12/10/10

Kita Adalah Apa yang kita baca...



Kadangkala, alam ini perlu dilihat dalam dua perspektif yang berbeza. Dua "world view" yang berlainan, agar kita mengerti apa sebenarnya ibrah dari setiap penciptaan Tuhan yang Maha Esa.. Dia merungkai tabir alam, agar kita bisa berzikir dan terus berzikir. Pabila hati ini berzikir, kita bisa mengingatinya dan dengan mengingati Nya, kita bisa terus berfikir dan berfikir... Mungkinkah ada tirai yang perlu disingkap? Ada tabir yang perlu diselak ? Ada rahsia yang perlu dirungkai ? Jawapannya,........ tanyalah pada Al Quran...


Jika dulu kita lihat manusia saling bertelagah, saling bercangah saling bercakaran... adakah mereka itu mengikuti apa yang diajar di dalam Al Quran ? Satu manual lengkap yang penuh dengan makna kehidupan... Manual yang bukan sahaja menjadi pengatur tetapi juga wadah bagi manusia mencari solusi makna kehidupan .


Manusia juga seharusnya sedar, Al Quran ialah kalamullah yang bukan sahaja perlu dibaca, difahami , tetapi juga perlu dihayati maknanya.. Ingatlah duhai manusia, kamu adalah apa yang kamu baca, dan kamu juga, adalah apa yang kamu fikir.....


Kita Adalah apa yang kita Baca....


" Iqra' ".... bacalah...


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang menciptakan" (Al-'Alaq: 1)


Bacalah ! Lihatlah tertib yang sangat indah ini. Semuanya bermula dengan kalimah bacalah ! Dengan bertitik tolakkan bacalah, seseorang akan dibawa melalui proses mengenal , mencintai dan mematuhi Allah. Namun harus diingat, kalimah "Bacalah".. dalam surah al-'Alaq ini diikuti oleh kalimah " Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan ", ertinya dorongan membaca yang diminta oleh Allah itu perlu disertai dengan nama- Nya barulah bacaan itu selamat dan menyelamatkan . Allah tidak hanya mendorong aktiviti membaca tetapi Dia juga mengatur bagaimana aktiviti ini hendak dilaksanakan . Apakah bahan bacaan yang sesuai? Apa yang dibolehkan malah diwajibkan untuk dibaca ? Semuanya telah disusun atur ? Indah bukan ?

Tetapi, seperti mana yang kita ketahui dan juga disebutkan didalam beberapa buku yang saya baca...Orang Melayu Islam, gemar membaca Majalah Picisan? Betul ke ?


Statistik menunjukkan, majalah-majalah picisan berbentuk hiburan se"wajib" nya menjuarai carta jualan majalah setiap bulan. Masyarakat masa kini, terutamanya golongan Melayu gemarkan majalah yang memaparkan kehidupan para artists, kisah-kisah seks, mistik, politik kosong, hiburan luar negara, komik dan sebagainya... Anehnya, majalah-majalah berbentuk agama, seakan tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Di manakah silapnya?


Silapnya pada pendapat saya yang penuh kekhilafan ini mungkin perlu di "point" kan sepenuhnya pada penerbit majalah-majalah tersebut. Mereka seakan sanggup melihat anak bangsa mereka tergadai dengan menerbitkan bahan-bahan bacaan picisan seperti itu. Adakah mereka terlupa bahawa, "kita adalah apa yang kita baca".. Seperkara yang menjadikan penerbit majalah-majalah ini pelik ialah mereka bukan mengurangkan masalah, tetapi menjadi medan kepada timbul tengelamnya masalah. Seperti contoh, kisah seks artist yang bukan mereka "cover" tetapi ditimbulkan kembali isu ini dengan menayangkan gambar-gambar "panas" mereka.. Adakah mereka membeli pembaca dengan kisah-kisah sebegini ?


Bahan bacaan bagaikan makanan kepada akal, santapan kepada jiwa dan pengisi bagi rohani. Jika baik bacaan itu, baiklah akhlak mereka dan jika sebaliknya... sesuatu perlu dilakukan..


