran.com/biology_10.html mari kita sama2 lihat keajaiban Al Quran dalam bidang sains..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...