2/6/11

Riba' ; Keingkaran Menempah Ancaman


Tahukah anda bahawa situasi ini adalah salah satu contoh riba' yang kerap kali berlaku dalam masyarakat kita :

" Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf dengan syarat Yusuf perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak yang berisi penuh. Padahal, ketika bermula proses pinjaman dilakukan tangki itu tidak penuh "

Dalam contoh ini, riba' berlaku juga kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman beserta pulangan lebih daripada yang disyaratkan ( manfaat berbalas manfaat yang lebih )

Contoh ke dua ;

" Apabila peminjam buku di perpustakaan gagal memulangkan buku pada waktunya, pihak perpustakaan mengenakan denda sebanyak RM 5 untuk sehari yang lewat., Ini juga berbentuk Riba"

Contoh ke tiga ;

" Bagi mereka yang dikenakan saman atas kesalahan memandu, pihak pemandu diberi nilai saman mengikut minggu. Jika dalam tempoh 14 hari, nilainya adalah RM 15, jika melebihi 30 hari nilai saman meningkat kepada RM 40 dan begitulah sebaliknya. Kesemua cara kiraan ini tergolong di dalam riba' al- jahiliah "

Banyak lagi contoh-contoh menarik yang pada dasarnya dilihat seperti betul dan halal, kemudiannya pabila dikaji adalah HARAM... Justeru, saya mengajak semua untuk sama-sama kita meluangkan sedikit masa membaca buku karya Ustz Zaharudin yang bertajuk : RIBA dan isu kewangan semasa..


p/s : Sangat berguna buat orang awam seperti kita untuk memahami sistem ekonomi yang dihalalkan oleh islam.. Hal ini kerana, Riba' ini sangat besar dosanya..

" Satu dirham riba' yang dimakan seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali "

Musnad Ahmad, 2/225 ; al- Daruqutni, hlmn 295 ; al- Albani mengatakan sahih dalam Ghayat al- maram fi Takhrij Hadis al- Halal wa al- Haram li al- Qaradhawi, hlmn 103..
( Riba' dan isu kewangan semasa : ms 34 )

2 comments:

  1. penyelesaianya.. jauhi riba'.. macam buku di perpustakaan dan saman.. jangan sesekali kita lewat bayar.. macam 2 la seterusnya.. kalau nk mklumat lebeyh leh la bace buku tu.. ataupun check kat zaharudin.net.. sy pun bdk baru belajar.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...