7/31/10

Ice Cream dan kesan2 Nya...


Alhamdulillah, sekali lagi, pagi yang ceria menemani kita, dibawanya angin, sayup2 menyentuh pipi.. Indah bukan? Indah pada hemat saya hanya pabila kita betul2 mensyukuri nikmat Allah .. Dengan itu, perbanyakkanlah istigfar memuji kebesaran Allah,moga2, kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sentiasa membasahi bibir dan menerangi hati2 kita.

erm... Ice Cream ? Kenapa tajuk entry saya pada kali ini ialah ice cream.. Mesti ramai yang tertanya2 bukan.. InsyaAllah.. jika ada kesempatan anda akan ketahui sebab dan alasan mengapa ice cream menjadi tajuk utama entry pada kali ini... Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini, lebih kepada kata2 berbentuk hikmat catatan Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyya . Kata2 yang disampaikan beliau ringkas, padat.. tapi memberi seribu erti dalam membina keinsafan dalam diri kita...

1) membuang masa itu adalah lebih dasyat daripada kematian.. Astagfirullah, boleh rakan2 bayangkan, berapa banyak masa kalian dan juga saya yang telah sama2 kita bazirkan.. Main game la, bersembang kosong, bangun lewat...macam2 lagi.. dan ingat, Ramadhan selaku 'tetamu istimewa' kita semakin menghampirkan diri.. moga2 setiap pertukaran waktu, jam, detik dan saat.. dapat kita manfaatkan sebaik2 nya dengan amal2 kebajikan..

2)disebutkan juga, keuntungan yang paling besar dalam dunia, ialah kita menyibukkan diri dengan perkara paling bermanfaat. Dengan itu, hidup kita tidak akan rasa kosong dan kita akan terhindar daripada menghabiskan masa yang ade dgn sia2.. Sebagai contoh, janganlah rasa terbeban kala kita perlu menghadiri program2 dakwah, walaupun kita kesuntukan masa dan beban kerja yang menimbun.. Percayalah, saya selalu pegang kata2 ini daripada Naqib usrah saya.. " Jika anda ada masa untuk islam, islam akan ada masa untuk anda"

3) Orang yang arif, akan meninggal dunia, dengan melepaskan dua perkara, Ia tidak menyesal malahan memuji Tuhan pula pabila mati.. Ini bermaksud, beliau menggunakan setiap detik yang ada dalam hidupnya adalah hanya untuk Allah, berkerja, belajar, bermuamalat dan sebagainya.

4)Makhluk, pabila kamu takut padanya, kamu akan lari bukan ? Berlainan dgn Allah, pabila anda takut padaNya anda akan lebih mendekatkan diri padaNya..

5) Natijah daripada dosa, sedikitnya taufik( bantuan) , ilham daripada Allah. Sebagai contoh, kadangkala kita merasakan keputusan yang kita buat dalam hidup adalah keputusan yang salah. sebenarnya, hal ini adalah kesan daripada dosa2 kita.. Allah tidak hadir kala kalian memerlukan jawapan yang tepat dalam hidup. Buat apa Allah hendak kabulkan hajat kalian.. tika susah baru hendak meminta bukan? Sama2 kita renungkan..

Kesan2 yang lain ialah, hati jadi rosak, pabila anda bangun pagi, anda rasa sangat2 tidak bersemangat, rasa bersalah dan berdosa.. Maka segeralah bertaubat pada Allah, sama2 lah kita menjaga hubungan dengan Allah ini ( hablu minallah)..

Bagi pelajar2 sekalian, sering kali kita merasakan saat kita mudah melupakan sesuatu, hal ini juga kesan daripa dosa2 yang kita telah lakukan, kawan2 semakin menjauhkan dari diri, diharamkan daripada ilmu, berkawan dengan orang2 yang jahat dan sebagainya.

