8/19/10

Diari Ramadhan Ibn Farique...Fasa 2


Saat doa dibacakan sebentar tadi... oleh imam di masjid Al Husna.. hati ku bergetar.. lidahku kelu,, benang kelopak air mata membasahi hatiku " Ya Allah Ya tuhan ku, ampunilah IBU bapa ku, PASANGAN hidup ku" IBU BAPA KU? PASANGAN HIDUP KU? persoalan bermain dalam benak fikiranku... adakah aku telah menjadi seorang anak yang baik kepada kedua IBU dan ayah ku? Dan adakah juga jodohku dikalangan wanita2 yang soleh? Hanya Allah yg mengetahui...... semoga diri ini dapat mempertahankan apa yg diprinsipkan sehingga tiba waktunya, bak kata seorang teman ‎"Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis"

ohh tidak, hampir menyimpang dari tujuan asal diri ini menulis.... diharap sedikit wacana buat renungan kita bersama dapat diri ini singkap, meskipun tidak banyak dan hanya satu ayat dari ayat2 Allah.

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian, Walaupun rasanya ada sedikit perkara yang perlu diselesaikan , suka bagi diri ini untuk meng"update" Diari Ramadhan ibn Farique yang kini memasuki fasa ke dua.. fasa Magfirah, atau lebih dikenali sebagai fasa pengampunan... Sejauh manakah pengampunan Allah kawan2? Pengampunan Allah sangat besar....meskipun anda datang kepada Allah dengan dosa seberat bumi, nescaya Allah akan ampunkan...
Subhanallah.... di sini saya sediakan borang mutabaah diri yang saya petik dari buku "Diari Ramadhan" karya Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Aziz....

Catatan amal

Anda lakukan?

1. Bangun sepertiga malam dan berdoa

2.Bersuci berwuduk dan berdoa

3. Solat sunat taubat tahajud dan hajat.

4. Membaca Al Quran

5. Berpuasa dan berniat Sahur

6.Solat Sunat di rumah

7. Menjawab azan subuh

8.Solat sunat sebelum subuh

9. Solat subuh berjemaah

10. Membaca Al Quran

11. Pergi berkerja/belajar sambil berzikir kpd Allah

12. Solat Sunat Duha

13. Menjawab azan zuhur

14. Solat sunat sebelum zuhur

15. Solat zuhur berjemaah

16. Membaca Al Quran

17. Meneruskan kerja2/ pelajaran

18. Solat sunat sebelum asar

19. Solat asar secara berjemaah

20. Membuat persediaan berbuka puasa

21. Mendengar tazkirah ringkas

22. Berbuka dahulu dengan tamar dan air

22. Solat maghrib secara berjemaah

23. Solat sunat selepas maghrib

24. Solat sunat sebelum isyak

25. Solat isyak secara berjemaah

26.Solat sunat selepas isyak

27. Solat tarawikh berjemaah.

28. Tadarus Al Quran

29. Muhasabah diri

30. Membaca doa sebelum tidur

31. Tidur dengan wuduk

32. Telefon kedua ibu bapa.






8/11/10

Diari Ramadhan Ibn Farique...


Alhamdulillah, hari ini, genaplah 4 hari kita berpuasa, susah senang, dapat kita lalui bersama.. jadi rakan2 sekalian, bagaimana ibadah puasa kalian semua? adakah berjalan lancar seperti yg diharapkan, ataupun sebaliknya? tepuk dada, tanya hati... pabila hati ini dapat membimbing akal dalam merencanakan diri supaya badan dapat membuat perkara maaruf.. maka, anda telah lulus melalui madrasah Ramadhan sepanjang 4 hari kita berpuasa..

Rakan2 yg dirahmati Allah sekalian, tujuan catatan Ramadhan ini ditulis sebenarnya lebih kepada "borang checklist" akan amalan2 yg kita telah lakukan atau lebih dikenali sbg borang mutabaah diri.... bermula dari waktu sepertiga malam hinggalah pabila azan subuh keesokkan harinya berkemundang... apa yg agak2nya kita telah isi ye?