Adakah sahabat-sahabat sekalian bersetuju jika saya katakan, tarbiyah itu boleh dikatakan sedikit sebanyak bermula dari pembacaan... Renungi kisah di bawah (^_^)


Sedikit perkongsian, di satu bandar yang permai, ada seorang budak lelaki yang bernama "A". Si "A" ini gemar membeli majalah berupa komik-komik seperti "kreko", "arena" "gempak", "starz" dan bermacam-macam lagi... Boleh dikatakan, setiap minggu, dia rela berlapar demi membeli majalah kesayangannya itu.. Hari demi hari, masa demi masa berlalu, kehidupannya seakan mengikut corak apa yang dibacanya itu. Bukan tidak ada bahan bacaan agama yang dibaca.. Ada, cuma kuantitinya terlalu sedikit.. Dia kemudiaanya berubah menjadi remaja yang separa matang.. Mula meniti usia remaja dengan mengenal "cinta" erti cinta yang dia belajar daripada "komik" dan bukannya dari sudut perspektif islam.. Dia juga peroleh sumber inspirasi dari komik yang dia baca? Logikkah begitu?



Hal ini tersangat logik. Di Jepun, golongan yang terlalu taksub dengan komik, anime dan mangga hingga ke tahap berlebihan dalam kehidupan mereka ini dipanggil otaku.. Anda pernah melihat drama "densha otoko" ? Anda pasti tahu bukan?


Bersambung kembali... Pabila meningkat dewasa, remaja ini mula belajar menghayati erti islam sebenar.. Dia sedikit demi sedikit meninggalkan bahan bacaan picisan dan beralih kepada majalah bercorak keagamaan.. Sesuatu yang ditemuinya.. kepuasan dan ketenangan dalam pembacaan. Setiap apa yang dibaca itu terkandung ibrah yang tersembunyi. Lantas ia dalam tidak sedar meninggalkan sama sekali bahan bacaan picisan itu.. Lalu alhamdulillah dengan izin Allah, akhlaknya berjaya dirubah sedikit demi sedikit.. Di situ, tarbiyah bermula.


Disebutkkan juga dalam satu buku, jika tidak silap saya, "Cinta di rumah Hassan Al - Banna".. bagaimana ketika Hassan Al- Banna melihat anak-anaknya khusyuk membaca komik ? beliau tidak marah, tetapi dalam tidak sedar, dia membelikan anak-anaknya cerita kisah-kisah nabi s.a.w dan para sahabat.. Anak-anaknya kemudian tertarik lalu meninggalkan sama sekali komik yang menjadi kegemaran mereka.. Di situ kita dapat lihat, bunga tarbiyah sedang mekar mewangi dalam hati anak-anak kecil itu..


Berbalik kepada kisah Remaja "A" , mana pergi agak-agaknya komik-komik yang dia beli itu? Jawapannya tersimpan di bilik tempat dia tidur.. Berkotak-kotak majalah dan komik yang sama sekali tidak disentuh.. Jika difikir kembali, alangkan membazirnya wang-wang yang jika dihitung boleh mencecah ratusan malah ke ribuan ringgit juga.. Sahabat-sahabat sekalian, bagaimana jika remaja " A " itu ditarbiyah seawal usia remaja seperti anak-anak Imam Hassan Al- Banna? Sudah pasti bukan, setiap "pitih" (duit) yang keluar itu adalah di jalan Allah..? Jika tidak pun, dia akan berhabis membeli buku bercorak keagamaan.


Buku Agama boring la..


Boring ke buku agama? Mungkin benar bagi sesetengah pihak..Tetapi dengan perkembangan arus semasa, buku agama atau majalah agama semakin menarik dari hari ke hari. Seperti contoh majalah "solusi". majalah yang bercorak keagamaan tetapi dipenuhi dengan info-info yang padat serta warna dan corak yang ilustratif.. Di sini kita boleh lihat, bagaimana penulis dan "designer" ini berkolaborasi bersama dalam berdakwah.. Lalu terhasillah satu effect yang luar biasa...


Pada zaman yang serba moden ini, para pendakwah seharusnya peka dengan persekitaran... tahu golongan yang ingin didakwahi dan maju bersama seiring dengan zaman tanpa meninggalkan pegangan-pegangan agama yang menjadi teras terbentuknya akidah.. Selogiknya, jika digambarkan dalam satu stigma masyarakat, para remaja yang sedang melepak mungkin akan lari jika didatangi golongan berserban putih dan berjubah putih.. Bagaimana pula jika mereka didatangi golongan berpakaian seperti mereka (menutup aurat) dalam masa yang sama juga merupakan seorang pendakwah.. ? Renung-renungkan..


