9/17/10

Berprasangka baiklah duhai teman..


Pernahkan sahabat2 sekalian membaca mahupun mendengar statement ini, "Prasangka menghalang kejayaan"....

"Sikap penuh prasangka ini sering kali dilihat sebagai penyebab utama tertutupnya pintu ilmu pengetahuan. Saya sering melihat org yg berfikiran sangat negatif, lalu enggan mendengar, apalagi menerima pendapat ulama yg dilihat berbeza manhaj daripadanya,
(Solusi, isu 23, 2010) "

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian, agak2 nya apa itu prasangka? Adakah ia baik untuk kehidupan kita? Bagi saya, dalam satu sudut, prasangka itu sebenarnya baik, kerana ia mengajar kita berhati2 dan berwaspada dalam segenap aspek kehidupan.. Tetapi... prasangka yg bagaimana perlu dielakkan? Untuk merungkai persoalan ini... cuba kita ambil sedikit iktibar dari kisah di bawah..

Abu Bakar Muhammad bin al-Tayb al- Baqillani adalah seorang ulama yg sgt cerdas. Beliau adalah seorang pakar Ilmu Kalam dan rajin menimba ilmu daripada pelbagai ulama antaranya Abu Hassan al- Bahili. dan murid kepada Imam Abu al-Hassan Asy'ari. Kecerdasan mereka menjadi buah mulut seluruh negeri pada masa itu. Untuk dijadikan kisah, pada masa itu, Sultan yg berkuasa ialah Fannakhursu al-buwaihi, yg digelar sbg "Adud al-daulah". Beliau seorang raja yg cerdas, cintakan ilmu dan menyukai para ulama. Pada setiap minggu akan diadakan majlis perdebatan di istana baginda..bagus bukan raja begini.. Alangkah baiknya jika ciri2 ini ada pada pemerintah kita..

Pada suatu hari, al Baqillani dan gurunya menerima sepucuk surat.. Agak2nya surat apa ye? Surat cinta? Semestinya bukan.. tetapi surat jemputan ke istana baginda untuk diajak berdebat..
Mereka dijemput hadir untuk berdebat dengan tokoh2 ilmuwan pada masa itu.. Yang menjadikan majlis itu kurang senang .. ia didalangi ataupun diekepalai oleh tokoh2 Muktazilah.. rakan2 tahukan apakah itu fahaman muktazilah?

"Muktazilah adalah satu fahaman di mana meraka adalah golongan yg banyak mengamalkan hujah2 akal dpd Al Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Fahaman itu berasal dpd pengaruh ilmu falsafah yg diterjemahkan ke dalam bahasa arab pada zaman kerajaan Abassiah. Ia berkembang pesat pada abad k 2 hijrah apabila berlakunya pengaruh ilmu asing kerana percampuran umat islam dan umat lain dan pesatnya gerakan pernterjemahan pada zaman itu khususnya pada zaman pemerintahan rasmi al mansur dan al makmun. Ia telah menjadi mazhab rasmi bagi negara itu dan berakhir pada zaman al mutawakil 234 hijrah"

Cerita bersambung kembali, kedua2 anak murid dan guru ini mempunyai reaksi berbeza terhadap motif surat itu disampaikan.. Salah satunya penuh prasangka dan berfikiran negatif, sementara yg lainya sangat tulus dan berfikiran positif.
Abu al-Hassan al Bahili, berkata , "Mereka ( yakni Sultan dan tokoh2 Muktazilah) org kafir fasiq dan rawafid (membenci sahabat). Tidak halal bagi kita menginjak lantai mereka. Tujuan sultan mengajak kita tidak lain hanya untuk menunjukkan bahawa majlis nya dipenuhi dengan para ulama. Andai tujuannya ikhlas aku akan menyahut undangannya"

Sementara itu, al-Baqillani tidak setuju dgn pandangan gurunya. Beliau berkata ucapan seperti inilah pernah diucapkan oleh Ibn Kullab dan al Haris pada zaman pemerintahan Khalifah al makmun yg fasiq dan zalim. Akibatnya situasi menjadi semakin teruk dan ramai ulama disiksa termasuklah imam Ahmad bin Hanbal. "Aku takut wahai tuan guru andai situasi ini berlaku kembali. Kalau begitu biarlah aku pergi berangkat".

Abu Bakar al baqillani lalu bertolak ke syiraz untuk memnuhi undangan sultan. Majlis ilmiah kali ini sangat bersejarah. Buat julung2 kalinya banyak perkara berkaitan dengan akidah dan permasalahan fiqah yg menjadi isu perdebatan antara fahaman Muktazillah dan ahli sunah waljamaah dapat dipedengarkan.. Intinya, kepakaran al baqillani dalam tafsir Quran , hadis dan sastera arab umpama matahari yg menutupi cahaya bintang2. Semua tokoh muktazilah yg merendahkan ahli sunnah terdiam. Tidak ada seorang pun yg mampu mematahkan hujah2 al baqillani.

Setelah kejadian itu pandangan sultan terhadap ahli sunah berubah sama sekali. Beliau tidak lagi bersimpati terhadap puak ini. Malahan baginda telah beralih kepada fahaman ahli sunah..

Pengajaran bagi kisah ini...

Suatu pelajaran penting daripada kisah ini, Prasangka seringkali menutup pintu kejayaan seseorang.. Andai kita umat islam sering mengatakan.. "Saya tidak mampu", "Nantilah", "berbeza pendapat", "Saya xberani"... maka? bila lagi kita akan maju?? (Nasihat untuk diri saya sendiri). Andai pada ketika dulu al baqillani tidak bangkit membela Ahli Sunah Waljamaah, pasti fahaman ini akan menjadi fahaman pinggiran dan dianuti oleh "org kampung" sahaja. Jika hal ini berlaku, tidak mustahil fahaman ini akan pupus ditelan zaman.

Bahaya buruk sangka...

Allah berfirman " Wahai org yg beriman jauhilah kebanyakkan dpd prasangka. Sesungguhnya keburukan prasangka adalah dosa."

(Surah al- Hujurat 49:12).

Para ulama mengatakan bahawa prasangka ini sebagai maksiat batin. Jika penyakit ini semakin parah... maka, ia bakal mengakibatkan penutup usia yg buruk (su'ul khatimah). Nauzubillah..Imam as syafii berkata, "Sesiapa yang ingin agar menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu berprasangka baik terhadap manusia"

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian, sebagai seorang manusia, kita seringkali tidak terlepas daripada penyakit hati ini.. Kita bukanlah manusia yg sempurna ibarat junjungan mulia kita nabi muhammad s.a.w, tetapi jika kita optimis untuk berubah kita mampu lakukannya. Pandanglah setiap insan dengan pandangan yg baik.. Jgn sesekali timbul kebencian tanpa sebab sedangkan anda tidak lagi mengenalinya. Allah sesekali tidak melihat pada paras rupa kamu, harta, keturunan, mahupun ilmu yg kamu miliki. Bagi saya, jika seseorang itu tidak terpelajar tetapi tidak menyimpan prasangka yg buruk, saya amat mengaguminya berbanding seorang yg terpelajar yg kotor hatinya.. Renung2kan..

Sebelum diakhiri entry pada kali ini suka untuk saya akhiri dengan sedikit kata2 hikmah yg dinukilkan oleh Luqman Al Hakim pada anaknya..

" Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga."




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...