Bagi saya, alhamdulillah, sahabat2 seiisi rumah saya begitu bersemangat mengharungi Ramadhan.. bermula dgn sahur bersama, kami "bergotong royong" mengejutkan sahabat2 yg tidur untuk tahajud, menyediakan juadah bersahur, pergi kelas bersama, iftar dan juga bertarawikh bersama.. Bagi saya, inilah kali pertama saya berbuka di masjid.. Seakan2 berada di perantauan, dengan jumlah umat islam Melayu yg saya kira minoriti di University, mungkin sedikit janggal.. tetapi, tidak mengapa, keadaan seperti ini, sedikit sebanyak mengajar kami erti untuk lebih bermujahadah, melawan hawa nafsu pandangan mata dan juga bual bicara yg tidak membawa faedah...

Tika entri ini ditulis juga, ramai sahabat2 saya, yg baru sahaja, pulang, pergi mahupun yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara,, sekalung tahniah, dan ucapan agar kalian menjadi muslim dan muslimat yg berguna pada agama dan juga negara... Walau kalian berada jauh sekalipun, doa dari diri ini akan sentiasa mengiringi kalian.. InsyaAllah..

Ops, hampir terlupa juga saya, umur dengan rasminya telah menginjak 19 tahun..bermula hari ini, 14.08.2010 bagi saya, ia bukanlah suatu kegembiraan, tapi satu ketakutan.. ketakutan dalam kesyukuran.. saya takut andai amal yang telah saya isi selama 19 tahun ini tidak diterima Allah, berapa banyakkah amalan saya yg disertai dengan keikhlasan, dan yg paling pasti.. SEBERAPA lamakah lagi saya akan hidup di dunia ini.. Mohon doa dari semua agar umur dipanjangkan, dan usia diberkati, agar saya bisa berbakti untuk islam.. amin..

Qanaah VS hawa nafsu

Rakan2 yg dikasihi Allah sekalian, maaf andainya, entry pada kali ini bercampur baur.. sebenarnya, begitulah perasaan yg saya alami tika ini, bercampur baur? apa maksudnya.. bercampur baur antara perasaan Qanaah, iri hati dan juga terlampau menuruti hawa nafsu..
Bagaimana ye? mesti ramai yg tertanya2.. mari saya terangkan melalui satu situasi.. andai anda diberi peluang... diberi pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun di dalam negara? mesti luar negara bukan... situasi kedua... anda telah lama meminati sesuatu barang... walaupun mahal anda sanggup untuk menghabiskan wang kerananya?

Pengajaranya.. Qanaah la, bersyukur ke hadrat Ilahi, akan kurniaanya yg melimpah luas ke atas diri kita.. jika kita mampu untuk mengira setiap nikmat yg Allah berikan pada kita, sebenarnya kita tidak mampu.. Nikmat yg Allah berikan, lebih banyak dari apa yg kita pinta.. sebenarnya, walau kita tidak meminta sekalipun, Allah tahu apa yg kita hajati.. tetapi, berdoalah, dengan berdoa.. kita selangkah dalam proses mendekatkan diri kita kepada Allah..

p/s: Entry ini ditulis tika berada di Terenganu.. jalan2 masjid yop.. jangan jalan2 cari calon isteri sudah la.. pesan seorang shbt.. wassalam..salam ukhuwah dan salam kasih mahabbah..








8/6/10

Lupa Tuhan Lantas diri dilupai Nya..



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, tika malam mula menyepi, rembulan meniti sepi.. diri ini terpilih oleh Ilahi untuk terus berjaga malam. Walaupun agak penat, namun ada sesuatu yang diri ini ingin coretkan buat renungan kita bersama.... waaa... nada sedih seakan mula menjelma.. kita ceriakan kembali suasana...

Bulan Syaaban kian berakhir, pelbagai ragam dan ibrah dapat saya ambil buat renungan diri. Diri ini seakan2, hilang dibawa arus. Entah mana silapnya. Tapi, apa yang pasti... DOSA.. membuatkan saya semakin leka dan alpa. Hati ini semakin mengeras dan nurani semakin terbias. Jarang2 sekali, hati ini mudah tersentuh tika doa dibacakan, al Quran ditadaburi dan ceramah didengari. Menurut salah seorang teman saya, alangkah indahnya hati ini jika kita mudah menangis seumpama kita menumbuk bawang.. Pasti deras bukan air mata yang mengalir keluar. Begitulah perbandingannya... Saya harap, pada bulan Ramadhan yg bakal menjelma dapat diri ini mendidik nafsu dan hati agar sentiasa berharap pada Allah..

