11/21/10

Kaulah Bidadari hatiku...




"Bidadari itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat malu"


Kaulah Bidadari hatiku


Hehehe, jangan tertawa dulu dan cepat-cepat membuat kesimpulan... ambil masa, tarik nafas sedalam-dalamnya.. mulakan bacaan entry pada kali ini dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani... ok? Sudah siap ? kalau begitu, mari kita teruskan...


Kalian kenal Umar ibn. Khathtab ? Sudah pasti kenal bukan.. Kalau tidak kenal... itu agak keterlaluan..hehe.. Tapi, ada apa dengan Umar? Apa pula kaitan Umar dengan bidadari di atas? Begini ceritanya.. Rasulullah s.a.w mendidik sahabat-sahabatnya banyak melalui penceritaan, pengisahan, tingkah laku serta akhlak yang sopan dan bermacam-macam cara lagi.. Disebutkan pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w dimi'rajkan menghadap Allah, Malaikat Jibril 'alayhissalam memperlihatkan kepada Beliau s.a.w taman-taman syurga yang begitu indah serta harum mewangi. Tiba-tiba, baginda s.a.w terlihat ada sekumpulan bidadari syurga yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak begitu malu..


Lalu Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibril, "wahai Jibril 'alayhissalam bidadari siapakah itu" ? Malaikat Jibril menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan untuk sahabatmu Umar radhiyallahu'anhu. Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya..


"Bidadari itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat malu"


Subhanallah, begitulah Bidadari edisi special yang diperuntukkan khas untuk Umar r.a.. Kita bagaimana? Tidak teringin ke memiliki bidadari seperti itu? Lalu, ayuh kita belajar daripada Umar r.a..


Belajar daripada Umar r.a


Siapa sesungguhnya Umar yang bisa mendapatkan bidadari edisi special khusus untuk dirinya sendiri itu? Umar r.a adalah sahabat Nabi s.a.w yang memiliki perwatakan serta kekuatan yang sangat besar dalam menyebarkan risalah islam. Ini merupakan berkat doa Baginda Nabi s.a.w "Ya Allah muliakanlah islam dengan masuknya salah seorang dari dua Umar" (Umar ibn khattab atau Amr Bin Hisyam@ Abu Jahal).


Sejak dari saat itulah kaum Muslimin yang baru sedikit berani untuk solat dan thawaf di Kaabah secara terang-terangan. Dakwah yang pada mulanya secara sembunyi-sembunyi berubah berani memunculkan diri... Begitulah sosok peribadi Umar r.a sehingga digelar al-faruq, pemisah antara yang hak dan juga batil...


Sahabat-sahabat sekalian, begitu banyak kisah-kisah menarik yang menceritakan peribadi Umar ibn khattab.. Beliau bukan sahaja seorang pemikir yang hebat tetapi juga pemimpin yang berjiwa kental.. Oleh itu, tidak hairanlah, peribadi yang istimewa sepertinya mendapat hadiah istimewa daripada Allah s.w.t...


At the first you make Habbits, at the last Habbits make you...



10 muwasafat tarbiyah..

1) Aqidah yg sejahtera

2) Ibadah yg shahih

3) Akhlak yg mulia

4) Luas pengetahuan

5) Sihat tubuh badan

6) Mampu berdikari

7) Melawan nafsu

8) Sangat menjaga masa

9) Tersusun urusannya

10) Bermanfaat pada insan lain



Dalam 10 muwasafat tarbiyah di atas.. seberapa banyakkah telah berjaya kita penuhi ? Adakah kita telah berjaya memiliki aqidah yang sejahtera ? Pengetahuan yang luas ? Akhlak yang mulia ? Jika belum semua, sudahkan kita penuhi satu daripadanya? Sukar bukan ? Sangat-sangatlah sukar bagi diri yang berfitrah insani ini... tika nafsu masih lagi mengepalai diri, mampukah muwasafat tarbiyah ini kita ikuti ?

Lalu terhasilah pepatah di atas,


"At the first you make Habbits, at the last Habbits make you..."