"nafsu…atribut kita sebagai manusia, ia mutlak adanya.

kadar iman bisa dilihat dari sejauh mana dia mengendalikan nafsunya, bukan dari banyaknya dia beribadah. yakinkan pada diri kita bahwa Allah maha melihat setiap waktu dan kejadian yang kita lalui..insyallah akan mencegah kita dari bermaksiat. ibnu qoyyim aljauzi mengatakan ” boleh jadi org yang mampu mengekang hawa nafsu tapi lbh sedikit amal ..ibadah lebih berhak masuk surga dari pada orang yang byk beribadah namun banyak pula maksiatnya”..dia juga berkata..mengendalikan hawa nafsu lebih mudah dari pada meliarkannya.. jd, latihlah mengekang hawa nafsu..kita akan merasakan betapa manisnya iman.


wallahu’alam."


p/s: Buat wanita-wanita yang gemar menonton drama korea ? Bagaimana situasinya? Anda perlu ingat, anda juga, apa yang anda tonton...wallhualam. jzzk

12/5/10

Lelaki-lelaki subuh...


Waktu subuh ? Solat subuh ? Dan kemudiannya laki-laki subuh ? Apakah itu ? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelik je bunyinya? Saya jamin, jika tidak banyak, pasti rakan-rakan sekalian punyai sedikit kemusykilan... (aish, dia ni ngomong ape ??? ) hehehe.. maaf rakan-rakan..


Sebenarnya, persoalan di atas berkait rapat dengan solat subuh... Untuk lebih specific lagi, persoalan di atas boleh dirumuskan begini.. Adakah anda bersolat subuh secara berjemaah di masjid atau di surau ? Jika ya, syabas diucapkan... Jika tidak, ayuh kita sematkan azam, bulatkan tekad untuk lebih beristiqamah solat subuh secara berjemaah di masjid selepas ini...boleh bukan?


Soalan ke dua pula.. soalan sambungan dari soalan pertama.. Selepas solat subuh.. apa yang anda lakukan ? membaca Al Quran ? bagus jika ye.. selepas itu ? Ops, alamak... saya tertidur...



hehehe....InsyaAllah, hadirnya saya menulis pada malam hari ini, adalah untuk bercerita serba ringkas apa yang saya dapat dari program motivasi sebentar tadi di Melaka.. Rugi rasanya jika saya tidak berkongsi dengan kalian semua, kerna banyak input-input menarik yang boleh kita rungkai dan kupas bersama.. walaupun pada mulanya program ini hanya untuk para peserta, tetapi saya dan fasi-fasi yang lain turut terpaku mendengar satu demi satu fakta yang dikupas secara teliti dan 'mempersonakan'.. jadi.. saya pun turut join sama mendengar ceramah yang disampaikan..

( syukran buat Dr Ariff )..


Rakan-rakan sekalian, ada kalanya kita rasa suram.. kita rasa sedih, kita rasa murung... Bangun-bangun pagi je dah emo, bak kata remaja-remaja sekarang.. Macam ada perasaan serba tidak kena je.. Manakah silapnya ? Silapnya adalah kerana anda tidur selepas solat subuh.. Adush, memang tepat mengena di pelusuk kiri jantung ini.. Penceramah dengan penuh hemat menceritakan bahawa tidur selepas waktu subuh adalah sangat tidak baik untuk emosi dan kesihatan.. Kenapa? Anda akan dikencing jin katanya... lalu disihir..

(rujuk surah Al - Falaq)


" Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar),"


"Dari kejahatan (makhluk yang dia ciptakan ) "


"dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita"


"dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada

buhul-buhul (talinya)."


"dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dengki"


Jadi? mulai saat dan detik ini, mari kita sematkan azam untuk berubah.. memandangkan besok adalah tahun baru Hijrah.. tidak salah, jika kita letakkan "ia" sebagai azam tahun baru kita.. InsyaAllah.. Hal ini kerana, waktu subuh, bukan sahaja waktu yang penuh dengan rezeki, tetapi juga penuh dengan Ilham.. Jika anda tidak percaya.. cubalah anda belajar atau mencari idea-idea pada waktu subuh" pasti akan ada idea dan solusi-solusi bernas yang akan timbul.. jangan tidak percaya pula, Sejam belajar pada waktu subuh lebih berharga dari 4 jam belajar pada waktu-waktu lain..erm..Walaupun begitu, perlu diingat, niat itu yang terutama..


Menyebut pada soal niat pula.. "Setiap perbuatan itu bermula daripada niat" walaupun hadis di atas sudah biasa kita dengar.. sedarkah bahawa.. tersirat seribu satu pengerak kejayaan bahawa, setiap gerak dan kerja menuju kejayaan itu adalah bermula daripada niat.. bagaimana? Kita gambarkan melalui satu analogi, pelajar yang berniat untuk menjadi seorang Doktor yang berjaya di dunia dan di akhirat pasti akan memandang buku anatomy itu sebagai satu kesukaan dan ibadah, berbeza pula dengan pelajar yang mengambil bidang kedoktoran ini secara suka-suka, ikut-ikutan dan kerana inginkan pangkat dan harta kekayaan.. mereka tidak akan lihat belajar itu sebagai satu ibadah dan perkara yang menyeronokkan" alhasilnya, mereka akan mudah stress dan jemu.. pernahkan anda berasa sedemikian? jika ye.. ayuh kita perbetulkan niat..


Pesan ayah..


"Ayah tengok budak-budak muda sekarang yang masuk dakwah ni bukan xbagus.. diorang ni bagus.. tapi tengoklah macam mana diorang kerja? Time mengajar baca paper, datang sekolah lambat ... akhlak macam inikah contoh seorang pendakwah? "


Tersentak saya seketika.. lalu saya menyoal kembali kepada diri.. di manakah silapnya.. saya tidak mahu soal ini menjadi fitnah bagi dakwah...


Kembali berbalik kepada persoalan di atas, Alhamdulillah, tika persoalan di atas diajukan, saya sedang membaca buku terbaru karya Ustz Pahrol Mohamad Juoi, "Dilema Melayu- islam, kurang fikir atau kurang zikir" Dalam bab 21 iaitu "Salah faham tentang islam", beliau banyak mengulas sikap sesetengah golongan melayu-islam yang bukan sahaja salah tafsir tentang islam tetapi menyempitkan sudut pandangan mereka tentang islam.


"Mereka cenderung melihat Islam pada aspek rohaniah semata-mata dengan membelakangkan aspek material, ataupun hanya melihat aspek material dengan meminggirkan soal rohaniah"


Adakah mereka lupa bahawa dunia ini adalah ladang bagi tanaman akhirat?


Kekeliruan seperti inilah yang harus kita bendung ,hal ini kerana, akibat kelemahan sistem penyampaian islam oleh para pendakwah mereka sebenarnya secara tidak sedar bahawa akhlak dan sikap mereka menimbulkan fitnah bagi dakwah Islamiah itu sendiri..

(subhanallah, muhasabah bagi diri saya juga).....


Diceritakan juga oleh Dr Yusuf Al Qadrawi, beliau menceritakan kembali dengan memetik kata-kata seorang sarjana barat yang terbuka hatinya untuk memeluk islam "Subhanallah yang mengenalkan aku islam sebelum aku mengenal orang islam" Ertinya, mungkin jika sarjana tersebut mengenal umat Islam terlebih dahulu hatinya akan tawar memeluk islam " jadi ayuh, kita ambil sarana-sarana di atas menjadi buah motivasi buat kita untuk menjadi seorang pelajar dan pendakwah yang baik.. Hiasilah jiwa kita dengan akhlak dan sifat-sifat seorang pelajar yang cemerlang.. Bukan kecemerlangan duniawi sahaja yang ingin dicari tetapi kecemerlangan akhirat juga harus ditampilkan dengan Qudwah Hasanah yang mungkin boleh mencairkan hati insan-insan yang ingin kita dakwahkan itu...


Pesan Imam Hassan Al Banna


Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini.. Resipi mujarab buat pengubat umat... Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini.. Mari kita prioritaskan dan amalkan ( ala-ala filem sang Murobbi .. hehe )


1) Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.


2) Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.


3) Bersungguh-sungguh untuk bisa dan berbicara dalam bahasa arab yang fasih.

(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dulu, kerana ingat medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia, umat islam melayu. tetapi bahasa arab juga penting.. itu bahasa Al Quran)



4) Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.


5) Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi ( berzikir ) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.


6) Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.


7) Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.


8) Jauhilah ghibah (mengunjing) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.


9) Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.


10) Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan..


Alhamdulillah, sebelum entry ini diakhiri, suka saya berpesan untuk ingatan diri saya sendiri dan rakan-rakan... jika kita punyai masalah, jika kita berduka, usahlah mengadu kepada manusia... mengadulah hanya pada Allah, kerana "kita" adalah apa yang kita niatkan dan fikiri tentang Allah.. Jadi, ayuh bertawakal dan beprasangka baik dengan Allah..


p/s: Hampir terlupa, mulakan dengan yang kanan ye, itu sunnah dan pahala berterusan, pakai jam di tangan kanan dan masuk kereta juga mulakan kaki kanan? Bagaimana tu? Labuhkan punggung dulu baru masuki kaki... InsyaAllah, anda akan selamat.. dan kereta anda juga akan selamat dari terlangar tembok.. hehe..






12/3/10

Misi tarbiyah perubahan

Misi tarbiyah perubahan : (pohon jasa baik rakan-rakan untuk sama-sama mentadaburi ayat-ayat dibawah)



Ada beberapa misi tarbiyah yang harus dipahami, bukan sekadar ngaji atau thalabul ilmi, tetapi lebih dari itu. Ia adalah sebuah perintis yang besar untuk projek yang lebih besar … “ The great project” . Rancangan untuk melaksanakan satu perubahan besar.

1) Halaqah adalah sarana pembentukan keperibadian Muslim yang sempurna untuk memenuhi tuntutan dunia dan akhirat

( Q.s al- Qashash (28) : 77 )

“ Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan”

Yakni peribadi muslim yang integral dan kaffah
( Q.s al Baqarah (2): 208)

“Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan , dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu”

Dan (Q.s Ibrahim (14) 24-25)

“ Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik , akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit”

“(pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizinTuhan-nya . Dan Allah membuat perumpaan itu agar manusia selalu beringat”


2) Menimbulkan kesedaran akan adanya aliran-aliran yang memusuhi dan langkah yang bersifat “pemulihan dan kesedaran perlu diambil”



( Q.s. al- Baqarah (2) : 120, 217)

“ Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu ( Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (petunjuk yang sebenarnya) . “Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak aka nada bagimu pelindung dan penolong dari Allah”



“Mereka bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah, “Berperang dalam bulan itu adalah (dosa) besar, Tetapi menghalangi (orang) dari jalan Allah, ingkar kepada- Nya, ( menghalangi orang masuk) Masjidil Haram, dan mengusir penduduk dari sekitarnya lebih besar (dosanya) dalam pandangan Allah. Sedangkan fitnah lebih kejam daripada pembunuhan . Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad (keluar) dari agamu , jika mereka sanggup. Barangsiapa murtad di antara kamu dan dari agamanya , lalu dia mati dalam kekafiran , maka mereka itu sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya.”

( Q.s. at- Taubah (9) : 33)

“ Dia lah yang telah mengutus Rasul- Nya dengan petunjuk (Al Quran ) dan agama yang benar untuk diunggulkan atas segala agama , walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai”

3 ) Memberikan investatsi dan saham dalam menggali potensi kebaikan dan kesalihan peribadi muslim serta memanfaatkanya untuk kepentingan Islam
( Q.s. al- ‘Ashr :1-3)


Demi masa “
“ Sungguh manusia berada dalam kerugian”
“ Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”



4) Mengikis unsur-unsur yang buruk yang ada dalam peribadi Muslim , yakni dengan menegakkan bendera kalimah thaiyibah
Laa ilaaha illahaah dalam jiwa”…







5) Merealisasikan makna ‘izzah’ dan ‘i’tiaz’ peribadi muslim dengan Islam yang menghantarkan untuk beriltizam dengan adab-adab Islam



( Q.s. al- Munaafiquun (63) :8)

“Katakanlah, “ Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya , ia pasti menemui kamu , kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata , lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”

Begitu juga surah-surah seperti al-Hujurat ( tentang adab dan etika muslim),
an- Nuur ( tentang keluarga muslim)


6) Merealisasikan nilai-nilai komitmen dengan jamaah dan tujuaanya . Yakni membentuk komitmen amal jamai dan system jamaah secara sistematik, melalui taaruf , tafahum dan takaful.