Kehidupan di Universiti

Berbalik pada persoalan kehidupan, sepatutnya saya tidak perlulah runsing akan hal2 duniawi ini, tapi pada pendapat saya, hal duniawi inilah yang menjadi piawaian hal2 ukhrawi kita. Seperti hal pelajaran dan hubungan kita sesama manusia.. Saya dapati, pelajaran saya semakin merosot. Saya kurang memberi perhatian didalam kelas, mungkin dek kerana terlalu asyik bermujahadah melawan pandangan mata. Almaklumla Monash bukan.. adushh.. hehe..gurauan sahaja. Seperkara lagi, urusan kehidupan saya yg kelam kabut dan jadual yg tidak tersusun mungkin menyumbang kpd permasalahan ini.. Alkisahnya.. Saya juga semakin kalut bermain futsal,,, fokus2... saya perlukan fokus dan keberanian. Sesuatu yang saya perlu lebih belajar dari masa ke semasa.


Ramadhan kian menghampiri


Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, Ramadhan kian menghampiri kita? Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya.. Bagi ibu2 di rumah, sudah beli ke langsir dan perabot2 baru? Mesti pelik bukan, jika kita lihat masyarakat islam di Malaysia begitu girang menanti hadirnya Ramadhan? Rumah dicat dengan cat baru, perabot diganti dengan perabot yang baru... Tetapi, suasana seperti ini benar2 berlaku di negara2 Arab. Mereka menyambut Ramadhan seakan2 masyarakat Islam kita di Malaysia menyambut Aidilfitri. Mesti meriah bukan. Masjid2 dipenuhi dengan aktiviti2 yang bermanfaat, setiap saat.. pasti ada sahaja insan yang keluar masuk masjid. Jika kalian hendak lihat suasana seperti ini, datanglah ke masjid UIA gombak. Di situ anda akan lihat, hatta pada jam 2 sekalipun, masih ada lagi ceramah, tadarus.. Pelajar2 asing di sana begitu menghidupkan malam Ramadhan..

Tetapi4.... perlu diingat, kita bukanlah menjadi hamba kepada Ramadhan, tetapi hamba kepada Allah, Janganlah selepas Ramadhan, kita kembali kepada perangai asal yang lame. Renung2ngan buat diri dan sahabat2 sekalian.

Checklist persiapan sebelum Ramadhan.
  • Minta restu ayah dan ibu
  • Pohon kemaafan dari semua manusia
  • Perbaiki hafazan Al Quran
  • Perbaiki jumlah ms bacaan Al Quran
  • Hutang
Target Menjelangnya Ramadhan
  • Khatam Al Quran 30jzk
  • Bawa mushaf Al Quran ke mana2.
  • Tahajud 2 rakaat setiap malam (bersahur jgn dilupa) kerana ia membedakan puasa kita dengan org nasrani dan yahudi.
  • Hafaz ayat2 dari ayatul Quran sbg motivasi buat diri.
  • Iftar( berbuka puasa ) bersama
  • istigfar 100x sehari.. Hayatilah ia, bulan Ramadhan ialah bulan pengampunan
  • Infakkan harta di jalan Allah ( seringit sehari atau lebih)..
  • etc dan sebagainya, target akan ditambah dari semasa ke semasa..

Begitulah sahabt2 yg dirahmati Allah sekalian, semoga madrasah Ramadhan pada kali ini, dapat kita lalui dengan sempurna, pohonlah doa dari Allah, agar kita diberi nikmat kesihatan dan nikmat iman yang berkekalan hingga ke akhir hayat. amiin..

Doakan juga buat diri selamat pulang ke kampung halaman, cukuplah walaupun sebentar berada di sana, doa restu ayah ibu amat diperlukan agar madrasah ini dapat dilalui dengan sempurna. Gembirakan hati mereka. Ingatlah bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa kita.. wallahualam.

Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yang berTaqwa”[al-Baqarah : 185]






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...