Pada mulanya sukar, di akhirnya? Pasti mudah bukan... beginilah maksud pepatah di atas.. Jangan bersedih dan beduka andai kita tidak istiqamah melakukan amalan-amalan sunat dan solat berjemaah d masjid, tetapi bersedihla andai kita tidak punyai niat dan keazaman untuk berubah.. Percayalah, alangkan batu yang keras juga mampu dibentuk oleh air yang sifatnya lembut.. inikan pula hati kita.. InsyaAllah, walau sekeras mana pun hati kita atau hati insan-insan yang ingin kita dakwahkan itu, akan tiba pada suatu masa dan ketika ia akan terbentuk. Terbentuk dek siraman nasihat-nasihat yang berguna...


Belajar solat berjemaah di masjid..


Jika mengimbau kembali kenangan lama, hati ini pasti akan tergelak kecil.. Pepatah ada mengatakan, pengalaman itu mematangkan usia... Pernah suatu ketika, seingat saya ketika itu saya baru menginjakkan kaki ke sekolah menengah dan mula untuk berjinak-jinak ke surau. Alkisahnya, pada suatu hari, di subuh yang hening ketika hendak pergi ke surau, basikal saya rosak, rantainya tercabut. Panik dibuatnya, manakan tidak, tanah perkuburan pada waktu itu, betul-betul berada di hadapan mata.. Lalu terjadilah kekalutan yang tidak terhingga. Hehe.. membayangkan lembaga putih di hadapan saya, lalu saya cuba memecut 100km per hour menuju ke surau. Peristiwa itu tidak akan dapat saya lupakan.. Imaginasi vs realiti..

Ibrah dari kisah di atas, bukan mudah untuk berubah dan perubahan itu memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan yang bagaimana... pengorbanan melawan hawa nafsu...


"Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hambaNya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan,tiada lain ia brtujuan mengarahkannya supaya brjuang & melawan sehingga perjuangan itu akan melahirkan cinta kepada Allah "


Jika kita inginkan bidadari edisi spesial di syurga nanti, siap siagalah untuk berkorban di Jalan Allah..


Jika kita inginkan syurga Ilahi, bersiap siagalah juga untuk mewakafkan diri di jalan dakwah ini,


Berkorban, terkorban, dikorban, pilihan di tangan kita.. renung-renungkan.




11/16/10

Kerana terlalu sayang dan sayang...



Kerana terlalu sayang dan sayang, kita jadi takut....takut untuk menegur, takut untuk membetulkan dan juga takut untuk membicarakan yang hak.

Kerana terlalu sayang juga, malu jadi taruhan, bicara menjadi kelu, kata menjadi lembut.. Yang salah seakan-akan benar dan yang benar seakan-akan ditenggelami nista kebatilan.. Di situ, bila kita renung kembali di manakah letak silapnya ? Silap pada diri ataupun...... ???
InsyaAllah, hadirnya saya pada malam ini adalah untuk merungkaikan serba sedikit tentang permasalahan ini...

Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian... tika kalian pertama kali membaca pendahuluan kata di atas... mesti kalian rasakan di dalam hati.. erm, dia ni, x lain x bukan in mood of "jiwang" la kan ? hehe, sebenarnya bukan begitu.. Saya lihat permasalahan di atas agak berat juga jika kita tak memahami apa istilah sebenar sayang itu. Seharusnya, kerana sayang, kita mampu untuk menegur, kerana sayang kita mampu untuk membetulkan, dan kerana sayang dan terlalu sayang kita mampu untuk menyatakan yang hak dan menegakkan yang batil... Bagaimana tu? Binggung bukan.. saya pun sedikit binggung... InsyaAllah, dengan sedikit ilmu yang ada mari kita sama2 menerokai dunia yang penuh kasih sayang ini...

Stigma pertama : Sayang ibu bapa

Sayang ibu bapa? Begini... kerana terlalu sayangkan seorang anak.. terkadang, si ibu atau bapa, keberatan untuk menegur anak mereka sendiri.. Mungkin kerana mereka takut anak mereka kecil hati ataupun semakin menjauhkan diri dari mereka.. Ish2... anak oh anak...

Terkadang juga, kerana terlalu sayangkan anak2, si ibu atau si bapa tidak sampai hati untuk mengejutkan anak mereka bangkit dari kedinginan pagi untuk menunaikan solat subuh.. Mereka kasihan jika anak mereka nanti tidak cukup tidur... Si anak ini juga tidak ditegur jika mereka tidak berpuasa.. Si ibu kasihan melihat anak mereka yang kelaparan....

