1/10/11

Lelaki di awang-awangan..


Bayu malam dirasakan begitu halus menyapa diri, suasana yang tenang sebegini di desa tercinta pasti membuatkan setiap jiwa yang terlena bingkas bangkit menuju kesedaran. Kesedaran yang ada kalanya memerlukan daya fikir yang lebih serta berlainan.. Sama sekali perlukan sedikit kelainan.. Kelainan yang daripadanya bisa mencorakkan umat dan jalan yang bakal dituju selepas ini.. Adakalanya hati ini sering tertanya, masih punyakah jalan bagi diri ini merealisasikan apa yang dihajati ? Pasti teman-teman juga berfikir begitu.. InsyaAllah, dengan berbekalkan sedikit buah pandangan dan pengalaman peribadi, persoalan inilah yang akan kita bincangkan bersama..

Hajat ? Impian ? Cita-cita ? Perkataan yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama.. Maksud yang sama tetapi memberi erti yang berbeza pada setiap individu.. Ada insan bercita-cita tinggi, ada insan pula bercita-cita rendah.. Ada insan yang mengapai impian, ada insan pula yang hanya mampu mengimpikan apa yang dihajati... Rakan-rakan sekalian.. Mari kita lihat dalam ruang lingkup yang lebih besar lagi... Teman-teman kita di Palestin mengimpikan secebis makanan, kita pula mengimpikan hidangan makanan yang sedap-sedap.. Mereka di Palestin sanggup menanam rumput untuk dijadikan makanan, walhal kita pula sangup membeli makanan hanya sekadar dijadikan perhiasan.. lalu dibazirkan dan dibuang.. di sinilah letaknya dua impian yang berbeza tapi dengan satu tujuan.. untuk memenuhi fitrah sebagai manusia yang perlukan makanan untuk hidup..

Manusia, kadang kalanya begitu memberikan saya satu subjek motivasi yang cukup tinggi.. Saya gemar melihat manusia dan memerhatikan tingkah laku mereka.. Bagaimana budaya dan pemikiran mencorakkan manusia di satu-satu populasi dan kawasan. Penduduk di kawasan A, sudah semestinya berbeza daripada penduduk di kawasan B, dan begitulah sebaliknya.. Saya juga gemar memerhatikan kemajuan pemikiran penduduk di sesebuah kariah dan melihat cara bagaimana mereka mengimarahkan masjid.. Mungkin, atas jurang umur yang "jauh" di kalangan majoriti jemaah masjid kini, masjid di sesetengah kariah seakan lesu dan suram tanpa sebarang aktiviti.. Anak-anak muda terlihat begitu kurang sekali dan semakin mejauhi masjid.. Di manakah silapnya? Begitu juga adab-adab di dalam masjid.. Sebuah analogi yang cukup mudah ,kita seringkali melihat tanda "Dilarang merokok di pasar-pasar raya" ini bermakna kita dilarang merokok di situ.. Tetapi, pernahkah kita terlihat tanda "dilarang merokok" di masjid2? Persoalannya, adakah masjid itu tarafnya lebih rendah daripada pasar-pasar raya ? renung2kan..

"musafir itu hatinya suci tulus dan murni"

Kata-kata ini yang didengari beberapa hari lepas membuat semangat untuk bermusafir begitu membuak-buak di dalam diri, manakan tidak bermusafir di rantauan ini seakan-akan bisa membuka kepompong minda ke arah yang lebih maju . Bebas dari zon keselesaan yang dirasakan majoriti mahasiswa di Malaysia.. maaf jika saya katakan begitu.. Alhamdulillah, perkenalan saya dengan seorang akh yang pernah menuntut di bumi asing dan sekarang bekerja sebagai Dental Oficer di Muar menjelaskan segala-segalanya.. Ada betul juga katanya, pelajar-pelajar kita di Malaysia seakan tidak dapat lari dari kepompong kemanjaan . Mereka masih mengharapkan belas ihsan ibu-bapa dalam apa-apa juga perkara.. Berbeza dengan anak Malaysia yang belajar di rantauan. Mereka bukan sahaja perlu membiasakan diri dengan budaya setempat tetapi ada kalanya dengan corak kehidupan serba baru yang memerlukan self dependent yang amat-amat tinggi.. Walaupun diri ini juga masih belum berkesempatan melanjutkan pelajaran di bumi asing, cerita-cerita dari rakan taulan pasti membuatkan hati sedikit cemburu .. Cemburu yang pasti diri ini manfaatkan sepenuhnya untuk meraih kejayaan yang lebih besar.. InsyaAllah..

