
3/17/11
Ramai Mualim kurang Murobbi

3/16/11
Cabaran Seorang Akhwwat
Mentarbiah akhawwat memang ada kelainannya berbanding dengan ikhwah. Alhamdulillah, aku diberi izin oleh Allah untuk terlibat dalam mendidik kedua-dua gen ini. Walaupun silibus perbincangannya sama, tapi pengkhususan tetap berbeza. Akhawwat akan menjadi isteri kepada seorang ‘pejuang’ yang bukan sahaja memimpin keluarga, bahkan menjadi pemimpin massa. Pastinya tugas mereka seberat ummahatul mukminin dalam memotivasi suami agar terus kukuh dan agresif dalam perjuangan. Kerja sebenarnya kelak adalah menjadi sekolah baru dalam rumahtangga yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan. Mereka bertanggungjawab memastikan kesinambungan perjuangan ini berterusan. Ini tidak menafikan peranan mereka di luar rumah dalam mendidik puteri-puteri sejenisnya.
Kata Hasan al-Banna: “Islam berpandangan wanita mempunyai tugas yang sesuai dengan semulajadi mereka iaitu di rumah dan bersama anak-anak. Sebagai anak gadis dia perlu mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab keluarga di masa depan. Sebagai isteri dia perlu memberikan seluruh tumpuannya kepada rumah dan suaminya. Sebagai ibu dia perlu berkhidmat untuk suami dan anak-anaknya. Dia perlu memberi tumpuan kepada rumahnya. Dia adalah surirumah dan pengurus rumahtangga. Apakah dengan segala urusan rumahtangga ini wanita ada masa lapang untuk melakukan perkara-perkara lain…?” (Risalah Wanita Islam)
Akhawwat, walaupun terkenal amat berminat dengan program-program tarbiah, tapi cabaran yang perlu mereka hadapi untuk terus istiqamah juga sangat hebat. Tatkala serangan musuh banyak tertumpu kepada mereka, potensi untuk gugur sangat tinggi. Lihat saja cara berpakaian dan gaya hidup wanita masa kini. Tidak mustahil memikat hati mereka yang memang sukakan keindahan dan kecantikan.
Lantaran itulah Rasulullah SAW memotivasi umatnya agar berbuat baik dengan anak-anak perempuan dan memberi penghormatan yang tinggi kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, maka ia bersabar dengan kesusahan, kesedihan dan kegembiraan mereka, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya atas (syafaat) anak-anak perempuannya.” Berkata seorang lelaki: “Kalau dua orang sahaja wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ataupun dua orang”. Maka berkata lagi lelaki itu: “Kalau seorang wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Walau pun seorang”. (Riwayat Imam Ahmad. Musnad Imam Ahmad. Jil. 17 Hal. 113 No. 8071)
Cabaran kedua yang akan mereka hadapi ialah apabila berumahtangga. Tatkala semakin ramai lelaki yang hilang kelayakannya untuk memimpin rumahtangga, peluang untuk mendapatkan yang terbaik menjadi satu masalah besar. Mencari orang yang memahami apa yang ia faham, meyakini apa yang ia yakini dan memperjuangkan apa yang ia perjuangkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ia perlu berusaha mendapatkannya. Ini kerana, suaminya kelak akan banyak menentukan halatuju perjuangannya. Suami itu pemimpin keluarga. Suami ketua yang membentuk budaya rumahtangga. Isteri kebiasaannya akan terikut-ikut dengan sikap dan cara suami. Mungkin di peringkat awal wujud unsur bertolak ansur, tapi bila perkahwinan semakin panjang, pengaruh suami pastinya lebih dominan.
Akhawwat perlu berusaha mencari calon suami dalam komuniti fikrahnya sebelum menyerahkan jodohnya pada ketentuan takdir.
Kesilapan besar dalam mentarbiah akhawwat apabila tumpuan sekadar diberikan pada pembentukan peribadi dan membiarkan ia terkial-kial menentukan halatuju perjuangannya dalam rumahtangga. Sedangkan rumahtangga adalah medan sebenar mereka. Bahkan marhalah kedua dalam perjuangan mengembalikan ketuanan Islam di atas mukabumi (Ustaziatul Alam). Kecualilah kita deletekan sahaja peranan rumahtangga dalam agenda perubahan (manhaj tagyir) yang disepakati bersama.
Cabaran ketiga yang sering memfuturkan akhawwat ialah kerjayanya. Pastinya ia ingin menjadi pekerja yang terbaik di pejabat dan surirumah terbaik di rumah. Dua posisi dan tugasan yang sangat memenatkan. Ini akhirnya menyebabkan akhawwat hilang pedoman dalam menentukan priority. Ramai yang tidak sedar bahawa ia telah futur lantaran berpegang pada prinsip semua itu adalah ‘ibadah juga’. Tapi ia terlupa peranan sebenarnya dalam menyuntik kefahaman perjuangan pada akan-anak dan mewariskan kefahaman tersebut dalam diri mereka. Waktu ini kewujudan ‘suami mithali’ yang terus memberinya kekuatan, suntikan semangat dan meringankan bebannya ketika di rumah.
Lantaran itulah dalam mentarbiah ikhwah, murabbi perlu memberi fikrah yang sama kepada lelaki. Memahamkan tugas dan peranannya setelah berumahtangga, di samping tanggungjawab terhadap ummahnya. Keseimbangan pentarbiahan kedua-dua gen ini akan menentukan bentuk, warna dan corak rumahtangga yang mereka bina.
Mudah-mudahan kedua-dua gen yang sempurna pentarbiahan ini mampu disatukan dalam rumahtangga dakwah. Rumahtangga yang fikrah, kefahaman, halatuju hidup dan perjuangan adalah sama. Mudah-mudahan rumahtangga itu mampu menjadi bahtera dalam lautan perjuangan yang kukuh kesatuan ahli-ahlinya dan sama arah kompasnya. Kalaupun ada cabaran bukanlah pada perkara pokok (fikrah, objektif dan manhaj) tapi pada perkara cabang… ini kerana tidak akan ada rumahtangga yang langsung tidak ada masalah.
Mungkin impian ini terlalu ideal, tapi itulah tabiat dakwah ini. Itulah objektif sebenar pentarbiahan individu seperti kata Hasan al-Banna: “Pengislahan individu ini sudah tentu membawa kesan kepada keluarga kerana sebuah keluarga dibina oleh sekumpulan individu. Apabila lelaki dan wanita yang merupakan struktur asas sebuah keluarga menjadi baik, mereka berdua akan mampu membina sebuah keluarga contoh yang selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam”.
Buat puteri-puteriku, abi doakan moga kalian terus thabat di atas jalan yang lurus. Dipertemukan ‘rijal’ yang rujulahnya mampu memimpin rumahtangga kalian dan sekelilingnya dengan fikrahnya. Amin.

