9/5/10

Itulah Hikmah...



Salam penghujung Ramadhan diucapkan buat sahabat2 sekalian... tanpa ingin berbicara lebih, mari kita dengarkan satu kisah yg saya petik dari Buku U turn ke Jalan Lurus.. Mungkin berguna buat kita dalam melayari bahtera kehidupan sebagai seorang pelajar...bukunya ringkas dan banyak pengajaran2 berguna.. InsyaAllah..selamat membaca

Tidurlah bersama kesyukuran jangan tidur bersama kesedihan..

Dua org sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yg luas. Di tengah2 perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yg membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan, seorang telah memukul sahabatnya.

Dengan penuh rasa hiba, sahabat yg dipukul itu mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir :

"Hari ini sahabat baikku telah memukulku"

Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama2. Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah yg subur dengan tasik yg dingin. Tanpa berlengah, sahabat yang dipukul tadi terjun ke dalam tasik untuk menyejukkan tubuhnya. Tiba2 dia gagal mengawal diri lalu tenggelam ke dasar tasik.

Sahabatnya lalu terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut, ia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan.

" Hari ini sahabat baik ku telah menyelamatkan nyawa aku"

Sahabatnya bertanya, " Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?"

Jawab sahabat tersebut, " Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengigatinya sampai bila2."

Justeru, maafkanlah insan lain andai anda ada berdendam.. Sesengguhnya dendam yg disimpan itu bisa menjadi racun yg boleh merosakkan jiwa. Dengannya hati tidak akan tenang, jiwa akan keluh kesah dan fikiran akan jadi tidak waras..

Begitulah kisahnya.. rakan2 sekalian, di bawah ada sedikit peringatan yg dipetik dari hadis Qudsi dari kitab Imam Al Ghazali, al Mawa'iz Fil Ahadis al- Qudshiah.


" Barangsiapa yang berpagi2 dalam keadaan berduka cita kepada dunia, tidak akan bertambah hampir ia kepada Allah melainkan bertambah jauh. Tidak akan bertambah di dunia melainkan keletihan. Tidak akan bertambah di akhirat melainkan kepayahan. Allah akan mencampakkan rasa dukacita yang berterusan, kesibukan yang tidak ada kerehatan, kefakiran yang tidak memperoleh kekayaan dan angan2 yang memanjang ke dalam hatinya.."..

" Wahai anak Adam, setiap hari umurmu berkurangan sedangkan engkau tidak menyedarinya. Setiap hari Aku memberi rezeki kepadamu tetapi engkau lupa untuk memuji Ku. Tidak pula engkau merasa puas terhadap apa yang banyak"

"Wahai anak Adam, tidak ketinggalan satu hari pun melainkan datang daripada rezeki untukmu, tetapi pada malam harinya Aku didatangi oleh malaikat mempersembahkan amalan kejahatan daripadamu. Kamu memakan rezeki- Ku kemudian kamu membalasinya dengan melakukan banyak kedurhakaan terhadap-Ku"

"Kamu memohon daripadaKu lalu aku memperkenankan permohonanmu itu. Kebaikan daripada Ku sentiasa mengalir kepadamu dan kejahatan daripadamu sampai kepada Ku. Sesungguhnya Aku adalah sebaik2 Tuan kepadamu dan engkau adalah sejahat2 hamba kepada Ku.
"Engkau meninggalkan daripada Ku apa2 yg Aku berikan kepadamu. Aku tutupkan kejahatan demi kejahatanmu. Aku malu terhadapmu tetapi engkau tidak merasai malu dengan-Ku. Engkau melupai Ku dan mengingati selain daripada Ku. Engkau merasa takut kepada manusia tetapi engkau merasa aman terhadap Ku. Engkau merasa gentar dengan marah manusia tetapi engkau merasa aman terhadap kemurkaan - Ku"

wallahualam,












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...