p/s : Semoga rakan-rakan yang bakal melanjutkan pelajaran di bumi kangaroo dan kiwi selamat tiba di destinasi masing-masing.. Semoga berjaya menjadi muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat.. aminn ^_^v

" Jika anda ada perkara yang dihajati dan ingin dibuat, laksanakan sekarang, kerna, mungkin hari esok bukan milik anda "

"Dan, jika ingin berubah, jangan tunggu hingga esok, kerna mungkin semangat itu sudah tidak sama seperti sekarang,, berazam ingin belajar bersungguh-sungguh ?.. ayuh kita laksanakan sekarang "




1/3/11

Teknik Bacaan Nun iwad..


Hukum tajwid merupakan salah satu asas yang amat penting dalam pembacaan Al Quran. Di sini, ingin saya berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya pelajari tempoh hari berkenaan hukum nun iwad.. Menurut guru saya, hukum nun iwad ini kebanyakkan orang akan tersalah membacanya jika tidak mempelajari hukum tajwid secara sempurna... Begitu juga saya... Jadi rakan-rakan, ayuh kita catatkan di mushaf Al Quran masing-masing di mana tempat adanya hukum nun iwad ini... (click pada gambar )



2.Al Baqarah ms 27 ayat 180

3. an-Nisa' ms 105 ayat 171

4. al- A'raf ms 151 ayat 8

5. al- A'raf ms 169 ayat 158

6. al-A'raf ms 172 ayat 164


7. al-A'raf ms 173 ayat 177

8. at-taubah ms 190 ayat 24

9. at-taubah ms 191 ayat 30

10. Ibrahim ms 257 ayat 18

11. al-Hijr ms 265 ayat 61

12. an-nahl ms 276 ayat 27

13. al-kahf ms 303 ayat 88

14. maryam ms 305 ayat 7

15. maryam ms 309 ayat 61

16. al-hajj ms 333 ayat 11 (ada dua dalam satu ayat)

17. al-Mu'minun ms 344 ayat 38

18. an-nur ms 354 ayat 35

19. al-furqan ms 360 ayat 4

20. al-furqan ms 362 ayat 26

21. asy-Syu'ara' ms 371 ayat 105

22. asy- Syu'ara' ms 372 ayat 123

23. asy- Syu'ara' ms 374 ayat 160

24. Saba' ms 431 ayat 31


25. ash-Shaffat ms 446 ayat 6

26.Ghafir ms 468 ayat 8

27. al- Jatsiyah ms 499 ayat 9

28. al-Qamar ms 528 ayat 50

29. al-Hadid ms 541 ayat 28




30. al Jummuah ms 553 ayat 11

31.al-Qiyamah ms 577 ayat 12

32. al-Qiyamah ms 578 ayat 30

33. Al-Humazah ms 601 ayat 2

34. Al- Ikhlas ms 604 ayat 2

p/s : Jika rakan-rakan ingin rujuk cara bacaannye adalah seperti ayat dari surah al Jummuah ms 553 ayat 11 yang biasa kita dengar.. Diharap entry pada kali ini dapat kita sebar-sebarkan, sebarang kekhilafan adalah kesilapan saya yang mungkin leka dan alpa dan lalai tika menuntut ilmu..Wallahualam.. Jzzk..