Rakan2 sekalian, ingin sekali saya berpesan pada diri, berpadalah dalam setiap perkara yang kita lakukan... Sebagai contoh, pabila makan ice cream.. Sampai 6 kotak sekaligus. Disebabkan tiada peti ais, maka terpaksa jua dihabiskan. Niatnya ikhlas tidak mahu menyusah lecturer envi tp padah memakan diri. Bermula dengan mabit (malam amal bina iman dan takwa) semalam hinggalah ke hari ini, banyak amal2 sunat yang saya terlepas.. Buat rakan2 yang sedang bergotong royong di masjid Al amin tika entry ini ditulis, teruskan usaha.. Saya hanya mampu menulis untuk menyaingi amal kalian.. Yang saya kira amat besar sekali jika kalian ikhlas kerana Allah..

p/s: melepas la jamuan makan2... ; (


7/24/10

Sepagi Bersama Adik2 kecil...

Alhamdulillah.... syukur diberi kesempatan oleh Ilahi lagi, untuk terus menulis dan merakamkan sedikit kenangan yg pada nya mungkin kita boleh peroleh sesuatu... walaupun kadangkala, kawan2 sering mengusik ,, "post hang banyak sgt la" huhu.. saya hanya mampu tersenyum... memang sudah menjadi tabiat diri untuk merakamkan atau menceritakan apa yg diri ini lalui, samada dalam bentuk tulisan ataupun, penceritaan secara langsung dengan teman2...

Perjalanan Bermula...

Alhamdulillah, seawal jam 7 pagi lagi, saya memberanikan diri untuk membersihkan diri, memang terible extreme la suhu pd pagi hari.. walaupun pada hakikatnya 27 degree je.. sy merasakan semacam suhu berada pada takat beku.. then, kami jejaka bertiga, ammar, irfan dan saya bertolak ke padang UIA... Untuk apa ye? hehe.. untuk ini..

Hari Sukan Tadika Amal..

(Waa... comeyl2 bukan)


( Go2 tupai.. hehe )


(Sedapnya roti ni.. nyum2..)

Buat pengetahuan semua, seronok rasanya melihat gelagat adik2 kecil kita ni bersukan... Seronok juga melayan mereka, berbagai2 ragam....tapi yang penting kene sabar.. sian juga saya lihat pada guru2 tadika ni... sebab itulah mostly guru2 tadika kat malaysia ialah wanita. kerana mereka memiliki naluri keibuan, kesabaran dan sifat kasih sayang yang tinggi..



( ame lari laju2... hehe !!!)




( tahniah si adik comeyl2)

Erm, rasanya, begitulah kisah saya yang tidak seberapa pada entry kali ini.. walaupun event nya tidak sebesar mana, cuma hari sukan adik2 kecil kita ni, tapi, banyak ibrah ( pengajaran) yang boleh di ambil.. Salah satunya ialah, proses pentarbiahan diri, bagaimana untuk membina asas baitul muslim yang kukuh.. Perlu diingat, perancangan untuk membina baitul muslim perlu dibuat sebelum kalian bernikah lagi.... Seperkara lagi, saya ingin memberikan credit khas buat teman2 yg mempunyai adik2 kecil... bukan senang kan nk menjaga mereka dan melayan kerenah mereka.. tapi, bersyukurlah... secara tidak sedar, anda akan dipupuk dengan sifat bertanggungjawab, penyayang, dan penyabar.... wallahualam~

p/s: hayati 25 pesan luqman al hakim ini buat anaknya yang tercinta.... hayati dan ambillah iktibar daripadanya...

7/19/10

Belajarlah daripada Alam...


Assalamualaikum wbt, bersyukur rasanya ke hadrat Ilahi, pabila diri ini, terus diberi ruang waktu dan kesempatan untuk mengungkapkan sedikit kata2 buat renungan kita bersama..

Alhamdulillah, dengan rahmat dan pertolongan dari Ilahi, hari2 yg tampak sukar, berlalu dgn mudah.. syukur ku panjatkan pada Mu Ya Allah.. tanpa bantuan dari Mu, siapalah diri ini untuk terus cekal mengharungi hari2 yg sarat dengan cabaran...