Erm.. dan kadang-kadang juga... ada si ibu atau bapa seakan-akan merestui tingkah laku anak mereka yang pada hakikatnya bercanggah daripada hukum syarak.. Mereka merestui anak-anak mereka ber"Couple" ??.. tetapi pada masa yang sama mereka tidak pula merestui anak-anak mereka ber"nikah" secara halal dan sah.. Saya lihat pada konteks remaja masa sekarang, mereka memang berani untuk memperkenalkan pasangan masing-masing kepada ayah dan ibu mereka dgn tujuan untuk memperoleh "lesen" yang "halal" membawa pasangan mereka ke hulu dan ke hilir.. Adakah ini kerana terlalu sayang ?

Stigma ke dua : Sayang adik beradik

Saya akui dan membenarkan kata bahawa untuk menegur orang kebanyakkan seribu kali lebih mudah untuk menegur ahli keluarga sendiri. Bersyukurlah sahabat2 sekalian jika ada ahli keluarga anda yang tampil tika anda membuat silap.. Hal ini kerana satu iaitu mereka terlalu sayang dan sayang akan anda. Aik? Bagaimana pula yang terlau sayang dan sayang sehingga tidak mampu menegur?

Dalam konteks ini kita boleh lihat... sebagai seorang remaja yang semakin meningkat dewasa, kecenderungan mereka akan secara total berubah kepada kasih seorang teman, sama ada yang sejenis mahupun yang berlainan jantina.. Secara fitrahnya keluarga seakan menjadi insan yang terlalu asing dalam hidup mereka.. Sebagai contoh, saya juga mengalami situasi yang sama.. Ketika saya membesar bersama dengan adik-adik (sebelum masuk ke asrama) saya dapat lihat kasih sayang kami begitu akrab sekali. Amat mudah untuk menegur jika mereka membuat silap dan mengajak mereka ke surau atau ceramah2 agama.. Hal ini semakin berbeza setelah saya masuk ke asrama dan hingga saat ini.. saya masih lagi mencari solusi yang tepat, bagaimana caranya untuk mentarbiah ahli keluarga saya..

Langkah langkah yang dicuba adalah :

1) Menjadi teman yang rapat
2) Menghormati mereka
3) tidak memarahi mereka (remaja akan memberontak jika dimarahi)
4) menegur dengan nada yang sopan
5) Mengajak mereka berdiskusi secara profesional (maksudnya di sini pilih la masa yg sesuai, seperti selepas solat, selepas riadah bersama, makan bersama, main game dan sebagainya)

Stigma ke tiga : Kasih seorang teman

Kasih seorang teman ? menarik bukan tajuknya? Semestinya apa yang saya ingin huraikan di sini ialah kasih teman sejenis.. Lelaki dan lelaki dan wanita dan wanita. Dalam menjaga adab pergaulan, seorang lelaki amat-amat tidak digalakkan berkawan secara terlalu rapat dengan wanita yang bukan muhrimnya. Kenapa? Kerana manusia itu fitrahnya meyayangi.. Walaupun pada asalnya niat untuk berkawan, tapi pada akhirnya? Segala masalah dan luahan akan dijadikan tempat untuk dicurahkan pada "sahabat" kita ni. Tidak kah kita sedar role model meraka telah berubah daripada seorang sahabat kepada seorang kekasih ataupun mungkin lebih lagi?

ok.. berbalik pada persoalan di atas.. Kadangkala, kerana terlalu sayangkan sahabat kita, kita jadi takut untuk menegur.. walhal apa yang mereka buat itu terus terang memang satu kesalahan.. Saya akui, saya juga begitu.. tika saat ini, belum ada lagi kekuatan untuk menegur mereka secara direct.. Tetapi.... bukan bermaksud tiada caranya.. Seorang teman mampu menegur temannya secara indirect.. Seperti dengan apa? Kiasan dan juga contoh yang baik merupakan langkah terbaik.. Pastikan juga menegur secara berhikmah dan sopan.. InsyaAllah hati mereka akan terbuka untuk menerima kesalahan..