"Jadilah teman rapat Al Quran, nescaya engkau akan bahagia buat selama-lamanya "

1/1/11

The climb - Mirwana ( only )



I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I’m gonna to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on, cause

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I’m gonna to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb (yeah)

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb (yeah yeah ea ea)

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith


p/s : hayatilah lirik lagu ini, lirik yang bisa menyedarkan sesuatu dalam hidup.. Usaha dan usaha tanpa perlu kenal penat lelah dan jemu, walaupun ada kalanya kita jauh tersungkur, usahlah jatuh terlalu lama, bingkas bangkit dan kita sematkan azam baru.. Melangkah dan terus melangkah dengan penuh semangat... Kitalah generasi "syabab" masa hadapan.. Pohon doa dari rakan-rakan supaya diri ini bingkas bangkit dari kealpaan dan ketergesaan dalam menyebarkan islam.. Semoga, bermula dari saat dan detik ini, tiada istilah putus asa dalam bermujahadah melawan hawa nafsu dan bersusah payah dalam menuntut ilmu.. InsyaAllah.. ^_^v


12/29/10

Kerana Kita Bersaudara


Kerana kita bersaudara, satu ungkapan satu lafaz, yang cukup indah pabila disebut dan manis pabila dirasa. Jalinan dan pautan ukhuwah yang tidak akan ditelan dek zaman dan pupuh dimamah masa... Alhamdulillah, pada 24-26 jan lalu saya berpeluang menghadirkan diri ke..... ke mana ye ? Mari bersama-sama saya, mengimbau kembali memori ukhuwah yang penuh dengan kemanisan... (^_^v)


(Alhamdulillah walaupun sesibuk mana kita, solat usah dilupa )


(pemandangan alam yang begitu indah, subhanallah ^_^v )

(Peserta yang sporting, hehe.. ye ke, grinade satu !!! )

(aktiviti air yang sungguh-sungguh menarik)

( akibat lebih 600 peserta yang menaiki rakit ni, ada rakit yang hampir hancur)

(Akhir sekali sudah tentulah barisan fasi-fasi yang sangat berdedikasi )
(konon2 nya la, kecuali yang pakai spek berbaju oren tu, hehe )


Untuk paparan gambar-gambar jirim yang lebih dan lebih lagi boleh la klik di sini dan untuk paparan video jirim pula di sini... Begitulah serba ringkas gambar-gambar yang boleh menjadi tatapan buat kita semua.. Tetapi perlu diingat, gambaran-gambaran seperti ini seharusnya disertai dengan memori-memori bersama yang boleh menjadi tautan serta pengerat ukhuwah. Sejujurnya saya katakan saya merindui saat dan ketika program ini berlangsung.. Walaupun saya adalah seorang fasi yang penuh dengan kekurangan (maklumla, macam peserta pun ada, hehe ) Teringat akan kata seorang uncle di taman saya "Your face never determine your age, but your experience is the most important thing " (lebih kurang je maksud) hehee ( ^_^v )
InsyaAllah, jangan rasa rendah diri dengan kekurangan, tampilkan setiap potensi diri, optimumkan tenaga dan kreativiti mu untuk berdakwah, bermain bola juga mungkin (maklumla malaysia menang) tetapi ada satu ibrah yang saya dapat pelajari dari game sebentar tadi,.. alangkah berungtungnya jika Malaysia + Indonesia = Bangsa Melayu Islam yang bisa mengegar dunia. I.Allah... Ayuh bangkitlah "syabab-syabab sekalian" jadilah seperti Nabi Yusof yang memulai dakwahnya di penjara, Saidina Hasan dan Husin mengajari orang tua yang salah wuduknya dengan gaya berlumba, Hasan bin Tsabit yang penakut tetapi membangkitkan semangat perang para mujahidin Islam dengan syairnya yang membakar. Hassan al Banna pula memulai dakwahnya di warung kopi.. bagaimana pula kamu ?