Sedar x sedar, masa terus meninggalkan kita, kita seakan2 keciciran dilemasi ruang2 waktu yg telah kita bazirkan. cuba kita renungkan sejenak, berapa banyak masa yg telah kita manfaatkan sepenuhnya.. apa yg kita isi dengannya, berapa helaikah naskah suci Al Quran berjaya kita baca? Cukupkah amalan2 sunat kita, beserta dengan inisiatif diri mencari ilmu2 tambahan melalui pembacaan ataupun menghadiri kelas2 mahupun aktiviti keagamaan?

Bagi saya pula, hampir 2minggu saya menetap di rumah sewa baru kami yg terletak di pjs 10.. walaupun jumlah penghuninya agak ramai iaitu 9 org, ini tidak menghalang keselesaan kami di sini. Alhamdulillah, rumahnya agak besar, jiran2 sekitarnya juga ramah2 belaka.. Maklumla kami ni, anak2 bujang2.. hehe.. gurau2..

Seperkara lagi, apa yg membuatkan saya tertarik di sini ialah cara penerimaan golongan tua di masjid terhadap golongan muda seperti kami,, mereka begitu mengalu2kan kedatangan kami.. ini menguatkan lagi semangat kami, untuk terus memakmurkan rumah Allah ini.. InsyaAllah, apa yg terdaya kami akan terus membantu hatta memenuhi undangan2 kenduri kahwin di kawasan kejiranan kami.. Almaklumla, boleh makan free..,hehehe

HIdup di MOnash...

Di monash uni pula, persekitarannya seakan2 sama dgn sunway college.. jadi saya tidaklah menghadapi terlampau bnyak masalah untuk berkomunikasi.. cuma, apa yg merungsingkan saya ialah corak kehidupan dan pembelajaran di uni.. system yang diguna pakai di sini, slightly different dgn Malaysia.. jadi, saya mesti cpt2 menyesuaikan diri..

subject2 yg diambil untuk sem ini ialah..

Biology 1001
Chemistry
Science 2010
Enviromental management..

Cuba anda lihat subject di atas ? Bukankah subject2 ini.. jika kita teliti dan kita perhatikan secara detail, adalah ilmu2 yg bisa mendekatkan diri kita pada Allah? Melaluinya.. kita bisa melihat alam melalui mata hati kita,, kita boleh mengenal Penciptanya dengan lebih dkt lagi.. kita akan mula menyoal diri.. kenapa , bagaimana, dan untuk apa ia diciptakan? Mungkian ada hikmah di sebalik penciptanya...

Jadi, sebelum saya mengakhiri entry pada kali ini, mari kita bertafakur sejenak.. gunakan waktu dan ruang yg ada, untuk kita sama2 menghayati kebesaran alam ciptaan si Pencipta Yang Maha Hebat...
Jika kita berada pada malam hari.. cubalah lihat langit yg terbentang luas... bintang2 yg berkerlipan menemani sang rembulan memancarkan sirnanya yg tidak kunjung malap..

Jika kita berada pada pagi hari pula,.. cuba kita hayati detik2 indah fajar mula menyinsing, bunyi burung berkicauan yg asyik mengalunkan zikir2 memuji Allah, deruan sungai yg begitu indah mengalunkan melodi2 penenang jiwa buat pengubat hati.. dan pohon2 hijau yg tidak jemu memayungi bumi ini daripada kepanasan.. Subhanallah..
Semoga denganya Iman kita akan bertambah.. belajarlah daripada Alam... Anda tidak akan memperoleh segumpal ijazah berbentuk kertas yg kosong,, tetapi segumpal ijazah berbentuk ibrah dan ilmu yg lahir dari ibdah tafakur anda yg sejenak.. wallahualam...

p/s: http://www.keajaibanalquran.com/biology_10.html mari kita sama2 lihat keajaiban Al Quran dalam bidang sains..

7/11/10

I love you because of You...