Oleh: Ustaz Sarip Adul
Sumber: Blog Abu Syifa’
3/7/11
Ini Hari ku
3/3/11
Mungkin ini cita-citaku


Nadi Asybal Wa zahrawat (kelab simba dan jasmin Malaysia)
outdoor - berenang, rehlah, motivasi, kem jati diri, sukan dan eksplorace.
2/24/11
Pabila aku berjalan, melihat dan mentafsir..

2/18/11
Saya pun Muda

1. Mu adz bin Amr bin Jamuh (14 tahun) & Mu’awwidz bin Afra’ (13 tahun)
Bagaimana pula kisah 2 orang pemuda ini, lain pula dengan kisah Zaid, mereka berdua berkesempatan untuk turut serta dalam peperangan Badar atas faktor tubuh mereka yang agak besar. Mereka berdua adalah dari golongan Anshar dan berazam untuk membunuh Abu Jahal kerana mereka mendengar bahawa Abu Jahal seringkali mencaci Rasulullah. Oleh itu, mereka yang tidak pernah melihat Abu Jahal sebelum ini, bertanya kepada orang sekeliling tentang perihal Abu Jahal. Ketika perang sedang berkecamuk, Saidina Abdur Rahman bin Auf menunjukkan kepada mereka akan Abu Jahal yang saat itu dikawal rapi oleh para Musyrikin. Tapi, di atas keazaman yang kuat mereka tetap berusaha untuk mencapai Abu Jahal. Malah antara Muadz dan Muawwidz sendiri, mereka bersaing untuk membunuh Abu Jahal. Akhirnya, Muadz sampai dahulu kepada Abu Jahal, dan peluang tersebut beliau gunakan dengan sebaiknya. Muadz terus melibas betis Abu Jahal hingga putus serta merta. Namun, apakah pengorbanannya? Beliau terpaksa membayar dengan satu libasan pedang oleh Ikrimah (anak Abu Jahal yang ketika itu masih belum memeluk Islam) hingga hampir putus lengan itu dan hanya tergantung-gantung di kulitnya sahaja. Subhanallah.
Namun, adakah ia menangis? Sesekali tidak. Namun apa yang dikisahkan beliau ketika saat itu,
“Pada hari itu saya benar-benar berperang seharian penuh. Tangan saya yang hampir putus itu hanya bergelantungan di belakang. Dan ketika ia menyulitkan saya, saya pun menginjaknya dengan kaki, lalu saya menariknya hingga tangan saya terputus.”
MashaAllah, apakah ada remaja 14 tahun yang sanggup berbuat demikian? Muadz sanggup memisahkan tangan dari jasadnya agar bisa bebas mengobarkan jihad buat agama.
Bagaimana pula halnya Mu’awwidz, kata Muadz,
“Lalu Mu’awwidz bin Afra melintas di hadapan Abu Jahal yang sedang terluka parah, kemudian ia pun menebasnya dengan pedang. Kemudian membiarkannya dalam keadaan tersengal-sengal dengan nafas terakhirnya.”
Dan akhirnya Mu’awwidz mendapat bayaran mati syahid atas usahanya itu. Subhanallah. Itulah kisah pemuda 13 dan 14 tahun yang jarang sekali kita dengar.