( Q.s. al- Fath ( 48) :10)


“Bahawa orang-orang yang berjanji setia padamu ( Muhammad), sesunguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah . Tangan Allah diatas tangan-tangan mereka , maka barangsiapa melanggar janji , maka sesungguhnya dia melanggar janji atas (janji) sendiri ; dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah , maka Dia akan memberinya pahala yang besar.”


7) Mempelajari masalah-masalah yang berlaku dalam dakwah, termasuk masalah-masalah yang berlaku di kalangan kader-kader dakwah . Sesuatu perlu dilakukan termasuk berusaha untuk meng’ilajnya, memberikan antisipasi, solusi dan buah idea yang bernas.



( Q.s. ath- thalaaq ( 65) :2-3) (@ ayat seribu dinar)

“……. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,”

Dan Dia Memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan Nya. Sungguh Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”


8) Melakukan pemahaman yang mendalam terhadap dakwah dan harakah pada peribadi seorang muslim, sehingga menjadi muharrik dakwah. ( Orang yang senantiasa aktif dalam dakwah dan mempunyai seribu satu cara berkesan untuk menyebarkan dakwah islamiah)



( Q.s. an- Nahl (16) :125)

“ Serulah (manusia ) kepada jalan Tuhan- mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan mu Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”

( Q.s. ali- ‘imran (3) :104, 110 146)

“ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh (berbuat) yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang yang beruntung”



Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia ( karena) kamu menyuruh (berbuat) yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya
Ahli kitab beriman itu lebih baik bagi mereka . Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkan mereka adalah orang yang fasik”


“ Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar”


( Q.s. Yusuf (12) :108 )

“ Katakanlah (Muhammad) , “ Ini lah jalanku , aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin , Maha Suci Allah , dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik”

( Q.s. Fushshilat (41) :33 )

“ Dan siapakah yang lebih baik perkataanya bagi orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri) “


9) Pendalaman terhadap erti dan aplikasi pengurusan dan pelaksanaan dakwah ( tanzhim). Diri perlu selalu dimuhasabah dan menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai suri teladan yang terbaik. Caranya adalah dengan senantiasa merencana dan aktif merealisasikan tujuan
( be smart) .. seperti dianjurkan Allah dalam :




( Q.s. al -hasyr (59) :18 )

“Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) , dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”



( Q.s. Al- ankabuut (29) :69 )

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”

( Q.s. al-mulk(67) :2 )

“Yang menciptakan mati dan hidup , untuk menguji kamu siapa yang lebih baik amalnya, Dan Dia Maha perkasa, Maha pengampun,”


10) Memperdalam makna dan erti ukhuwah dan kepentingannya secara nyata, mulai dari salamatush shadr hingga itsar (berlapang dada) sebagai puncak ukhuwah. Mari kita lihat dan mempraktikkan dalam kehidupan seperti yang dilakukan Nabi s.a.w dan para sahabat.



( Q.s. al-Hasyr (59) :7-9 )


11) Melatih tabiyah dzatiyah , pembinaan , pembelajaran dan pengembangan diri pada setiap peribadi Muslim. Yakni adanya pengetahuan , kemahuan dan peningkatan kemampuan untuk belajar menjadi besar dengan cara yang benar. Seperti sahabat baginda S.A.W, Mush’ab bin Umair yg jauh dari Nabi, tetapi rajin dan aktif mengambil informasi dan inspirasi dari para sahabt yang pulang pergi menemui Nabi s.aw.

Akhlak Mulia 1



12/2/10

Mari Menghafaz Al Quran..




p/s: Mari mengisi masa cuti kita dengan aktiviti hafalan Quran.. moga2 dengan sedikit maklumat di atas kan lebih mempermudahkan urusan kita dalam memahami ayat2 Allah ini...


Promosi ke dua....


(Program yang berguna untuk adik-adik :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...