

Web Enrolment SystemTo obtain full address details click on the venue for each exam.
"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mneyukai orang2 yang bertawakal kepadanya" (Ali Imran :159) |
Web Enrolment SystemTo obtain full address details click on the venue for each exam.
"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mneyukai orang2 yang bertawakal kepadanya" (Ali Imran :159) |
Hidup kadang-kala mesti dicabar. Kalau tidak, hidup itu akan hilang ‘kebuasannya’, maka makin ‘jinak’lah ia. Jangan segan untuk belajar, walaupun dengan seekor burung.
Burung Hud Hud diutus Allah bukan untuk memeningkan kepala Nabi Allah Sulaiman, ataupun untuk memenuhkan cerita-cerita dalam al-Quran, tetapi untuk mengajar manusia berfikir. Mungkin kali ini tentang rutin hidup.
Jadilah seperti burung Hud Hud yang keluar dari kebiasaan; terbang dan balik ke perbarisan Nabi Allah Sulaiman.
Sebaliknya dia mencabar rutin kehidupannya, sekaligus meng”upgrade” peranannya daripada burung peninjau kepada rijal pengislah. Dengan meninjau kerajaan Balqis, menyedarkan kerajaan Sulaiman tentang kerajaan lain yang tidak mengimani Tuhan.
Dengan mengubah rutin hidupnya dan merombak peranannya, Hud Hud bukan sekadar mengangkat martabat dirinya, bukan sekadar memberi kepuasan peribadi, tetapi satu ummah terselamat dari bahaya api neraka kerana “usahanya”.
Begitulah hebatnya, berkuasanya “Mencabar Rutin” dalam kehidupan.
Maka bermula hari ini, mari kita cabar diri sendiri. Mahukah anda terperangkap dengan rutin harian anda sendiri? Tidak mahu bukan? Jadi ayuh, mari kita merencana satu solusi baru..
"Hidup yang bukan dikongkong oleh satu sistem kehidupan yang diatur oleh sistem barat"
"Hidup yang berlandaskan sistem Islam"
"Hidup yang berteraskan cita2 murni untuk melihat Islam setinggi bintang kejora di langit" yang daripada cahayanya bisa mengkaburi kerlipan2 bintang yang lain..
"Hidup untuk mengapai redha Allah"
Ayuh, jadikanlah cita2 mu satu inspirasi, satu jalan, satu langkah, satu tekad untuk memajukan islam... Jadilah seorang pendakwah, walau apa jua pun profesion mu nanti, hatta anda seorang scientists, engineer, doctor, guru, lawyer, accountant..dan lain2...majulah islam untuk semua wallahualam..
sumber rujukan (isma ausie dan juga filem 3 idiots)
Ku mulakan entry pada kali ini, dengan bingkisan kalimat yg menjadi tanda hati serta nurani berpadu. Berpadu dalam satu paksi. Merontakkan jiwa lalu mengarahkan minda. Dari minda itu, lalu berjuta2 reaksi saraf terhasil, pantas berderup laju..... menuju kepada angota tubuh yg ditargeti.. Mulut lalu berbicara, Alhamdulillah.... Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekalian alam...
~ “Aku suka kepada orang-orang soleh, padahal aku bukan termasuk golongan mereka. Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat, kelak bila bersama mereka. Dan aku benci orang-orang yang menjadikan maksiat sebagai perniagaan mereka dalam hidup ini, walaupun aku sendiri mungkin seperti mereka yang melakukan maksiat tersebut.” – Imam As-Syafi'ie
"Bumi Cinta"... sama sekali indah kabar dari rupa.. maksud ku, bukan buku ini tidak bagus, cuma tidaklah sijiwang tajukknya.. Inilah yang ku inginkan.. Alhamdulillah bahan bacaan yang begitu bermutu,, Bagaimana ku rasakan, watak utama, begitu hadir dalam diri, tika saat pertama membaca.. Walaupun mungkin, cabaran di Sunway ini tidakklah sehebat di Moscow, tapi.. mujahadah yang dilalui Ayyas (watak utama), seakan2 sama dengan apa yang diri ini dan rakan2 rasai.. Mujahadah melawan kedasayatan indahnya wajah wanita, disulami dengan aurat yg tidak ditutupi rapi.. terus terang ku katakan, iman mana yang tidak tergugat,, hanya doa dan ibadah puasalah yg menjadi penahan diri... Allahuakbar.. Ku Pohon dari mu agar diri ini diperkuatkan dalam menghadapi fitnah wanita yg ku kira cabaran paling besar pada mana2 lelaki...