Temui ketenangan kamu di dalam dakwah.. manisnya manikam kalbu.. =_=""




12/21/10

Obat Hati


Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo Sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng engkang luwe
Kaping limo dzikir wengi engkang suwe
Salah sakwijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani

Anda mengerti sari kata di atas ? Agak-agaknya ini bahasa apa ye ? hehee.. Maaf rakan-rakan, jika buat anda semua tertanya-tanya. Sebenarnya, ini adalah salah satu daripada lirik lagu nyayian opick. Obat hati tajuknya.. Sebuah lagu yang sarat dengan mesej dakwah dan nasihat yang sungguh berguna buat diri "insan" yang bergelar manusia.. Manusia yang seringkali alpa dan lalai tika badai "ombak" melanda.. Manusia yang seringkali dalam kegelisahan tika "petir" berbicara... Dan juga mungkin manusia yang seringkali dirundum kesedihan dan kegelisahan tika "mentari" dilanda kemurungan....

Sudah pasti bukan mereka yang bergelar manusia ini akan tercari-cari, malah, tertanya-tanya juga..

Adakah .....

masih punya ubat untuk semua masalah ini ?

Ubat bagi masalah yang tidak dapat dizahiri mata ?

Masalah yang tidak mungkin hanya dapat di obati dengan sebiji panadol..

Apakah masalah itu ?

InsyaAllah, hadirnya saya di malam hari yang penuh kedamaian dan ketenangan ini adalah untuk merungkai serba sedikit tentang permasalahan hati yang begitu kompleks dan penuh dengan keajaiban..

Obat hati

1."Kaping pisan moco Qur'an lan maknane"

Yang pertama baca Quran dan maknanya

" Wahai manusia! Sungguh telah datang petunjuk kepadamu pelajaran (al-quran) dari Tuhan-mu,penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang beriman" (Yunus : 57)

Jika kita menghayati dan mentadaburi isi kandungan ayat di atas, kita akan dapati bahawa secara terang lagi bersuluh Allah mengatakan bahawa membaca Al Quran itu adalah sebagai penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada.. Penyakit yang dipanggil sebagai penyakit hati.. Tetapi perlu diingat rakan-rakan sekalian.. Al Quran merupakan kalamullah yang wajib di baca secara tartil serta difahami dan dihayati maksudnya.. Jika berkemampuan, hafali la ayat-ayat Allah itu.. InsyaAllah ketenangan yang luar biasa akan anda temui..


2. "Kaping pindo Sholat wengi lakonono"

Yang kedua sholat malam dirikanlah

Solat malam ? Berapa ramai yang istiqamah melakukannya?
[termasuk si empunya diri :( ]Anda tidak akan tahu kenikmatan bertemu sang Kekasih selagi anda belum melakukannya.. Solat malam umpama "blind date" kita dengan Allah. Hanya ada Allah sebagai tempat untuk kita mengadu, merintih kasih, mengharapkan keampunan dan memuji diri Nya.. Dengan kata lain... Solat malam adalah obat Hati yang paling mujarab... Tak percaya ? Cubalah.. Anda akan merasai kelainannya (klik di sana)..


3. Kaping telu wong kang sholeh kumpulono

Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh...

Anda pasti bukan pernah merasai ketenangan, kebahagian ketika menghadiri majlis-majlis Ilmu yang "isi" nya terdiri daripada Insan-insan yang soleh.. Para Ulama, Ustaz cendekiawan dan sebagainya.. Mereka adalah golongan insan-insan soleh yang memiliki akhlak serta kepribadian yang terpuji.. Jika anda tidak percaya, cubalah.. Tika anda dirundum kedukaan cthnye (putus cinta, huhu).. almaklumla, jiwa anak muda.. Pelbagai ragam dan depresi seakan sebati dalam diri.. Ada yang sedih kerana cinta, ada yang sedih kerana pelajaran, dan mungkin ada yang sedih kerana dakwah... Malah ramai yang juga tidak tahu sebabnya, aleh-aleh, tiba-tiba je sedih.. Mungkin masalah hormon kot.. huhu..

Nasihat dari pengalaman saya yang lalu, bergaullah dengan orang soleh, kerana itu adalah salah satu ubat hati yg paling mujarab.. Hadiri usrah, kerapkan diri menghadiri majlis ilmu.. ziarah ke rumah insan-insan yang soleh.. Dapatkan nasihat daripada mereka, kerana itu adalah ibrah dan pengalaman yang sangat berharga.