Konklusi

Akhir sekali, panjatkanlah doa pada Ilahi.. Hati manusia ini ataupun "liver", adalah milik Ilahi, walaupun seberapa kompleksnya "heart" kita ataupun dengan nama lain "jantung" ...ia tetap diciptakan dengan pelbagai fungsi.. Satu fungsi yang bersifat "lahiriah" dalam satu sudut iaitu biology, mahupun satu sudut lain yang bersifat "batiniah" iaitu sudut kerohanian.. Allah sahajalah yang membolak balikkan hati manusia dan semoga hati kita senantiasa segar dalam bimbingannya.. amin... wallahualam..

p/s: Salam Eidul Adha juga diucapkan buat rakan-rakan yang mengenali diri ini. Ingin saya petik kata-kata imam Hassan Al Banna dalam rakaman kata-kata hikmah beliau..

"Berkenalanlah dengan setiap insan yang saudara ketemu meskipun saudara tidak diminta untuk berkenalan dengannya, ini kerana asas dakwah kita adalah saling kenal mengenal dan berkasih sayang "




11/10/10

Dunia tidak seharusnya terlalu dicintai...


(sangat penting untuk mengelakkan kuku tercabut kali ke 4)
(Tetapi kenapa perlu berjenama?)


(Antara 3 barangan dunia saya )
(Yang satu (bacaan ilmiah) lebih baik dari yang dua )




Jika kita berbicara tentang dunia, berbanggakah kita menjadi penghuninya ?


Dan ,,,


Jika kita berbicara tentang akhirat, sedarkah kita bahawa akan tiba suatu masa nanti, dunia ini akan kita tinggalkan?


Cuma, yang menjadi persoalannya di sini.. adakah syurga atau neraka menjadi destinasi akhir persinggahan kita..?


Alhamdulillah, tika entry ini ditulis, diri ini baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Chemistry. Walaupun jika dibilang, agak banyak soalan yang dibiarkan terlompong tetapi hati ini sangat bersyukur. Berkat pertolongan dari Allah dan doa dari ibu bapa, mampu diri ini harungi peperiksaan dengan tenang serta lancar. Cuma ada sedikit kekalutan yang berlaku pada hari ini, entah tidak semena2 hati ini didesak kuat untuk keluar dari dewan peperiksaan secepat yang boleh. Mungkin sebab keloyaan yang melampau merenungi kertas chemistry 3 jam tanpa henti.. huhu.. Astagfirullah… mohon diberi kefokusan yang lebih di lain masa..



Dunia ? Sering kali kita berbicara tentang dunia dan isinya.. Pabila berbicara tentang dunia, tidak kurang atau lebih, majority manusia yang berfitrah insani akan mudah tertipu akan dunia. Orang kaya akan tertipu dengan hartanya, orang berpangkat akan tertipu akan pangkat dan darjatnya, seorang lelaki akan tertipu akan kekasihnya…dan seorang pelajar? Akan tertipu dengan kehidupan remajanya..


Remaja? Kenapa anda mudah tertipu ?


Jawapnya ringkas..kerana mereka belum matang.. Jika kita selusuri kembali memori-memori lama kita. Pernahkah kita terlibat dengan kancah dunia “percouple lan ini” ? Buat siapa yang tidak pernah bersyukurlah atas kurnia dan rahmat Allah terhadap diri kalian. Seseungguhnya bukan tidak ada insan yang meminati kalian, cuma, Allah lebih mencintai kalian. Dan jangan tidak percaya pula, budaya bercouple ini seakan telah mula menular dalam kehidupan remaja. Bak kata orang2 tua.. ye kot.. hehe jika tak bercouple x sah bunyinya.. Semacam ada sesuatu yang tidak kena. Betul ke?



Okay, kita berhenti sebentar tentang isu ini, saya ada satu saranan yang cukup bernas.. Secara jujurnya, seorang lelaki akan menjadi seorang yang amat “bersastera” pabila dia meminati seseorang. Segala ayat2 berbungga dan kata2 yang sedap didengar akan ditulis dengan segalan kudrat dan “kejiwangan yang ada”. Saranan saya, cuba anda gunakan tulisan anda yang berbunga itu untuk tujuan dakwah?