Puas sudah ku menjaga diri kecilku ini, dan mengislahkan hati,
dengan harapan insan biasa persisku ini bisa bertemu 'qurratul ain'
penyejuk di mata, penawar di hati....
agar dia menjadi teman kembaraku dalam menuju redha- Nya..


p/s: Seuntai kata di atas begitu menyentuh kalbu hati ku tika pertama kali membacanya... walaupun agak jiwang... tapi, ia sebenarnya nasihat yang amat berguna.. buat peringatan diri dan juga teman2 seperjuangan sekalian.. InsyaAllah, walaupun agak sukar.. dengan niat yg ikhlas kerana Allah s.w.t... semuanya tidak akan sia2....Akan ku tunggu dirimu satu hari nanti, walaupun dirimu masih lagi dalam gengaman Ilahi, dan ku tidak tahu siapa....
(ceh poyo je ^_^ ) hehe

Bermulalah episod baru buat diri ku di Monash University dalam kembara mencari identiti dan perjuanganku sebagai seorang pelajar.. Pohon doa dari semua, agar perjalanan diri ini dalam mencari ilmu dan berbakti untuk islam kan dipermudahkan Ilahi... ameen.. terima kasih..

7/4/10

Alkisah di kampung ataupun di bandar..














Alhamdulillah,, syukur pada Mu ku panjatkan atas segala nikmat yg telah engkau curahkan.. Engkau taburi alam ciptaan Mu ini, dengan titisan rahmat dan anugerah kasih sayang Mu yg tidak ternilai. Engkau jadikan setiap makhluk mampu berkasih syg dalam mengejar cinta dan redha dari Mu...

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian...

Sedar tak sedar, hampir berakhir cuti kita bukan, baik yg sudah memulakan sesi orientasi di Universiti masing2, mahupun yg sdg menunggu surat cinta di rumah dengan penuh debar.. almaklumla, menantikan surat dari yg tersayang, lagi di tunggu lagi menderita... hehe,, maaf, sedikit kiasan.. Juga buat rakan2 yang bakal meninggalkan tanah air ini.. mesti sibuk bukan, menguruskan visa, rumah dan sebagainya. Moga2 urusan anda dirahmati Allah hendaknya..

Baiklah, berbalik pada tajuk di atas,.. di sini saya ingin memberikan sedikit pandangan tentang kehidupan di kampung ataupun di bandar ? Mesti anda sibuk bertanya bukan? Ada beza kah? Jawapan saya.. semesti ada .. dan yang pasti bukan sedikit2 beza nya, besar jurang perbezaan yang perlu kita rapatkan kembali..

Sebelum saya memberikan pendapat.. ingin saya bertanya pada sahabat2 sekalian ? Contohnya la kan.. anda bersembahyang di masjid2 atau di surau2... Mana lagi ramai jemaahnya ? di kampung ataupun di bandar ? Soalan ke dua pula ? Mana lagi banyak program keagamaanya ? di kampung atau di bandar ? jawapanya... jeng3... semestinyalah di bandar.. Beruntung bukan masyarakat di bandar.. Dalam arus kemodenan yang pesat, mereka di hidangkan pula dgn ilmu keagamaan yg benar cukup.. Fasiliti2 keagamaan yg benar2 bagus.. Tenaga2 pengajar , ustaz2 yg benar2 berkaliber.. Lulusan al azhar katakan.. muda dan bertenaga.. tidak hairanlah sekarang, jemaah2 di masjid2 mahupun surau2 di bandar2 besar di penuhi umat islam.. mahupun yang tua ataupun muda..

