7/31/10

Ice Cream dan kesan2 Nya...


Alhamdulillah, sekali lagi, pagi yang ceria menemani kita, dibawanya angin, sayup2 menyentuh pipi.. Indah bukan? Indah pada hemat saya hanya pabila kita betul2 mensyukuri nikmat Allah .. Dengan itu, perbanyakkanlah istigfar memuji kebesaran Allah,moga2, kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sentiasa membasahi bibir dan menerangi hati2 kita.

erm... Ice Cream ? Kenapa tajuk entry saya pada kali ini ialah ice cream.. Mesti ramai yang tertanya2 bukan.. InsyaAllah.. jika ada kesempatan anda akan ketahui sebab dan alasan mengapa ice cream menjadi tajuk utama entry pada kali ini... Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini, lebih kepada kata2 berbentuk hikmat catatan Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyya . Kata2 yang disampaikan beliau ringkas, padat.. tapi memberi seribu erti dalam membina keinsafan dalam diri kita...

1) membuang masa itu adalah lebih dasyat daripada kematian.. Astagfirullah, boleh rakan2 bayangkan, berapa banyak masa kalian dan juga saya yang telah sama2 kita bazirkan.. Main game la, bersembang kosong, bangun lewat...macam2 lagi.. dan ingat, Ramadhan selaku 'tetamu istimewa' kita semakin menghampirkan diri.. moga2 setiap pertukaran waktu, jam, detik dan saat.. dapat kita manfaatkan sebaik2 nya dengan amal2 kebajikan..

2)disebutkan juga, keuntungan yang paling besar dalam dunia, ialah kita menyibukkan diri dengan perkara paling bermanfaat. Dengan itu, hidup kita tidak akan rasa kosong dan kita akan terhindar daripada menghabiskan masa yang ade dgn sia2.. Sebagai contoh, janganlah rasa terbeban kala kita perlu menghadiri program2 dakwah, walaupun kita kesuntukan masa dan beban kerja yang menimbun.. Percayalah, saya selalu pegang kata2 ini daripada Naqib usrah saya.. " Jika anda ada masa untuk islam, islam akan ada masa untuk anda"

3) Orang yang arif, akan meninggal dunia, dengan melepaskan dua perkara, Ia tidak menyesal malahan memuji Tuhan pula pabila mati.. Ini bermaksud, beliau menggunakan setiap detik yang ada dalam hidupnya adalah hanya untuk Allah, berkerja, belajar, bermuamalat dan sebagainya.

4)Makhluk, pabila kamu takut padanya, kamu akan lari bukan ? Berlainan dgn Allah, pabila anda takut padaNya anda akan lebih mendekatkan diri padaNya..

5) Natijah daripada dosa, sedikitnya taufik( bantuan) , ilham daripada Allah. Sebagai contoh, kadangkala kita merasakan keputusan yang kita buat dalam hidup adalah keputusan yang salah. sebenarnya, hal ini adalah kesan daripada dosa2 kita.. Allah tidak hadir kala kalian memerlukan jawapan yang tepat dalam hidup. Buat apa Allah hendak kabulkan hajat kalian.. tika susah baru hendak meminta bukan? Sama2 kita renungkan..

Kesan2 yang lain ialah, hati jadi rosak, pabila anda bangun pagi, anda rasa sangat2 tidak bersemangat, rasa bersalah dan berdosa.. Maka segeralah bertaubat pada Allah, sama2 lah kita menjaga hubungan dengan Allah ini ( hablu minallah)..

Bagi pelajar2 sekalian, sering kali kita merasakan saat kita mudah melupakan sesuatu, hal ini juga kesan daripa dosa2 yang kita telah lakukan, kawan2 semakin menjauhkan dari diri, diharamkan daripada ilmu, berkawan dengan orang2 yang jahat dan sebagainya.

Rakan2 sekalian, ingin sekali saya berpesan pada diri, berpadalah dalam setiap perkara yang kita lakukan... Sebagai contoh, pabila makan ice cream.. Sampai 6 kotak sekaligus. Disebabkan tiada peti ais, maka terpaksa jua dihabiskan. Niatnya ikhlas tidak mahu menyusah lecturer envi tp padah memakan diri. Bermula dengan mabit (malam amal bina iman dan takwa) semalam hinggalah ke hari ini, banyak amal2 sunat yang saya terlepas.. Buat rakan2 yang sedang bergotong royong di masjid Al amin tika entry ini ditulis, teruskan usaha.. Saya hanya mampu menulis untuk menyaingi amal kalian.. Yang saya kira amat besar sekali jika kalian ikhlas kerana Allah..

p/s: melepas la jamuan makan2... ; (


2 comments:

  1. Satu ulasan tazkirah Ust Azrin yang menarik..Alhamdulillah, dapat ana ambil nota kat sini..haritu tak salin..teruskan menulis!

    ReplyDelete
  2. terma kaseh bang..sempat salin dalam phone je. banyak yg xlgkap..hehe. insyaAllah, ana kan terus menulis.. ini lah dakwah kecil2 lan yang termampu buat mase skrg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...