Mudah bukan.. menulis surat cinta tetapi memainkan “role model “ yang berlainan. Jika dulu surat cinta untuk kekasih, tetapi kini surat cinta untuk insan2 yang ingin didakwahkan itu.. Dengan itu kita bukan sahaja berjaya memikat hati seorang insan, tetapi semua insan akan mencintai kita. Tidak cukup dengan itu. Allah juga akan mencintai kita..indah bukan? ^_^ tetapi perlu diingat, niat kene ikhlas.. dakwah kerana Allah, ikhtilat dalam bergaul perlu dijaga.. Ikwah sesame ikwah dan akhwat sesame akhwat.. InsyaAllah, niat kan senang terjaga.. no more coupling2 ye till bernikah? Boleh janji?

Mari kita sama-sama menjaga maruah dan kehormatan diri kita, jagalah kemanisan ini, hingga tiba masa yang halal bagi kita untuk merasainya.. Ayuh bermujahadah melawan hawa nafsu.. wallahualam.


11/8/10

Adakah bencana ini sekadar paparan ataupun peringatan?











" Bayangkan jika bencana seperti ini menimpa kita secara tiba2.... saat kita tengah melakukan maksiat, si muda mudi berpeleseran sana sini, aktiviti zina bebas berleluasa, meneguk arak umpama meneguk air kosong, membuang bayi umpama membuang sampah sarap...fitnah memfitnah, korupsi....judi....dan jika si pelaku maksiat itu adalah kita, masih sempatkah kita untuk bertaubat? Dengan berbekalkan maksiat2 yg kita telah lakukan, tidak mustahil bencana seperti ini akan menimpa rakyat Malaysia.. Saat itu masihkah ada rahmat Allah untuk kita? renung2 kan...

further image :



11/6/10

Jangan takut-takut.....


"Ali b. Abi Talib menasihatkan"

Dosa terbesar adalah KETAKUTAN,
Rekreasi terbaik adalah bekerja,
Musibah terbesar adalah Keputusasaan,

Keberanian terbesar adalah KESABARAN,
Guru terbaik adalah pengalaman,
Misteri terbesar adalah kematian



Dinukilkan oleh Ali b. Abi Talib r.a, beliau mengatakan bahawa "Dosa terbesar adalah KETAKUTAN" ...
juga, sepertimana yang dinukilkan oleh pepatah Melayu, "Jika takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai"....

Takut ? Apa itu takut ? Awak takut, saya takut, adik takut, mak takut, isteri takut...semua orang takut. Macam perasaan cinta, takut itu juga satu fitrah... tetapi yang menjadi persoalanya, ketakutan kerana apa? Salah ke ada perasaan takut? takut pada siapa? InsyaAllah, hadirnya saya di malam hari ini adalah kerana takut,, takut dan cinta pada Ilahi. Dua perasaan indah yang jika kita jalin garapkan akan menumbuhkan benih2 kebahagiaan di dalam diri..

Saya menulis kerana saya takut?

Sebelum kita menghuraikan perasan takut dengan lebih lanjut, saya ingin bertanya rakan2 satu soalan cepu emas.. Kenalkah anda dengan Ibnu Mas'ud ? Seperti yang diriwayatkan dalam kisah para sahabat, Ibn Mas'ud bertubuh kecil dan kurus, hingga pabila dia berdiri, tiada bedanya dengan orang yang duduk. Pada suatu hari, beliau pergi memanjat sebatang pokok untuk memetik pohon arak. Dari pohon itu, akan digunakan buat Nabi. s.a.w bersiwak.Ketika ia memanjat, tampaklah betisnya yang kecil serta kempis. Para sahabat lalu mentertawakannya. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda, "Tuan-tuan mentertawakan betis ibnu Mas'ud ? Keduanya di sisi Allah lebih berat timbangannya daripada gunung Uhud"

Jadi Kenapa anda perlu takut ditertawakan?

Kisah ke dua, kisah bagaimana kepayahan Zaid Bin Tsabit mengkodisifikasikan Al Quran dalam sebuah mushaf. Amanah ini digambarkan Zaid , lebih berat daripada memindahkan dua buah gunung. Subhanallah..

Jadi Kenapa anda perlu takut untuk memegang amanah?