Berbeza pula keadaanya di desa.. anda jangan terkejut, saat anda melangkah masuk untuk menunaikan solat, anda akan lihat hanya ada imam dan tok bilal saja...pelik bukan.. adat lah org melayu katakan, selagi xpencen, umur pun masih muda, hati mereka semestinya belum terbuka untuk memakmurkan rumah Allah ini.... kesannya yg tinggal hanyalah golongan2 tua sahaja. Mana perginya golongan2 muda.. golongan2 yg bakal menjadi tonggak kemajuan ummah. Mereka hanyut sahabat, mereka hanyut.. Mereka hanyut tika mencari identiti yg sebenar.. Dalam permasalahan ini.. sapa yg hendak dipersalahkan ? Ibu bapa ? Guru2 ? tok imam ?...Renung2kan dan mari kita fikir masalah ini bersama.

"Siapa yang melapangkan seorang muslim dpd satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dpd satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yg memberi kemudahan kepada org yg berkepayahan Allah akan memberikannya kemudahan di dunia dan di akhirat. Siapa yang menjaga rahsia seorang muslim di dunia, Allah akan menjaga rahsianya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong hamba- Nya selagi hamba-Nya itu menolong saudaranya (riwayat muslim, Abu Daud, Nasa'i, Tirmizi dan Ibn Majah)

Di desa, tersangatlah kurang ustaz2 ataupun golongan cerdik pandai agama yg mampu mentarbiah umat. Kalau ada pun golongan2 tua, yg seperti kita tahu.. keringat mereka tidaklah sekuat golongan2 muda.. Program2 keagamaan yg dianjurkan di desa2 teramat2 lah sedikit.. Kalau di tempat saya, hanya ada satu ceramah mingguan, berkaitan tentang permasalahan fikah.. Justeru itu saya seru, buat ustaz2 muda, gerakan2 islam di Malaysia khususnya, dan juga umat2 islam semua, marilah kita jadikan masyarakat di desa pula sebagai "sasaran" kita seterusnya.. Janganlah kita terlepas pandang akan isu ini,.... Marilah sama2 kita merencana solusi dalam mengurai permasalahan ini... Majulah islam untuk ummah.. wallahualam..

p/s: sebenarnya seronok juga kawan ngn pkck2 ni.. old skool katekan.. hehe..
maaf juga atas keterlanjuran kata2 dalam menegur.. Moga2 kita sama2 peroleh rahmat dari Nya.
InsyaAllah. (^_^)

7/2/10

Nantikanku di batas waktu~

Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com


Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Reff :
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu

Lagu/lirik : Deden Supriadi

p/s: xtau la nape tibe2 terasa nk post lyric lagu ni.. bukan bermaksud diri ini jiwang.... tp, biasalah manusia.. Perlu diingat cinta itu fitrah dan bukan fitnah. Islam tidak sesekali menyekat fitrah itu. Tetapi untuk menyekat fitnah, bersabarlah.. gapailah redha dan cinta Ilahi. InsyaAllah tidak akan sia2... wallahualam (^_^)v

7/1/10

Jumaat yg barakah..

Salam jumaat yg penuh barakah ini, saya tujukan buat rakan2 yg dirahmati Allah sekalian. Bersyukur ke hadrat Ilahi, dgn limpah rahmat dan kurnia Nya, kita mampu lagi hidup dan terus bernafas di bumi Nya.. Isi lah hari jumaat yg penuh dgn keberkatan ini, dgn memperbanyakkan amalan2 sunat, seperti bersedekah, berzikir dan juga membaca surah Al-kahf... InsyaAllah keberkatannya akan kita temui.
Suka bagi saya , sebelum menyambung entry smlm, untuk menghidangkan sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian dgn sedikit santapan jiwa buat penyejuk nurani.. begini bunyinya..

Jibril a.s datang kepadaku serta berkata, " Ya Muhammad, berapa lama pun kamu hidup di dunia ini, kamu akan mati pada suatu hari nanti, dan kamu mungkin menyintai siapa saja, tetapi kamu harus ingat bahawa pada suatu hari nnt kamu akan berpisah dengannya. sesungguhnya kamu akan menerima balasan atas apa yg kamu kerjakan (baik atau jahat). Tidak dapat dibantah lagi, bahawa kebesaran seseorg mukmin itu adlh dalam tahajjudnya dan kemuliaanyya adlh dlm keredhaannya dan kesabarannya.