4.Kaping papat kudu weteng engkang luwe

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Kenapa perlu berpuasa ? Puasa itu perisai nafsu... Kenapa perlu berpuasa lagi ?
Puasa itu adalah obat hati.. Kenapa perlu berpuasa lagi ? Puasa itu menyihatkan tubuh badan.. Kenapa perlu berpuasa lagi ? Puasa itu kerehatan bagi perut.. Dan, kenapa perlu berpuasa lagi ? Puasa itu mencegah daripada KEMUNGKARAN...

Ingin saya tekankan sekali dan sekali lagi, seperti mana yang disarankan oleh Baginda Nabi s.aw, bagi orang muda yang tidak mampu berkahwin maka, berpuasalah.. Anda perlu kasihan pada perut, bagilah ruang untuknya berehat.. Kelak insyaAllah jika anda ikhlas, si perut akan menjadi saksi buat kita di akhirat nanti daripada menjamah makanan-makanan ahli neraka..


5. Kaping limo dzikir wengi engkang suwe

Yang kelima dzikir malam perpanjanglah

Teringat saya akan satu peristiwa beberapa hari yang lepas, tika saya mengunjungi satu ceramah ilmu di kampung saya.. Ustaz dengan nada yang sinis, menyarankan kita agar memperbanyakkan dzikir dengan memberikan analogi yang cukup mudah " tuan-tuan, katanya, anda beli 10 lagi tasbih macam ni, kita sambung satu-satu sampai panjang" huhuu... Dalam nada yang sinis sebenarnya ustaz itu mengajar kita agar memperbanyakkan dzikir.. Tetapi, alangkah beratnya hati ini untuk kita berdzikir mengigati Allah..

Rakan-rakan, cuba kita bayangkan, bukan saya hendak mengata sape-sape, angaplah sebagai satu pelajaran buat kita. Kadangkala, bila hati dilamun cinta, jiwa sentiasa teringat akan si dia, makan xkenyang mandi xbasah, hati bergetar tika nama si dia di sebut.. Malahan ada yang rela berpanas telinga berjam-jam hanya semata-mata ingin bertanya kabar pada si dia.. Tetapi ? Adakah kita sanggup berjam-jam menyejukkan hati dengan mengingati Allah ? Tuhan yang memberikan segalanya buat kita dalam melayari bahtera kehidupan ini? renung-renungkan duhai insan..

p/s : Pohon doa dari rakan-rakan agar usaha dakwah ini akan lebih diberkati Ilahi, InsyaAllah jika tiada halangan pada jumaat ini 24hb saya akan menghadirkan diri sebagai seorang fasi di Jambori Islam Nasional anjuran KRIM (kelab remaja Isma) di hulu selangor , semoga segalanya dipermudahkan.. Begitu juga urusan-urusan lain seperti pertunangan dan sebagainye., hehe gurau saje.. bertunang dengan dakwah.. Moga-moga saya dapat mengaplikasikan kaedah dakwah yang paling berkesan dalam mentarbiyah diri dan umat..
Akhir sekali, semoga "summer holiday" yang sangat panjang dapat diri ini gunakan sebaiknya dengan bekerja untuk Islam dan diri.. InsyaAllah..

12/13/10

Kelebihan Puasa Asyura

Kelebihan puasa Hari Asyura

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Dari hadis riwayat Muslim bebrunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.

Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم”bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.

Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.

Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?

Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).

Ibadat puasa adalah salah satu tunggak Islam terpenting dalam membina rijal Dakwah dan generasi masadepan Islam yang gemilang.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.


Puasa mendidik jiwa pemuda pemudi Dakwah menjadi ikhlas kerana ia adalah ibadah yang tidak boleh dilihat oleh manusia yang lain, mendidik jiwa menjadi kental kerana ia adalah perbuatan yang melawan arus nafsu makan dan syahwat, mendidik jiwa menjadi penyayang kerana berlapar mengingat dan menginsafkaan dia akan kehidupan orang fakir dan miskin yaang sering dilanda kelaparan dan serba kekurangan.


Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).

Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita kea rah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen.

Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com








link lain : ikram johor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...