Kisah ke tiga, Helen Killer doktor yang buta, tuli dan bisu. Beliau merupakan seorang insan yang kita fikir pada ketika ini, adalah insan yang paling malang di dunia. Namun ? adakah setiap apa yang dijadikan oleh Allah s.a.w itu sia2 ? Sama sekali tidak.. Kemudian ada seseorang yang berjaya mengajar beliau secara terus menerus melalui kaedah sentuhan di mulut. Akhirnya beliau berjaya menjadi seorang doctor yang berjaya.

Jadi, kenapa kita perlu takut untuk belajar dan mengajar sedangkan kita memiliki indra yang lengkap? Mengapa kita tidak bersyukur dan menggunakannya untuk meningkatkan potensi diri kita?

Secara sederhana, kegagalan adalah teras kejayaan. Tahukah anda juga bahawa Amarika Syarikat juga merupakan sebuah hasil daripada kegagalan total. Kerana Columbus sebenarnya ingin mencari jalan ke ke Asia.

Lalu, bagaimana kita belajar untuk tidak takut ?

1) Mengubah persepsi tentang dunia.. "Dunia ini panggung sandiwara, Ceritanya mudah merubah, setiap kita dapat satu peranan yang harus kita mainkan" ( From Zero to hero )

Setiap dari kita pasti akan merasa rugi jika dunia ini menjadi "ultimate goal ", setiap kita juga pasti akan merugi jika kita mengangap dunia adalah segalanya, sedangkan pada pandangan Nabi s.a.w dunia ini tidak ubah seperti sayap nyamuk dan titisan air di tengah lautan..

Lalu, ubahlah presepsi kita terhadap dunia, zuhudlah terhadap dunia, dunia ini tidak lebih seumpama penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi org kafir.

2) Hargai masa... Kita akui, kita insan biasa, banyak keterbatasan diri dan kekurangan, kelemahan serta acap kali mengalami kegagalan, kemalasan dan lain2. Itu bukan masalah. Di tengah keterbatasan itu kita dasyatkan diri agar lahir prestasi tinggi. Sejarah mencatatkan , banyak org besar justru lahir dari himpitan kesulitan bukan buaian kemanjaan. Mereka berjaya dengan mengurangi tidurnya , menguruskan keduniaan mereka untuk tujuan ukhrawi. Meyedikitkan tidur, supaya bisa bangun di malam hari untuk merasai betapa lazatnya ibadah malam itu. Mereka tidak berlebih2han dalam bercanda tuk merasakan kelazatan iman itu. Mereka menahan diri dari maksiat biar tubuh mereka tetap sihat.

3) Jangan penuhi kehendak nafsu. "Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan jadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai" (Solusi 25).

Jadi, mari kita mujahadah melawan nafsu.

Jadi, Apa solusinya ?

Walau apa pun jenis dan asbab ketakutan itu, kita seharusnya perlu tampil lebih berani. Sayyid Quthub pernah berkata "Sesungguhnya keberanian tidak akan mempercepat ajal, kerana ajal telah ditentukan, Sesungguhnya sikap pengecut tidak akan memperlambat, kerana ajal sudah ditentukan" mendalam bukan kata2 beliau..

Melalui kisah2 yang disampaikan di atas ambillah sedikit ibrah buah renungan bersama. Anda boleh kata, saya takut gelap sebab.....? saya takut exam sebab.....? saya takut untuk berkahwin sebab.... saya xbersedia?. Seharusnya anda perlu begini, kenapa saya perlu takut gelap, gelap kan normal... kenapa saya perlu takut untuk berkahwin jika saya dah bersedia.. insyaAllah jika ada rezeki dan kesempatan saya akan pergi merisik.. Dan, kenapa saya perlu takut exam? sebab xde scholar? sebab saya xcukup baca buku? seharusnya anda perlu jawab begini.... exam adalah ujian kecil di dunia, ada gantinya jika gagal.. tetapi.. jika gagal exam di akhirat ? Anda akan digelar "looser" sepanjang hayat....

p/s: entry ini ku tujukan khas buat para du'at sekalian, adik ku yang sering kali meminta untuk tukar sekolah dan rakan2 di monash.. Sebelum berundur mohon jasa baik rakan2.. luangkan sedikit masa tuk membaca sedikit perkongsian di bawah.. Saya pohon....bacalah, ada ibrah tersembunyi di sana..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...