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian ,
mari kita lihat sambungan bagaimana syaitan memasuki hati2 manusia dan juga pintu2 nya.

6. Pintu yg ke enam, hasad, lantas aku menghadapinya dgn sifat qanaah (berpuas hati dgn apa yg ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah terhadap makhluknya.
Maksudnyan di sini, kita hendaklah bersyukur dgn apa yg kita ade. Hal ini kerana, apabila kita qanaah, hati kan jadi tenang dan tenteram, kita sentiasa merasa cukup dgn segala pemberian Allah,, dgn ini hati tidak akan menjadi resah. Juga perlu diingat, janganlah terlampau mengejar dunia, pabila dunia di kejar, akhirat kan keciciran,.. Sangupkah anda kaya di dunia, tp papa di akhirat?

7. Pintu yg ke tujuh ialah riya` dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dgn sifat ikhlas. erm.. memang susah bukan nak menghilangkan sifat ini, dan agak susah juga untuk berlaku iklhas. Cubalah untuk memberi dan bukan untuk menerima,, ingatlah setiap apa yg kalian dapat dpd seseorg berbanding apa yg kalian berikan padanya, dgn ini, hati kan bahagia... Cuba kalian bygkan, Allah sentiasa memberi bermacam2 jenis kenikmatan pada hamba Nya, pernahkan sesekali Dia meminta balasan? Tidak pernah bukan. dan Dia tidak akan terjejas sekalipun kita tidak bersyukur. Seharusnya kita patut malu pada Nya, kerana kita tidak pernah merasa cukup dan terus meminta..

8. Pintu yg ke lapan bakhil, lantas aku menghadapinya dgn meyakini bahawa apa yg ada di tangan mahluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal. Oleh itu rakan2, janganlah kita bakhil ye.. Bahkil ni luas maksudnya, bukan bakhil harta je, tapi bakhil ilmu dan juga kudrat. Apa salahnya jika kita menyumbang pad fakir miskin, saudara2 kita di palestin. Infakkanlah harta kita di jalan Allah. I.Allah kebahagiaan kan kita temui.

" Sungguh manusia diciptakan dengan sifat suka mengeluh, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir, kecuali orang-orang yang melaksanakan solat, mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya" (al Ma'arij 19:23 )

9. Pintu yang ke sembilan ialah takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'. Di sini, Ingin saya sampaikan satu kisah.. sebelum saya mulakan kisah ini, mari kita renungkan sepotong hadis riwayat Ahmad dan Bukhari dan muslim

" Sesungguhnya syaitan itu berlari dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah, oleh itu sempitkanlah laluan syaitan itu dengan berlapar"

Disebutkan satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa, syaitan bagi org kafir telah bertemu dgn syaitan bg org mukmin. Tiba2 kedapatan syaitan bagi org kafir itu dalam keadaan gemuk muntel, sedangkan syaitan bagi org mukmin itu kurus kering dan dalam keadaan dukacita, lantas syaitan org kafir itu bertanya pada syaitan org muslim " Kenapa kamu kurus kering dan dukacita ? " Syaitan org mukmin itu menjawab " Aku mendampingi seorang lelaki untuk mengodanya, apabila lelaki itu hendak makan beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus lapar, apabila minum beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus kehausan, apabila beliau memakai pakaian beliau menyebut nama Allah, oleh itu aku terus terlanjang, apabila beliau memakai minyak rambut, beliau menyebut nama Allah, oleh itu rambutku terus kusut. " Syaitan org kafir itu pun menjawab, tetapi aku mendampingi seorang yg tidak melakukan sedikit pun daripada apa yg engkau sebutkan itu, oleh itu aku berkongsi dgnya pada makanannya, minumannya dan pakaiannya...