Tapi, apa yg ingin ditekankan di sini tidak lain dan tidak bukan, semestinya usaha dakwah.. Mesti ada timbul persoalan dalam diri kalian semua bukan? Kenapa Harus dakwah? Penting sangat ke dakwah ini? Seharusnya pada diri setiap orang islam patut ade sentiment ini “aku mewakafkan keseluruhan jiwa raga ku untuk tujuan dakwah” lalu dia perlu senantiasa bersedia untuk bangkit dan menunjukkan qudwah (contoh) yg baik kepada masyarakat. Menurut Daurah perbincangkan gerak kerja Ikhwanul Muslimin yg di wacanakan oleh Imam Hassan Al Banna yg diri ini hadiri tempoh hari…amat penting bagi kita umat islam mengetahui tahapan2 dakwah itu? Pada sapa kita hendak dakwah? Ke mana arah tuju dakwah kita dan sebagainya… Jika kalian semua ingin tahu dengan lebih lanjut , bolehlah rujuk kepada buku yg bertajuk “Himpunan Risalah Imam Hassan Al Banna.”
Di sini, apa yang termampu, Cuma sedikit tahapan dakwah untuk dikupas bersama. Secara ringkasnya dakwah kita ini terbahagi kepada 3 peringkat. Menjelaskan (taarif), Membina ( takwin) dan juga Melaksana (tanfiz). Tahapan yang pertama, taarif.. Bagi diri ini, taarif adalah wasilah yang difikiri bahawa kesemua pelajar khususnya pelajar2 universiti ini ada. Medium yang paling mudah dan sesuai, adalah melalui penulisan. Jika kita berkemampuan sedikit, apa salahnya berceramah dan juga lain2.. Takwin pula lebih kepada katibah (pembinaan rohani) melalui, majlis2 ilmu, daurah, usrah dan sebagainya. Taarif pula adalah pelaksanaan. Bagaimana kita harus lihat dalam usaha ini, seorang pendakwah perlu peka kepada persekitaran, peka terhadap budaya, masalah masyarakat, cara meng approach mereka… dan yang paling penting bagaimana untuk mentarbiah masyarakat masa kini….
Disebutkan juga satu kisah daripada Ustaz Halim ( Naib Prisiden Isma Pusat), pabila beliau dihadiri oleh sekumpulan engineer petronas yang menceritakan bahwa, dalam Petronas kini mempunyai grading system, 1 untuk yg committed, 2 untuk yg rajin..3 dan juga
4 (probability untuk dibuang adalah sangat tingi).. Mereka bertnya, bagaimana kami ingin berdakwah sedangkan kami sangat2 la sibuk.. Dengan spontan ustaz Halim pun menjawab, dakwah pun mempunyai grading system yang tersendiri..
· Grade 4 – Orang yang hanya ikut usrah dan program2 dakwah.. kemudian mereka balik ke rumah tanpa ada pelaksanaan
· Grade 3- Mengamalkan apa yang diperoleh daripada usrah dan program2 dakwah itu..
· Grade 2 – Orang yang mentalitinya senantiasa ada untuk projek2 dakwah ini, baik untuk masyarakat desa mahupun di Bandar.
· Grade 1 – Orang yang mempunyai seribu orang di belakangnya ..
Begitulah rakan2, tetapi, dalam mengejar cita2 duniawi ini, carilah cita2 yang paling simple sekali, dan letakkan cita2 yg terbesar pada dakwah kita. Adakalanya kita futur, jadi ayuh, bangkitlah semula.. Kadang2 kita dihina, tapi itu tidak mengapa.. Kadang2 kita dicaci… aduh, kita mengeluh… lalu, kita lebih rela menghadap buku pelajaran setiap masa…daripada menyisihkan sedikit masa untuk tujuan dakwah.. Di sinilah letaknya pilihan, mana satu pilihan hati, cita2 yang paling mencabar iaitu cita2 fardhu ain, ataupun cita2 yang paling simple, cita2 fardhu kifayah? Once kita dah peroleh ijazah.. letakkan satu target pada cita2 dakwah kita.. Alangkan Ustaz Halim sekalipun (bukan nk memuji, tapi kagum), setamatnya pengajian beliau di Australia, beliau bingkas bangun untuk menyambung pengajiannya ke mesir. Lalu beliau memilih untuk lebih focus pada jalan dakwah ini…
Jadi bagaimana rakan2… ada kalanya kita boleh berjaya kedua2 bidang.. tapi ada kalanya kita harus memilih. Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan belajar bersungguh2 ,supaya kelak menjadi muslim yg boleh menyumbang sesuatu untuk islam.. Wallahualam…. Ops sebelum terlupa.. Akhwat juga perlu bergerak sama dalam usaha ini.. ? bergerak dengan lebih gigih sebenarnya, memandangkan jumlah wanita yg lebih ramai dari lelaki abad ini… bukan begitu?
p/s: Sebelum entry ini diakhiri, marilah kita tadabbur ayat yang bisa membuatkan Iman Al Banna, bergerak bangun untuk mentarbiahkan umat… (al hajj 77-78), ambil wuduk, lalu pegang dan buka mushaf itu, lapangkan dada, kosongkan hati.. renungkanlah sejenak… Dari ayat itu, kita akan disoal jika kita mengabaikan tugas sebagai seorang islam iaitu “Dakwah” Dakwah kerana Allah dalam mencari Redhanya. Jazakumullahu khairan katsiira.