11/16/10

Kerana terlalu sayang dan sayang...



Kerana terlalu sayang dan sayang, kita jadi takut....takut untuk menegur, takut untuk membetulkan dan juga takut untuk membicarakan yang hak.

Kerana terlalu sayang juga, malu jadi taruhan, bicara menjadi kelu, kata menjadi lembut.. Yang salah seakan-akan benar dan yang benar seakan-akan ditenggelami nista kebatilan.. Di situ, bila kita renung kembali di manakah letak silapnya ? Silap pada diri ataupun...... ???
InsyaAllah, hadirnya saya pada malam ini adalah untuk merungkaikan serba sedikit tentang permasalahan ini...

Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian... tika kalian pertama kali membaca pendahuluan kata di atas... mesti kalian rasakan di dalam hati.. erm, dia ni, x lain x bukan in mood of "jiwang" la kan ? hehe, sebenarnya bukan begitu.. Saya lihat permasalahan di atas agak berat juga jika kita tak memahami apa istilah sebenar sayang itu. Seharusnya, kerana sayang, kita mampu untuk menegur, kerana sayang kita mampu untuk membetulkan, dan kerana sayang dan terlalu sayang kita mampu untuk menyatakan yang hak dan menegakkan yang batil... Bagaimana tu? Binggung bukan.. saya pun sedikit binggung... InsyaAllah, dengan sedikit ilmu yang ada mari kita sama2 menerokai dunia yang penuh kasih sayang ini...

Stigma pertama : Sayang ibu bapa

Sayang ibu bapa? Begini... kerana terlalu sayangkan seorang anak.. terkadang, si ibu atau bapa, keberatan untuk menegur anak mereka sendiri.. Mungkin kerana mereka takut anak mereka kecil hati ataupun semakin menjauhkan diri dari mereka.. Ish2... anak oh anak...

Terkadang juga, kerana terlalu sayangkan anak2, si ibu atau si bapa tidak sampai hati untuk mengejutkan anak mereka bangkit dari kedinginan pagi untuk menunaikan solat subuh.. Mereka kasihan jika anak mereka nanti tidak cukup tidur... Si anak ini juga tidak ditegur jika mereka tidak berpuasa.. Si ibu kasihan melihat anak mereka yang kelaparan....

Erm.. dan kadang-kadang juga... ada si ibu atau bapa seakan-akan merestui tingkah laku anak mereka yang pada hakikatnya bercanggah daripada hukum syarak.. Mereka merestui anak-anak mereka ber"Couple" ??.. tetapi pada masa yang sama mereka tidak pula merestui anak-anak mereka ber"nikah" secara halal dan sah.. Saya lihat pada konteks remaja masa sekarang, mereka memang berani untuk memperkenalkan pasangan masing-masing kepada ayah dan ibu mereka dgn tujuan untuk memperoleh "lesen" yang "halal" membawa pasangan mereka ke hulu dan ke hilir.. Adakah ini kerana terlalu sayang ?

Stigma ke dua : Sayang adik beradik

Saya akui dan membenarkan kata bahawa untuk menegur orang kebanyakkan seribu kali lebih mudah untuk menegur ahli keluarga sendiri. Bersyukurlah sahabat2 sekalian jika ada ahli keluarga anda yang tampil tika anda membuat silap.. Hal ini kerana satu iaitu mereka terlalu sayang dan sayang akan anda. Aik? Bagaimana pula yang terlau sayang dan sayang sehingga tidak mampu menegur?

Dalam konteks ini kita boleh lihat... sebagai seorang remaja yang semakin meningkat dewasa, kecenderungan mereka akan secara total berubah kepada kasih seorang teman, sama ada yang sejenis mahupun yang berlainan jantina.. Secara fitrahnya keluarga seakan menjadi insan yang terlalu asing dalam hidup mereka.. Sebagai contoh, saya juga mengalami situasi yang sama.. Ketika saya membesar bersama dengan adik-adik (sebelum masuk ke asrama) saya dapat lihat kasih sayang kami begitu akrab sekali. Amat mudah untuk menegur jika mereka membuat silap dan mengajak mereka ke surau atau ceramah2 agama.. Hal ini semakin berbeza setelah saya masuk ke asrama dan hingga saat ini.. saya masih lagi mencari solusi yang tepat, bagaimana caranya untuk mentarbiah ahli keluarga saya..

Langkah langkah yang dicuba adalah :

1) Menjadi teman yang rapat
2) Menghormati mereka
3) tidak memarahi mereka (remaja akan memberontak jika dimarahi)
4) menegur dengan nada yang sopan
5) Mengajak mereka berdiskusi secara profesional (maksudnya di sini pilih la masa yg sesuai, seperti selepas solat, selepas riadah bersama, makan bersama, main game dan sebagainya)

Stigma ke tiga : Kasih seorang teman

Kasih seorang teman ? menarik bukan tajuknya? Semestinya apa yang saya ingin huraikan di sini ialah kasih teman sejenis.. Lelaki dan lelaki dan wanita dan wanita. Dalam menjaga adab pergaulan, seorang lelaki amat-amat tidak digalakkan berkawan secara terlalu rapat dengan wanita yang bukan muhrimnya. Kenapa? Kerana manusia itu fitrahnya meyayangi.. Walaupun pada asalnya niat untuk berkawan, tapi pada akhirnya? Segala masalah dan luahan akan dijadikan tempat untuk dicurahkan pada "sahabat" kita ni. Tidak kah kita sedar role model meraka telah berubah daripada seorang sahabat kepada seorang kekasih ataupun mungkin lebih lagi?

ok.. berbalik pada persoalan di atas.. Kadangkala, kerana terlalu sayangkan sahabat kita, kita jadi takut untuk menegur.. walhal apa yang mereka buat itu terus terang memang satu kesalahan.. Saya akui, saya juga begitu.. tika saat ini, belum ada lagi kekuatan untuk menegur mereka secara direct.. Tetapi.... bukan bermaksud tiada caranya.. Seorang teman mampu menegur temannya secara indirect.. Seperti dengan apa? Kiasan dan juga contoh yang baik merupakan langkah terbaik.. Pastikan juga menegur secara berhikmah dan sopan.. InsyaAllah hati mereka akan terbuka untuk menerima kesalahan..

Konklusi

Akhir sekali, panjatkanlah doa pada Ilahi.. Hati manusia ini ataupun "liver", adalah milik Ilahi, walaupun seberapa kompleksnya "heart" kita ataupun dengan nama lain "jantung" ...ia tetap diciptakan dengan pelbagai fungsi.. Satu fungsi yang bersifat "lahiriah" dalam satu sudut iaitu biology, mahupun satu sudut lain yang bersifat "batiniah" iaitu sudut kerohanian.. Allah sahajalah yang membolak balikkan hati manusia dan semoga hati kita senantiasa segar dalam bimbingannya.. amin... wallahualam..

p/s: Salam Eidul Adha juga diucapkan buat rakan-rakan yang mengenali diri ini. Ingin saya petik kata-kata imam Hassan Al Banna dalam rakaman kata-kata hikmah beliau..

"Berkenalanlah dengan setiap insan yang saudara ketemu meskipun saudara tidak diminta untuk berkenalan dengannya, ini kerana asas dakwah kita adalah saling kenal mengenal dan berkasih sayang "




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...