10. pintu yg kesepuluh ialah sifat tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu pada manusia. Moga2 dengan itu kita akan menyandarkan sepenuh harapan pada Allah dan tidak pada manusia, kerana manusia bersifat dgn sifat kekrgn dan kita akan berakhir dgn kesedihan jika mengharap pada manusia. wallahualam.



Agar Aku dan Kau, tidak lagi membuatkan syaitan Bahagia....













Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Sebelum saya mulakan bicara saya dgn lebih lanjut, suka kiranya jika kita sama2 menghayati ayat Quran yg bermaksud..

" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kalian, maka jadikanlah ia sebagai musuh kalian. Karena sesungguhnya syaitan itu mengajak golongan nya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." (Fathir: 6)

Sahabat2 yg dikasihi Allah sekalian,
Tika kalian membaca entry sy pada kali ini, tidak perlulah menutup lampu bilik. Mana tau kot2 ada yg tkt.. hehe..gurau saja (ingatan untuk si penulis).. Ayuh rakan2, mari kita katakan tidak pada syaitan.. Tapi, bagaimana ye ? Jangan risau, kerana islam ada cara nya..

Cara-caranya seperti yg dirumuskan oleh para salihin, mereka berkata..
"Ku renung dan ku fikiri, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba2 ku dapati, syaitan memasukinya dari sepuluh pintu :

1.Pintu yg pertama, Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dgn menaruh kepercayaan dan berpada dgn yg ada setelah berusaha dan berikhtiar. Maksudnya kita hendaklah tidak tamak dalam soal rezeki,.. berpada2 dalam merebut dunia dan juga berprasangka baik kpd Allah, mahupun manusia.. Jangan cepat menilai seseorang itu berdasarkan rupa dan perwatakannya...

2. Pintu yg kedua, cintakan hidup dan panjang angan2, lantas, aku menghadapinya dgn rasa takut terhadap kedatangan maut dgn tiba2.. (Kiranya kalu hendak teringatkan si dia, cpt2 la ingat mati ye,, Ingatkan si Dia lagi baik dan berfaedah dari ingatkan si dia) ..

3.Pintu yg ke tiga, cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dgn meyakini nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk. Maksudnya di sini, janganlah terlampau gembira tika memperoleh sesuatu kejayaan, kelak musibah kan melanda jika sifat syukur hilang pada diri.

4. Pintu yg ke empat, kagum pada diri sendiri (ujub), lantas aku menghadapinya dgn mensyukuri nikmat2 pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan, erm.. ujub ni memang susah untuk dielakkan, kadangkala niat kita dah betul, cuma terkadang timbul lintasan2 kecil dalam hati...(aku ni cantik juga ..., ensem juga aku, pandai juga.......) jika ada kata2 ini, istigfarlah. byk2..

5. Pintu yg ke lima, pandang rendah pada org lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dgn cara mengetahui hak2 dan kehormatan mereka.. erm, perkara seperti ni,, kerap kali timbul, cthnya la kan, bila mak cik cleaner berikan nasihat ? kita mesti ambil remeh je kan ? Bebanding dengan pandangan seorg engineer ataupun doctor terhadap kita.. cth lain, bila kita terlihat anak2 muda zaman sekarang yg sosial sini sana, kadangkala kita merasakan diri ini lebih baik dari mereka, maklumla, kita ikut usrah, kita pergi masjid... tp ???

Sedarkah kita bahawa, kita seharusnya malu dan hormat pada anak kecil kerana, dosa mereka amat sikit di sisi Allah berbanding kita, serupa juga pada org yg lebih veteran dari kita, mereka lebih banyak amalnya berbanding kita... Dan yang paling penting sekali, pada insan2 yg berbuat maksiat dan dosa. Jangan sesekali memandang remeh mereka, kasihani mereka dan doakan mereka, jangan ingat amalan2 kita yg sedikit ni mampu menjamin tempat kita di syurga kelak.. renung2kan..

Rasanya sampai di sini sahaja untuk entry pada hari ini.. nantikan sambungannya pada entry yg akan datang.. teruskan ceria bersama kami.. (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...